Turkey 2019 : 1.0 Perjalanan Dari Kuala Lumpur Ke Istanbul Menaiki Penerbangan Oman Air | SITI.YANG.MENAIP

Turkey 2019 : 1.0 Perjalanan Dari Kuala Lumpur Ke Istanbul Menaiki Penerbangan Oman Air

/
50 Comments
November 16, 2019
KUALA LUMPUR KE ISTANBUL MENAIKI PENERBANGAN OMAN AIR | Alhamdulillah syukur dapat jejak kaki ke Turkey, salah sebuah negara yang berada dalam bucket list aku. Aku dah kongsikan dalam entries yang lepas mengenai budget perbelanjaan ke Turkey, itinerary perjalanan dan tips jadi kali ini aku nak ceritakan pula secara detail pengalaman aku kesana. Subhanallah.. Satu pengalaman indah dan menarik. Perjalanan kali ini ada banyak pengajaran yang aku dapat untuk memperbaiki diri sendiri dan lebih menghargai. Banyak juga aku belajar tentang peradaban dan sejarah perkembangan Islam di Turkey. Selama ini tahu general knowledge saja tapi sekarang dah dalam sikit pengetahuan. Dah lama pasang angan-angan nak ke Turkey dan aku rajin baca kisah orang-orang lain ke Turkey tapi belum berkesempatan nak kesana. Aku dan MamiZ pernah bayar deposit untuk join tour group back in 2016 tapi last minute kami terpaksa cancel atas sebab-sebab tak dapat dielakkan. Rupanya Allah SWT simpan dulu rezeki kemudian baru Dia bagi supaya nikmatNya lebih terasa. Perancangan asal haruslah pergi dengan MamiZ tapi sekali lagi belum ada rezeki ke Turkey. Alhamdulillah MamiZ dijemput menjadi tetamuNya menunaikan ibadah Haji jadi ada baiknya tak kemana-mana dalam masa terdekat. Tak apa.. Disebabkan bayaran dah dibuat jadi aku ajak adik sepupu untuk teman. Insyallah nanti ada rezeki lagi kita pergi yaa..

Kali ini aku pergi dengan package travel dari Juara Travel & Tours, salah satu travel agency yang ada reputation bagus di Malaysia. Kalau berminat korang survey dulu mana-mana agencies yang menawarkan package ke Turkey dan buat perbandingan. Aku tak sempat nak survey sebab memang terus setuju nak pergi dengan Juara Travel & Tours. Dari tarikh aku buat bayaran, tinggal tiga minggu saja lagi untuk depart. Excited !!


17 APRIL 2019 (Ahad)

Seawal pukul 04:30AM aku dan Idiq dah gerak ke KLIA. Semua kena berkumpul di kaunter check-in Oman Air pada pukul 06:00AM. Selesai wrap bag, timbang dan ambil tag kena pergi dengar taklimat ringkas perjalanan. Diterangkan tentang itinerary penerbangan dan tiket transit turut diberikan. Ini adalah pengalaman pertama aku menaiki penerbangan yang ada transit. Masa tu baru nampak muka ahli-ahli rombongan. Trip kami diketuai oleh Ustaz Nasri dan in total ada 24 orang peserta. Tak sempat nak beramah mesra berkenalan sebab menonong semua kena terus ke departure hall

PENGALAMAN PERTAMA MENAIKI OMAN AIR DARI KUALA LUMPUR KE ISTANBUL

Semua pun first time untuk aku, first time merasa ada penerbangan transit dan first time juga menaiki penerbangan Oman Air. Tak pernah terlintas satu hari aku akan merasa naik Oman Air. Tahap jakun teruk hahaha. Kalau tak silap dari hasil pembacaan aku, Oman Air tak ada penerbangan yang lebih 10 jam di setiap route yang ditawarkan. Maximum perjalanan dalam 8 jam gitu dan mesti akan transit di Oman. Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Istanbul mengambil masa lebih kurang 14 jam termasuk 2 jam transit di Muscat. 7 jam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Muscat International Airport (formerly known as Seeb International Airport) dan another 5 jam penerbangan dari Muscat ke Istanbul Airport. Peeergh.. Lama tak naik penerbangan yang lebih 10 jam memang teruja sangat rasa. Kami meninggalkan Kuala Lumpur dengan penerbangan A333 WY822 ke Muscat. Dari Kuala Lumpur ke Muscat kapal terbang besar dan leg room yang selesa tak sempit. Makanan sedap especially dessert dan kena dengan selera tekak aku. Untuk Economy Class pun meriah tray tak kedekutEntertainment pun banyak choices tapi aku tak tengok pun. Aku tidur !! Setiap seorang dapat bantal dan selimut walaupun bukan penerbangan malam. Aku tak dapat seat tepi tingkap kena duduk tengah aisle jadi tak dapat nak ambil gambar wing. Take off lancar dan alhamdulillah smooth juga landing di Muscat.

