SITI.YANG.MENAIP: Malaysia | Selangor

Showing posts with label Malaysia | Selangor. Show all posts
Showing posts with label Malaysia | Selangor. Show all posts

Bunga Matahari Dan Beriadah Di Taman Saujana Hijau Putrajaya

Selepas berbulan-bulan duduk rumah tak kemana-mana akhirnya ada juga aktiviti yang boleh dibuat selepas road blocks kawasan Putrajaya dimansuhkan. Nak hirup udara segar pula tengok keindahan alam sekeliling. Di sekitar Putrajaya ada banyak taman yang sesuai kalau nak beriadah santai bersama keluarga dan salah satu yang famous adalah Taman Saujana Hijau. Bagi warga Putrajaya dan sekitar, Taman Saujana Hijau adalah antara taman pilihan dan sentiasa ramai pengunjung. Tempat cantik dan kemas dan selalu juga jadi pilihan untuk pengantin photoshoot gambar kahwin. Fashion brands pun suka ke Taman Saujana Hijau untuk shooting gambar-gambar. Saja ajak MamiZ kesana jalan-jalan keluarkan peluh sikit. Bukan nak jogging sakan pun.. Kami menapak saja slowly. Kawasan Taman Saujana Hijau ni luas yang amat - sekitar 47 hectares dan nak cover semua kawasan memang rasa tak mampu. Dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti European Garden, Chinese Style Garden dan English Garden. Kawasan taman pula ada bahagian yang berbukit dan ada yang mendatar. Taman Saujana Hijau beroperasi bermula pukul 07:00AM sehingga 07:00PM setiap hari. Parking is free dan tiada charge bayaran masuk dikenakan. Nak picnic pun sesuai boleh bawa makanan dan duduk di gazebo yang disedikan. Nak bentang tikar pun boleh.. Cari spots yang redup bestnyaaa.. Niat sebenar kami kesana nak cari bunga matahari yang banyak ditanam disana. Cuci mata tengok bunga-bunga.


 

PERGI WAKTU PAGI LEBIH NYAMAN

Waktu pagi adalah waktu terbaik nak ke Taman Saujana Hijau Putrajaya. Rasa nyaman angin sejuk macam di Cameron Highlands. Menjelang pukul 10:00AM memang orang dah sangat ramai dan matahari mula terpacak atas kepala. Petang pun menarik juga sambil tunggu sunset. Jangan lupa bawa bekalan air dan simple snacks kalau nak jogging. Aku cepat pening kalau cuaca terlalu panas, jadi wajib untuk pakai topi. Memang seronok tengok ramai orang beriadah amalkan gaya hidup sihat. Ramai juga yang bawa anak-anak untuk bebas berlari sana sini. Sesekali aku rasa memang elok dan perlu untuk kita buat aktiviti macam ni.. Kalau di rumah memang kerja mengadap TV dan Internet. Aku dan MamiZ menapak jauh juga walaupun jalan slowly boleh tahan peluh yang keluar. Dah selesai satu pusingan baru kami ke kawasan yang banyak bunga matahari. Ralit memerhati membelek bunga matahari yang cantik mekar.

Jalan 10 langkah.. berhenti rehat 10 minit. Ihikkks..


Hilang penat rasa bila tengok bunga matahari yang cantik. Memang antara tarikan utama di Taman Saujana Hijau adalah deretan bunga-bunga matahari yang ditanam. MamiZ dah rancang nak tanam bunga matahari pula di tanah sejengkal depan rumah. Jatuh cinta dengan bunga matahari pula katanya.. Kita tengok nanti project tanaman bunga matahari MamiZ jadi macam mana.. Kalau betul nak tanam semoga tumbuh membesar elok hendaknya. Jeng.. Jeng..

