Heaven & Earth Lychee Rose Tea Kurang Manis Dan Sedap | SITI.YANG.MENAIP

Heaven & Earth Lychee Rose Tea Kurang Manis Dan Sedap

/
36 Comments
August 11, 2020
Heaven & Earth Lychee Rose Tea Kurang Manis Dan Sedap


Baru dari Heaven And Earth - rasanya tahun lepas kot Coca Cola ada keluarkan dua flavours baru under range Heaven & Earth, Rose Lychee Tea dan Mango Tea. Mango tu senang juga nak jumpa tapi yang Rose Lychee ni setakat ni aku belum jumpa terjual di kedai. Kedua-dua flavous baru ni dapat cop 'healthier choice' sebab mengandungi kandungan gula yang sikit. Tak adalah manis sangat macam yang lain tuuu.. Selalu aku beli mesti campur plain water sikit kecuali yang Jasmine.
Masa PKP hari tuuu.. tangan gatal godek Lazada sampailah ke official store Coca Cola dan ternampak air ni.. terus order. Sebab aku memang suka range Heaven & Earth jadi aku perasan la ni flavour baru. Tapi aku tak mau share pengalaman beli through Lazada sebab ada bad experience sikit dengan official store malas nak kongsi dan sampai sekarang aku tak dapat refund yang sepatutnya. 

Bila dah rasa uiiih sedap haih ditekak aku. Menyesal pula beli sebotol saja tapi aku dah serik beli melalui official store jadi aku cari alternative lain. Cari di Shopee pula dan aku jumpa satu kedai ni jual dalam tin kecil dan untuk 1 carton hanyalah RM16.00 gitu. Aku rasa better dari beli botol besar terus dan senang nak minum. Kalau nak banding dengan Sunquick Rose Lychee.. rasa Heaven & Earth Rose Lychee Tea lebih mild lembut dan yes sangat kurang manis. Tak sama rasa keduanya sebab Heaven & Earth ada campur dengan tea jadi ada extra aroma disitu. Selesa nak minum terus dari tin dan nikmat rasa minum ketika tekak tengah dahaga teruk.

Kalau korang berminat nak cuba bolehlah pergi order. Aku selalu jenguk kat kedai kot ternampak dijual dah tapi memang tak pernah nampak. Or.. aku yang tak cari gigih enough.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

36 comments:

  1. wah macam 3 gabungan gitu. Ada lychee sirap rose dan tea. Emm tak pernah minum tapi bila CT promote ni emmm tergoda ahkak....nak carik le

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sedap kak.. pergi cari k then cuba rasa how..

      Delete
  2. ishhhh posting ni mcm nak suruh ammi gi cari jugak tau

    ReplyDelete
  3. cantiknya tin dia! nanti nak cuba jugak lahhh

    ReplyDelete
  4. ha tak pernah lagi try..biasanya beli mango tea sedap jugak yg tu..ish kene cari nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua jenis tea Heaven n Earth sedap hehe.. suka suka =D

      Delete
  5. Dahaga pulak rasanya ni.. hmmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kena cari air sejuk cepat.. lega tekak..

      Delete
  6. wah...tak pernah jumpa ni. nanti boleh la try cari.

    ReplyDelete
  7. Saya suka ni kalau rasa yang manis-manis manja... memang haevenlah ye heheeeee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh lebih kurang gitu perasaannya.. manis2 manja gituu..

      Delete
  8. Rose lychee ye? Menarik ni.. boleh try nanti

    ReplyDelete
  9. Pernah terbeli yang Jasmin..erkk tak kena dengan tekak, tapikalau yang laici ni memang sedap ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun kurang sikit dengan jasmine tapi kalo ada tu okay saja nak minum. rasa wangi macam minum perfume hehe..

      Delete
  10. perasa minuman menyegarkan tekak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak.. gabungan nye just nice sedap ditekak =)

      Delete
  11. Rasa macam ada nampak tapi tak tergerak lagi nak rasa.. hehehe..
    Lepas baca review Siti ni macam nak gi cari lah pula.. hehehe..

    ReplyDelete
  12. Macam-macam Siti cuba. Tidak pastilah hendak cuba ke tidak sebab tidak cari.
    Mungkin orang beri rasa sedikit.
    Apapun rujukan air-air minuman di pasaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi saya suka air2 mcam ni kak.. tapi sesekali je kita minum tak boleh selalu. kalau terjumpa tu rasa nak cuba beli la rasa =)

      Delete
  13. Tak pernah cuba lagi minuman ni. Nanti boleh cuba.

    ReplyDelete
  14. Tak minum tea yang campur2 perisa ni. So tak tau apa nikmat heaven earth tea ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi cubala rasa dulu.. mana tahu
      terus jatuh cinta..

      Delete
  15. Ohh baru lagi?? Aduh..pengaruh rakan blogger sangat. Nak cari nak cari

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kite memang nak mempengaruhi korang !! pegi cari lekaih..

      Delete
  16. xpernah try lg yang ini...pernah rasa yang jasmine tu je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu sedap juga saya rasa. ni lagii sedap hehe..

      Delete
  17. teringinnya..kurang manis oklah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes kak.. yang ni kurang manis. just nice kalo minum..

      Delete
  18. Biasa minum lemon tea depa. Nanti nak cuba minum perasa ni plak

    ReplyDelete
  19. suka yang green tea tu.. tawar tapi minum sejuk badan :D

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.