SITI.YANG.MENAIP: Malaysia

Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Vlog | Trip Geng Bulat 2020 Ke Aquaria KLCC


Last week dah kongsikan entry, ni video pula.
Banyak footages best especially bila lalu tunnel ikan pari dan ikan jerung.

Laptop dah tak boleh process video 4K jadi kena reduce ke 1080p itu pun slow. Laptop uzur bertahun dah berjasa.. Nak Macbook entah bila dapat beli. Ini video pertama aku edit menggunakan  application Splice. Menarik juga tapi sebab bukan seorang professional, banyak kena belajar sebab itu berterabur jadinya. Saja buat suka-suka sekadar kenangan.

Wow !!

Once Upon A Time Naik Cruise Tasik Putrajaya

Lama gila entry terperam aku pun tak perasan ada buat draft. Entah zaman bila pergi naik Putrajaya Cruise pun dah tak ingat. Rasanya back in 2016 atau 2017 kot. Beli tickets masa Matta Fair, dapat half price. Harga asal pun tak mahal sangat just nice untuk pemegang MyKad. Hahaha.. Serious lama sangat dah. Aku dah tak ingat apa.. Semua info memang dah lost disebalik kotak memory. Aku nak kongsi gambar buat kenangan pernah juga merasa naik Cruise Tasik Putrajaya. Okaylah not bad dan boleh masuk list tempat menarik di Selangor dan Putrajaya yang boleh dilawati. Cantik juga sekitar Putrajaya sepanjang laluan cruise. Berbaloi dapat discount dan meronda santai hilangkan stress. Park kereta sekitar Dataran Putra atau cari Anjung Perdana. Turun bawa terus nampak signage.

Tak nak sembang banyak..
Adalah sikit gambar nak kongsi..


Laluan Putrajaya Cruise.

Masuk gallery kejap tengok sejarah pembinaan.

Kapal comel nama Belimbing.

Skyrides Festivals Park

Masjid Putra dikejauhan.

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin / Masjid Besi Putrajaya.



Seingat aku mengimbau perasaan ketika cruise, aku dan MamiZ both seronok dan enjoyed our ride. Boleh keluar ke deck untuk ambil gambar atau nak duduk dalam pun tak apa. Spacious juga jadi ramai boleh berdiri di luar. Ikut sukalah mana korang nak. Duduk dalam pun selesa dan sejuk. Lebih kurang satu jam jugalah masa diambil dan kelajuan just nice nak ambil gambar dan cuci mata tak adalah laju memecut. Cruising boat bukan speed boat. Hihihi.. Recommended sangat kalau nak bawa anak-anak beriadah santai tengok alam. Sesekali apa salahnya kan.. Yang dewasa pun rasa teruja apa lagi kanak-kanak.

Semoga cepat ujian Covid19 berakhir.
Dapat kita bebas berjalan-jalan semula atas bumiNya.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

ROAD TRIP KE PANTAI TIMUR | KELANTAN TERENGGANU PAHANG

ROAD TRIP KE PANTAI TIMUR | KELANTAN TERENGGANU PAHANG. Selain daripada meneroka dunia luar dari Malaysia, jangan lupa pada destinasi-destinasi pelancongan menarik yang ada di negara kita. Malaysia has a lot to offer be it kepada pelancong-pelancong luar atau pun rakyat tempatan. Kadang-kadang kita saja buat tak nampak dan tak nak ambil tahu betapa cantiknya negara sendiri. Dalam usaha menanam hasrat untuk travel ke negara-negara lain, aku tak lepaskan peluang mengelilingi Malaysia. Banyak tempat-tempat menarik yang ada belum pernah dijejaki. Tempat aku membesar pun tak pernah habis pusing. Menariknya negara kita, banyak perjalanan 'Road Trip' yang boleh dirancang. Orang utara boleh ke selatan, orang selatan datang ke utara, kita boleh ke pantai timur dan juga terbang ke Borneo Sabah dan Sarawak. Unik perbezaaan diversity yang negara kita ada. Pelbagai budaya, adat resam, makanan yang pastinya menjanjikan pengalaman yang menarik. Kali ini aku akan kongsikan cadangan itinerary perjalanan 'Road Trip' aku dan MamiZ ke Pantai Timur dan gambar-gambar yang sempat kami ambil. Berdua, kami membawa hati mengubati kesunyian tanpa DediS disisi. Bermula dari Penang terus ke Kelantan, singgah di Terengganu sebelum ke Pahang dan akhirnya menamatkan perjalanan ke Bangi.




