July 2020 | SITI.YANG.MENAIP


Bercerita tentang rumah idaman yang besar dan selesa untuk seisi keluarga memang menjadi impian semua orang. Seronok rasanya kalau dapat design dan bina rumah sendiri bila setiap sudut dibina kena dengan identiti dan citarasa tersendiri yang kita nak berbanding beli rumah siap yang dah tetap bentuk binaan dan segala-galanya. Rumah adalah tempat kita luang banyak masa bersama ahli keluarga dan berehat hilangkan penat bekerja jadi mesti kita nak yang terbaik dan cantik pada pandangan mata. Selalunya orang akan fikir mereka yang kaya berduit banyak saja yang mampu dan ada kesempatan untuk design dan bina rumah besar sendiri. Tapi zaman sekarang ni dah tak perlu risau sangat sebab semua orang sama ada yang kerja sendiri, government atau swasta pun dah mampu untuk design dan bina rumah sendiri mengikut kemampuan dan bajet yang ada. Nak yang kecil besar banglo moden semua pun boleh. Lagi bertambah menarik bila kita dapat bina rumah idaman yang kita mahu secara tunai.

Cara Buat Rumah Di Atas Tanah Milik Sendiri Secara Tunai

Bila tengok rumah orang lain dimurahkan rezeki dapat buat rumah yang besar dan cantik, sendiri  pun selalu berangan suatu hari nanti mudah-mudahan aku pula ada rezeki nak buat rumah atas tanah milik sendiri. Berangan dulu dan disebabkan taste tinggi jadi aku suka rumah-rumah yang nampak moden dan selesa. Bagi korang yang memang dah ada tanah, jangan membazir biarkan tanah terbiar. Jangan tunggu lama-lama untuk buat rumah sendiri. Cepat buat rumah mengikut kemampuan lebih-lebih lagi kalau korang masih diusia muda. Kalau dah nekad nak buat rumah sendiri tetapkan niat dan teruskan. Rumah murah lebih ramai pembeli, elakkan membeli hartanah premium kerana tak ramai yang mampu membelinya. Nak buat apa pun wajib ada ilmu jangan terus serbu baru dapat rumah yang naik harga tinggi dan senang dijual di kemudian hari.

Baca Panduan Bagi Yang Ingin Memiliki Rumah Atas Tanah Sendiri di Dawaibesi.com


Buat rumah idaman sendiri atau beli rumah ? Aku sokong kedua-duanya tapi kalau ada kemampuan semestinya aku nak buat rumah sendiri. Sekarang duduk rumah taman ada sikit sangat kawasan lapang. Kalau nak berkumpul ramai-ramai bersama ahli keluarga memang tak muat. Seronok kalau ada rumah sendiri yang ada kawasan lapang bebas nak beraktiviti. Banyak perkara yang perlu kita pertimbangkan sebelum kita buat keputusan untuk bina rumah di atas tanah sendiri. Perbelanjaan bukan sikit jadi kita kena teliti banyak benda supaya kita puas hati dengan setiap sen yang dah dilaburkan untuk buat rumah.

Sewakan Rumah Yang Kita Beli Dikawasan Strategik Atau Jadikan Homestay Untuk Pelancong