TOLONG JAGA KEBERSIHAN TAMAN SAUJANA HIJAU

Bab kebersihan ni kadang-kadang aku pelik juga tengok attitude rakyat Malaysia. Tempat riadah orang dah buatkan, kita pandai guna dan apa salahnya kita jaga kebersihan juga. Tong sampah pun dah disediakan apa susah sangat nak buang sampah pada tempatnya. Sama-sama kita jaga kebersihan ubah perangai buruk apply semua yang baik belaka. Yang bawa makanan, bawa belon bawa confetti nak celebrate birthday ke apa ke.. tolong kutip semua sampah sendiri yang dibawa dan buang. Lebihan makanan bungkus elok-elok bukan buang dalam longkang. Sedih tengok ada sampah yang dibiarkan begitu saja. Memanglah ada pekerja-pekerja pembersihan tapi apa masalah kalau sendiri bawa sampah tu dan sendiri uruskan ?? Mungkin di entrance kena buat pemeriksaan beg untuk tengok barang-barang yang dibawa. Kenakan bayaran untuk yang nak celebrate birthday dan buat mini partyMalu dengan orang di negara-negara lain yang jauh lagi pembersih dari kita. Taman kita sama cantik juga dengan taman-taman di negara orang lain tapi sikap kita yang hodoh. Nak jadi contoh ikutan anak-anak tengok pun rasa tak lalu. Bila ke taman awam, memang macam-macam sikap manusia kita akan jumpa. Korang boleh nilai sendiri laaaa macam mana keadaan bila ada parents yang buang pampers anak dalam longkang. Obviously bukan anak tu sendiri yang buang tapi mak ayah dia.. Sedih !! Kemudian, kita akan jumpa species bodoh sombong ignorant yang merokok sana sini. Haaa.. Public area kot bukan private park milik keluarga kau. Orang pi taman nak sedut udara segar tapi yang dapat bau asap rokok berkepul-kepul. Apakah ?? Common sense entah kemana tak kan tak boleh fikir mana baik mana buruk. Kecewa sangat.  Jadi sama-sama kita jaga kebersihan taman-taman awam negara kita biar kekal cantik dan kemas. Bila orang luar datang tengok keadaan taman-taman di negara kita, biar diorang rasa sama kagum dan cantik macam taman-taman di negara diorang.

Haaa kan dah membebel jadinya.. Geram !! Hahaha..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
01 January 2021 (Jumaat)

Aktiviti pertama di tahun baru 2021 - kami pergi memancing di Kolam Pancing RM3 Jugra. Hanya satu jam memandu dari Bangi untuk ke Banting ikut SKVE. MamiZ sangat suka memancing tapi sayang anaknya tak ada minat yang sama. Lama MamiZ sebut nak pergi memancing tapi asyik tak jadi. Entah macam mana aku teringat satu gambar yang dikongsikan oleh seorang teman di Instagram tentang Kolam Pancing RM3 Jugra - nampak kemas dan menarik. Terus tanya kawan extra info dan research sikit tengok posts di Facebook Page Kolam Pancing RM3 Jugra. Aku call tanya tentang umpan dan kemudahan-kemudahan yang disediakan. - ada tandas, cafe dan surau. Perkhidmatan siang ikan pun ada.. First time nak pergi tak tahu rupa tempat macam mana jadi tanya dulu untuk kepastian. Ramai bagi feedback yang positive jadi aku terus bagitahu MamiZ. Excited sangat mak akuuu nak pergi memancing siap check joran check tali dan tools lain yang diperlukan. Aku tak teruja sangat sebab tak minat tapi nak teman duduk tunggu dua tiga jam okay saja boleh sangat. Kalau bosan aku plan nak tidur dalam kereta. Hihihi..

Kolam Pancing RM3 Jugra beroperasi seawal 08:00AM sampai pukul 07:00PM setiap hari Isnin - Ahad. Selepas pukul 07:00PM pun buka juga tapi bayaran harga lain pula. Pukul 07:30AM kami gerak, singgah beli sarapan buat bekal di kolam pancing dan lebih kurang pukul 09:00AM sampai. Peeergh !! Dah ramai orang.. Ingatkan kami antara yang dah awal rupanya ramai lagi cepat sampai. Cuaca mendung kelam matahari segan nak keluar. Nyaman memancing suhu sejuk.



KOLAM PANCING RM3 JUGRA

Kenapa nama tempat ni Kolam Pancing RM3 ? Kenapa RM3 ? Murah sangat ni.. Memang murah dan sangat berbaloi. Selalu aku jumpa kolam pancing charge bayaran ikut jam tapi di Kolam Pancing RM3 Jugra ni.. kita bayar harga RM3 untuk setiap batang joran yang kita bawa. Umpan udang hidup dan ikan juga disediakan kalau tak sempat nak cari umpan sendiri. Yang lagi aku suka, ikan-ikan di Kolam Pancing RM3 Jugra semuanya ikan air masin seperti Siakap, Kaci (Siakap Merah), Jenahak dan Kerapu. Walaupun MamiZ suka memancing, kalau dapat ikan air tawar atau ikan sungai bukan makan pun.. Jadi elok pergi pancing ikan air masin atau ikan air laut. Baru puas hati dapat ikan dan boleh makan.