Permandangan indah di Hentian Sebelah Banjaran Titiwangsa.




ITINERARY PERJALANAN 'ROAD TRIP' KE PANTAI TIMUR | KELANTAN TERENGGANU PAHANG

Untuk merancang satu-satu trip semuanya bergantung pada minat masing-masing. Bukanlah kena rigid dan ikut menonong saja. Kalau orang suka makan tentulah kena lebihkan tempat-tempat makan yang best. Kalau suka shopping wajib selitkan tempat-tempat menarik untuk membeli-belah. Jadi yang aku kongsikan adalah berdasarkan minat aku. Mungkin boleh memberi gambaran dan cadangan. Ambil yang baik saja.. yang rasa menyusahkan letak tepi.


 HARI 1

Dari Penang Ke Kota Bharu
Hari pertama gerak awal dari Penang dan adalah hari perjalanan sambil selit beberapa tempat menarik yang boleh disinggah sepanjang perjalanan untuk ke destinasi utama - Kota Bharu.

  • Gerik / Banjaran Titiwangsa / Jeli / Rantau Panjang / Pasir Mas
  • Hentian Sebelah Banjaran Titiwangsa [Makan / Solat]
  • Rantau Panjang - Zon Bebas Cukai Rantau Panjang / Bazar Siti Aminah / Bazar Fatimah / Jasa Duty Free
  • Check-in - Hotel Perdana Kota Bharu Kelantan
  • Dinner : KST Ikan Bakar
  • Shopping di Wakaf Che Yeh

Tempat-tempat makan yang sedap di Kota Bharu : 
Kedai Makan Nasi Kuning (Nasi Khoumok), Warung Pok Mat Pulau Pisang, Restoran By T Laksam, Restoran Cikgu Nasi Ulam Kampung Kraftangan, Nasi Sup Cemerlang, Satay Razak Wakaf Baru, Alemy Meggi Ketam, Kopitiam Kita, Nasi Kak Wook, etc.

Ramai yang suka shopping di Rantau Panjang : Toto Narita, kuali, chocolates, beras siam dan makanan-makanan tempatan Kelantan dan dari Thailand. Semua nampak menggoda dan sedap. Asalnya kami nak makan di KST Ikan Bakar tapi hujan terlalu lebat. Ended up makan steamboat di Hotel Perdana.


HARI 2

Sekitar Kota Bharu Dan Gerak Ke Kuala Terengganu
Hari shopping di Kota Bharu sambil mencuba beberapa makanan tempatan yang terkenal dan sedap. Satu-satu kawasan shopping di Kota Bharu memerlukan masa yang lama untuk duduk, belek dan pilih yang berkenan di hati sambil kira berapa duit nak dilebur. Kalau masa limited untuk meronda banyak tempat kenalah pilih salah satu saja. Petang dah gerak ke Kuala Terengganu.

  • Breakfast : Hotel Perdana Kota Bharu Kelantan
  • Pasar Siti Khadijah / Wakaf Che Yeh / Bazar Tok Guru : Kain Batik Sarung / Kain Batik Lepas / Baju Kelawar / Batik Crepe / Batik Sutera / Souvenirs / Makanan Tempatan / etc.
  • Lunch : Restoran Cikgu Nasi Ulam Kampung Kraftangan
  • Restoran By T Laksam
  • Pantai Irama Bachok / Pantai Tok Bali
  • Pantai Bukit Keluang / Pantai Penarik - Goreng Tepung
  • Check-in - Hotel Felda Residence Kuala Terengganu

Tempat-tempat makan yang sedap di Kuala Terengganu :
D'Ganu Cafe Steamboat Pulau Duyung, Restoran Mat Kedai Binjai, NR Seafood Village, Warung Pok Nong, Gerai Kak Pah Nasi Dagang, Air Buah Gelas Besar, AZ Selera Timur, etc.




First time menginap di Hotel Perdana Kota Bharu.

Menarik tapi sayang baju mandi tinggal. Selalu tertinggal bila jalan..


Pasar Siti Khadijah Kota Bharu Kelantan.






Restoran Nasi Ulam Cikgu Kampung Kraftangan.