Kalau korang nak beli rumah rumah atau nak buat rumah, sila cari kawasan yang strategik. Kalau kata tak nak duduk dalam masa terdekat pun boleh dijadikan asset dan jadikan homestay. Aku suka tengok ramai orang dah mula pandai untuk jadikan rumah-rumah yang dibina sebagai homestay. Lokasi tepi pantai atau yang dekat dengan kawasan peranginan adalah bonus untuk homestay sentiasa laku dan mendapat demand yang tinggi. Lagi-lagi kalau dimusim cuti sekolah. Gunakan kelebihan korang yang dah ada tanah dan buat rumah sendiri untuk menjana income sampingan dengan bisnes homestay. Aku kalau pergi berjalan-jalan dengan ahli-ahli keluarga yang lain pun akan cari homestay untuk menginap. Senang dan selesa semua orang boleh duduk di dalam satu rumah. Antara lokasi yang menjadi hotspot tumpuan pelancong untuk buat homestay adalah seperti di Cameron Highlands dan sekitar Melaka. Cameron Highlands tu tak pernah sunyi sentiasa penuh dengan orang ramai tak kira masa. Bukan musim cuti pun ramai orang. Melaka pun sama.. banyak sangat tempat-tempat menarik dan tempat-tempat makan yang sedap. Macam aku, ke Cameron Highlands dah jadi trip tahunan. Setahun mesti at least sekali akan kesana dan aku selalu ke Melaka juga, pergi cari tempat-tempat makan yang menyediakan hidangan yang best.

Ini baru aku seorang, kalau semua rakyat Malaysia macam aku bagaimana ?
Untung korang yang ada rumah untuk buat business homestay.

Baca : Tempat Menarik Di Melaka Yang Free di Laman Sukamakanjalan


Memang untung sangat sesiapa yang ada rumah di dua kawasan ini dan dijadikan homestay. Kalau korang perasan, dulu tak banyak sangat option untuk tinggal di homestay kalau di Cameron Highlands, tapi sekarang lebih banyak pilihan. Orang ramai dah mula celik mata untuk jadikan rumah-rumah yang dimiliki sebagai homestay sebab dah siap dengan segala kemudahan sesuai untuk keluarga. Sebagai seorang muslim, jangan risau sebab sangat banyak pilihan-pilihan homestay yang mesra muslim untuk kita pilih. Tak perlu nak fikir nak samak segala perkakas dapur dan sebagainya.

Kalau aku ada asset banyak rumah dua tiga buah memang aku nak jadikan homestay. Dapat juga keuntungan sampingan.

Baca : Homestay Di Melaka Yang Mesra Muslim Untuk Seisi Keluarga & 10 Homestay Murah Di Cameron Highlands. Terbaik Best & Mesra Bajet

Atau kalau korang ada tanah di kawasan tepi pantai yang cantik boleh buat rumah banglo yang besar selesa serta mempunyai pemandangan menarik menghadap laut dan dijadikan homestay. Macam rumah-rumah ini - 11 Homestay Di Melaka Tepi Pantai (sumber: ibusyurga) !! Cantik sangat weh !! Berbaloi duit labur buat rumah di kawasan macam ni kemudian sewakan untuk pelancong-pelancong yang nak tenangkan fikiran. Kawasan dining dan dapur menghadap laut. Hari-hari bangun tidur dan bila makan tengok view cantik dan tenang macam ni. Mesti seronok kan..

Inside views of Kampong Pinang Sebatang.
Kampong Pinang Sebatang Chalet

Bonda Homestay Pengkalan Balak

Umang-Umang Chalet ( Hermit Crab Chalet )

Casa Rasa Sayang

Semua Ini Mampu Jadi Nyata Kalau Kita Merancang Dari Usia  Muda. Beli Rumah Mampu Milik Dan Jual Semula Sebelum Pencen

Nak buat apa pun kena ada perancangan. Untuk mereka yang berhajat untuk ada asset rumah dimasa hadapan sesuai mula dari usia muda. Duit gaji penat bekerja tu asingkan sikit sebagai pelaburan untuk buat rumah. Alang-alang dah nak buat rumah t uterus buat rumah besar. Hihihi.. Buat terus rumah banglo  dua tingkat macam dalam pelan rumah di bawah ni. Cantik-cantik belaka mesti rasa seronok tak nak keluar rumah.

Baca : Design Pelan Rumah Banglo Dua Tingkat Oleh Nas Nuri.