Lapor diri check suhu bayar harga joran dan beli umpan.

Tak cukup cash ? Online transfer pun boleh..

Jenis-jenis ikan yang available dan harga per kilo.. Siakap paling murah.

Cuaca tenang di pagi hari 01 January 2021. Pagi tahun baru..

Pukul 09:00AM manusia dah ramai..

MamiZ dan AbangR (sepupu) sedang get ready. Ni kolam ikan Kaci..

Brother baju biru tu dah dua ekor Kaci dia dapat.. Rezeki.

Setia menunggu umpan dimakan ikan..

Semestinya hanya berpura-pura saja memancing demi gambar..
Gaya kena ada..

TIADA REZEKI DI HARI PERTAMA TAHUN BARU 2021

Empat jam menunggu seekor ikan pun tak makan umpan yang MamiZ dan AbangR letak. Selepas dua jam aku surrender menunggu, memang duduk dalam kereta dengar lagu dan tidur. Bukan aku seorang yang tidur dalam kereta, ramai lagi isteri-isteri brothers yang memancing tunggu dalam kereta juga. Bosan sangat - joran pun ada dua saja. Habis aku interview brothers yang semua dapat ikan sambil tunggu MamiZ dan AbangR pula dapat. Itulah namanya rezeki adalah percaturan Allah SWT. Kalau Dia kata tak dapat.. Maka tak dapatlah ikan. Berlalu pulang dengan perasaan hampa tapi sebenarnya dapat banyak ilmu daripada pemancing-pemancing lain disana. Diorang ajar tips dan tricks untuk tackle ikan-ikan air masin. Ikut hati MamiZ memang nak tunggu sampai petang aku rasa.. tapi kami kena balik sebab nak tolong uruskan hal-hal majlis pernikahan sepupu aku esok harinya. Kami lari sekejap pergi memancing janji tengah hari akan balik rumah.

MamiZ tak puas hati balik dengan tangan kosong..
Katanya nak pergi lagi tapi tak sangka 'pergi lagi' tu adalah dua hari berikutnya..

TUKAR TALI JORAN DAN MATA KAIL BARU

Brothers yang ajar few tips dan tricks tu suruh tukar dari tali tangsi ke tali benang yang lebih kuat. Tali tangsi katanya cepat putus dan ikan-ikan air masin selalunya ganas jadi tak sesuai. Saiz mata kail pun kecil jadi kena tukar yang besar sikit.. Lepas majlis pernikahan dan kenduri belah pengantin perempuan, terus terjah kedai joran dan tukar apa patut. Aku cakap kat MamiZ, kalau nak aku teman lagi belikan aku joran sebatang walaupun aku tak reti memancing. Aku nak juga memancing kalau tak memang aku rasa nak mogok kebosanan. Tak perlu beli baru pun sebab ada banyak joran arwah Atok dalam store cuma kena baiki sikit touch up bagi feeling baru. All ready and set to go..

03 January 2021 (Ahad)

Trip kedua ke Kolam Pancing RM3 Jugra. Semangat kami berempat - kali ni pergi dengan orang lain pula (Aku, MamiZ, AcikB dan AbangH) pukul 08:30AM dah terpacak disana. Hujan renyai tak dihiraukan sebab matlamat kami jelas dan focus nak memancing. Gituuu.. Jangan risau kalau hujan pun sebab ada banyak pondok kecil dibina sesuai nak berteduh.

Jomlah kita pergi memancing..

Ikan Bulan !! My first ikan ever in history. Panic gila bila umpan mengena. First time memancing nak tarik ikan naik pun tak reti. Kelam kabut MamiZ tolong..

Kaci pertama dalam sejarah hidup. Tergeliat bahu sengal lepas bertarung nak tarik ikan naik atas. Masih terkial-kial nak handle joran.. Syukur tak terlepas.

Alhamdulillah !! Pengalaman pertama memancing yang manis.

AcikB pula dapat seekor lagi Kaci.

Kaci ketiga.. AbangH pula dapat.

Pindah ke kolam ikan siakap. Alhamdulillah rezeki dapat seekor siakap..