Pantai Bukit Kluang Besut Terengganu.

Pantai Bukit Kluang Besut Terengganu.




Pantai Penarik Setiu Terengganu.


Pantai Penarik Setiu Terengganu.

Hotel pilihan kami sekeluarga setiap kali ke Kuala Terengganu - Felda Residence Kuala Terengganu.


HARI 3

Sekitar Kuala Terengganu Dan Gerak Ke Cherating
Perjalanan kami santai tak kejar apa-apa. Bersepakat untuk ke Pasar Payang untuk sambung shopping apa yang patut sebelum ke Cherating.

  • Breakfast : Hotel Felda Residence Kuala Terengganu
  • Pasar Besar Kedai Payang : Kain Batik Sarung / Kain Batik Lepas / Baju Kelawar / Batik Crepe / Batik Sutera / Souvenirs / Makanan Tempatan / etc.
  • Pantai Batu Buruk / Marang
  • Pantai Kuala Abang
  • Kerteh / Pantai Kemasek / Kijal
  • Check-in - Hotel The Legend Resort Cherating Pahang
  • Dinner : D' Cherating Cafe

Kami tak singgah lunch dimana-mana kedai makan sebab masih kenyang breakfast di hotel. Kain batik crepe atau sutera di Pasar Payang pilihan banyak dan cantik tapi aku rasa kain batik crepe di Pasar Siti Khadijah lebih cantik dan kemas. Harga memang mahal tapi puas hati dengan kualiti. Pantai Kemasek adalah pantai favourite aku di Terengganu.


HARI 4

Cherating Pahang Dan Pulang Ke Bangi
Hari terakhir 'Road Trip' ke Pantai Timur hanya dihabiskan sekitar kawasan hotel saja. Menjenguk pantai dan berkuak kekupu di dalam swimming pool. Beli keropok lekor di Cherating (sedap juga) untuk dibawa pulang ke kampung halaman.

  • Breakfast : Hotel The Legend Resort Cherating Pahang
  • Keropok Lekor di Cherating
  • Lebuhraya Pantai Timur (LPT)
  • Bangi Selangor




Hari ketiga sedikit sentimental buat aku dan MamiZ. Kami melewati Kerteh meronda-ronda mengenang waktu dulu ketika tinggal disana. Sempatlah aku membesar di Kerteh sekejap sebelum pindah ke Pulau Pinang. Jenguk rumah sewa yang lama masih kukuh dan tak banyak yang berubah. Kerteh masih sama seperti Kerteh yang dulu. Setiap kali ke Kerteh, DediS pasti akan singgah bergambar di signage Pangsapuri MRSM Kerteh. Kenangan katanya tempat pertama posting sebagai pendidik. Kini semua hanya kenangan.. Janggal dan sedih rasanya kembali ke Kerteh tanpa DediS bersama bersama.  

Pantai Kuala Abang Dungun Terengganu.

Pantai Kuala Abang Dungun Terengganu.

Pantai Kuala Abang Dungun Terengganu - Lokasi pengambaran filem Mael Lambong.

Perkampungan nelayan di Kerteh.



Pantai Kemasek Terengganu.



Hotel The Legend Resort Cherating.

Kawasan pantai yang sendu di awal pagi.



Empat hari memang tak cukup dan puas meronda kawasan di Pantai Timur. Tak tahulah kena berapa hari baru cukup sebab terlalu banyak tempat menarik untuk singgah tapi terlalu sedikit masa. Kalau nak squeeze semua memang tak akan mampu. Memandu sendiri memang seronok boleh pergi mana saja dan berhenti ikut suka tapi seharusnya sangat memenatkan. Belum lagi cerita dengan pulau-pulau cantik yang ada. Banyak aktiviti menarik nak dibuat dan pelbagai makanan nak dimakan. Trip pulau memang kena asing tak boleh campur dengan kawasan lain. Aku dan MamiZ memang memilih untuk santai saja tak perlu rushing. Kalau tak sempat singgah tak apa tak perlu rasa terkilan. You can always plan untuk pergi lagi next time. Ada masa kita rancang lagi perjalanan 'Road Trip' kawasan lain pula mengelilingi Malaysia. Doa yang baik-baik saja.. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
| SitiYangMenaip | Facebook | Facebook Page |


