October 2020 | SITI.YANG.MENAIP

Semerbak Harum Bau Cadbury Dairy Milk Durian Baru


Clue paling tepat aku boleh bagi bila makan first bite Cadbury Dairy Milk Durian yang baru ini adalah sama rasanya dengan keropok atau jajan durian yang kita selalu makan masa kecil dulu. Epic !! Buka cover terus menyirap semerbak satu ruang penuh bau durian. Memula aku rasa sceptical juga nak rasa tapi teruja nak cuba. Ingatkan kot tak lalu bila rasa durian dicampur dengan chocolate tapi sebaliknya sedap !! Rasa tak keterlaluan sampai tak lalu nak makan. Just nice. Bagi aku.. well balanced dan tak melampau. Berminggu juga aku cari akhirnya jumpa di Tesco. Harga pula not bad standard harga chocolate Cadbury yang lain. Hari tu ada ada potongan harga discount sikit dapatlah satu bar besar ni dengan hanya RM6.40. Kalau tak silap harga asal RM8.70 kot.. Tak ingat.

Aku tak sure Cadbury Dairy Milk Durian ni dah lama atau baru ada dipasaran. Bagi aku baru sebab aku tak pernah tahu before this..

Overall sangat menarik combination yang dipilih oleh Cadbury kali ni..
Berbaloi gigih aku mencari.

Dah cuba ke belum ? Cepat cari di kedai berdekatan korang..
Don't miss the train..

Minuman Lemon Dan Barley Dari Yeo's


Henlo korang !! Ini ada barang baik nak dikongsikan dengan semua.

First time aku jumpa minuman ni di pasaran. Jakun sikit.. Saja sebelum balik rumah singgah koperasi sekolah beli air. Kering tekak cuaca panas lepas tu baru lepas kelas memang nikmat sangat minum air sejuk. Aku share di Instagram dan ada beberapa orang yang respond kata air ni dah lama actually wujud. Heee.. Akulah yang baru tahu. Sedap !! Rasa sangat ringan dan segar cuma manis juga sebab ni bukan minuman dalam range less sugar. Rasa lemon tak kuat sangat terasa just a hint gituuu tak adalah overpower.

Overall memang lega tekak minum air ni..
Dah pernah cuba ke ?



 

 


Antara buah favourite aku dan setiap kali musim laici aku antara yang paling teruja. We don't grow lychee in Malaysia jadi kena tunggu Thailand export baru dapat merasa laici fresh macam ni. Sebolehnya nak avoid buah dari sana tapi apakan daya.. Dah suka. Kalau tiba waktu teringin tapi tak ada.. makan yang dalam tin laaa jawabnya.

Tapi.. buah laici fresh macam ni harga dia mahal. Lagi-lagi time awal musim perggghh jerut leher peniaga--peniaga jual. Itulah time paling best nak makan laici sebab tengah super fresh dan crunchy. Nak beli kena catu dan berkira-kira juga tau.. Seikat macam dalam gambar pun dah hampir RM30.00. Hurrrmm.. Beli sikit-sikit buat lepas teringin.

Sedapnya !! Nikmat dunia yang wajib disyukuri.

Siapa suka buah laici ?
Sep sikit.. Kita geng.

 


Aku masih sibuk tapi sekejap ni nak curi masa sedikit nak buat appreciation post untuk semua Top Commentators July - September 2020. Nak kena juga buat entry penghargaan ni.. Terima kasih banyak-banyak sebab masih sudi singgah menjenguk walaupun memang tak sempat aku nak buat kunjungan balas. Ada nama baru juga kali ni hehehe.. Yang tak tersenarai jangan merajuk yaaa sebab aku sayang korang juga. Masa yang korang luangkan untuk memeriahkan blog SitiYangMenaip ini sangat aku hargai. Masih belum berkesempatan nak jenguk blog kawan-kawan semua tapi akan diusahakan..

Ini adalah sepuluh rakan-rakan Bloggers yang rajin tinggalkan comment
di SitiYangMenaip untuk bulan July - September 2020 :


Insyallah next round adalah
Top Commentator October - December Blog SitiYangMenaip
dan
Top Commentator 2020 Blog SitiYangMenaip

"appreciation can make a day.. even change a life.
your willingness to put it into words.. is all that matters.."


T.E.R.I.M.A.K.A.S.I.H

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.