Kuala Lumpur - Muscat - Oman

Airbus 333 WY822 di KLIA.

Breakfast choice : Fish fillets with potatoes, cake, scone and butter, salad dan smoked turkey. Happy tummy happy me. Lepas kenyang terus tidur.

Alhamdulillah - After 7 jam penerbangan. Hello Muscat !!

My cousin yang sentiasa tabah melayan perangai kakak dia..

Panjang gila aerobridge di Muscat Airport ni.. Macam tak ada penghujung.

Beautiful new airport terminal. Baru beberapa bulan beroperasi.

Pokok kurma kot aku teka je banyak ditanam dalam terminal.

Process transit sangat mudah hanya tukar terminal saja dan scan boarding pass. Disebabkan kami transit hanya 2 jam di Muscat, tak ada apa sangatlah aktiviti yang boleh dibuat. Cepat-cepat solat jama' Zohor dan Asar dan terus ke departure gate. Duit Oman ni mahal gilaaa berbanding duit kita, RM10.00 : OMR1.00. Aku tak tukar duit pun ke Omani Riyal aku hanya tukar ke USD sikit. While waiting untuk board the plane, sempat singgah kedai tengok jajan. Nak merasa punya pasal pejam mata sajalah beli snacks in total OMR6.50 (RM65.00 approx) boleh bayar in USD. Balance in Omani Riyal. Pening weh.. Lantaklah berapa nilai aku tak nak fikir. 

Janji dapat rasa dan usung jajan beli di Oman hahaha..

Departure hall sambil tunggu connecting flight to Istanbul.

Jajan bernilai OMR6.50 (RM65.00 approx). Lays dan Lipton kat Malaysia berapa RM sangat ? Mendapat haaa bayar harga mencekik kat negara orang.

Yang Idiq pegang perisa Labneh & Mint and the taste was horrible.
Tapi budak ni makan selamba je.. 

Time to board the plane. Flight lebih kecil berbanding flight pertama.
Boeing 732 WY165.

Yeay dapat duduk tepi tingkap.


Ada rupanya kawasan tumbuhan hijau di Oman. Ingat gersang semata..
 

Dinner choice : Lamb with quinoa, corn salad, bread butter and cake. Cake tu ada strawberry yogurt on top sooo sedap !!

DARI MUSCAT KE ISTANBUL

Another five hours flight journey dari Muscat ke Istanbul. Penat jugalah sebab kena tunggu dan tukar flight. Flight kecil dan aku rasa sempit dari Air Asia. Entertaiment okay tapi again aku tak layan pun. Aku main game dan tidur. Kerja tidur jaaa aku ni kalau naik flight. Aku nak share dengan korang  gambar view yang aku sempat ambil. Banyak gambar aku tak peduli aku nak share juga. Ada yang aku dapat dari KakakID (salah seorang ahli rombongan) sebab dia duduk another wing. Subhanallah.. Menarik sungguh ciptaan bentuk muka bumi ni Allah jadikan. Walaupun nampak kosong dan kering.. tapi tetap sesuatu yang indah.

Baca : TIPS PENTING PERSEDIAAN TRAVEL KE TURKEY


Dari ruang udara Oman.


Mula masuk ruang udara Turkey. Gunung yang bersalji. Kalau tengok screen nampak laluan detour sikit daripada melintasi Iraq. Memang tak dibenarkan lalu negara war prone.


Merhaba Turkiye !! Cheq dah sampai ni.. Matahari pun dah nak terbenam.

 
Jakun tengok Turkish Airlines banyak tersusun.


Turkish Airlines dan Afriqiyah Airways (Libya)

Antara bucket list aku juga adalah nak naik Turkish Airlines tapi belum rezeki. Kita naik Oman Air dulu yaaa.. Setelah 14 jam perjalanan, akhirnya hampir pukul 08:00PM kami sampai di Istanbul. Kalau naik Turkish Airlines ada penerbangan terus dari Kuala Lumpur. Direct lebih kurang 11 jam journey. Semua pun sedia maklum Turkey ada airport baru - Istanbul Airport yang siap dibina pada October 2018 menggantikan Istanbul Ataturk Airport yang dah berhenti operasi sejak April 2019. Jadi kami antara yang awal jugalah sampai ke Istanbul Airport baru dua minggu beroperasi secara rasmi. Besar yang amat lenguh nak menapak. Kedai-kedai kiri kanan masih kosong nak beli apa-apa tak ada sangat. Money changer ada kaunter tapi kosong tak ada pekerja. Sarung plastic Burger King pun tak buka lagi, hambar terasa walaupun gah besar dan serba canggih. Iyaaalah baru buka.. Sekarang mesti dah makin meriah. Kalau rasa perjalanan di KLIA2 dah termengah-mengah, ini lagilah double atau triple jauhnya. Memandangkan kami naik Oman Air, amboi gate hujung dunia parking kapal terbang. Terus on Roaming Man pocket wifi - nak update MamiZ kami dah sampai. Internet laju saiyaaa suka !!