INGIN MILIKI RUMAH IDAMAN, KONTRAKTOR RUMAH NAS NURI CONSTRUCTION ...
Pelan rumah banglo dua tingkat 7 bilik tidur 7 bilik air (luas 3500 kaki persegi)

Pelan rumah banglo dua tingkat 4 bilik tidur 3 bilik air (luas 2534 kaki persegi)

Proses Untuk Pastikan Rumah Kita Terjual Dengan Cepat

Ada sesetengah orang yang business minded memang sangat opportunist akan grab the chance dan cepat-cepat jadikan asset yang ada sebagai peluang untuk dapatkan keuntungan. Ada ramai yang beli rumah dengan harga murah dan di kemudian hari jual semula dengan harga yang lebih tinggi mengikut demand pasaran. Beli rumah pada usia muda dan setelah sepuluh atau dua puluh tahun kemudian Ketika harga tanah meningkat, jual semula. Memang confirm dapat keuntungan berganda.

Baca : 11 Proses Untuk Jual Rumah Cepat Menggunakan Service Ejen Hartanah (Baca Kat Sini)

Pastikan Selepas Rumah Terjual, Kita Jelas Dengan Cara Bina Rumah

Di bawah ini adalah panduan yang bagus sebagai rujukan buat kita semua untuk beli tanah dan bina rumah sendiri. Aku tak arif sangat bab ni jadi korang ken abaca betul-betul panduan yang disediakan. Beli tanah ni investment jadi kita kena pastikan yang terbaik dan berbaloi. Elakkan daripada salah beli tanah tau nanti pening kepala kita nak selesaikan macam-macam masalah nanti.

Baca : 7 Ciri-Ciri Tanah Lot Banglo Yang Wajib Dicari Yang Terbaik Untuk Bina Rumah (Rujuk Di Blog Ini)

Ramai Kontraktor Boleh Bina Rumah Tapi Tak Banyak Boleh Buat Banglo Mewah Berkualiti

Dah berjaya beli tanah di kawasan yang strategik dan selesai segala urusan lain, bolehlah fikir nak cari kontraktor yang hebat untuk bina rumah impian korang. Jangan salah pilih takut nanti dah berbelanja besar ratusan ribu ringgit tapi kualiti tak seperti yang dibayangkan. Dah rugi.. Bukan sikit-sikit belanja yang dikeluarkan. Kita nak buat rumah nak duduk selesa anak beranak jadi kena buat pilihan yang tepat. Sebelum pilih kena buat perbandingan dari pelbagai aspek dulu. Tengok pengalaman dan reputasi satu-satu kontraktor yang ada sebelum pilih. Antara kontraktor banglo mewah dan berkualiti yang menjadi pilihan ramai di Lembah KLang adalah Nas Nuri Construction. NAS Nuri Construction Sdn Bhd telah mula beroperasi sejak 1996 dengan nama N.A.S Nuri Enterprise diasaskan oleh Hj Noor Azman Sakiman.

INGIN MILIKI RUMAH IDAMAN, KONTRAKTOR RUMAH NAS NURI CONSTRUCTION ...

Baca : Kontraktor Rumah Selangor (Shah Alam, Bangi, Sepang Dan Kajang) - Klik Sini

Antara hasil rumah banglo mewah yang telah dibina oleh Nas Nuri Construction :


Tengok gambar-gambar banglo cantik hasil binaan Nas Nuri Construction buat aku lagi berkobar-kobar nak ada rumah sendiri satu hari nanti. Mudah-mudahkan aku dikurniakan rezeki melimpah ruah boleh buat rumah sendiri di tanah yang ada. Selalu juga aku tengok konsep binaan rumah orang lain. Kita pasang angan-angan dulu dan bekerja keras untuk jadikan impian satu kenyataan.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Sedapnya Mochi Durian Wall's - Tak Puas Makan Satu
Rasa Durian Padu Beb




Wall's Durian Mochi ni dah lama ada dipasaran tapi aku baru saja jumpa setelah lama mencari. Asyik kosong saja peti ais Wall's kat 7Eleven tu.. akhirnya jumpa juga.

