Turkey 2019 : 7.0 Pengalaman Menaiki Hot Air Balloon Di Cappadocia | SITI.YANG.MENAIP

Turkey 2019 : 7.0 Pengalaman Menaiki Hot Air Balloon Di Cappadocia

/
46 Comments
October 27, 2019

23 APRIL 2019

TRIP TURKEY : PENGALAMAN MENAIKI HOT AIR BALLOON DI CAPPADOCIA | Akhirnya impian nak merasai pengalaman menaiki hot air balloon di Cappadocia tercapai jua. Teruja dan seronok sangat rasa Alhamdulillah syukur diatas kesempatan yang diberikan dan sememangnya adalah satu memori yang tak akan aku lupakan. Ada aku kongsikan dalam entry yang lepas bahawa cuaca di Cappadocia tak menentu dan sudah beberapa hari hot air balloons tak dapat terbang. Faktor utama memang cuaca especially angin. Kalau hujan dan angin terlalu kencang memang bye bye sajalah hot air balloon nak terbang. Aku yakin ramai ke Turkey memang tanam keinginan nak naik hot air balloon - aku pun sama. Jadi bila diberitahu kata hari ini dapat terbang memang tak dapat nak luahkan rasa bahagia tu macam mana. Untuk Hot Air Balloon ride seorang dikenakan bayaran sebanyak USD230.00 (RM930.00 approx) dan aku memang buat bayaran in USD. Diorang pun suka kalau kita bayar in USD atau Euro. Kalau korang tanya macam mana nak pilih syarikat travel yang tawarkan service hot air balloon ride di Cappadocia.. aku pun tak pasti sebab pergi dengan tour agent, segala urusan tempahan dibuat oleh tour guide kami jadi tak payah susah payah cari syarikat hot air balloon sendiri. Cuma aku perasan sekitar Goreme ada banyak travel agencies yang menawarkan service hot air balloon ride bolehlah kalau nak survey. Cari dulu online message diorang tanya dan avoid walk in. Sehari hanya 300 balloons yang terbang dan manusia dari pelusuk dunia datang tunggu giliran nak naik. Better buat tempahan lebih awal. Majoriti hotel-hotel sekitar Cappadocia pun ada juga tawaran hot air balloon ride dan kalau rezeki korang murah mungkin boleh dapat dengan harga yang sangat murah dan berbaloi.

Seawal 4:00AM aku dah bangun sebab nak kena kemas luggage nanti ada pekerja hotel tolong bawa keluar dan bersiap terus. Masuk waktu Subuh terus solat dan turun tunggu di lobby. Wakil dari syarikat hot air balloon akan datang pick up dan bawa kita ke departure point. Yang tak join naik hot air balloon boleh sambung tidur. Waktu aktiviti hot air balloon tak ganggu waktu itinerary lain sebab duration pun hanya satu jam lebih saja. Pukul 06:00AM kami dah siap tunggu tapi bayang orang nak datang jemput tak nampak pun.. Mula resah sebab kami nak tengok macam mana hot air balloon dipanaskan sebelum terbang. Ini memang detik peluang yang tak boleh dilepaskan.. Tak ada rezeki kami orang pick up datang lambat dan sampai di departure point balloon dah naik dan staff hot air balloon dah kalut suruh kami cepat masuk bakul. On the way ke departure point ada satu tragedy sebenarnya tapi semua diam sebab tak tahu nak respond macam mana. Punyalah laju driver memandu (dia lambat sebab tayar pancit dan dia berusaha ganti tayar) melambung rasa duduk dalam van merempit dia pecut nak pick up orang lain di hotel lain pula sampai dia terlanggar sisi kereta yang park tepi jalan. Obviously awal pagi jalan pun sunyi lagi memang tak ada orang langsung. Driver turun tengok check van check kereta dan terus sambung drive. Tak sure tahap kerosakan tapi kuat juga bunyinya. Aku tak tahulah sama ada dia ignore atau kemudian dia pergi settle dengan owner kereta tu.. 

Okay dah dah..
Dah lompat masuk bakul ready nak fly dah ni..


HOT AIR BALLOON CAPPADOCIA


Sampai saja balloon dah ready.


Yep !! I dah masuk bakul.


Sekejap saja dan semakin tinggi.


Belon-belon lain sama berterbangan bebas.

Masa ni di ketinggian paling tinggi kot.. Nampak halus saja semua.

Dibawa terbang tinggi untuk tengok matahari terbit dari horizon.


Semua akan dapat peluang tengok sebab belon berputar slowly.



Subhanallah !! It was too magical.


Lembah-lembah Pigeon Valley dan Fairy Chimneys dari atas.


