Turkey 2019 : 4.0 Fashion Show Pakaian Kulit & Kota Lama Ancient City Ephesus | SITI.YANG.MENAIP

Turkey 2019 : 4.0 Fashion Show Pakaian Kulit & Kota Lama Ancient City Ephesus

/
12 Comments
October 23, 2019

20 APRIL 2019

TRIP TURKEY : FASHION SHOW PAKAIAN KULIT DAN KOTA LAMA RUNTUHAN EPHESUS | Pejam celik dah hari keempat di Turkey. Banyak juga tempat-tempat menarik di Turkey yang kami dah terjah. Lena sungguh aku tidur kepenatan meronda sekitar Kusadasi tapi sangat puas hati. Bangun pagi dan berkemas seperti biasa terus turun untuk breakfast. Tak perlu usung luggage hanya tinggalkan di depan pintu saja nanti ada pekerja yang tolong bawakan. Hari keempat agak padat juga dengan aktiviti - kami akan menonton pertunjukan fashion pakaian kulit, meneroka kota tinggalan Ephesus dan seterusnya gerak ke Pamukkale untuk ke Cotton Castle pada waktu petang dan bermalam disana. Aku paling teruja sangat nak ke Ephesus dan Pamukkale. Wish list !!

Aku paling sukalah Carina Hotel ni..
Banyak gambar aku nak share. Sekitar hotel ada banyak sangat roses.

Rajin adik aku bangun awal ambil gambar. Kakak dia lena lagi ni..

Breakfast - Telur sausage and cheese.

Sekuntum mawar merah..

Gabak !! Besar dari tapak tangan.



KILANG PAKAIAN KULIT DI KUSADASI / TURKISH LEATHER

Kusadasi memang terkenal sebagai pusat pengeluaran barangan kulit yang terkenal di Turkey. Bagi peminat jacket kulit atau barangan lain memang looking forward sangatlah untuk ke kilang pakaian kulit. Bagi aku rakyat jelata ni sekadar cuci mata sajalah. Sampai saja kami dibawa ke dalam showroom dan beberapa orang model pakaian akan buat fashion show di runaway yang disediakan. Memang cantik-cantik belaka mengikut fashion terkini. Aku tak ambil gambar pun sepanjang show sebab aku malas. Lepas habis show kami dibawa ke kedainya pula dan disinilah bakal berlaku segala macam pujuk rayu process jual beli. Aku jalan-jalan belek juga tolong jadi penasihat buat pakcik makcik yang nak membeli. Patut orang kedai tu kasi commission kat aku bukan Ali. Sakan tengok pakcik makcik borong baju-baju kulit yang harga sehelai macam sebulan gaji di Malaysia. Ada yang mencecah hampir RM10K jangan dibuat main-main. Memang halus seni jahitan dan pembuatan tapi aku hanya mampu pegang. Majoriti jacket kulit yang dijual boleh guna kedua-dua belah - nampak macam menguntungkan. Kalau beli lebih dapat discount dan boleh kurang sampai 500-700TL. Jadi harga sebenar berapa sebenarnya kalau diorang boleh kurangkan banyak tu terus. Sesuatu sangat kan.. Memang tak minat (baca : memang tak mampu). Duit belanja aku bawa pun cukup makan dan kena catu. Diorang ada duit apa salahnya.. Kerjaya hebat-hebat.


Populer ker ?

Lama dikilang ni sebab ramai yang nak membeli. Kisahnya aku dan Idiq pulun cari jalan keluar tapi kami tak jumpa langsung. Masuk dalam kedai tu semua berdinding dan each lorong bawa ke lorong lain yang penuh products. Rimas sangat rasa.. Aku tanya seorang pekerja jalan keluar dia kata kena tunggu semua orang selesai baru boleh keluar. Gila !! Lepas tu asyik ikut kami yang belum beli apa-apa ni memaksa suruh beli. UstazN cakap memang begitu jadi kena hadap sajalah. Tolak saja cara baik kalau tak mahu beli - masalahnya cakap bebaik tak faham bahasa. Aku ended up cuba memulas semua tombol yang ada dan akhirnya jumpa pun jalan keluar. Memang tak ada tulis Exit pun diorang memang tak kasi korang keluar sampailah korang beli at least sesuatu.

