Turkey 2019 : 2.0 Merhaba Turkiye, Kota Lama Istanbul Sultanahmet Square, Hippodrome & German Fountain | SITI.YANG.MENAIP

Turkey 2019 : 2.0 Merhaba Turkiye, Kota Lama Istanbul Sultanahmet Square, Hippodrome & German Fountain

/
26 Comments
November 18, 2019
Baca : DARI KUALA LUMPUR KE ISTANBUL MENAIKI OMAN AIR

18 APRIL 2019 (Isnin)

KOTA LAMA (ISTANBUL OLD CITY) SULTANAHMET SQUARE, HIPPODROME DAN GERMAN FOUNTAIN | Selamat pagi Istanbul !! Hari kedua disambut langit mendung kelabu. Matahari sayup malu-malu nak keluar. Suhu memang sejuk nasib badan bawa baju nipis belaka. Aku tak sangka pula musim bunga pun sejuk macam ada salji. Bangun pagi kemas barang bersiap dan turun breakfast. Ramai dah ada dibawah tapi hari masih awal. Ada satu jam lebih lagi sebelum waktu yang sepatutnya kami berkumpul. Makan dulu bagi perut kenyang dan happy. Choices of food memang meriah tapi aku tengok semua macam tak inviting sangat untuk tekak. Pusing dua tiga kali akhirnya aku decide makan yang simple saja. Tak mahu terus teruja sumbat makanan Turkey banyak-banyak nanti terperanjat perut. Alhamdulillah ada kentang !! Dimana ada kentang insyallah aku boleh hidup. Hujan dah mula turun, macam mana pun kena juga gerak meninggalkan hotel dan meneruskan aktiviti-aktiviti yang dah dijadualkan. Pengajaran pertama yang aku belajar - always sediakan jacket atau baju hujan. Pengajaran kedua - tolong jangan malas nak pack payung sekali.

Permandangan luar dari tingkap bilik.

Awal budak ni turun breakfast.

Syukur ada hidangan kentang. Legaaa..

AuntyM makan roti cheese and salad.

Breakfast aku yang sangat 'healthy' hihihi.. Nasi kentang dan sausage.

HUJAN PUN KENA REDAH JUGA

While all of us were having our breakfast, luggage kami semua dah selesai disumbat dalam bas. Memang ada staff yang akan uruskan kita tak perlu susah payah usung luggage. Make sure letak luggage dalam kelompok yang betul jangan salah group. Banyak tour groups menginap di hotel yang sama takut nanti tertukar luggage dah jadi satu kerja lain pula. Sangat efficient diorang bekerja on time terus semua naik bus dan gerak. Hujan dah reda sikit tapi langit tetap mendung. Kami terus ke Sultanahmet Square dan sepanjang perjalanan Ali kongsikan maklumat tentang sejarah dan peradaban di Turkey. Boleh tahan jugalah traffic di Istanbul agak slow bergerak, iyaaalah kawasan bandar. Mungkin juga sebab kami menuju ke kawasan tarikan pelancong jadi semua orang nak kesana. 

Turkish people semua nak pergi kerja. Inilah Metro di Istanbul.

Dah mula sesak.

Bus turunkan kami disini. Lepas tu kena menapak..



SULTANAHMET SQUARE / SULTANAHMET MEYDANI (ISTANBUL OLD CITY)

Di Sultanahmet Square / Sultanahmet Meydani ini terletaknya beberapa monuments yang terkenal di Istanbul. - Hippodrome, German Fountain, Hagia Sophia, Topkapi Palace dan Blue Mosque. Lepas turun dari bus kami ke Hippodrome dan German Fountain dulu sebelum ke tempat-tempat menarik yang lain. Semua walking distance dan aku suggest untuk spend satu hari khas untuk cover semua attractions disini. Cari saja laluan ke Sultanahmet Station, boleh naik tram atau bus. Jatuh hukum wajib untuk ke Sultanahmet Square sekiranya korang ke Istanbul. Tak lengkap trip kalau tak singgah !!

Kawasan ini dinamakan bersempena dengan nama Sultan Ahmet I yang juga pengasas Blue Mosque yang terkenal di Istanbul. Di kawasan ini juga ada banyak monuments dari zaman pemerintahan Byzantine dan Ottoman dan inilah sebabnya dipanggil sebagai 'Istanbul Old City' dan 'The Historic Heart' yang juga disebut sebagai 'Stamboul'. Dari situlah wujudnya nama Istanbul. Lama tu kalau kira dari tahun pemerintaan kerajaan-kerajaan lama dan bayangkan bangunan-bangunan dari zaman berkenaan semua masih wujud. Memang layaklah dipanggil pusat kota lama. Kawasan Sultanahmet ni unik sebab betul-betul mengadap Bosphorus Strait dan Turkey bahagian Asia

Lokasi monuments bersejarah di Sultanahmet Square.

