Design Rumah Banglo Moden Secara Tunai - Tak Perlu Pinjam Bank | SITI.YANG.MENAIP

Design Rumah Banglo Moden Secara Tunai - Tak Perlu Pinjam Bank

/
56 Comments
July 28, 2020

Bercerita tentang rumah idaman yang besar dan selesa untuk seisi keluarga memang menjadi impian semua orang. Seronok rasanya kalau dapat design dan bina rumah sendiri bila setiap sudut dibina kena dengan identiti dan citarasa tersendiri yang kita nak berbanding beli rumah siap yang dah tetap bentuk binaan dan segala-galanya. Rumah adalah tempat kita luang banyak masa bersama ahli keluarga dan berehat hilangkan penat bekerja jadi mesti kita nak yang terbaik dan cantik pada pandangan mata. Selalunya orang akan fikir mereka yang kaya berduit banyak saja yang mampu dan ada kesempatan untuk design dan bina rumah besar sendiri. Tapi zaman sekarang ni dah tak perlu risau sangat sebab semua orang sama ada yang kerja sendiri, government atau swasta pun dah mampu untuk design dan bina rumah sendiri mengikut kemampuan dan bajet yang ada. Nak yang kecil besar banglo moden semua pun boleh. Lagi bertambah menarik bila kita dapat bina rumah idaman yang kita mahu secara tunai.

Cara Buat Rumah Di Atas Tanah Milik Sendiri Secara Tunai

Bila tengok rumah orang lain dimurahkan rezeki dapat buat rumah yang besar dan cantik, sendiri  pun selalu berangan suatu hari nanti mudah-mudahan aku pula ada rezeki nak buat rumah atas tanah milik sendiri. Berangan dulu dan disebabkan taste tinggi jadi aku suka rumah-rumah yang nampak moden dan selesa. Bagi korang yang memang dah ada tanah, jangan membazir biarkan tanah terbiar. Jangan tunggu lama-lama untuk buat rumah sendiri. Cepat buat rumah mengikut kemampuan lebih-lebih lagi kalau korang masih diusia muda. Kalau dah nekad nak buat rumah sendiri tetapkan niat dan teruskan. Rumah murah lebih ramai pembeli, elakkan membeli hartanah premium kerana tak ramai yang mampu membelinya. Nak buat apa pun wajib ada ilmu jangan terus serbu baru dapat rumah yang naik harga tinggi dan senang dijual di kemudian hari.

Baca Panduan Bagi Yang Ingin Memiliki Rumah Atas Tanah Sendiri di Dawaibesi.com


Buat rumah idaman sendiri atau beli rumah ? Aku sokong kedua-duanya tapi kalau ada kemampuan semestinya aku nak buat rumah sendiri. Sekarang duduk rumah taman ada sikit sangat kawasan lapang. Kalau nak berkumpul ramai-ramai bersama ahli keluarga memang tak muat. Seronok kalau ada rumah sendiri yang ada kawasan lapang bebas nak beraktiviti. Banyak perkara yang perlu kita pertimbangkan sebelum kita buat keputusan untuk bina rumah di atas tanah sendiri. Perbelanjaan bukan sikit jadi kita kena teliti banyak benda supaya kita puas hati dengan setiap sen yang dah dilaburkan untuk buat rumah.

Sewakan Rumah Yang Kita Beli Dikawasan Strategik Atau Jadikan Homestay Untuk Pelancong

Kalau korang nak beli rumah rumah atau nak buat rumah, sila cari kawasan yang strategik. Kalau kata tak nak duduk dalam masa terdekat pun boleh dijadikan asset dan jadikan homestay. Aku suka tengok ramai orang dah mula pandai untuk jadikan rumah-rumah yang dibina sebagai homestay. Lokasi tepi pantai atau yang dekat dengan kawasan peranginan adalah bonus untuk homestay sentiasa laku dan mendapat demand yang tinggi. Lagi-lagi kalau dimusim cuti sekolah. Gunakan kelebihan korang yang dah ada tanah dan buat rumah sendiri untuk menjana income sampingan dengan bisnes homestay. Aku kalau pergi berjalan-jalan dengan ahli-ahli keluarga yang lain pun akan cari homestay untuk menginap. Senang dan selesa semua orang boleh duduk di dalam satu rumah. Antara lokasi yang menjadi hotspot tumpuan pelancong untuk buat homestay adalah seperti di Cameron Highlands dan sekitar Melaka. Cameron Highlands tu tak pernah sunyi sentiasa penuh dengan orang ramai tak kira masa. Bukan musim cuti pun ramai orang. Melaka pun sama.. banyak sangat tempat-tempat menarik dan tempat-tempat makan yang sedap. Macam aku, ke Cameron Highlands dah jadi trip tahunan. Setahun mesti at least sekali akan kesana dan aku selalu ke Melaka juga, pergi cari tempat-tempat makan yang menyediakan hidangan yang best.