Okay okay dah dah. Jom kita pergi Ephesus !!
Selama ni asyik baca saja sejarah Ephesus alhamdulillah ada rezeki kesana pula.

PENINGGALAN KOTA LAMA ANCIENT CITY EPHESUS

Aku ni tak adalah minat sangat sejarah memang mengantuk sokmo kalau study sejarah tapi sejarah kota-kota lama dan ada certain jenis yang aku suka memang aku kaji betul. Lepas tu suka layan Percy Jackson hahaha.. Walaupun mengarut tapi dah suka. Salah satunya adalah sejarah Kota Ephesus yang terkenal. Perkataan Ephesus berasal daripada bahasa Ancient Greek - kalau ikut bahasa Turkey jadi perkataan 'Efes' dan kota ini terletak di Izmir Province. Dibina pada tahun ke10 sebelum masihi jadi bayangkan berapa usia kota Ephesus ni.. Kota ini menjadi lebih besar dan gah ketika dibawah pemerintahan Roman Republic pada tahun 129 sebelum masihi. Kota Ephesus menjadi semakin terkenal disebabkan binaan Temple of Artemis atau Artemisian yang siap dibina pada tahun 550 sebelum masihi. Artemis adalah salah satu daripada Ancient Goddess yang berkaitan dengan buruan, binatang liar dan bulan. Usaha untuk mengekalkan bangunan tinggalan kota Ephesus dilakukan secara besar-besaran supaya dapat dijadikan tarikan kepada pelancong-pelancong. Memang hard work sangat untuk memastikan kota tinggalan lebih 5000 tahun ini dapat dikekalkan sebagai tapak warisan sejarah. Ephesus adalah kota keempat terbesar ketika pemerintahan Roman.

Ini semua kepercayaan orang-orang ancient Greek dan tercatat dalam sejarah diorang. Aku kongsi bukan bermakna aku percaya. Orang-orang ni semua wujud kalau tak memang tak adalah Ephesus cuma kepercayaan karut tuhan-tuhan diorang tu sajalah yang terang-terang tak betul. Kalau korang berminat kena baca sendiri sebab pembinaan Ephesus ni bukan melibatkan satu dua puak tapi banyak. Athens Greeks Persians dan banyak lagi dan disebabkan itu juga, ada banyak ciri-ciri seni binaan sebab setiap era setiap kerajaan nak buat pembaharuan nak tunjuk kuasa. Setelah berkembang pesat pun ada banyak lagi sejarah dan kejadian sehinggalah kota Ephesus musnah. Nak hadam sejarah Ephesus memang tak boleh habis dalam masa sehari.

Jom masuk ke kota peninggalan Ephesus.
Harga tiket untuk seorang dewasa adalah 72TL (RM50 approx).


Deretan kedai souvenirs.

Kaunter tiket.

Scan ticket dan bag dulu.

Dengar dulu penerangan dari Ali.

http://www.ephesus.ws/ephesus-map.html

Rujuk peta diatas, ada dua entrance masuk ke Ephesus - satu berdekatan dengan Odeon (24) dan satu lagi di The Stadium (1). In our case, kami turun di point (24) dan keluar di pintu berdekatan (1). Bas dah sedia tunggu kami disana. Kalau korang datang naik kenderaan sendiri, di mana mula korang kena patah balik. It is better untuk mula di kawasan (24) sebab untuk keluar ke pintu (1) kita akan menurun. Kalau mula di (1) dan habis di (24) kena mendaki sikitlah. All together ada 28 points of interest diseluruh kawasan Ephesus tapi susah juga nak bezakan sebab semua dah runtuh. Mana-mana tinggalan yang jelas kelihatan saja bolehlah nak tekaMasa zaman kegemilangan Ephesus ada tiga entrances - The Magnesian Gate, The Koressos Gate dan melalui pelabuhan. Iyaaa.. kawasan Ephesus dulu berdekatan laut but now after ribuan tahun dan mengalami perubahan bentuk muka Bumi laut pun dah hilang entah kemana. Hihihi.. tidaklah hilang. Ada tu haaa kat Kusadasi.

GAYA HIDUP DI KOTA EPHESUS KETIKA ZAMAN GREEK DAN ROMAN

Aku ringkaskan saja dari pembacaan yang aku buat.
Untuk maklumat lanjut dan kepastian info, sila rujuk tempat lain.

