Trip New Zealand 2019 : Website Bookme NZ, Auckland Whale & Dolphin Safari Dan Makan Malam Di Kuta Bali Ponsonby Foodcourt | SITI.YANG.MENAIP

Trip New Zealand 2019 : Website Bookme NZ, Auckland Whale & Dolphin Safari Dan Makan Malam Di Kuta Bali Ponsonby Foodcourt

/
58 Comments
August 13, 2020
Trip New Zealand 2019 : Website Discount Bookme NZ, Auckland Whale
& Dolphin Safari Dan Makan Malam Di Kuta Bali Ponsonby Foodcourt




Day 3 [13122019 Friday]

Sambungan aktiviti hari ketiga lepas dah sedap makan ice cream - marilah kita gerak ke Viaduct Harbour. Ada dalam 45 minit lagi sebelum waktu untuk depart ke Hauraki Gulf. Tapi kejap.. Ni haaa nak sembang pasal Bookme NZ.


BELI TICKET ATTRACTIONS MELALUI WEBSITE BOOKME NZ


BOOKME NZ MENAWARKAN HARGA TICKETS YANG MURAH BERBANDING OFFICIAL WEBSITES

Ini website paling famous untuk sesiapa yang nak beli tickets aktiviti-aktiviti menarik di New Zealand dengan harga yang lebih murah berbanding di official websites. Tak semua tapi ada banyak sangat pilihan yang menarik. Kadang-kadang offers di official websites lagi menarik jadi korang kena compare sendiri mana lagi berbaloi. Ada yang aku beli melalui official websites dan majoriti aku beli melalui Bookme. Senang sangat nak menggodek website Bookme dan ada juga application boleh download dan semua booking kita nanti akan ada dalam tu juga. Bayaran pun mudah sangat nak dibuat. Bayar melalui Debit Card pun boleh. 

Ok.. Dah namanya pun website discount, jadi kena cepat dan alert dengan harga sebab untuk dapatkan harga paling murah hanya ditawarkan untuk beberapa pax saja. Bukan kita dari Malaysia saja yang tengah aim nak beli tickets dari Bookme tapi 1 dunia. Mungkin ada 10 tickets tapi berbeza harga mengikut siapa cepat dia dapat. Mungkin hanya 2 tickets saja yang dapat 80% off dan lepas 2 tickets terjual, tickets seterusnya mungkin akan dapat 60% off pula dan seterusnya. Haaa macam itulah pula ceritanya. Dan paling penting sekali sebelum beli tolong tolong dan tolong baca syarat-syarat yang dikenakan. Hadam betul-betul segalanya dan terms untuk refund sekali. Kenapa penting sangat refund ni ? Walaupun tickets murah.. duit tetap duit dan currency kita jauh beza harga. Sayanglah sekiranya tak dapat pergi tapi tak boleh refund. At least kalau dapat separuh pun jadilah bila nak refund. Plus !! New Zealand adalah negara prone natural disasters.. jadi kalau ada apa-apa kejadian yang tak diingini berlaku dan tempat yang kita nak pergi tu tak boleh pergi atau tutup, at least kita boleh dapat balik duit kita. Kena alert juga dengan cara untuk redeem tickets dan waktu yang sepatutnya kita redeem tickets. Lewat tak boleh awal sangat pun tak boleh. Haaa.. Garang Bookme NZ ni jangan main-main. Dah diorang kasi tickets murah.. kenalah ikut cakap.

Tapi apa-apa pun sangat berbaloi. Jimat !!



AUCKLAND WHALE & DOLPHIN SAFARI

Ini memang dalam bucket list kami. Dari ke Australia rancang nak join whale watching tours tapi tak pergi pun. Cuma this time in New Zealand, aku indecisive sama ada nak tengok di Auckland atau di tempat lain seperti di Kaikoura, Akaroa atau Malborough Sounds. Ramai yang suggest pergi Kaikoura sebab usually disana memang akan dapat tengok. Natural habitat untuk whales. Tapi setelah aku survery semua tempat-tempat yang tersenarai, Auckland Whale & Dolphin Safari menawarkan harga yang paling murah. Sebenarnya tak adalah murah sangat tapi sebab dapat 50% off dari Bookme NZ jadilah mampu beli. Harga asal adalah NZD190.00 (RM530.00 approx) dan selepas discount dapatlah NZD95.00 (RM270.00 approx) seorang. Kalau tak semua harga bermula dari NZD150.00 (RM450.00 approx) keatas. Cuma, memikirkan pengalaman yang akan kita dapat.. aku sanggup bayar. Alhamdulillah aku dapat beli tickets yang promo 50% off untuk dua orang. Duration adalah selama 4 hours (2 jam pergi 2 jam balik) menyelusuri Hauraki Gulf berdekatan bandar Auckland. Haaa.. kena ready juga untuk mabuk dilambung ombak. Kalau sejenis yang cepat loya motion sickness sila makan ubat dan buat preparation apa patut. Sesiapa yang berhajat nak join whale watching tours kena ingat.. whale ni bukan binatang jinak kita panggil dia muncul. Ini adalah binatang liar dan ikut suka nak muncul atau tak. Jadi chances adalah 50:50 untuk dapat tengok whales. No guarantee kita akan dapat tengok. Doa banyak-banyak semoga ada whales yang muncul.