Seketul Wall's Durian Mochi berharga RM3.00 dan memang tak puas makan sebiji. Bagi aku inti semua cukup dah tak adalah kedekut sangat. MamiZ tak puas hati dengan harga sebab seketul saja mana cukup. Paling kurang seorang kena makan dua tiga ketul baru puas hati tapi dah berapa ringgit pula. Sabar mak.. sabar. Nanti nak lagi kita pergi beli yaaa.. Nak jimat sikit nanti kita cari aiskrim durian makan dengan roti pun jadilah.. Padu sangat rasa durian - bukan gred durian murah sebab rasa manis pahit selalunya gred mahal sikit. Aku ni dahlah memang fan durian pahit. Lagi pahit lagi aku suka.. Nak terus ngap sebiji rasa serba salah jadi sikit-sikit gigit. Nikmatnya !! Buka bungkusan terus menusuk bau durian. Terus teringat durian sedap aku dan MamiZ makan di Balik Pulau. Haih..

Peminat durian saja faham perasaan asyik
kalau dapat durian sedap..

Betul tak ? Huhuhu..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Review Air Teh Tarik Botol Mamak Taste F&N - Sedap Atau Tidak ?




Ada kawan kongsi di Instagram kata air ni sedap.. gigih aku pi cari akhirnya jumpa di 7Eleven dengan harga RM3.90 sebotol. Bagi aku harga sebotol okay saja tak adalah mahal sangat. Sama lebih kurang macam standard minuman air dalam botol yang lain. Pengaruh rakan sangat kan pantang dikongsi benda-benda sedap terus laju nak cuba juga. Packaging cantik nampak exclusive sangat vibrant dengan warna oren terang dari jauh boleh nampak dah.. Setakat ni ada dua variasi saja yang aku tahu iaitu Teh Tarik Ori dan Teh Tarik Kurang Manis. Menggunakan tagline 'Mamak Taste'.. F&N memang tak tipu sebab sooo pekat likat tertarik menarik sebiji macam teh tarik di kedai mamak. Sesiapa yang suka teh tarik mamak memang wajib cuba - insyallah tak menyesal. Aku sebenarnya kurang gemar minuman bersusu tapi minum jugalah sesekali bila teringin. Bagi aku yang kurang minat ni pun aku rasa sedap dah air ni. Bagi tekak aku, Teh Tarik Kurang Manis lagi sedap dari yang original. Obviously sebab kurang manis jadi lebih sedap untuk dinikmati. Tapi yang original itulah yang pure kaw macam di kedai mamak. Minum sejuk lagi nikmat dan padu kalau tak sejuk pelik sikit rasa dia.

Menjawab persoalan diatas - sedap atau tidak ?
Mengikut selera aku.. jawapannya sedap.

Korang dah cuba ke ?
Ada kawan kata sampai sekarang dia cari tak jumpa.
Sabar.. sabar.. teruskan pencarian.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Trip ke Jeju ni dah hampir tiga tahun berlalu tapi baru ada masa nak siapkan Photobook sebagai tanda kenangan. Ini adalah trip kedua aku dengan Kak Sal ke luar negara and the trip was great. Lama tak jumpa Kak Sal - jom kita plan next trip kita kak.. Cuti-cuti Malaysia pun best juga. Ada few places in mind hehehe nanti kita bincang yaaa..