Ini baru aku seorang, kalau semua rakyat Malaysia macam aku bagaimana ?
Untung korang yang ada rumah untuk buat business homestay.

Baca : Tempat Menarik Di Melaka Yang Free di Laman Sukamakanjalan


Memang untung sangat sesiapa yang ada rumah di dua kawasan ini dan dijadikan homestay. Kalau korang perasan, dulu tak banyak sangat option untuk tinggal di homestay kalau di Cameron Highlands, tapi sekarang lebih banyak pilihan. Orang ramai dah mula celik mata untuk jadikan rumah-rumah yang dimiliki sebagai homestay sebab dah siap dengan segala kemudahan sesuai untuk keluarga. Sebagai seorang muslim, jangan risau sebab sangat banyak pilihan-pilihan homestay yang mesra muslim untuk kita pilih. Tak perlu nak fikir nak samak segala perkakas dapur dan sebagainya.

Kalau aku ada asset banyak rumah dua tiga buah memang aku nak jadikan homestay. Dapat juga keuntungan sampingan.

Baca : Homestay Di Melaka Yang Mesra Muslim Untuk Seisi Keluarga & 10 Homestay Murah Di Cameron Highlands. Terbaik Best & Mesra Bajet

Atau kalau korang ada tanah di kawasan tepi pantai yang cantik boleh buat rumah banglo yang besar selesa serta mempunyai pemandangan menarik menghadap laut dan dijadikan homestay. Macam rumah-rumah ini - 11 Homestay Di Melaka Tepi Pantai (sumber: ibusyurga) !! Cantik sangat weh !! Berbaloi duit labur buat rumah di kawasan macam ni kemudian sewakan untuk pelancong-pelancong yang nak tenangkan fikiran. Kawasan dining dan dapur menghadap laut. Hari-hari bangun tidur dan bila makan tengok view cantik dan tenang macam ni. Mesti seronok kan..

Inside views of Kampong Pinang Sebatang.
Kampong Pinang Sebatang Chalet

Bonda Homestay Pengkalan Balak

Umang-Umang Chalet ( Hermit Crab Chalet )

Casa Rasa Sayang

Semua Ini Mampu Jadi Nyata Kalau Kita Merancang Dari Usia  Muda. Beli Rumah Mampu Milik Dan Jual Semula Sebelum Pencen

Nak buat apa pun kena ada perancangan. Untuk mereka yang berhajat untuk ada asset rumah dimasa hadapan sesuai mula dari usia muda. Duit gaji penat bekerja tu asingkan sikit sebagai pelaburan untuk buat rumah. Alang-alang dah nak buat rumah t uterus buat rumah besar. Hihihi.. Buat terus rumah banglo  dua tingkat macam dalam pelan rumah di bawah ni. Cantik-cantik belaka mesti rasa seronok tak nak keluar rumah.

Baca : Design Pelan Rumah Banglo Dua Tingkat Oleh Nas Nuri.

INGIN MILIKI RUMAH IDAMAN, KONTRAKTOR RUMAH NAS NURI CONSTRUCTION ...
Pelan rumah banglo dua tingkat 7 bilik tidur 7 bilik air (luas 3500 kaki persegi)

Pelan rumah banglo dua tingkat 4 bilik tidur 3 bilik air (luas 2534 kaki persegi)

Proses Untuk Pastikan Rumah Kita Terjual Dengan Cepat

Ada sesetengah orang yang business minded memang sangat opportunist akan grab the chance dan cepat-cepat jadikan asset yang ada sebagai peluang untuk dapatkan keuntungan. Ada ramai yang beli rumah dengan harga murah dan di kemudian hari jual semula dengan harga yang lebih tinggi mengikut demand pasaran. Beli rumah pada usia muda dan setelah sepuluh atau dua puluh tahun kemudian Ketika harga tanah meningkat, jual semula. Memang confirm dapat keuntungan berganda.

Baca : 11 Proses Untuk Jual Rumah Cepat Menggunakan Service Ejen Hartanah (Baca Kat Sini)

Pastikan Selepas Rumah Terjual, Kita Jelas Dengan Cara Bina Rumah

Di bawah ini adalah panduan yang bagus sebagai rujukan buat kita semua untuk beli tanah dan bina rumah sendiri. Aku tak arif sangat bab ni jadi korang ken abaca betul-betul panduan yang disediakan. Beli tanah ni investment jadi kita kena pastikan yang terbaik dan berbaloi. Elakkan daripada salah beli tanah tau nanti pening kepala kita nak selesaikan macam-macam masalah nanti.