Penduduk Ephesus mengamalkan gaya hidup campuran Greek dan Roman. Ada pengaruh Greek ada pengaruh Roman. Semua penduduk wajib berpakaian putih macam jubah atau dress dipanggil 'toga' macam kita tengok dalam movie lama-lama. For ladies - buatlah design baju cantik-cantik janji tetap warna putih atau cream seumpamanya. Perempuan tak diberikan penekanan untuk dapat pendidikan dan pendedahan sangat walaupun dibenarkan ke sekolah tapi lelaki wajib dihantar untuk belajar dan explore macam-macam. Masyarakat pula dibahagikan mengikut kasta. Golongan kaya raya orang hebat-hebat akan duduk di tempat mewah - selalunya dikawasan yang tinggi dan yang kuli semua hidup miskin merempat di kawasan bawah bukit. Melampau juga layanan mengikut kasta ada yang jadi hamba kepada kepada golongan atasan. Memang sangat diskriminasi sampaikan kalau tuan kepada hamba nak masuk toilet, hamba kena duduk dulu panaskan toilet baru bagi tuan duduk. Mengada kan.. Diorang juga ada tradition to sacrifice animals kononnya kepada all the goddess during pesta festival atau apa-apa perayaan. Kiranya penduduk di Ephesus dulu memang mengutamakan hubungan dengan tuhan dan sangat taksub dengan rituals ketuhanan.

Kawasan sekitar Temenos.

Prytaneion - kawasan rituals keagamaan dijalankan.

The Odeon - Jadi sebarang persembahan akan berlangsung disini.
Juga digunakan sebagai pusat mesyuarat.

Memmius Monument

Kawasan ni memang paling ramai manusia.
Kiri kanan banyak monuments penting.

Diambil dari Hercules Gate.

HERCULES DAN SEJARAH HERCULES GATE

Nama Hercules macam familiar kan masa kecil selalu tengok cartoon Hercules kat Disney Channel. Meh nak share sikit pasal Hercules. Siapa dia Hercules ni ? Kalau pada orang-orang Greek ada Heracles - kononnya anak Zeus - tuhan langit dan petir kilat mengikut mitos Greek dan Alcmene (diorang percaya tuhan diorang beranak pinak) Hercules dianggap sebagai seorang hero dan tuhan pada zaman Roman. Hercules sangat terkenal dengan kegagahan dan kekuatan yang dimiliki. Sejarah Hercules telah diperbesarkan apabila Roman jadikan Hercules sebagai bahan literature sampaikan berjaya menenggelamkan nama Heracles. Sebab itulah ramai yang tahu mengenai Hercules dan sedikit yang tahu mengenai Heracles. Kalau ikut mitos, Hercules ni dari sejak lahir ramai orang dengki dengan dia especially Alcmene dan macam-macam cara dilakukan untuk hapuskan Hercules. Tapi dia mampu membesar dengan jayanya dan ini lagi mengangkat nama dia jadi makin popular. 

Kalau korang baca cerita mitos pening kepala jadinya. Baca boleh percaya jangan.
Ting tong betul karut..

Hercules Gate pula bukan originally dibina di Ephesus tapi di tempat lain dan kemudiannya dibawa ke Ephesus sebagai tanda hormatlah kiranya kepada Hercules. Hanya dua tiang saja yang masih tinggal dan bahagian lain masih belum dijumpai sehingga hari ini. Melepasi Hercules Gate ada satu laluan panjang dikiri kanan penuh monuments jadi kita boleh sedia maklum yang laluan itu dulunya adalah pedestrian area. 

Kiri kanan ada tiang sebagai tanda shop lots.

Curetes Street - laluan utama di Ephesus yang menghubungkan Hercules Gate dan Celcus Library. Nama Curetes diambil sempena nama seorang paderi.

Tumpang berehat.

Binaan-binaan rumah mandi Roman.

Fountain of Trajan - Dibina sebagai tanda hormat kepada Emperor Trajan. Disekeliling kolam ada statue ahli-ahli keluarga Trajan.

Memasuki kawasan The Public Toilets dan Scholastica Baths.

Ali yang semangat memberi penerangan.

Kawasan kumbahan.