Seperti biasa aku memang akan gunakan service dari Pixajoy - nampaknya memang setia sungguh aku dengan diorang ni. Mungkin sebab dah cuba sekali dan rasa puas hati sangat so tak nak berpaling tadah dan curang. Ini first time aku buat photobook sampai 80 pages haaa hamek kau segala gambar aku nak include. Selalunya maximum aku buat 60 pages saja. Total untuk sebuah buku adalah RM116.00 termasuk postage. Harga ni berbeza juga kadang-kadang ikut promosi voucher semasa dan jenis kertas yang kita pilih. Aku suka matte glossy - suka yang jenis licin dan ada texture sikit sedap nak pegang. Nak yang lawa means kenalah tambah harga hihihi.. Size pun optional nak portrait atau landscape. Aku suka landscape dan usually akan pilih 8.5" x 11" baru puas. Memang banyak sangat gambar dan jenuh tapis pilih yang terbaik untuk diabadikan. Ada juga gambar-gambar yang dari camera Kak Sal. Seperti biasa aku kongsikan sedikit dengan korang rupa photobook kali ni.














Nak siapkan satu-satu buku memang makan masa. Bukan kita ni kerja sentiasa mengadap screen nak edit nak susun pilih gambar bagai. Usually aku buat sikit-sikit bila aku rasa bosan tak tahu nak buat apa. Kalau tengah busy memang tak bersentuh langsung. Disebabkan photobook ni nak dijadikan kenangan memang aku pay extra attention untuk menyiapkan satu-satu buku. Aku bayangkan dulu susunan yang aku nak buat dan design yang aku nak. Taste aku sama saja jadi setiap photobook yang aku dah buat semua hampir sama.

Puas hati bila photobook dah sampai ke tangan kita.
Sambil selak helaian.. sambil kenangan menjelma di ingatan..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Trip New Zealand 2019 : Makanan Halal Di Luna's Express, Shopping
Souvenirs Di Auckland, Britomart & Auckland Ferry Terminal

Day 3 [13122019 Friday]

Pejam celik masa berlalu dah hari ketiga. Kami plan untuk meronda sekitar Auckland CBD dan buat beberapa aktiviti. Santai saja jalan kaki naik Ola Cab sebab belum sewa kereta lagi. Hari kami dimulakan dengan pergi makan breakfast di kedai yang menjual hidangan Vietnam halal iaitu Luna's Express - dekat sangat dengan hotel jalan kaki saja. Alhamdulillah cuaca baik cerah cantik langit membiru. Kena doa cuaca elok sebab nanti kami nak join tour ke tengah laut. Kuey Teow Goreng dari Uncle Man's jadi bekalan kami untuk lunch. Siap tapau dalam bekas yang siap dibawa dari Malaysia. Plan nak shopping souvenirs sikit di Queen Street survey harga dan kalau rasa nak membeli tu beli sajalah buat syarat. Tak adalah nak memborong sangat sebab tahu harga souvenirs di Auckland mesti mahal. Petang pula aku dah book tickets untuk join tour untuk menjejaki whales dan dolphins. Tunggu dan lihat ada atau tak rezeki kami nak tengok ikan paus.






MAKANAN HALAL DI LUNA'S EXPRESS AUCKLAND

Luna's Express menyediakan hidangan makanan Vietnam yang halal. Aku dah survey dan tanya untuk kepastian di FB Page Luna's Express sama ada Luna's Express. Siap sijil halal yang disahkan oleh FIANZ (The Federation of Islamic Associations of New Zealand) disertakan jadi yakin untuk pergi makan disana. Aku tak pernah pun makan makanan Vietnam tapi dah aku tengok kedai ni dekat dengan hotel jadi aku include dalam itinerary so that we could have our breakfast sebelum sambung meronda. Marilah kita pergi makan makanan Vietnam di New Zealand hihihi..

Luna's Express
30 Chancery Street, Auckland Central,
Auckland 1010, New Zealand


Morning walk dari hotel ke Luna's Express.

Comel kedainya..

Early birds dapat kopi cawan besar hanya for NZD3.00 (RM8.38 approx).

Interior kedai pun cantik dan kemas.

Kopi NZD3.00 cawan besar untuk MamiZ.

Pilihan makanan yang dipilih. Pho dan Banh Mi..

Banh Mi penuh cili weh !! Jenuh nak buang..

