SITI.YANG.MENAIP: JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017 DAY 8.2 - NARA + MOCHI NAKATANIDOU + DOTONBORI LUKE'S LOBSTER + GLICO MAN

JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017 DAY 8.2 - NARA + MOCHI NAKATANIDOU + DOTONBORI LUKE'S LOBSTER + GLICO MAN

/
22 Comments
February 09, 2018

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017

Entri sebelumnya diSINI.
11 December 2017 (Isnin)

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI : PERJALANAN KE NARA + MOCHI NAKATANIDOU + DOTONBORI LUKE'S LOBSTER DAN GLICO MAN. Selesai urusan di Himeji dan Kobe kami bergegas pulang ke Shin-Osaka Station. Masih ada separuh hari lagi perjalanan yang akan ditempuh. Dengan menaiki Shinkansen, perjalanan dari Kobe ke Osaka hanya lebih kurang lima belas minit saja. Sampai di Shin-Osaka, kami terus tukar train dari platform Shinkansen ke platform JR Train. Untuk ke Nara Station dari Shin-Osaka Station ada banyak cara. Disebabkan kami tak boleh naik local subway di Osaka (sebab belum activate Osaka Amazing Pass dan hanya menggunakan Kansai Wide Area Pass) jadi kami kena cari laluan yang menggunakan JR Train. Tak susah pun semuanya boleh rely on Google Maps. Aku masukkan saja destinasi terus keluar semua cadangan laluan. Kalau menaiki local subway di Midosuji Line, kita mesti tukar ke JR Train untuk ke Nara di Tennoji Station. Dari Shin-Osaka Station, kami terus naik JR Train Tokaido-Sanyo Line dan tukar ke JR Train Yamatoji Line di Osaka Station. Nak bayangkan mungkin pening tukar sini tukar sana tapi percayalah.. Dah sampai dah experience sendiri tak adalah susah mana. Perjalanan ke Nara dari Osaka adalah lebih kurang satu jam setengah. Plus minus waktu tunggu transfer train.

Nara adalah antara lokasi wajib singgah sekiranya dah terlajak sampai ke Kansai Region. Terletak di dalam kawasan Nara Prefecture dan bersebelahan saja dengan Kyoto Prefecture. Selalunya dicadangkan untuk singgah ke Nara dan Kyoto sekali gus lebih mudah. Tak tahulah mudah atau tidak sebab tak merasai sendiri. Mungkin boleh rujuk kawan-kawan lain. Kalau nak naik tour bus mengelilingi Nara pun ada. Rujuk SINI. Nara sangat terkenal dengan rusa-rusa yang dibiarkan berkeliaran secara bebas. Inilah antara tarikan utama di Nara. Rusa-rusa ini semua dianggap suci oleh masyarakat tempatan. Banyak juga temples yang menarik dan terkenal di Nara yang kaya dengan nilai tinggalan sejarah. But being me, I am not keen into sejarah jadi tak minat nak pergi historical sites sangat. Jujurnya.. Aku hanya nak pergi tengok rusa-rusa berkeliaran dan bagi makan.

GREEN TEA MOCHI YANG SEDAP DI NAKATANIDOU NARA

Keluar dari Nara Station jangan pula kita bayangkan terus nampak rusa kiri kanan jalan. Tak tak.. Walaupun dibiarkan bebas di Nara, ada kawasan tertentu juga rusa-rusa semua melepak iaitu di Nara Park. Nak sampai Nara Park kena menapak dulu hampir setengah jam. Jalanlah slowly akhirnya akan sampai juga. Kaki sakit dan lenguh tak payah cerita tapi kalau dilayan tak berjalanlah. Untuk ke Nara Park dari Nara Station senang saja. Laluan straight tak ada belok kiri kanan dan signage pun banyak. Kalau tak sure bukalah GPS. Dari awal sebelum ke Nara lagi aku dah search few things yang boleh dibuat di Nara dalam masa yang singkat. I came across one suggestion untuk cuba Green Tea Mochi yang famous di Nara. Kami tak lepaskan peluang untuk rasa Green Tea Mochi yang sedap. Satu laluan saja dengan laluan ke Nara Park. We arrived in Nara around pukul 3.00PM dan berharap kedai Nakatanidou masih beroperasi. Dari jauh nampak manusia berkerumun jadi aku pasti itulah kedainya. Di Nakatanidou ada juga demonstrasi pembuatan mochi tapi ada waktu-waktu tertentu. Tak pasti pula tapi rasanya tidaklah waktu lewat petang. Kalau bernasib baik dapatlah tengok cara-cara tradisional mengetuk mochi yang terkenal sebagai 'the fastest mochi pounding process' di Jepun. Walaupun dah disahkan halal oleh salah satu portal halal Jepun, aku masih lagi nak double check. They were all too kind untuk respond dengan baik bila aku tanya tentang status halal. We bought dua biji dengan harga 130YEN (RM4.73 approx) sebiji. Size besar tak kedekut inti. Tak berani nak beli banyak sebab takut tak kena dengan tekak tapi rupanya sangatlah sedap. Tapi orang ramai sangat nak patah balik dan beratur tak apalah. Janji dah merasa.