Bercuti Budget Jalan-Jalan Santai & Makan Sedap di Pulau Pinang | Bagi aku yang membesar di Pulau Pinang, tak adalah rasa nak bercuti sangat di negeri sendiri. Biasalah tu normal tapi setiap kali ada kawan-kawan yang nak datang berjalan aku pun sama teruja. Merancang nak kemana, tinggal dimana, apa aktiviti yang nak dibuat dan perbelanjaan mestilah yang budget kalau boleh. Nak jalan ke Penang pun kena buat perancangan rapi walaupun hanya bercuti dalam negara. Ada banyak lokasi percutian dan aktiviti-aktiviti budget yang boleh dilakukan di Penang. Ada yang aku sendiri tak pernah cuba pun. Banyak sangat benda baru tak dapat nak kejar semua. Antara entry di blog aku yang selalu dicari adalah entry pasal Pulau Pinang, jadi rasa nak cerita pasal Pulau Pinang banyak kali pun tak apa. Hampa memang suka mai jalan ke Penang kan ? Marilah aku cerita lagi trip aku ke Penang bersama kawan-kawan. Kali ini aku kongsikan pula trip aku, MamiZ, Ain dan Azie beberapa bulan lepas. Kami cadang trip yang santai makan-makan dan relax. A trip with a bunch of good people.




Kami dah booked apartment di Butterworth untuk dua malam melalui Booking.com. Memang cadang nak bermalam di Butterworth dan enjoy santai jalan-jalan cari makan yang sedap di seberang. Asyik pulau saja jadi kali ni nak cari kelainan. Semuanya okay kami hubungi manager dan dapatkan confirmation. Tapi hakikatnya ketika nak check-in unit yang kami booked dah penuh. Dilayan macam sampah oleh guard sementara tunggu manager yang aku dah contact turun. Cakap nak naik suara sambil perli-perli. Oii !! Dia ingat dia siapa. Orang dah booked kot bukan mai mengemis. Seriously perangai low class punya fikiran. Panas hati mendidih lambat pula manager nak sampai. Dah sampai buat muka sekupang macam tak bersalah. Dia suruh kami tunggu sekejap buatlah kalut call sana sini. Seriously guys !! For the entire dua puluh minit dia berbincang dengan kami sepatah 'Sorry' tak keluar dari mulut dia. Alhamdulillah kami tak buat apa-apa bayaran lagi. Memang pangkah terus apartment tu.. Disebabkan hari dah mula hujan dan kami tak mahu cancel trip, carilah hotel lain.  Aku dah report pada Booking.com dan syukur masalah kami dilayan baik. Cepat pihak Booking.com selesaikan dan kami sangat berpuas hati. Kami terus walk in ke Pearl View Hotel Seberang Prai dan bermalam disana. Tak ada family room penuh sudah. Kami terpaksa ambil dua bilik connected. Nampak tunggang langgang sikit pada mulanya walaupun perancangan rapi dah dibuat. Biasalah ujian dan cabaran. Permulaan yang mengganggu mood tapi tak apalah. Adalah hikmah setiap apa yang berlaku. Masuk check-in rehat dan solat.

PAPAROGER CAFE & DELIVERY DAN AHMAD LIM BLACK PANCAKE

Disebabkan hujan makin lebat tak ada selera nak bersiap cari dinner. Nak makan Shell Out dan aku dah cari tempat makan yang best kami nak terjah tapi cuaca pula tak mengizinkan. Tapi di Paparoger Cafe & Delivery kita boleh pesan Shell Out dan dihantar terus ke rumah. In our case, hantar terus ke hotel. Penghantaran percuma sebab hotel dekat sangat dengan cafe. Kalau jauh kena extra charge. Urusan tempah menempah dibuat melalui Whatsapp saja. Mudah. Dalam setengah jam siap dah turun pergi ambil di lobby. Aku dan Ain pergi Bandar Sunway kejap beli Ahmad Lim Black Pancake. First time nak rasa. Bentanglah semua makanan dan makan ramai-ramai. Ditemani hari hujan..

LOKASI PAPAROGER CAFE & DELIVERY


 Sedap dan puas hati makan. Plastic lapik pun diberikan sekali.

Teringin Ahmad Lim Black Pancake dah lama. Baru dapat cuba.. Sedap !!