Kami disambut mesra oleh Ali, our tour guide yang akan bawa dan teman kami sepanjang tempoh berada di Turkey. Inilah itinerary hari pertama di Turkey - hari perjalanan. Terus kami ke hotel untuk urusan check-in dan berehat. Kalau dibawa berjalan pun aku memang dah tak larat. Ikut jam memang dah waktu tidur di Malaysia. Malaysia cepat 5 jam dari Turkey. Kalau pukul 09:00PM di Turkey dah pukul 02:00AM di Malaysia. MamiZ belum tidur mesti tunggu aku message. Lampu Ultraman dah berkelip-kelip. Walaupun kerja makan tidur saja dalam flight aku tetap rasa penat. Aku perlukan tilam dan batal empuk nak charge energy. Sampai hotel terus ambil kunci bilik dan baru sempat nak berkenalan dengan AuntyM, roomate aku. Nantilah sembang lagi.. mengantuk ni. Good night.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

50 comments:

  1. Hi Siti! Akak jalan-jalan blog Siti ni. Bestnya dapat pengalaman baru. Akak pun tak pernah merasa naik transit. Oman Air apatah lagi. Nanti one day kita naik Turkish Airlines ye.

    p/s: mana gambar orang-orang bermata biru? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. huurm tak ada yang menarikla mata biru kat sana kak.. baru ku sedar taste ku yang original asia jugak hahaha.. yeah !! jom kite menabong jom.

      Delete
  2. bestnya..Turki ni pun in my bucket list..entah bila nk tick..hehe..
    perghh..mahalnya exchange rate Oman..terasa kerdilnya duit M'sia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah.. kadang2 rezeki tu dtg tanpa diduga. He knows best =)

      Delete
  3. akk dapt jejak kaki istanbul saja pun dah syukur sgt, inikan pula kalau dapat jelajah lama sikit tambah seronok kan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu tandanya akak kena pegi lagi tu.. this time kena jejak lama skit. jangan ambil baaau jeee tau..

      Delete
  4. Tahniah dan alhamdulillah...rezeki melancung ke sana...banyak gambar best2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. tak ada perancangan pun tapi itula namanya perancangan Dia. semoga kitaa semua murah rezeki selalu dalam semua bentuk =)

      Delete
  5. cantiknya turkey
    kena simpan duit ni
    kalau nak ke sana
    hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. kena simpan duit supaya dapat enjoy puas hati disana. memang CT pergi sana tapi hakikatnya bawa duit tak cukup. telan ailioo banyak..

      Delete
  6. sat nak p google Juara Travel & Tours, manataw boleh follow apa yg patut utk perancangan masa depan hahahha. tq kak ct!

    ReplyDelete
  7. Cukup la sekadar baca tiap perjalanan sini, terasa menerokainya bersama. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga ada rezeki kesana. percayalah.. rezeki datang kadang2 tanpa diduga. haaa boleh pergi Turkey. insyallah =)

      Delete
  8. my planned to turkey got cancelled this year. sobs

    ReplyDelete
    Replies
    1. its okay darling.. theres always next time.
      mine got cancelled 3 years ago n ive waited patiently =)

      Delete
    2. nak reply under your comment tp x jmpe button reply lain. thank you sis. aamiin. mudah mudahan.

      Delete
    3. most welcome. ingat satu ja.. bila sampai masa rezeki..
      kadang datang dalam bentuk terindah yang kita tak sangka =)

      Delete
  9. Wahhh, tak terbayang kalua sy berada di tempat Siti, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat Siti ni.. manisnya satu peritnya sepuluh =')

      Delete
  10. Waaa dah sampai dah ye. Seronoknya tgk gambar Makanan Dlm kapalterbang not bad juga ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. makanan not bad sangat even untuk Economy. kira puas hatila..

      Delete
  11. Waaa bestnya jejalan.. :D..
    Mak aii rm65 utk jajan je ya.. jgn diconvertkan kalau convert mmg ler Mahal :D :D ikut rate oman 6.50.. dkt malaysia pun Rm6.50 lebih kurang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. duit di Oman tu memang tercekik bila convert to RM. kat kita ni berapa sangatla kepok Lays tu n Lipton dalam botol baru RM3 hahaha.. sayangi Malaysiaku *tibeer..