Nakatanidou dan manusia yang tengah berebut-rebut.

Inti red bean yang banyak dan sedap. Tak terlalu manis.

Dah makan kita sambung lagi perjalanan kita. Tak jauh dah dari Nakatanidou nak ke Nara Park tapi kena mendaki sikit. Laluan tak curam sangat just nice. Suasana hening saja sebab dah almost senja. Semoga rusa-rusa semua masih aktif berkeliaran. Semakin menghampiri Nara Park, semakin banyak signage bergambar rusa yang bakal kita jumpa. Peringatan had laju kereta juga ada gambar rusa. Kena berhati-hati ketika memandu sebab rusa-rusa bakal melintas bila-bila masa saja. Patutlah di kawasan Nara Park tak banyak kenderaan yang merempit. Memang rusa-rusa disini diberi keutamaan. Untunglah kau rusa-rusaaa oi !!

Nara Park ni besar tau nak ronda semua kawasan memang tak sempat dalam keadaan kami yang rushing dan hari yang hampir gelap. Free saja nak masuk tak ada entrance fee. Duduklah selama mana kita nak duduk. Ada lebih kurang 1200 ekor rusa yang berkeliaran bebas. It is normal kalau ada rusa datang dekat and sniff our bags mencari makanan. Jangan marah pula takut kena tanduk. Majoriti tanduk rusa-rusa yang berkeliaran dah dipotong jadi pendek. Bahaya juga kalau tanduk tajam. Nak beli makanan rusa pun boleh ada banyak terjual. Bolehlah umpan banyak rusa datang dekat dengan kita. Tapi aku acah berani sebenarnya takut juga. Hampir saja kena tanduk dengan seekor rusa tak tahulah kenapa tak puas hati. Dahlah besar orang tak panggil dia pun sebab tak ada makanan nak kasi. Dia datang sendiri lepas tu nak marah pula.. 



Rusa pertama menyambut kedatangan kami.

Cubaan mencuri cookies dari penjual makanan rusa.

Tanduk kena potong. Kesian juga..

Ain berani kasi makanan aku penakut. Huhuhu..

Deretan kedai-kedai menjual souvenirs di Nara. Banyak yang comel.

TRAGEDI KANSAI WIDE AREA PASS HILANG + PENGALAMAN KELUARKAN DUIT DI 7ELEVEN JEPUN

Memang nasib diri salah sendiri suka cuai.. Dalam perjalanan patah balik ke Nara Station aku check Kansai Wide Area Pass aku dah tak ada. Rasanya tak pula aku keluarkan dimana-mana sejak sampai ke Nara elok simpan dalam poket tapi rasa tak sedap hati memang dah ada lama. Macam serba tak kena dari awal sejak sampai ke Nara. Sedikit hilang rasa berdebar lepas hampir kena tanduk baik punya dengan rusa. Jadi mungkin debar sebab hampir kena tanduk. Rupanya bukan dan inilah dia foreshadow benda nak jadi. Nak hilang pass rupanya. Aku hilang Kansai Wide Area Pass yang berharga 9500YEN (RM345.67 approx) untuk kegunaan lima hari dan aku baru guna dua hari saja. Memang sejenis tak pernah belajar dari kesilapan. Di Hokkaido entah mana hilang sekeping note 5000YEN (RM181.93 approx) ini hilang pass pula. Aku kongsikan nilai bukan apa.. Nak suruh korang rasa sekali kenapa aku meroyan hilang macam-macam di Jepun. Nilai bukan sikit tapi tak boleh salahkan sesiapa sebab memang salah sendiri. Nak patah balik mencari kami dah menapak jauh tinggalkan Nara Park dan merata pergi tak pasti jatuh dimana. Hari pula semakin gelap lagi menyukarkan keadaan untuk cari sekeping tiket. Halus entah-entah dah terbang ditiup angin. Beruntung orang yang jumpa tiket aku tu.. Tak apalah aku halalkan. Kesian Ain sama-sama pening susah hati. Maaflah dapat kawan careless macam cheeeq !!