Lepas diorang shishi dan poopoo semua berkumpul disini.

Lubang-lubang ini dipanggil Latrines. Public toilets dan nak guna kena bayar.

Kawasan Temple of Hadrianone of the best preserved and most beautiful structures on Curetes Street dan dibina sempena Emperor Hadrian.

Hey !! Dulu pun dah pandai susun tiles cantik.

Lambang yang menjadi inspirasi kepada Nike - The Goddess of Victory.

Celsus Library - ini adalah spot yang paling ramai orang akan datang bergambar. Memang tak ada detik yang ruangan ini akan kosong.

Tiang belah kanan ni adalah tiang Gate of Mazeus - dibina oleh hamba abdi Mazeus and Mythridates dan akhirnya dibebaskan oleh Augustus.

EPHESUS CELSUS LIBRARY

Kawasan Celsus Library adalah spot wajib bergambar sekiranya korang ke Ephesus. Tak lengkap kalau tak bergambar dan kawasan ni sangatlah ramai orangnya. Celsus Library adalah diantara binaan yang sangat cantik dan penuh seni yang pernah dibina di kota Ephesus. Dibina pada tahun 117 sebelum masihi dan menempatkan kubur kepada beberapa orang hebat pada zaman kegemilangan Ephesus. Kubur-kubur diorang berada di bawah Celsus Library jadi dari atas ni tak nampak apalah kena turun baru nampak. Tak kuaaasa nak turun !! Hasil kajian dan sejarah disimpan rapi disini. Ada double dinding jadi orang diorang akan simpan di celah dinding disebalik rak-rak buku konon sebagai tempat rahsia gituuu nak sorok rahsia kerajaan. Celsus Library adalah perpustakaan ketiga yang paling kaya dengan khazanah ancient times dan menempatkan lebih 12000 keping manuscripts selepas Alexandra Library di Egypt dan Pergamum Library yang juga terletak di Turkey.


The Ephesus Stadium - 
The Grand Theatre - tempat untuk pertandingan macam gladiator.


Disebabkan aku sangat looking forward untuk ke Ephesus, I really enjoyed the trip so much. Ada beberapa monuments yang aku dah pernah baca before kesana buatkan aku lagi excited. Banyak info yang aku share dah balik baru aku cari sebab tak sempat nak baca nak kaji masa disana. Ali kasi masa yang sangat cukup untuk kami meronda merayau sesuka hati janji on time dah ada di bus jadi tak terkejar-kejar. Angin sejuk sesekali bertiup tapi secara total memang kawasan ni panas sangat. Elok sediakan topi atau payung. Alhamdulillah cuaca okay kalau tetiba hari hujan jenuh sebab tak ada tempat berteduh sangat. Bangunan runtuh semua nak tumpang teduh kat mana ? Hihihi.. Disini ada ramai sangat tour groups make sure tak terpisah dengan ahli-ahli lain dan macam-macam jenis tour guides kami tengok. Yang jenis menjerit mengarah semua ada. Aku pula rasa nak hempuk tour guide yang terpekik telolong tak tentu hala. Hahaha.. Lawak pun ada juga syukur Ali sangat baik dan tak adalah perangai pelik.


Di luar pintu (1) lagi banyak deretan kedai yang menjual macam-macam. Kami keluar awal juga jadi ada masa nak tengok-tengok souvenirs yang mana menarik untuk dibeli. Banyak fake goods tapi diorang mark up harga rasa nak petir semua orang. Rambang mata gilaaa tengok walaupun sedar diri duit bukan ada sangat. Harga boleh tahan juga ada benda yang murah ada yang rasa macam nak tercekik. Things like fridge magnets dan keychain standard price 5TL ke 10TL mana-mana kedai pun sama. Aku beli seketul dua fridge magnets buat kenangan dan postcard - souvenirs paling murah. Satu aku menyampah orang-orang Turkish ni berniaga, diorang tak display harga jadi nak tau memang kena tanya. Kalau display pun kecil sangat nak suruh kita pergi dekat baru boleh nampak. Time tu dia dah approach kita dan cakap macam-macam memaksa kita beli. Bila kita cakap nak tengok saja marah pula !! Idiq nak beli snow globe kecil saja amboi letak harga kemain sampai 50TL dah kenapa ? Jangan nak menipu benda tu sampai 50TL. Bila kami tak nak beli dan nak berlalu boleh turun sehingga 20TL pula.