Banh Mi yang berharga NZD15.00 (RM41.92 approx).

Beef Pho yang berharga NZD14.00 (RM39.13 approx).



Sesiapa yang dah familiar dengan makanan Vietnam mesti tahu Pho dan Banh Mi adalah antara hidangan popular disana. Sebab itulah kami pun nak cuba sebab masing-masing no idea macam mana rasa Pho dan Banh Mi. My honest review, makanan di Luna's Express adalah sedap walaupun tahap pedas sukar nak tolerate - sebab aku memang tak makan pedas. Aku makan Banh Mi dan rasa macam makan sandwich Subway versi Asian sangat sebab penuh cili dan ketumbar. Hoooi !! Berasap mulut rasa bila makan first bite tapi overall sangat sedap. Cukup rasa dan sesuai dengan selera tekak Melayu aku. Beef Pho yang MamiZ order pun just nice. Aku rasa sikit soup sebelum MamiZ gaul dengan cili flakes - rasa macam makan Kuey Teow Sup. Jenuh nak habiskan sebab portion memang besar. Seperti biasa aku kena tolong MamiZ habiskan makanan. Pedas gila tapi memikirkan harga aku telan jugalah. Banh Mi ditapau buat bekal atas boat nanti. Total perbelanjaan breakfast kami adalah NZD32.00 (RM89.43 approx).

Jadi kalau korang tercari-cari kedai makanan halal di Auckland untuk dicuba, boleh pergi ke Luna's Express. Ada banya lagi pilihan makanan Vietnam yang ada. Rambang mata nak pilih..


MERONDA SEKITAR AUCKLAND DAN SHOPPING SOUVENIRS

Lepas makan kami meronda-ronda sekitar bandar Auckland. Jalan celah bangunan-bangunan tinggi dan tengok bentuk binaan bangunan-bangunan disana. Cantik juga.. Jumpa taman singgah sekejap bergambar nampak yang unik sikit pun berhenti juga. Lenguh berjalan cari kerusi duduk sekejap. Memang jalan santai saja sebab banyak lagi masa nak join tour. Slowly menapak dan enjoy the day. Berdekatan dengan kawasan Luna's Express ada Chancery Square - tempat untuk shopping dan makan. Tapi sayangnya kami pergi awal pagi sangat kedai-kedai masih banyak yang belum buka. Aku rasa kawasan ni mesti cantik pada waktu malam sebab ada banyak lampu. Dalam kawasan Chancery Square ada kedai Mamak Malaysia Restaurant yang juga menyediakan hidangan halal. Senang sangatlah nak jumpa makanan halal di sekitar Auckland CBD. Kami lalu juga Albert Park tapi berbukit benar nak sampai ke tengah-tengah taman kami tak sanggup nak mendaki bukit menapak kesana. Ambil gambar di pinggiran sajalah aci kira kata dah sampai. Belakang block bangunan-bangunan di Chancery Street dan High Street dah sampai ke Queen Street. The heart of Auckland City katanya sebab disinilah selalunya ramai orang akan tumpu kalau shopping. Sepanjang jalan Queen Street penuh dengan kedai-kedai barangan berjenama dan kedai-kedai souvenirs. Berbanding jalan-jalan lain, memang Queen Street sangat sibuk dan ramai orang. Korang pilih sajalah nak masuk kedai mana sebab lebih kurang saja barangan yang dijual. Harga pula tak adalah jauh beza standard mana-mana kedai pun. Kami tak beli sangat souvenirs sebab aku baca ditempat lain souvenirs dijual dengan harga yang lagi murah. Semestinya di Auckland harga lebih mahal. Tapi tak sah kalau meronda tak menyambar apa-apa kan.. Ada few things yang aku dan MamiZ berkenan tu beli sajalah takut nanti teringat-ingat pula. Lagi sedih kalau cari ditempat lain tak jumpa.

