Hidangan Dimsum Halal Dan Sedap Di Greentown Ipoh | SITI.YANG.MENAIP

Hidangan Dimsum Halal Dan Sedap Di Greentown Ipoh

/
46 Comments
July 05, 2020

TEMPAT MAKAN BEST DI IPOH : GREENTOWN DIMSUM

KEDAI MENJUAL DIMSUM HALAL DAN SEDAP DI GREENTOWN IPOH. First time pergi makan ke Greentown Dimsum memang terus jatuh cinta. Dahlah aku memang suka sangat makan dimsum. Bila ada kedai yang menyediakan hidangan dimsum halal dan ada pelbagai pilihan dimsum memang puuurrfect sangat. Terletak di Greentown Ipoh, Greentown Dimsum menyediakan pilihan pelbagai jenis dimsum halal untuk peminat-peminat dimsum. Rambang mata nak pilih dimsum mana nak dimakan rasa nak order semua jenis. Memang wajib singgah lebih-lebih lagi sekiranya korang memang peminat dimsum. Dah beberapa kali pergi sememangnya sedap dan puas hati makan. Hujan lebat pun sanggup juga redah semata-mata nak makan dimsum. Parking lots ada banyak jadi tak perlu risau sangat tapi kalau boleh avoid peak hours supaya tak sesak sangat. Dimsum adalah hidangan masyarakat Cina yang terkenal. Dikukus dan dihidangkan dalam bakul comel. Yang digoreng pun ada juga. Beberapa jenis dessert pun tersenarai dalam kategori dimsum kalau tak silap macam kuih pau dan tart telur. 

LOKASI GREENTOWN DIMSUM CAFE IPOH




Sambut birthday dua tahun lepas makan dimsum di Greentown Dimsum.


PILIHAN MENU-MENU DIMSUM DI GREENTOWN DIMSUM CAFE IPOH

Kalau biasa-biasa yang kita jumpa merata adalah Siew Mai. Kat Thailand Food Feast mesti ada Siew Mai. Jenis ni juga banyak dijual frozen kat hypermart atau di kedai-kedai makan Cina Muslim. All time favourite pilihan ramai samalah aku pun suka Siew Mai. Yang ada ayam dan cendawan memang super delicious. Tapi di Greentown Dimsum bukan setakat Siu Mai saja.. ada banyak lagi pilihan-pilihan dimsum yang menggoda. Aku dah cuba beberapa jenis dan ada few types yang dah jadi kewajipan untuk order setiap kali singgah. Di Greentown Dimsum ada juga menyediakan hidangan berat lain selain dimsum. Lauk pauk dan noodles pun ada untuk dipilih.








Setakat aku pergi dan enjoy makanan di Greentown Dimsum semuanya tak pernah mengecewakan. Aku tak dibayar pun untuk buat statement macam ni. Kalau sedap aku jujur cakap sedap. Korang cuba dulu sekali baru tahu sedapnya macam mana. Kalau ada urusan di Ipoh memang aku akan make sure dapat selit pergi makan di Greentown Dimsum.

HIDANGAN DIMSUM DI GREENTOWN DIMSUM IPOH

Ini adalah koleksi gambar-gambar hidangan yang aku cuba di Greentown Dimsum. Lepas ni kalau pergi lagi tepek gambar dalam satu entry saja. Biar semua dikumpulkan sekali. Dimsum pilihan aku adalah : Chicken Siew Mai, Prawn Dumpling, Mushroom Mai, Pyramid Dumpling, Salted Egg Mai dan banyak lagi. Nak senaraikan sampai bila tak habis.




Ada salted egg / telur masin. Sedapnya !!

Namanya Pyramid Mai sebab dia terbalik. Bunjut dimsum dibawah.


Nasi dengan ayam masak halia.

Tauhu goreng bersos.

Nothing can ever go wrong with chicken butter. Yuuumss !!



Cheung Fun in soy sauce dan sambal. Ohhhmai..

Yang tengah tu sangat menarik. Ada mushroom seketul dan makan dengan soup.


Aiyoo tergugat jiwa raga sendiri tengok gambar-gambar. Telan air liur berkali-kali. Nak pergi tapi jauh pula dari Penang. Sabarlah hati mana tahu tiba-tiba sampai Ipoh boleh pergi makan di Greentown Dimsum lagi. Jadi kalau korang nak rasa dimsum sedap dan berada di Ipoh, bolehlah singgah cuba. Tak akan menyesal punya aku bagi jaminan. Lagi teringat terkenang-kenang adalah. Kalau makan tu ingatlah kat aku sama. Tolong makan yaa.. Happy eating !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

46 comments:

  1. Harga setiap Dimsum tak adalah mahal mana ,nak pergi ke sana tak tahulah bila,pasal MN stay dekat kuantan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang duduk agak dekat ni pun bercinta nak pergi Ipoh kalau tak ada urusan. mana tahu kalau tersampai situ kan hihi.. kena cari kedai masakan cina muslim selalunya ada.