Esoknya kami check-out dan terus masuk ke pulau. Breakfast pagi lebihan pancake dan tembikai yang dibawa dari rumah. Tak boleh kenyang sangat seharian suntuk nak pergi mencari makanan. Kami akan bermalam di pulau pula. Last minute aku scroll Booking.com dan jumpa penginapan yang awesome. Ahli jemaah semua bersetuju jadi marilah rombak semula perancangan asal. Aku suka trip kami kali ni sebab memang drive santai. Tak ada benda nak dikejar sangat.

LAKSA TEMPURUNG TELUK BAYU GERTAK SANGGUL PULAU PINANG

LOKASI LAKSA TEMPURUNG TELUK BAYU


Aku bukan peminat laksa walaupun dah bermastautin lama di Pulau Pinang. Aku makan tapi tak suka. Tak reti nak kasi gred laksa sedap atau tak. Masih tak mampu membuka hati meminati laksa sepenuhnya. Tapi kawan-kawan yang lain dan MamiZ memang suka laksa. Jadi marilah kita pergi cari laksa. Laksa Tempurung Teluk Bayu memang famous dalam kalangan masyarakat tempatan di Pulau Pinang. Kalau tengok hashtag di Instagram memang ramai yang dah cuba. Selain daripada laksa yang dihidangkan di dalam tempurung kelapa, lokasi yang cantik tepi pantai angin bertiup sepoi menambah lagi tarikan pengunjung ke Laksa Tempurung Teluk Bayu. Kalau korang jenis tak makan laksa macam aku jangan risau. Ada banyak lagi pilihan makanan yang lain untuk dipilih. Aku makan Char Kuey Teow dan okaylah sedap juga.



Aku tanya MamiZ berapa bintang dia nak kasi - 3.5 Bintang. Hihihi.. Memang seronok duduk tepi laut sambil makan. Ramai yang datang bawa anak dan keluarga. Seronoklah kanak-kanak main pasir main kejar ombak. A good spot untuk hanging out dengan kawan-kawan juga. We ordered ABC dan Mango Shake juga. For me, Mango Shake sedap. Char Kuey Teow also not bad. Habis aku makan kira sedaplah tu. Bolehlah korang pun masukkan Laksa Tempurung Teluk Bayu dalam list Jalan-Jalan Cari Makan ke Penang kalau minat makan laksa. Dah kenyang eloklah pergi check-in. Kami akan bermalam di The Southern Boutique Hotel di Muntri Street Georgetown. Aku sebenarnya tak berkenan sangat bermalam di Georgetown sebab susah cari parking. But for those yang bermalam di The Southern Boutique Hotel akan dapat pass parking dan boleh parking dikawasan berdekatan hotel. Menariklah hotel ni dahlah cantik. Konsep boutique selalunya mahal tapi harga family room untuk satu malam sangatlah berpatutan.

THE SOUTHERN BOUTIQUE HOTEL YANG CANTIK DAN SELESA

LOKASI THE SOUTHEN BOUTIQUE HOTEL






Cantik sangat deco dalaman family room dan semualah cantik. Konsep minimalist hitam dan putih memang sangat menarik perhatian. Biliknya tak adalah besar sangat just nice nak melepak dan berehat. Ruang nak solat pun okay selesa tak adalah sampai berlanggar dengan katil. Cuma kalau bawa anak kecil tak cukup ruanglah nak berlari-lari dalam bilik. Kami sampai dalam tengah hari, lepas solat Zohor terus decide untuk keluar berjalan-jalan. Few weeks before trip kami, aku ada ternampak seorang kawan kongsi di Instagram, tempat makan di Padang Brown yang agak famous di Penang. Nampak tak ? Walaupun aku dah duduk lama di Penang, aku bukan tahu semua tempat pun. Masih kena refer posts dan suggestions orang lain. Hihihi.. Selain Padang Kota dan Gurney Drive, Padang Brown juga adalah salah satu lokasi tempat makan yang mengumpulkan hidangan-hidangan terkenal Pulau Pinang seperti Pasembor, Mee Goreng Mamak dan Mee Sotong. Tapi kami tak mahu makan itu semua !! Kami lebih tertarik nak cuba cucuk-cucuk bebola yang semakin hari semakin famous di Padang Brown. Macam makan steamboat juga cuma dicelur dengan air biasa tak ada kuah.