Mencari jalan ke hati awak..

Auckland Sky Tower.

Jalan berbukit untuk sampai ke Albert Park.

Chancery Square - kedai belum buka. Sunyi..

Hi !! Hihihi sempat dia menyelit melambai..

Kedai-kedai di sepanjang Queen Street.

Ralit tengok barangan dalam Typo disana.

Ikutkan hati nak beli tapi fikirkan usia.. Sedar diri. Hihihi..

Hasil tangkapan yang tak disengajakan.

Tak banyak sangat gambar aku ambil masa tengah shopping. Tengah focus nak membeli memang usually aku jarang pegang camera. Takut lalai tertinggal camera pula jadi while shopping camera kita simpan. Typo disana berganda-ganda meriah dari Typo di Malaysia. Harga pula jauh lebih murah. Memang ada dijual di Malaysia tapi tah.. bila kat sini tak terasa nak beli pun. Tolonglah stand by duit banyak-banyak sebab mesti rasa nak beli semua benda. Rezeki sangat time pergi tu tengah ada sale untuk selected items barangan Marvel dan Harry Potter. Sakan aku borong sebab lepas convert harga jadi sangat murah. Aku beli few things untuk RaihanF sebab birthday dia tak lama lepas dari tarikh kami balik. Untuk diri sendiri dan MamiZ juga dapatlah beberapa barang. 

Susahnya la haiii nak control diri !!

BRITOMART - PUBLIC TRANSPORT HUB DI NEW ZEALAND & AUCKLAND FERRY TERMINAL

Kalau kita ada KL Sentral, New Zealand ada Britomart yang berfungsi sebagai hub pengangkutan awam di Auckland. Segala train dan bus akan lalu Britomart untuk pertukaran stations interchange lane. Menariknya Britomart ni kalau kita masuk ke common area tu alaaahai tak sangka sebenarnya tempat itu adalah hub pengangkutan utama. Nampak macam bangunan kosong kontena yang suam-suam kuku tak ramai orang pun. Adalah kaunter jual tickets dan few boards untuk paparkan jadual buses dan trains. Sebenarnya yang berselirat dan canggih segala laluan train berlaku di bawah level utama. Kalau nak tengok kena beli ticket dulu jadi tak adalah gambar nak tunjuk sebab kami singgah sekejap saja lalu nak ambil gambar. Kawasan sekitar Britomat boleh tahan meriah juga very santai dan cosy. Ada kedai-kedai makan dan shopping area.

Sebelah Britomart ada bangunan Auckland Ferry Terminal atau lebih mesra dengan panggilan Downtown Ferry Terminal - hub pengangkutan air utama di Auckland. Sesiapa nak ke Devonport boleh naik ferry disini. Bangunan Ferry Terminal yang classic dan cantik. Kami tak adalah lepak lama sangat disini sebab tempat yang dituju adalah ke Viaduct Harbour. Cuma lalu singgah sekejap cuci mata. Ada construction jadi jalan ditutup kena detour agak jauh.



Auckland Ferry Terminal bersebelahan dengan Britomart.

Nak cuba Island Gelato Company (suggested by a friend) tapi sayangnya
banyak flavours yang ada alcohol.

Tumpang bergambar sajalah.

Kita nak ke Viaduct Harbour..

Hari panas sedap makan ice-cream. Yumms !!


Sementara tunggu waktu nak join tour kami singgah makan ice-cream dulu basahkan tekak. Sedap sangatlah hari panas dapat benda sejuk. Kami akan join tour Auckland Whale & Dolphin Safari pada pukul 1.00PM dan kena redeem tickets sebelum 12:00PM di New Zealand Maritime Museum di kawasan Viaduct Harbour.

Excited sangat nak tengok whale dan dolphin yang hidup bebas di Hauraki Gulf.
Sambung lagi nanti..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
SitiYangMenaip | Facebook Page | Youtube Channel |


DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.