      Delete
  2. banyaknya choice! saya suka gila makan dimsum yummeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula kan macam2 sampai tatau nak pilih mana satu.. semua sedap =D

      Delete
  3. WAH SEDAPNYA SEMUA HIDANGAN DI SITU MMG TERLIUQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap Kak PI.. sendiri tengok balik gambar rasa tergugat jiwa =D

      Delete
  4. Yup, tempat ni memang best kalau nak try chinese food. Dim sum dia pun sedaap! Btw, gambar yang wide lens tu guna kamera apa ye Siti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dimsum depa kena sedap kalo tak kena tukaq nama hehe.. yang tu guna Gopro Hero3 lama punya.. tak berapa guna sangat dah skarang =P

      Delete
  5. cik nor tgk dim sum sdap tapi xreti nak makn..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kasi cuba dulu CikNor ngap je hehe.. try siew mai dulu mesti suka =D

      Delete
  6. Nampak sedap sangat tu CT, harga pun berpatutan. Suka dimsum tak puas makan 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha part tak puas makan tu cheq setuju. kecil comel je sekali ngap habis hehe.. harga pun reasonable tak mahal sangat.

      Delete
  7. Saya peminat dimsum. Dah ler tengah lapar ni. Tengok gambar dimsum tu semuanya nampak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe okay kita geng sama2 suka dimsum. memang sedap pun semua tu =D

      Delete
  8. tak pernah makan dimsum.. best ke siti?

    ReplyDelete
  9. aiyoooo terliur nya haritu balik perak dah singgah tapi tutup pula T.T ni tunggu bulan lapan nanti la balik perak nak makan sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. time raya kot depa cuti gak agaknya hihi takpa nak pi lagi tau. mesti cuba sekali baru tau sedap dan nak lagi =D

      Delete
  10. bestnya. saya ni hantu dimsum.thanks for sharing.nanti bila saya gi ipoh, boleh la cuba datang sini

    ReplyDelete
  11. Uuuughh sedap2, faberet cheung fun, dimsum century egg. Lapar tgk 🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu tak reti makan cheungfun lepas try skali ahah sedap rupanya =D

      Delete
  12. Nampak sedap nie, kalau ada rezeki boleh singgah ke Ipoh bila Kak Sue balik kampung nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada kesempatan cuba la ye. sedap tak rugi makan sini =)

      Delete
  13. Menarik menarik...kena book mark posting ni..boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  14. pernah try kat kiosk yong tau fu..kena plak dengan tekak ni bila makan dengan sos yong tau fu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sedap kan.. makan dengan sos yong taufu sedap jugak sos thai pun sedap. cili kicap je tak penah cuba lagi =P

      Delete
  15. suka dimsum...yummy plak tgk gmbr2 dimsum ni yummmmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe bahaya tengok gambar ni jadi lapaq all the time =D

      Delete
  16. omg dik. akaq ni minat sgt dgn dim sum tau.
    aritu Ramadhan, beli dimsum frozen.
    puas hati makan kat umah ni dgn anak-anak :)
    murah sebab beli byk tau.puas hati!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak.. beli yang frozen tu the best sebab boleh beli banyak dan puas makan. CT pun kadang2 beli yang itu je kalo nak makan. sama je rasa nye. cuma kat kedai ni option banyak jenis =D

      Delete
  17. Belum pernah makan lagi dimsum ni. hehe

    ReplyDelete
  18. Rasanya ada ternampak restourant ini.. Tapi sebab masa lalu tu bulan puasa kan.. Lalu sajalah.. kikiki.. Nanti bolehlah cuba.. Dah save dekat maps..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu kena singgah tau kak next time. order semuaa hahaha..

      Delete
  19. rasa nak gi ipoh semata sebab nak makan ni. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mailaaa utara lagi. trip jjcm Ipoh plak jiooom =D

      Delete
  20. Thank you sebab introduce. InsyaAllah kalau ada rezeki visit Ipoh, akan check this restaurant!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes you should !! order semuaaaaa hahaha..

      Delete
  21. tak dinafikan memang sedap dim sum kt sini.. lama dh tak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan.. samala da lama tak pergi. last year pergi sana =D

      Delete
  22. Zumal tak pernah makan dimsum. Hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehla cuba. kat area2 dekat dengan Thai mesti ada punya =D

      Delete
  23. Suka dimsum. banyak pilihan. tak tahu nak makan yang mana satu entah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe pilih yang mana famous.. sni ok sedap n choices banyak nak pilih. baruu berbaloi pergi makan sana hehe..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.