Masin mulut sebab masa lalu the same 7Eleven aku kagum ada mesin ATM pelbagai bahasa. Konon canggih dan nak cuba keluarkan walaupun sikit. Hamek kau !! Keluarkanlah duit apa lagi takut kalau nanti tak cukup pula baki duit YEN ditangan. Aku kira-kira cukup saja sebab semua souvenirs dan barang-barang yang nak dibawa balik untuk diri sendiri, kawan-kawan dan ahli keluarga dah beli. Sekali hilang pass pula memang menduga sangat. Kami pergi ke 7Eleven untuk cuba keluarkan duit untuk beli pass baru. Benda dah jadi bising pun bukan jumpa balik move on sajalah. Memang mudah untuk keluarkan duit di mesin ATM 7Eleven. Pelbagai pilihan bahasa jadi senang untuk kita pilih. Bahasa Indonesia pun ada jadi sengaja cuba. Cuma satu benda aku tak berkenan, sekuat tidak mesin ATM tu announce berapa jumlah duit YEN yang kita boleh withdraw. Dah kenapa nak bagitahu semua orang ? Kalau ada banyak baki boleh datangkan bahaya dan kalau ada sikit malulah !! Tak beragak juga rupanya mesin tu. Haaaih.. Cepat-cepat selesaikan urusan dan menapak ke Nara Station semula. Aku masuk ke office JR Train di Nara Station dan ceritakan apa yang terjadi. Solution  yang ada hanya satu - beli pass baru. Cuma aku tak perlu beli Kansai Wide Area Pass dah cukup sekadar Kansai Area Pass saja. Masih berbaki tiga hari di Kansai tapi satu hari bakal menggunakan Osaka Amazing Pass. Jadi ada dua hari saja cumanya.. Kalau beli Kansai Area Pass untuk dua hari, tak boleh lompat-lompat hari. Kena guna direct. Nak tak nak kena juga beli Kansai Area Pass untuk tiga hari bernilai 5300YEN (RM192.85 approx). Bezanya tak boleh naik Shinkansen saja. Syukur dah lepas selesai naik Shinkansen kalau tidak lagi meraung nak kena beli tiket mahal. Menangis tak ada lagu dan irama.. Tak boleh nak buat apa redha sajalah. Macam itu saja duit habis lebur bersepai kat Jepun diatas kecuaian diri sendiri.

DOTONBORI + GLICO MAN + LUKE'S LOBSTER DI SHINSAIBASHI (PERMANENTLY CLOSED)

Sudahlah malas fikir. Semoga lebih berhati-hati dah tak membazir dah. Marilah kita pulang ke Osaka hari pun dah malam walaupun baru pukul 6.00PM. Dari Nara Station kami terus ke Dotonbori. Tak perlu tukar train direct saja menaiki JR Train Yamatoji Line dan turun di Namba Station. Lepas tu menapak terus ikut direction di GPS. Suasana meriah dengan manusia yang ramai. Kawasan tumpuan memang begitulah jadinya. Tak ada hala tuju sangat kami that day. Nak pergi cari Glico Man yang famous, makan takoyaki dan cari kedai Luke's Lobster. Sambil itu kita cuci mata apa yang patut dan menarik untuk dibeli.





Beratur panjang kedai takoyaki ni mesti sedap. Nanti aku ceritakan tragedi lain pula pasal kedai ini. Memang Allah nak lindung kami berdua.

Malas beratur panjang kami cari kedai yang tak ramai orang.

Takoyaki enam ketul size XL please. Lapaq ni..

Itu diaaa.. Itu diaaa.. Takoyaki di Dotonbori.


Info mengenai Halal Food Card diSINI.

Dalam suhu sejuk sedap yang amat dapat makan takoyaki panas. Tambah kami memang tak makan dari pagi elok sangat hadap takoyaki. Enam ketul cukup buat kami berdua kenyang. Puas hati. By the way kawan-kawan, kena hati-hati juga beli takoyaki di Dotonbori. Tak semua diyakini halal. Nanti aku ceritakan apa yang jadi dalam next entry. Cuma kenalah extra berwaspada kalau tak memang naya. Dah kenyang makan takoyaki siap beli tapau nak bawa balik rumah, kita sambung jalan cuci mata. Masuk beberapa kedai jenguk-jenguk survey dulu harga dan buat congak kira-kira. Maklumlah duit banyak habis tanpa rela jadi perbelanjaan lain kena catu. Nak makan ketam dan scallops pun tak sanggup nak beratur sebab ramai sangat. Mungkin sebenarnya kami berdua dah penat sangat seharian kehulu kehilir. Jadi mood nak bergembira di Dotonbori hampir tiada. Orang memang ramai tak ada satu sudut lengang. Bersuka ria semua orang minum-minum sembang gelak ketawa. Kawasan paling ramai tumpuan haruslah pada gambar Glico Man yang terkenal di Dotonbori.