Tapi ego - tetap tak beli.
Padan muka lepas tu di Grand Bazaar terpaksa beli yang 30TL. Hahaha..

Jadi kalau korang punya skill tawar menawar memang hebat, sila guna pakai ketika shopping di Turkey. Jenis jiwa kental tahan kena maki pun bagus juga sebab peniaga-peniaga sana memang tanpa segan silu akan maki kita kalau tak jadi beli - especially lepas diorang dah setuju nak kurangkan harga. Kadang kita tak jadi beli sebab nampak dah bakal ditipu jadi malas nak melayan diorang. Lantaklah kena maki pun tahan sajalah telinga. Selesai aktiviti di Ephesus kami teruskan perjalanan ke Pamukkale. Berhenti makan dan solat dulu.

Macam mana ni ? Jam tiruan yang asli ?

Lunch - ambil nasi dan barley. Sedapnya !!

Beli ice cream di petrol station. Ambil kesempatan bila berhenti isi minyak.

Coke perisa coffee yang famous di Turkey.

This is so me !! Memang akan borong air juices pelbagai perisa.

Perjalanan ke Pamukkale mengambil masa lebih kurang 4 jam. Naik bus memang aku lena tak ingat apa dah kepenatan berjalan di Ephesus lenguh kaki otot semua ada.. Untung jugalah ikut tour penat boleh berehat while orang lain yang tolong drive. Driver pun drive kemain sopan. Tak rasa langsung ada detik dia merempit - patuh sungguh. Kami duduk dibelakang banyak kerusi kosong selesa nak tidur. Sepanjang perjalanan view cantik gunung hijau pokok-pokok sedang nak berbunga tapi mata terlalu kuyu nak menikmati permandangan. Nak sambung tidur.. Simpan tenaga nak meronda di Pamukkale pula.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

12 comments:

  1. tetiba i jadi rindu Turkey. even takat pegi 2 tpt je istanbul dan cappadocia. tapi aura Turkey u telah buat i rindu.

    best kan. cam nak ulang je lagi.

    ReplyDelete
  2. Tak mampu beli baju kulit mahal.
    Beli kat bandung aja ler

    ReplyDelete
  3. Tak mampu beli baju kulit mahal.
    Beli kat Bandung aja ler

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Siti cerita pasal Kota Lama Ephesus. KSarie memang dari dulu kala suka tengok movie yang ada mitos-mitos ni sebab binaan kota dan bangunan diaorang yang unik dan cantik. Belum ada rezeki nak pergi, tumpang kasih baca kisah orang yang dah pergi pun dah buat ksarie gembira.

    ReplyDelete
  5. the grand theater tu sebijik mcm Colosseum kt itali. bukti empayar lama rom sangat luas jajahannya...

    ReplyDelete
  6. cantik betul pemandangan awal pagi, bunga rose tu cantik betul besar lak tu...

    the grand theater tu besar betul yek... luas
    tang yang fake genuine tu apa maksudnya original ke fake heheheh...

    ReplyDelete
  7. Coke perisa coffee yang famous di Turkey.....wait what??? 😳😦😆

    Hebat cerita sejarah dan mitos sana, teruja cheq membaca dan tengok segala gambaq yang ada ni 😎

    ReplyDelete
  8. Tgk makanan Turki sedap2 belaka..tapi ramai gak yg komplen tk leh masuk, kena bw cili sos m'sia..yg mn satu betul..fake ke genuine..hihi..

    ReplyDelete
  9. MasyaAllah SubhanaAllah besarnya bunga mawar di tapak tangan CT itu, geram tengok!
    Bagusnya penguatkuasa di Turki masih kekalkan tinggalan sejarah. Moga husniey dapat ke Turki tak lama lagi

    ReplyDelete
  10. mak oi besar gedabak betul bunga ros oren tu!

    the grand theater tu macam colloseum pulak rupa dia ekkk

    ReplyDelete
  11. Clearnya gambar. suka tgok gambar2
    Cantik sangat senibina bangunan tuu

    ReplyDelete
  12. Sha pun suka movie ala-ala gladiator. So dah boleh bayang mesti eksaited gila kalau sampai sini. Teruja!

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.