Kami kena redeem tickets di kaunter Auckland Whale & Dolphin Safari yang terletak dalam bangunan New Zealand Maritime Museum di Viaduct Harbour. Meriah dan cantik kawasan Viaduct Harbour dengan langit cantik cuaca elok. Memang berdoa sangat semoga cuaca sentiasa elok sebab kalau hujan memang trip automatic akan batal. Banyak cafes dan restaurants disini. Nama pun harbour jadi ada banyak kapal-kapal. Aku suka betul kawasan macam ni sebab suka tengok kapal-kapal. Semua yang terlibat kena berkumpul 30 minutes prior departure untuk dengar sikit penerangan sebelum berlepas.


New Zealand Maritime Museum yang terletak bertentang dengan Viaduct Harbour.

Pergi redeem 'Boarding Pass' di kaunter dulu.




Auckland Sky Tower.

Boat yang kami nak naik..

Berkumpul dulu dengar taklimat.

Ayuh ramai-ramai kita naik boat.

Duduk di depan open deck sebelum ombak mengganas dan lencun.

Melintasi Wynyard Crossing - jambatan terangkat hihi..




PERJALANAN EMPAT JAM MENJEJAKI WHALES & DOLPHIN DI HAURAKI GULF

Sememangnya empat jam tu dirasakan sangat lama yaaa.. Dengan rasa nak terpelanting dilambung ombak sebelum sampai ke kawasan yang Captain dah target nak pergi. Sepanjang perjalanan Captain akan cerita dan kongsi macam-macam information menarik mengenai Hauraki Gulf dan hidupan-hidupan marine yang ada. Nelayan-nelayan tak boleh suka hati memancing sekitar Hauraki Gulf sebab semua hidupan adalah dilindungi. Ada hari-hari tertentu saja dan limit untuk setiap nelayan. Mula-mula kami duduk di open deck depan sekali tapi lepas kena simbah dengan air habis lencun seluar pakat lari masuk dalam. Pusing punya pusing Captain cakap semua false alarms saja yang dia dapat sebab tak ada pun whale. Dolphins yang selalunya bermain-main riang di Hauraki Gulf pun tak kelihatan. Bersungguh Captain explain dan dia kata akan usaha juga.

Hampir tiga jam dah berlalu.. hampa..

TIADA REZEKI TENGOK WHALES TAPI JUMPA DOLPHINS YANG RIANG

Ini namanya tak ada rezeki. Belum ada jodoh nak tengok whales.. Tiga jam perjalanan ke open sea tapi tak kelihatan pun seekor whale. Sepatutnya musim panas ada banyak Sperm Whales di Hauraki Gulf. Semua malu nak munculkan diri. Kami kena patah balik sebab perjalanan nak balik ke Viaduct Harbour pun dah makan masa hampir dua jam. Walaupun sedih yang amat sebab tak dapat nak cross bucket list, hati tetap riang sebab on the way balik kami diterjah sekumpulan dolphins yang sangat banyak dan berenang dekat dengan boat. Comelnya !! Seronok tengok dolphins di kiri kanan boat. Ada yang buat lompatan acrobatic (sayang tak sempat rakam..) ada yang macam main kejar-kejar. Senangnya hati diorang..

Okaylah terubat sikit rasa sedih.
On the way balik Captain announce kata ada tiga ekor Sperm Whales muncul tapi di kedudukan yang jauh untuk kami kesana. Huuurm..


Setiap seorang diberikan satu voucher untuk kembali join Auckland Whale & Dolphin Safari secara percuma next time for free. Kami dapat voucher tu sebab seekor whales pun tak menjelma jadi inilah cara pihak tours nak compensate ahli-ahli rombongan. Boleh claim bila-bila masa saja yang kita nak dan tak ada expiry date. Janji orang yang sama datang tak boleh diganti hak milik. Ada rezeki kita pergi lagi yaaa..

Kembali ke Viaduct Harbour, aku panggil Ola Cab saja untuk bawa kami pulang ke hotel. Nak mandi nak salin baju nak solat. Dah bau garam satu badan sebab lencun kena air laut. Kami rehat sekejap dan keluar semula untuk makan malam. Untuk dinner, kami pergi jauh sikit ke Ponsonby tapi naik Ola Cab dalam 10 minutes saja. Di Ponsonby ada International Foodcourt dan ada beberapa choices makanan halal. Sebenarnya aku nak makan di sekitar Auckland CBD saja - senang dan dekat tapi kawan aku bersungguh-sungguh suggest suruh pergi makan di Ponsonby. Baiklah.. baiklah..