HIPPODROME OF CONSTANTINOPLE

Monument pertama yang kami terjah adalah kawasan Hippodrome of Constantinople yang merupakan satu taman yang dulunya sangat gah digunakan sebagai pusat lumba kuda, circus dan kawasan hiburan. Hippodrome pertama telah dibina di bandar Byzantium (nama sebelum Constantinople) dan diperluaskan lagi kawasannya ketika zaman pemerintahan Septimius Severus - Roman Emperor. Constantinople (nama sebelum Istanbul) adalah capital ketika zaman pemerintaan Byzantine. Masa ni Byzantium belum jadi capital lagi jadi ketika zaman pemerintahan Emperor Constantine The Great, dia pindahkan pusat pemerintahan kerajaan Roman di Rome ke Byzantium dan menukar nama Byzantium ke Nova Roma (New Rome). Tapi nama Nova Roma tak glamour jadi Constantine tukar pula ke Constantinople. Gituuu ceritanya.. Korang jangan keliru pula. Jangan fikir tentang negara-negara yang wujud sekarang ini dalam peta dunia. Aku tengah cerita pasal empayar jadi melibatkan kawasan takluk yang sangat besar. Jangan pening fikir sekejap Byzantine sekejap Roman. Kerajaan Byzantine adalah sambungan kepada kerajaan Roman jadi lebih kurang sama saja kedua-duanya.

Dibawah pemerintahan Constantine, Constantinople berkembang pesat dari hari ke hari. Makin maju dan salah satu sumbangan terbesar Constantine adalah dengan memperbesarkan Hippodrome sehingga mampu menampung 100 000 orang penonton. Hippodrome ni berbentuk U jadi senang nak buat acara lumba kuda. Nak kasi gambaran senang, Hippodrome ni macam stadium, ada track larian ada tempat duduk dan berbentuk U boleh buat pusingan. Punya besar dan megah binaan Hippodrome sampaikan tempat duduk untuk emperor bersambung dari istana. Hanya emperor dan hulubalang istana saja yang boleh guna laluan khas ke Hippodrome. Pemerintah-pemerintah dari empayar lain pun datang ke Hippodrome untuk bertaruh. Disebabkan Hippodrome adalah kawasan social, jadi bukan setakat tertumpu pada kawasan berlumba saja. Ada banyak lagi aktiviti-aktiviti lain seperti kesenian. Jadi ada banyak monuments yang dibina dan dipamerkan di Hippodrome. Ada yang dibina oleh empayar kerajaan lain dan dihantar ke Constantinople sebagai tanda persahabatan. Okay cukup aku kongsikan sampai sini saja sebab sejarah lain memeningkan bila ada kaitan dengan politik pemerintaan, taruhan perlumbaan di Hippodrome dan zaman kejatuhan pemerintahan Constantine dan tumbangnya kemegahan Hippodrome. Korang buat pembacaan sendiri.. Menarik !!

File:Constantinople imperial district.png
https://en.wikipedia.org/wiki/File:Constantinople_imperial_district.png

Semegah-megah binaan Hippodrome akhirnya tumbang juga ketika Constantinople diserang puak Venetians. Haaa.. Kerja diorang memang suka berperang jadi biarkan saja. Kita cerita kisah sekarang pula sebab hanya empat cebisan monuments saja yang tinggal saki baki keruntuhan Hippodrome - Obelisk of Theodosius, the Serpentine Column, Column of Constantine dan satu water fountain yang cantik, German Fountain. Setiap satu-satu monuments yang tinggal melambangkan budaya dan kesenian negara asal ataupun zaman kemegahan pemerintahan seseorang emperor. Nak cerita sejarah satu-satu monuments yang tinggal memang panjang. Sampai tahun depan aku taip tak habis kalau nak sambung cerita.

Obelisk of Theodosius yang dibawa dari Egypt.

Sebelum buat hal sendiri, dengar dulu Ali cerita apa.

Yang depan adalah monument Obelisk of Theodosius  dan belakang sana adalah monument  Column of Constantine. Constantine mengarahkan untuk membina Column of Constantine sebagai tanda pengisytiharaan Byzantium sebagai pusat pemerintahan Roman Empire yang baru.

 Column of Constantine dan Obelisk of Theodosius. Aku tak ambil gambar Serpent Column rupanya. Korang Google sendiri yaaa..

Ukiran seni pada Obelisk of Theodosius.


GERMAN FOUNTAIN

German Fountain terletak tak jauh dari monuments yang ada di Hippodrome. Nak teruskan perjalanan ke Bue Mosque, Topkapi Palace dan Hagia Sophia mesti akan lalu German Fountain. Fountain bergazebo yang cantik ini dibina di German untuk meraikan ulang tahun kedua lawatan Emperor German Wilhelm II ke Istanbul pada tahun 1898. Binaan German Fountain dibawa ke Istanbul sikit demi sedikit dari German dan siap dibina pasang pada tahun 1900. Binaan German Fountain ada influence dari kesenian Byzantine - ada lapan tiang (column), kubah berbentuk octagonal dan didalamnya penuh mosaics berwarna emas. Bagi aku memang sangat cantik German Fountain ni.. Memang nampak mewah dan seni yang halus. Disinilah kawasan peristiwa kejadian pengeboman di Turkey pada tahun 2016 yang mengorbankan 13 orang dan 12 daripada jumlah mangsa adalah warganegara Germany.