Baca : 7 Ciri-Ciri Tanah Lot Banglo Yang Wajib Dicari Yang Terbaik Untuk Bina Rumah (Rujuk Di Blog Ini)

Ramai Kontraktor Boleh Bina Rumah Tapi Tak Banyak Boleh Buat Banglo Mewah Berkualiti

Dah berjaya beli tanah di kawasan yang strategik dan selesai segala urusan lain, bolehlah fikir nak cari kontraktor yang hebat untuk bina rumah impian korang. Jangan salah pilih takut nanti dah berbelanja besar ratusan ribu ringgit tapi kualiti tak seperti yang dibayangkan. Dah rugi.. Bukan sikit-sikit belanja yang dikeluarkan. Kita nak buat rumah nak duduk selesa anak beranak jadi kena buat pilihan yang tepat. Sebelum pilih kena buat perbandingan dari pelbagai aspek dulu. Tengok pengalaman dan reputasi satu-satu kontraktor yang ada sebelum pilih. Antara kontraktor banglo mewah dan berkualiti yang menjadi pilihan ramai di Lembah KLang adalah Nas Nuri Construction. NAS Nuri Construction Sdn Bhd telah mula beroperasi sejak 1996 dengan nama N.A.S Nuri Enterprise diasaskan oleh Hj Noor Azman Sakiman.

INGIN MILIKI RUMAH IDAMAN, KONTRAKTOR RUMAH NAS NURI CONSTRUCTION ...

Baca : Kontraktor Rumah Selangor (Shah Alam, Bangi, Sepang Dan Kajang) - Klik Sini

Antara hasil rumah banglo mewah yang telah dibina oleh Nas Nuri Construction :


Tengok gambar-gambar banglo cantik hasil binaan Nas Nuri Construction buat aku lagi berkobar-kobar nak ada rumah sendiri satu hari nanti. Mudah-mudahkan aku dikurniakan rezeki melimpah ruah boleh buat rumah sendiri di tanah yang ada. Selalu juga aku tengok konsep binaan rumah orang lain. Kita pasang angan-angan dulu dan bekerja keras untuk jadikan impian satu kenyataan.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

56 comments:

  1. Buat sendiri puas hati apa kita hendak boleh sediakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. saya kadng2 pegi rumah orang dok prati bentuk juga..
      nanti nak rumah cemni la cemntu la..

      Delete
  2. Mudah-mudahan dilimpahkan rezeki dan tercapai impian dapat rumah idaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen ya rabb.. semoga ada rezeki kita semua
      nak bina rumah idaman =)

      Delete
  3. tak dinafikan kalau ada rezeki semua org mahu bina rumah atas tanah sendiri tanpa mengira apa bentuknya...

    mudah2an kita semua juga dikurniakan rezeki miliki rumah sendiri di atas tanah sendiri aminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak.. insyallah ada rezeki nanti kita semua
      dapat rumah sendiri.. semoga Allah beri rezeki tu =)

      Delete
  4. Yang penting kena ada tanah la kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi itu benar.. kalau tak pun kena
      renovate rumah beli siap..

      Delete
  5. Replies
    1. eheh jangan gitu.. mana tahu ada rezekinya..
      haaa dapat buat rumah besar sebiji =)

      Delete
  6. Replies
    1. insyallah ada rezeki tertulis
      mesti boleh..

      Delete
  7. Terbaek. Moga ada rezeki bina rmh impian utk keluarga satu hari nanti.

    Jemput join GA --> Giveaway by ejulz & shirven

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen ya rabb mudah2an.. memang itu antara doanya =)

      Delete
  8. Salam Eid Adha. Bestnyer ada rumah banglo mewah besar luas gitu. Rezeki saya hanya berumah kecil. alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah masih rezeki tu walaupun kecil. ada yang masih belum ada rumah. insyalah rezeki kita Allah kasi dalam pelbagai bentuk =)

      Delete
  9. salam hariraya aidiladha cik siti tuu., maaf zahir batin ye ;p

    ReplyDelete
  10. Hai Siti Selamat Hari Rayaaaaa

    ReplyDelete
  11. Siapa ada duit memang elok beli tanah dan buat rumah utk pelaburan masa depan kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. sapa ada budget tu elok beli tanah jadikan asset..
      lepas tu buat rumah pun jadi asset jugak..

      Delete
  12. Cantiknya design Nas Nuri ni. Boleh dah kumpul duit ni nak beli tanah hihi

    Salam Aidiladha kak Siti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang.. terus rasa berkobar2 nak ada rumah sendiri nanti.
      kena work hard sungguh ni..

      Delete
  13. nice sharing ..insyallah kita pon dalam planning nak bina rumah di tanah kampung :-) doakan kita dapat rumah idaman kita ya,

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh seronoknya !! kalau da sedia ada tanah tu
      memang lagi rezeki dapat buat rumah.. insyallah cepat2 buat..