CHELOR CHELOR / LOK LOK MEDAN SELERA PADANG BROWN

Orang Penang panggil Chelor Chelor sebab kita akan celur bebola cucuk-cucuk dalam air panas. If I am not mistaken, Chinese people panggil Lok Lok. Presentation menarik tersusun kemas memanggil-manggil orang nak mencuba. Harga mengikut warna lidi. Dari RM1 hingga RM7 secucuk. Nak makan banyak boleh sedia duit saja. Personally aku rasa agak pricey sebab ridiculous tiga bebola RM2-RM3 yang sememangnya kita tahu harganya taklah semahal mana. Tapi exclusive di Padang Brown dan konsep unik jadi terima sajalah. Dah nak makan kenalah ready nak bayar. Kalau tak nak.. Banyak lagi hidangan yang ada.

 Pilih yang kita nak dan celur. Celur air saja bukan kuah sup atau tomyam.


Beberapa jenis sos disediakan untuk dipilih.

Colourful dan menarik kan ? Itu jadinya tergoda nak mencuba. Kami bertiga (MamiZ tak ikut) makan rasanya around RM45 jadi average RM15 seorang. Kenyang jugalah. Sebelum balik ke hotel sempat singgah Rollney Penang, kedai yang menjual Hungarian Chimney Cake dengan soft serve. Dah viral dan ramai kata sedap. Marilah kita cuba. Macam-macam dah masuk perut tapi namanya melayu nak juga makan nasi. Duduk sekejap lepak dalam bilik lapar semula. Terus pergi cari nasi kandar. Nasi kandar famous paling dekat dengan The Southern Boutique Hotel adalah Nasi Kandar Line Clear. Jalan kaki sikit dah sampai. Lama sangat aku tak pergi Nasi Kandar Line Clear, asyik makan di Deen Maju. Makan lagi satu round - dinner katanya. Kenyang sangat !!

Sebelum tidur berehat sempat lepak di rooftop area The Southern Boutique Hotel menghirup udara malam. Mulalah keluar topik membawang. Hahaha.. Tak adalah. More kepada luahan hati rasa dan perkongsian. Penat lelah ujian cabaran. Kongsilah dengan kawan-kawan. Sometimes, we just need someone untuk mendengar.

IKAN BAKAR SEDAP DI RESTORAN IKAN BAKAR DIN KEPALA BATAS

LOKASI RESTORAN IKAN BAKAR DIN KEPALA BATAS


The next morning kami tak makan breakfast. Memang simpan perut nak makan ikan bakar di Restoran Ikan Bakar Din Kepala Batas. Masuk ke seberang menaiki feri terus sampai Butterworth. Lokasi kena betul yaaa !! Kalau guna GPS make sure ke 'Restoran Ikan Bakar Din'. Ini memang spot favourite kami sekeluarga. Kalau korang adalah pembaca setia blog aku memang dah patut tahu berapa kali aku mention Restoran Ikan Bakar Din. Sebulan sekali at least mesti kena pergi. Hidangan ikan bakar sedap untuk makan tengah hari. Selain ikan bakar, ada juga udang bakar, sotong bakar dan daging bakar yang menjadi pilihan utama pengunjung. Lauk pauk lain pun ada. Kari daging, sup daging, ulam-ulam dan macam-macam lagilah. Kalau orang tanya nak makan dimana yang sedap area seberang pulau, memang aku suggest ke Restoran Ikan Bakar Din. Tak akan menyesal punyalah.


Ikan Siakap Bakar, Sup Daging dan Daging Bakar.

Waktu yang sesuai nak pergi adalah pukul 11:30AM keatas. Masuk pukul 1:00PM tu berebut sikitlah dengan orang ramai. Kalau korang terlajak ke Kepala Batas pegilah makan di Restoran Ikan Bakar Din. Kami sampai dalam pukul 11:00AM lebih just nice nak brunch. We had a delicious lunch sambil sembang bercerita macam-macam. Lepas makan, semua pun bawa haluan masing-masing pulang ke rumah. Ain balik ke Kulim, aku balik Nibong Tebal dan hantar Azie naik ETS balik ke Taiping. It was a short trip tiga hari dua malam yang simple santai tak terkejar-kejar.

Perbelanjaan kasar secara general kali ini - RM250 seorang.
Penginapan dan makan. Happy travelling everyone !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.