DAPAT IKAN BARU TIMBANG DAN BAYAR

Konsep ini pun aku suka - Dapat ikan baru timbang dan bayar ikut harga yang ditetapkan tapi kalau tak dapat tak adalah terkilan sangat sebab bayar pun RM3 kan.. Dah dapat ikan tak boleh lepaskan semula wajib ambil. Jadi kena decide betul-betul ikan apa yang kita nak pancing. Antara semua jenis ikan yang ada disana, aku paling suka Jenahak. Kalau dapat seekor pun jadilah dah puas hati tapi lama tunggu tak dapat juga. Sudahlah tu.. nanti kita cuba lagi. Sekilo ikan Kaci berharga RM35.00 dan RM17.00 untuk sekilo Siakap. Total untuk tiga ekor ikan Kaci dan seekor ikan Siakap adalah RM105.00 sekali dengan harga tolong bersihkan dan siang. Bagi aku harga sangat berbaloi dan murah. Plus, semua sangat fresh baru lepas dipancing. Ikan Bulan yang aku dapat adalah percuma, tak termasuk dalam senarai yang perlu ditimbang. Alhamdulillah rezeki !! Sebenarnya tak tahu pun ada wujud ikan Bulan.. Tibai sajalah..



Senyum sampai telinga masing-masing dengan hasil tangkapan. Untuk aku yang first time memancing, aku admit memancing rupanya sangat seronok !! Selama ni aku yang tak nak cuba jadi aku rasa memancing itu bosan. Dah happy teruja rasa excited perasaan dapat ikan, aku pula tak sabar nak tunggu our next trip pula. MamiZ masih tak puas hati sebab tak dapat ikan.. Belum ada rezeki nanti insyallah kita pergi lagi yaaa.. Sekarang ni masih belum selamat nak berjalan sakan jadi segala aktiviti agak terhad. Pergi mana-mana pun jangan lupa ikut SOP dan peraturan-peraturan yang dah ditetapkan oleh kerajaan. Jaga diri semua..

Apa aktiviti pertama korang di tahun baru ?
Meh share sikit..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Vlog | Trip Geng Bulat 2020 Ke Aquaria KLCC


Last week dah kongsikan entry, ni video pula.
Banyak footages best especially bila lalu tunnel ikan pari dan ikan jerung.

Laptop dah tak boleh process video 4K jadi kena reduce ke 1080p itu pun slow. Laptop uzur bertahun dah berjasa.. Nak Macbook entah bila dapat beli. Ini video pertama aku edit menggunakan  application Splice. Menarik juga tapi sebab bukan seorang professional, banyak kena belajar sebab itu berterabur jadinya. Saja buat suka-suka sekadar kenangan.

Wow !!

Once Upon A Time Naik Cruise Tasik Putrajaya

Lama gila entry terperam aku pun tak perasan ada buat draft. Entah zaman bila pergi naik Putrajaya Cruise pun dah tak ingat. Rasanya back in 2016 atau 2017 kot. Beli tickets masa Matta Fair, dapat half price. Harga asal pun tak mahal sangat just nice untuk pemegang MyKad. Hahaha.. Serious lama sangat dah. Aku dah tak ingat apa.. Semua info memang dah lost disebalik kotak memory. Aku nak kongsi gambar buat kenangan pernah juga merasa naik Cruise Tasik Putrajaya. Okaylah not bad dan boleh masuk list tempat menarik di Selangor dan Putrajaya yang boleh dilawati. Cantik juga sekitar Putrajaya sepanjang laluan cruise. Berbaloi dapat discount dan meronda santai hilangkan stress. Park kereta sekitar Dataran Putra atau cari Anjung Perdana. Turun bawa terus nampak signage.

Tak nak sembang banyak..
Adalah sikit gambar nak kongsi..


Laluan Putrajaya Cruise.

Masuk gallery kejap tengok sejarah pembinaan.

Kapal comel nama Belimbing.

Skyrides Festivals Park

Masjid Putra dikejauhan.

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin / Masjid Besi Putrajaya.



Seingat aku mengimbau perasaan ketika cruise, aku dan MamiZ both seronok dan enjoyed our ride. Boleh keluar ke deck untuk ambil gambar atau nak duduk dalam pun tak apa. Spacious juga jadi ramai boleh berdiri di luar. Ikut sukalah mana korang nak. Duduk dalam pun selesa dan sejuk. Lebih kurang satu jam jugalah masa diambil dan kelajuan just nice nak ambil gambar dan cuci mata tak adalah laju memecut. Cruising boat bukan speed boat. Hihihi.. Recommended sangat kalau nak bawa anak-anak beriadah santai tengok alam. Sesekali apa salahnya kan.. Yang dewasa pun rasa teruja apa lagi kanak-kanak.

Semoga cepat ujian Covid19 berakhir.
Dapat kita bebas berjalan-jalan semula atas bumiNya.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.