Belon-belon lain dari atas. Huuurm.. rasanya menarik dari tepi.


Aku seorang yang penakut gayat dan tak berapa berani nak buat benda-benda adventurous tapi ada few things yang memang aku teringin seperti Sky Diving dan Paragliding. Cuma tak tahu betul-betul ada kekuatan ke tidak nak buat - berangan saja dulu. Sepanjang naik hot air balloon kaki aku rasa lembik sebab memang gayat teruk bila tengok kita makin lama makin tinggi. Untung jadi orang pendek bila bakul tu betul-betul sama paras dengan bahu jadi tak adalah separuh badan tak dilindungi. Open air pula.. sumpah dalam keterujaan pun macam-macam benda buruk aku fikir. Teringat berita-berita yang pernah dibaca. Memang kita doa semua yang tak elok dijauhkan. Bila tengok keindahan permandangan, lupa sekejap rasa takut dan yang tinggal hanyalah kagum semata. Kesempatan diberikan buat aku terfikir banyak benda.

Apa lagi alasan untuk tidak beriman dan selalu mengingatiNya ?

Kerdilnya diri kita ni nak dibandingkan dengan isi dunia. Kecilnya kita hanya bak debu halus sangat dibandingkan dengan alam ciptaanNya yang terbentang luas. Sejauh mana kita nak bermegah sedangkan kita ni sangat miskin serba upayaBetapa hebat dunia ni sesungguhnya bukti PenciptaNya juga Maha Agung. Sayuuu pula hati bila kat atas langit tu teringat MamiZ.. teringat arwah DediS.. betapa hati aku nak sangat diorang ada dengan aku - seperti dulu. Alhamdulillah coverage baik punya tinggi langit pun dapatlah video call dengan MamiZ. Excited !!



Seram betul each time pilot buka api.


Ada 21 orang on board termasuk pilot. Sepuluh kiri sepuluh kanan dan setiap kotak boleh muat lima orang saja. Ada juga bakul kecil yang lebih private.


Kesian - Terpisah kena duduk kotak belah lain sebab tak muat.


Gambar-gambar dari camera pilot. Kami kongsi bayar beli CD.


Aku suka view dari sisi hot sebab nampak colourful semua balloons.


Nak landing semua kena duduk macam ni.


Process nak turunkan belon.


Alhamdulillah !! I made it. Syukur Ya Rabb untuk rezeki ini..


Bersama kakak abang pakcik makcik.

Yang ni tak gemar.. Ada pula ceremony macam ni lepas mendarat.

Bukan minuman alcoholic boleh saja kita minum. Cuma cara tu huurrmm..

Alhamdulillah selamat mendarat setelah hampir sejam setengah terbang di udara. Tak terasa pun masa tau tau dah nak landing. Dah landing baru sempat sembang dengan passengers dari negara lain. Ada yang tunggu selama dua minggu semata nak tunggu giliran dapat naik hot air balloon - sempat pergi Greece patah balik pun kena tunggu lagi. Memang gigih diorang nak naik punya pasal. Ada duit tak apalah nak extend stay.. Diorang jealous dengan kami sebab terus dapat naik. Diorang rasa tuah tu lekat kat diorang sekali dapat naik juga. Itu namanya concept rezeki. Pilot akan maneuver hot air balloon kita keatas kebawah tepi kiri kanan berpusing semualah. Memang cantik view dari atas nampak terbentang luas tapi sebenarnya lagi indah dari kawasan yang rendah sikit lalu celah-celah lembah batu lagi rasa menarik. Tengok balloons lain dengan jarak dekat main lambai-lambai memang menarik. Lepas selesai semua kita akan dapat sijil penyertaan menandakan kita dah berjaya naik hot air balloon di Cappadocia. Ada mini celebration tapi aku tak berkenanlah benda-benda macam tu.. Join sajalah tapi aku tak minum pun. By 08:30AM kami dah balik ke hotel dan cepat pergi breakfast. Tengok semua luggage dah ready di lobby. Cukup time kita gerak.. Meneruskan perjalanan trip Turkey yang semakin sampai ke hujungnya.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

46 comments:

  1. Samalah tak berani buat perkara luar biasa macam paragliding atau apa-apa.
    Cantik pemandangan dan gambar-gambar yang di ambil pun cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringin nak buat tapi tau diri sejenis penakot. takot terjun skydive ttb pengsan ahahaha.. adoi..

      Delete
  2. Bestnya! Dah lama mummy idamkan naik Hot Air Baloon.. Tapi tercapainya tak tau la bila.. hehhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok.. insyallah ada rezki pasti dapat. ct pun lama berangan bermimpi sejak kecil laaa citernya..