      Delete
  14. Teringin sangat nak ada rumah sendiri atas tanah sendiri. Insyaallah nanti adalah rezeki. Ammin. Dapat buat rumah sendiri memang lagi puas hati sebab design semua ikut citarasa sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang.. insyallah ada rezeki one day nanti. kita berangan dulu mana tau ada rezeki terpijak kan.. dapat buat sebiji. kalo design sendiri lagi puas hati..

      Delete
  15. seronok dapat bina banglo secara tunai kan, semua ni tak mustahil janji tahu caranya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. mudah2an makin murah rezeki kita
      semua dpat buat rumah besar2..

      Delete
  16. Best kalau dapat buat rumah sendiri walaupun pelan-pelan. Kita nak buat tapi tanah kat Sabah ahha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheh kalo cemtu kena decide nak dok Sabah sana tu..
      xpe explore dulu then nnt da nak balik kg buat rumah..

      Delete
  17. Seronoknya kalau ada tanah dan duit.. Boleh buat design rumah macam kat atas ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak.. kalo ikut hati tu mmg nak sangat rumah besar2 baru puas hati. lepas tu ikut design sendiri kita nak macam mana. insyallah ada rezeki pasti jadi =D

      Delete
  18. Berangan-angan dahulu InshaAllah mudah-mudahan ianya termakbul. Tapi seronok kan kalau ada tanah kat kampung kita buat rumah sendiri dengan kawasan sekeliling di penuhi pohon buah-buahan. emmmm bestnya kan. Itu angan-angan akak. Mana tahu termakbul. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sama macam mak.. dia fikir pokok bunga n buah2.. kalo saya suka simen je hahaha senang citer. ni tanah depan rumah ade petak kecil pun da penuh bunga mak tanam. insyallah ada rezeki dapat kita buat rumah sendiri =)

      Delete
  19. Cikbunga pon berangan nak satu πŸ‘†πŸ˜πŸ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe mari kita berangan dulu. mana tahu ada rezeki
      kan dapat buat sebiji =)

      Delete
  20. CANTIK SEMUA RUMAH IDAMAN SITI

    ReplyDelete
    Replies
    1. berangan dulu Kak PI sambil berusaha..
      semoga ada rezeki nak buat rumah sendiri nanti..

      Delete
  21. cantik2 design rumah2 tu, didoakan semoga suatu hari berjaya memiliki rmh sendiri yea

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen ya rabb mudah2an ada rezekinya nanti =D

      Delete
  22. desgin menarik, harga berpatutan, kualiti bagus...

    beli tanah banglo ni kena tengok surrounding, kalau kawasan baru, agak scary jg kita bina rumah sorang2..jiran2 tak bina lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe btul kak.. kena cr kawasan strategik.
      xmo jugak kalau xde jiran kang sunyiii hehe..

      Delete
  23. Hati ni memang teringin sangat nak bina rumah sendiri... semoga ada rezeki..
    ~moga siti pun dapat capai impian bina rumah sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen ya rabb. semoga kita sama2 dapat bina rumah impian =)

      Delete
  24. insya'ALlah satu hari nanti bila ada rezeki lebih, nak juga buat rumah as asset dan untuk duduk sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul.. ada kesempatan kita buat asset dan juga
      untuk duduk sendiri kan.. ameen ya rabb..

      Delete
  25. Planning cheq di masa hadapan ni memang ada niat nak ada rumah ikut design sendiri. Rambang mata bila tengok design comei-comei haa..πŸ˜†✨

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe insyallah planning tu jadi kenyataan. kita mmg kena ada planning baru pelan2 kayuh kan.. jomla kita plan one day dapat buat rumah sendiri =)

      Delete
  26. Bilalah nak merasa Ada banglo sendiri.. dlm mimpi je la kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe jangan gitu Mama.. rezeki ni kita tatau..
      esok esok tiba2 Allah kata haaa dapat banglo.. wah wah..

      insyallah ada rezeki kita =)

      Delete
  27. woww. nak beli rumah perlukan perancangan kewangan yang baik. insyaAllah untung dikemudian hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. kena kaji dulu maciam2.. baru kita
      boleh dapat untung tu..

      Delete
  28. Best kalau ada tanah sendiri dan boleh buat rumah ikut design yang kita nak. Ada tanah ada bajet memang terus buat rumah. walaupun tak tinggal situ, buat sewa pun okay kan macam yang di kata tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup yup.. kita buat bina jadikan asset. tak duduk tp sewakan atau jadi bisnes. untung orang2 yg ada tanah ada rumah ni. semoga kita pun murah rezeki nanti..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.