      Delete
  12. Cantiknya view dari atas. Beruntungnya dapat terbang ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. view dari atas memang cantik.. kalau kita fly domestic pun permandangan Malaysia dah cantik yang amat juga =)

      Delete
    2. view Malaysia lain sikit :)

      Delete
    3. memang hihi lain destinasi lain view =)

      Delete
  13. Istanbul nama mu akan jejaki nanti..

    sebab nak tengok kesan sejarah peradaban Islam yang begitu unggul di negara tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan jejak nama je.. jejak tempatnya sekali k hihi..

      Delete
  14. Baru je singgah Turki a few months ago. Transit sebab time tuh nak pergi Switzerland. Would really want to visit again especially musim sejuk ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronoknyaaa Switzerland !! my wishlist jugak tu insyallah one day. btw lepas ni boleh plan visit Turkey pulak k..

      Delete
  15. menariknya tenggok set makanan dalam omar air, yang dinner punya tu wahh mewah gitu nampaknya...
    mahal betul ya tukaran duit kita kt oman, memang kene nikmati betul2 jajan tu almaklum rm65 dapat banyak tu, kalau kat sni dapat lebih 10 pek dengan air heheh...

    dapat di bayangkan kepenatan nya berjalan jauh tu... yelah klia pun dh penat jalan kalau seganda jauh nya tak tau lah, mau malam2 krem kaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. okaylah makanan dia tu sedap dan meriah. portion dia kasi pun cukup buat kenyang. jajan tuuu yang first kami bukak x sedap langsung rasa susu basi. tapi orang sana sukala flavor gitu n my adik suka je elok dia makan. dengan harga macam tu rasa macam xpelaaa harga barang naik sikit kat Malaysia pun janji x teruk sangat sampai macam tu.

      walaupun duduk je dalam flight.. tapi letih !! memang perlu rehat. kalo dipaksa juga penat esoknya lagi x boleh jalan2.

      Delete
  16. oh ye, gambar2 yang di ambil tu, tentang muka bumi di sana memang cantik sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time juga tengok cemtu.. cantik yang tersendiri =)

      Delete
  17. Cantiknya view mukabumi yang diambil tuh. Istanbul antara negara yang berangan sangat nak pergi. Haish tabung cepat la penuh puhpuhpuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. unik sangat view tu. dalam kering gersang tu tapi tetap cantik. insyallah nanti tabung tu penuh tu.. tabung Turkey kite ni tiga tahun menyimpan =)

      Delete
  18. InshaaAllah lepas ni siti berpeluang naik Turkish Airlines pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamin !! yeay !! memang tringin nak naik Turkish Airlines =)

      Delete
  19. Farlynanatasha85@gmail.com18 November, 2019

    Hi siti.. Dh lama x menjengah blog.. Teringin sgt nk g turki..tp masyaAllah.. Jauhnya... 11 jam even kite naik direct flight.. Haha.. Penatnyeeee.. Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpee 11 jam tuu naik flight tidur je. tau tau dah smpai hehe.. tapi memang letih. kena allocate 1 hari untuk perjalanan saja supaya relax sikit dan santai.

      Delete
  20. Subhanallah! Cantiknya view dari atas :)
    Oh, akak terliur tengok your on board meals....

    ReplyDelete
    Replies
    1. the second meal tu lagi sedap. my first time makan quinoa hehe..
      tak sangka sedap bolehla jadi menu diet =D

      Delete
  21. Teringat masa pi Haji hari tu.... menempuh satu penerbangan yg panjang....duk flight ni time nak buang air tu malas sikitkan walaupun selesa je sebenarnya.
    Haahaha dah itu aje pokok yg femes kat belah belah sana Siti.
    Nampak menarik jugak menu dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. naik premium airlines okay je selalunya flight diorang. tapi kalo orang yang tah pape guna memang busuk juga jadinya. kalo naik long haul kena jalan2 sikit lepas few hours.. ulang alik le aisle tu hehe.. kalo tak nanti cramp.

      Delete
  22. Ni next in d list lpas trip ke NZ ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  23. Saya suka gaya penceritaan Cik Siti <3 Detailed dan sarat dengan ilmu haha. Saya doakan moga Allah murahkan rezeki awak, boleh travel banyak-banyak, dan update kitorang dengan cerita best sebagai panduan. Ada rezeki masa akan datang bolehla saya melawat tempat-tempat yg Cik Siti pergi ni in shaa Allah :D

    ReplyDelete
  24. boleh tahan jugak oman air.. makanan meriah! tunang kata seronok naik Turkish airlines tp tgk tiket kalau pi musim bunga mahai gila.. nangis tak berlagu

    ReplyDelete
  25. subhanallah cantik tgk view gurun tu

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.