      Delete
  3. Tapi view ni memang cantik gilerrr.. Teruja tengok! Tahniah Siti sebab berjaya naik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dapat nak express dengan words sebenarnya perasaan tu.. alhamdulillah. saya doa sentiasa semoga orang lain pun dapat pergi =)

      Delete
  4. YA Allah seronoknya. Semuga impian ahkak nak datang turkey tercapai. Dapat terbang lagi dapat petik buah lagi. Insya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah akak.. semoga semua kawan2 yang berhajat dapat kesana. best kan dapat petik buah ehhe..

      Delete
  5. bestnya siti..satu pengalaman yg tak boleh dilupakan..cantik sungguh ciptaan Allah..Subhanallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. memang kenangan ni akan teringat sampai bebila T.T

      Delete
  6. bestnye ! omg the view is amazing

    ReplyDelete
  7. MasyaAllah tabarakallah. Cantik view dari atas tu. Cuma baru tau boleh muat up to 21 person rupanya.ramai juga ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bakul besar muat 21 orang campur pilot. ada je yang kecil lebih privacy yang tu boleh dalam less than 10. kalo nak yang lagi private berdua je boleh jugak..

      Delete
  8. Omg bestnyaaaa Siti & view pun cantikk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik.. tak tau nak explain macam mana T.T

      Delete
  9. Bestnya awak dah sampai sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. semoga ada rezeki kesana juga =)

      Delete
  10. masa naik ni ada x feeling2 mcm fazura dlm manisnya cinta di cappadocia? hehehehe...


    salah satu wishlist ke turki nak naik hot ballon ni... nak naik kat Bagan or Luxor entah bila agaknya hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya saya tak ingat da jalan citer tu walaupun sebab citer tu la brangan2 nak naik hot air balloon kat sini. lebih kepada takutttt hahaha..

      saya memang disinila saya nak naik. Bagan cantik juga tapi dihati tu memang teringin disini. alhamdulillah.. insyallah nanti akak pulak =)

      Delete
  11. Canteknya view.. subhanallah.

    ReplyDelete
  12. subhanallah. sangat cantik T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. puas hati memandang cantiknya bumiNya.

      Delete
  13. cantiknya view..colourful..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. blend in dengan background yang gersang berbatu tu..
      timbol warna warnanya =D

      Delete
  14. subhanallah, bestnyerr.. cantik sangat view. ni la yang selalu kaella idam-idamkan nak naik tapi belum ada rezeki lagi nak naik. huhuh masuk dalam list ja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah.. saya pun bermula dari angan2. hari2 sebut berangan one day nak pergi sana. nanti turn Cik Kaella pula okay..

      Delete
  15. wah beshhnyaaaa. cantikkk viewwww .berapa naik hot ballon ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah seronok. rasa kerdil betul diri. ada mentioned di atas.. first paragraph hihi =D

      Delete
  16. Allahu....nak nangis tengok view matahari terbit tu walaupun dalam gambar saja....Allah Allah....thanks ct kongsi pengalaman yang sangat berharga ni T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kongsi sikit melalui gambar2 dengan doa semua dapat kesana juga nanti. kerdil rasa diri tengok.. betapa kita ni kecil sangat. hambaNya yang hina..

      Delete
  17. Subhanallah cantiknya. Sebelum ni Turkey takde dalam list travel list. Thanks to this entry, tiba-tiba ada dalam list. Eh. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe menarik kan.. pergila nanti da masuk list tu =)

      Delete
  18. Subhanallah...cantiknya view dari atas tu..

    ReplyDelete
  19. One item in my bucket list :) untung ct dapat pengalaman berharga ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama juga brangan sebelum dapat realisasikan. insyallah nanti rezeki PH pulak kesana dan enjoy the ride =)

      Delete
  20. Omg nice nya view dekat situ!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik. sayup sayuppp tapi cantik =)

      Delete
  21. Ooo entrynya backdated ke october 2019 ekk..patut lerr tengok kat archive february takde..terkejut kita 😂😂😂 ok nak share kat kawan..dia nak g turki lusa 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe a ah awak.. saya nak seragamkan. terpaksa la patah balik sikit sebab xdan la nak siapkan masa tu hehe. thank you share.. semoga bermanfaat =)

      Delete
  22. Aaaaaa, cantiknya view :D

    ReplyDelete
  23. MasyaAllah. Cantik sangat view tu. Gambar semua tiptop Siti!
    Ni yang nak masuk bucket list ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. banyak gambar2 dari adik.. kite kidnap je edit sket2 hehe..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.