KUTA BALI - HALAL AUTHENTIC INDONESIAN FOOD / PONSONBY INTERNATIONAL FOOD COURT


Kalau korang tak tahu nak makan dimana, pergilah ke Ponsonby International Foodcourt.  Beroperasi setiap hari bermula pukul 11:00AM sehingga 10:00PM. Kawasannya tak adalah besar mana tapi just nice. Macam foodcourt di Malaysia jugalah conceptnya. Kalau korang memandu pun senang saja nak parking sebab keliling kawasan ada parking areas. Kami makan di Kuta Bali dan sekali itu ada juga kedai Kampung Malaysia - but please check ya halal or not sebab aku tak tanya pula.. Yes they serve Malaysian Cuisines tapi belum tentu halal. Kuta Bali aku dah contact tanya untuk kepastian sebelum kesana.

Ponsonby International Foodcourt
106 Ponsonby Road, Ponsonby,
Auckland 1011,
New Zealand.

Seafood Kuta NZD14.00 (RM39.00 approx)

Nasi Padang NZD13.00 (RM36.00 approx)


Portion besar tak kedekut lauk sangat sesuai dengan harga yang dibayar. Memang kena terima sajalah harga makanan disana nak buat macam mana. Makanan cepat siap tak perlu tunggu lama. Aku makan Seafood Kuta sebab teringin pula rasa nak makan ikan. Boleh pilih nak udang dan sotong atau ikan. MamiZ order Nasi Padang. Sambal sedikit pelik - mungkin lebih sesuai dengan citarasa orang Indonesia tapi overall tetap sedap dan puas hati. Malam tu tak ada buat extra activity pun walaupun hari masih muda. Plan asal nak bersiar-siar sikit di kawasan sekitar hotel tengok suasana malam di Auckland tapi terasa penat pula. Lepas makan terus balik hotel.. Esok dah nak check-out dan memulakan perjalanan road trip jadi kena dapatkan rehat yang cukup nak memandu. Aku tak berapa boleh lena sangat sebab ada rasa risau dan nervous menebal dalam hati. Runsing kepala fikir soal ni.. Dari Malaysia lagi sebenarnya..

Haih..
Semoga urusan esok harinya baik-baik saja.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
SitiYangMenaip | Facebook Page | Youtube Channel |




You may also like

58 comments:

  1. Seronoknya kalau dapat travel dlm keadaan bebas macam dulu-dulu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah skrang Allah kasi cuti skejap bagi kita peluang menabong. nanti semua dah reda kita boleh pergi jalan2 balik =)

      Delete
  2. aish..bestnya baca story siti..terasa ada kt sana jer..hihi..apa yg dirunsingkan itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. huurmm susah hati betul CikNor masa disana. beberapa hari sebelum pergi lagi dah rasa resahhhnyaaa hati ku iniiii..

      Delete
  3. Dulu pi Auckland 2005, sekarang lebih banyak yg menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama da tu hehe.. boleh plan untuk
      next trip kembali kesana..

      Delete
  4. Bestnya jalan-jalan/makan2
    kat tempat org
    biar mahal tapi sedap
    cantiknya tempat dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal tu xleh buat apa sebab currency diorang tinggi..
      syukur sedap jadi okla terpujuk hati da bayar mahai..

      Delete
  5. Best nye! Semoga ada rezeki CP nak jejak NZ lepas border dibuka nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen mudah2an dapat kesana nanti.. kalo da bukak tu
      cepat2 pegiiii k..

      Delete
  6. Bagus juga beri tiket lain untuk tengok ikan paus. Hehe tapi takut kali ke-2 pun tidak dapat tengok.
    Runsing pasal apa itu? Risau hendak memandu ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe selagi kita tak puas hati / tak dapat tengok diorang akan masih bagi tiket free untuk kita redeem bila2 saja. cuma itulaa.. Malaysia NZ ni jarak nyaaa bukan dekat kalo nak pergi selalu. gitulaaa nampaknya risau sikit..

      Delete
  7. bilalah nak dapat rezeki jalan ke auckland ni, best sungguh nampaknya tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah ada rezeki pastikan sampai jua kesana =)

      Delete
  8. Best NZ kan..
    Moga segalanya kembali normal mcm dulu & dpt travel dgn tenang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak.. teringat2 cantiknya negara tu..
      ameen semoga semua kembali normal.. dapat pergi jalan2..

