SITI.YANG.MENAIP

SALAM AIDILFITRI DARI SITI YANG MENAIP


Salam Aidilfitri diucapkan buat semua rakan-rakan bloggers dan pembaca-pembaca blog SITIYANGMENAIP yang tidak seberapa ini. Huluran ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa dengan kata-kata mahupun tindakan secara langsung dan tak langsung buat semua. Memohon kemaafan memerlukan kekuatan namun memberinya adalah satu kemenangan. Mari kita sama-sama campak ego didada rendahkan hati memohon dan memberi kemaafan. Ku kirim doa kesejahteraan buat rakan-rakan semua dari jauh. Semoga kita beroleh keberkatan Ramadhan yang sudah berlalu pergi dan menyambut kedatangan Syawal yang penuh berkat. Semoga Aidilfitri kali ini disambut meriah bersama ahli-ahli keluarga tercinta. Hati-hati ketika memandu ke destinasi. Sabar dan pandulah dengan penuh hemah dan etika. Kita jaga keselamatan bersama semoga selamat semuanya. Baca doa perlindungan semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh-Nya.

I am sending all of you my warm wishes full of love peace and prosperity.
Lets forgive and celebrate our victory.

Have a blast Eid celebration.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

WHILE IN TERENGGANU | JALAN-JALAN TERENGGANU | LEMANG DI KIJAL


Kijal adalah satu kawasan yang terletak diantara Kerteh dan Kemaman. Sangat terkenal dengan perusahaan lemang secara besar-besaran sepanjang tahun. Banyak gerai lemang jadi pilihlah yang mana nak singgah. Bukan hanya ketika raya.. Tak kira hari apa nak makan lemang carilah di Kijal mesti ada. MamiZ kata memang dah berpuluh-puluh tahun Kijal terkenal dengan lemang. Dulu MamiZ dan DediS posting mengajar di Kerteh jadi sempatlah menetap di sana lebih kurang dua tiga tahun sebelum berpindah ke Pulau Pinang. While in Terengganu, aku sempat singgah sekejap ke Kijal beli lemang dan serunding buat bekal makanan nak bermalam di Kemaman. Ramai orang yang berhenti beli lemang. Ada yang borong pun iya jugaaa. Lemangnya sedikit manis tapi masih sedap dimakan. Yang paling penting adalah harganya yang sangat murah. Dua tiga kali tanya untuk kepastian. Tak dapatlah harga macam gini di tempat-tempat lain. Sebatang lemang hanyalah RM5 dahlah dapat lagi dua tiga ketul secara percuma.

Murah rezeki peniaga-peniaga disini.
Jadi : Ingat lemang ingatlah Kijal.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

LIPSTICK MATTE OBSESSION


Ini sebahagian yang dibawa pulang ke kampung untuk persediaan hari raya. Tak boleh decide nak bawa balik yang mana jadi kita angkut saja mana yang favourites. Tak muat pouch kita sumbat dalam kotak. I am not a beauty junkie and sumpah tak reti pun nak make up but one thing for sure, I love lipsticks. Walaupun tak pandai tepek foundation concealer blusher eye shadow and what not.. I will make sure at least I have my lipstick on. My favourites are the ones from Colourpop and Velvet Vanity (local brand). Just recently I have built the interest terhadap Breena Beauty and their matte lipsticks are amazing. They look the same but trust me no they are not. Only girls saja faham girls betul tak ? How about all of you ? What is your favourite brand and colour ?

'inner beauty is great but a lipstick never hurts..'

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

BALIK KAMPUNG GIVEAWAY BY HER LITTLE GUILTY PLEASURES

Balik Kampung Giveaway by Her Little Guilty Pleasures

This cute adik has her giveaway ongoing. Grab the chance to win something.
May the odds be ever in our favour !!

WHILE IN TERENGGANU | JALAN-JALAN TERENGGANU | TOMYAM IKAN KUALA BERANG


The very first day I was in Kuala Berang, the locals suggested me to try their infamous Tomyam Ikan. Apparently all kedai in Kuala Berang have this in their menu. Tak pernah tahu ikan dimasak tomyam weird but we gave it a try. Just to note that I am not an avid fan of tomyam be it yang merah atau putih and definitely tak suka ikan masak rebus or air air except Sup Ikan Merah. Sorry tekak memilih. But surprisingly rasanya sedap just nice or maybe because it has a little taste of Sup Ikan than I could eat. I won't suggest if the menu is not tasty. If you happen to be in Kuala Berang, jangan lupa untuk cuba !!

Opps.. Picky eater at its best.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.