Ditepi kawasan Hippodrome ada kedai-kedai yang menjual pelbagai souvenirs dan makanan. Bolehlah jenguk sebab aku rasa harga souvenirs murah juga berbanding di Grand Bazaar. Aku menyesal tak beli apa-apa disana. Konon nak tunggu yang lagi murah.. huurm..

Bahagian dalam kubah ada mosaics keemasan.

Pouch Turkey murah disini. Tshirt pun boleh dapat 10TL - 20TL bergantung pada quality dan design. Tapi keychain dan fridge magnets agak mahal.


Ali bagi masa untuk kami explore kawasan Hippodrome. Tak adalah lama sangat sebab nothing much kecuali kita minat nak baca nota-nota sejarah yang ada. Aku jujurnya tak minat sangat  tapi bila dah balik baru rasa nak study sikit pasal sejarah disana. Makin dibaca makin rasa nak discover macam-macam cerita disana. Di sekitar Hippodrome ada beberapa lagi tarikan menarik seperti Museum of Turkish & Islamic Arts (bangunan cantik) dan galeri-galeri seni. Dah puas bergambar dan selesaikan urusan masing-masing di Hippodrome, kami gerak ke Blue Mosque pula. Ramainyaaa umat manusia !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

26 comments:

  1. Berpinar mata akak nk hadam cerita cik siti ni...satu ayat pun tak mau terlepas...yalah nk pergi sendiri tak tau bila..

    ReplyDelete
    Replies
    1. citer bab sejarah ni memang jadi cemtu. takut juga sampaikan info yang salah..

      Delete
  2. souvenirs yg best..Turkey sarat dgn sejarah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. pening nak hadam sejarah depa ni.. berselirat betul..

      Delete
  3. Cantik gambar-gambar yang di ambil. Kena baca satu-satu juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi terima kasih sudi baca bebelan cheq =)

      Delete
  4. Luas juga ye kawasan ni nak berjalan ronda-ronda. Ada kedai tepi tepi tu okaylah buat cuci mata dan beli sourvenir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ahhh boleh tahan luas jugala. acik pakcik tu semua kuat2 stamina diorang hehe kita yang muda ni nak ngeluh jadi malu.

      Delete
  5. sejarah Turki sangat hebat..

    satu-satu negara yang bukan Eropah tetapi dekat dengan Eropah..

    betul kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Turkey ada dalam border Eropah dan Asia. suku Turkey di Eropah dah 3/4 di bahagian Asia.

      Delete
  6. penuh dengan sejarah, tempat yang sangat cantik. semoga dapat pergi jugak nanti inshaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat penuh sejarah.. masa kat sana rasa mengantuk pula dengar explaination dan baca info2 yang ada. tapi da balik rasaaa eeh bestla sejarah diorang.

      Delete
  7. merhabaa..cantik negara dia. memang best dapat peluang berjalan ke sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah rezeki. memang cantik penuh sejarah. kiri kanan bgunan2 lama.

      Delete
  8. Kira Istanbul ni hebat la sampaikan Siti yang tak minat sejarah pun tetibe boleh bagi huraian panjang lebar.Hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha gitu kan balik2 dari sana tetiba suka sejarah. sebenarnya masa jalan tu xdan sangat pun nak dengar Ali tu membebel apa. so balik baru kaji balik =D

      Delete
  9. salah satu negara yang paling manarik, terutama sejarahnya,.

    ReplyDelete
  10. Fuhhh! Akak rasa dah lama akak tak setekun ini membaca hahahah
    Sejarah Istanbul memang menarik. I've got a friend yang boleh cakap berjam-jam pasal tempat-tempat bersejarah di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tu kena pecah2 kan jadi beberapa entry sebab nak share sejarah diorang. kalau sekaligus memang berbuih mulut nak baca.

      Delete
  11. Seronoknya kalau dapat pi Turkey....
    Tapi tak taulah bila boleh sampainya hihi....
    Ruginya siti tak try menu menu diaorang....kalau hakak pantang jumpa tu hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah ada rezeki akan sampai. CT pun lama tunggu ni.. bukan terus2 dapat kesana hehehe menabong beriya juga.

      makan kak.. tapi hari2 kemudian. sikit2 takottt atet iyut nanti kena suruh driver berhenti2 hahaha nayaa..

      Delete
  12. cantiknya pemandagan kat sini. Transport awam tu seronok pula tengok, tak ramai yang gunakan transport sendiri ye kat situ. Kurang lah jem

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu ade da tulis kat atas kata jalan sesak especially kat bandar. takleh avoid la mana2 bandar mesti jem.. tapi yang brebut naik public pun ramai. lebih kurang KL jugakla..

      Delete
  13. rajin bawa bahan binaan dr negara sendiri nk bina satu2 monument tu..

    ReplyDelete
  14. gigih betul tu angkat dr mesir bw ke turki...

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.