      Delete
  9. seronoknya jalan2..
    semoga someday sy pun sampai kesana bersama org tersayang hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah.. semoga da rezeki kesana ya..
      yaa seronok pergi dengan yang kita sayang =)

      Delete
  10. beberapa tahun yang akan datang in shaa Allah boleh pergi nie..


    sekarang dunia sudah sakit dilanda Covid-19 yang belum ada petanda yang akan reda

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi gunakan masa yang srkng ni untuk menabung..
      nanti da reda semua boleh pi jalan terus..

      Delete
  11. Seronoknya dapat tengok Doplhin. Suka betul tengok view kat sini. Indah sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. comelnyaaa sngt la diorang tu lompat2..
      cantik.. mmg Allah izin negara tu indah belaka semua..

      Delete
  12. memang banyak penjimatannya tu bila beli kat website tu ek..kalo akak pun confirm akan grab yang murah..sanggup belek website tu hari2..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaa saya hari2 belek.. even tngh bukan deals pun saya bkk..
      deal mula je terus grab haha.. berbaloi tnggu..

      Delete
  13. NZ ni memang cantikkan. Adalah juga akk berangan nak migrate ke sana hihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun.. angan2 nak duduk sana pindah sana ke kan..
      tapi belum nampak jalan tu lagi la haha brangan je dlu..

      Delete
  14. seronoknya :) shida belum pernah lg nk jejak oversea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah nanti ada rezeki tuuu boleh pegi sana sni =)

      Delete
  15. bestnya...moga ada rezeki ke sana juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen mudah2an.. insyallah ada rezeki kesana =)

      Delete
  16. Oh bagusnya, dia kasi tiket datang lagi sebab tak dapat tengok whales. Betul2 jaga customer ni..terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula tu.. diorang akan kasi selagi kita x jumpa whales..
      memang akan boleh repeat. cuma tulaaa.. NZ tu jauh haha..

      Delete
  17. Seronoknya dapat melihat negara orang.. Insha Allah satu hari nanti, akak pulak akan jejakkan kaki ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen mudah2an ada rezeki kesana insyallah. ada peluang tu nanti..

      Delete
  18. Salah satu destinasi melancong pilihan. Bila lah tu dapat g.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah.. ada rezeki pasti akan sampai =)

      Delete
  19. Memang rasa nervous drive kat negara orang tapi bila dah mula sebenarnya rasa lebih selamat berbanding kat negara sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa ah betul tu PLM.. sangat selamat rasa dari negara sendiri. diorang semua ikut speed limit and tak reckless. huurm tapi tetap nevessss ni..

      Delete
  20. Bestnya dapat tengok dolphine!! Gambar cantik2 belaka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel2 belaka.. geram. rasa nak picit2.. hehe..

      Delete
  21. Lupa tanya tadi, trip ni kan dah lama, macam mana siti kekalkan memori untuk menulis? still ingat lagi eh? bagusnya memori..kalau saya trip sebulan lepas tu dah lupa details. hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memang jot down semua details. itinerary da buat awal sebelum pergi jadi kita ikut apa yg kita da plan n kalau ada apa2 details lain kita tulis. receipt belanja semua simpan untuk rujukan..

      Delete
  22. bestnyaaaa...so cute dolphin tu.. makanan nya pula menyelerakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe memang comey depa tu. geram rasa nak picit2..

      Delete
  23. bestnye...rindu NZ juga....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhi bila rinduu tandanya kena pergi lagi tuu..

      Delete
  24. Doakan cikbunga pon dapat pi Nz one day👆
    NZ memang view nyer cecantik sangat😎

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah CikBunga.. ada rezeki pasti akan sampai..
      mudah2an nanti dapat kesana n enjoy the view..

      Delete
  25. bestnya..up close dgn dolphins..kita tengok dolphin dlm akuarium pun dah best...comel haiwan ni..

    tak pernah lg drive kat overseas..Siti dah byk pengalaman roadtrip di Australia..tapi itulah kan, nervous tu tetap ada..normal tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni belum kira close up kak.. saya ttb teringin nak berenang2 dgn diorang pulak hahaha.. tengok kwn p gold coast kemain pgg dolphin. insyallah drive tu macam ok tapi ada benda lain yang merunsingkan..

      Delete
  26. Enjoy dan happening semua. :)

    ReplyDelete
  27. NZ antara tempat dya teringin sgt nk pergi. nanti blh refer entry kt sini

    ReplyDelete
  28. In sya Allah bila ada rezeki nak ke New Zealand yang telah lama diangan-angankan ni, ksarie akan rujuk semula semua entries Siti pasal NZ ni. Terima kasih Siti bagi maklumat lengkap sangat

    ReplyDelete
  29. Sepatutnya plan nk ke NZ awal tahun ni.. tapi semua terkubur dek Covid ni.. harap cepatla selesai.. buka je pintu airport mmg nak terjah NZ dulu..

    ReplyDelete
  30. semoga keadaan akan balik seperti dulu..inshAllah

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.