Nak cari Glico Man senang saja. Cari jalan menghala ke Shinsaibashi dan kita akan lintas satu jambatan. Kat situlah ada gambar Glico Man. Memang cantik waktu malam sebab penuh lampu neon. Lagipun tak akan terlepas punya sebab that one particular spot memang sangat ramai umat manusia. Macam-macam gaya orang posing dan semua nak ambil gambar di atas jambatan. Aku tak faham kenapa mesti dari atas jambatan bila lebih senang turun ke bawah lagi clear dapat bergambar tak berebut-rebut pun. Ke memang kena ambil dari atas jambatan tapi aku yang tak tahu. Ada tiga sekawan, aku yakin diorang dari Malaysia. Beriyaaa sakan dia adjust camera suruh kawan dia snap gambar cecantik. Lepas tu dia check tapi tak berkenan ambil lagi sekali masih tak berkenan. Sekali terdengar dia merungut sebab nampak kepala orang.. nampak tangan orang. Alamak adik.. Hang pergi tempat memang ramai orang hang expect apa ? Keadaan ketika itu orang memang macam sardin. Kesian kawan dia serba salah jadinya nak tangkap gambar macam mana. Aiyoo.. Aku ajak Ain turun ke bawah tepi sungai jauh dari manusia yang ramai. Tenang kami bergambar. Memang kalau dah sampai tapi tak bergambar dengan Glico Man trip kita jadi tak sah. Hahaha..

Kedai ketam.

Selamanya 21. Ihiks..


Bangunan yang kecil itulah Shinsaibashi tapi nak sampai sana tengoklah manusia yang ramai itu.

Tadaa.. Glico Man dari atas jambatan setelah hampir dua puluh minit tunggu turn nak sampai tepi.

Glico Man dari bawah jambatan dan tepi sungai. Tak ada siapa pun berebut nak bergambar disini.

Maka kakak dapat posing dengan Glico Man dengan tenang tanpa gangguan.



Dah selesai mission bergambar dengan Glico Man marilah kita teruskan mission yang lain pula sebelum dapat pulang berehat dengan jayanya. Berjaya melepasi lautan manusia kami terus ke Shinsaibashi Shopping Street. Di Dotonbori ada banyak shopping streets dan semestinya kami tak sempat nak meronda semua kawasan. Rujuk SINI. Kalau poket tebal senang hatilah berjalan diKami tak adalah nak shopping sangat cuma nak cari Luke's Lobsters yang famous. Serious kami on GPS saja dan berjaya jumpa. Jalan terus saja sepanjang Shinsaibashi Shopping Street. Jauh jugalah kami menapak nak give up pun ada juga tapi ku pujuk hati bersabar jalan slowly. Akhirnya sampai juga.. Memang orang ramai sangat beratur. Dah sampai jadi mari kita pun turut beratur. 

Kecil saja kedainya. Satu lorong beratur untuk order dan satu lorong ambil makanan.


Almost there. Yuuums..



Menu dan harga makanan.

Boleh tengok cara makanan disediakan melalui cermin kaca.



Our lobsters roll. Sedap !!

Kami order satu saja lobster roll dengan harga 1560YEN (RM56.76 approx). Beli satu saja sebab masih kenyang makan takoyaki. Roti yang dipanggang disiram dengan garlic sauce dan isi lobsters. Simpel tapi sangat sedap. Berbaloi dengan harga dapat berketul-ketul isi lobsters bukan sikit. Roti dipotong dua elok sangat untuk kami kongsi. Kawan aku cakap dia tak suka roll ni jadi dia tak recommend tapi aku suka. Jadi aku nak recommend. Kena rasa sendiri dan judge baru tahu macam mana. Ikutlah selera masing-masing. Oh ya.. Ketika entri ini ditaip (27 May 2018) kedai Luke's Lobster di Shinsaibashi telah ditutup permanently. Rujuk SINI. Bermula bulan Januari lepas,  lokasi kedai telah berpindah tapi aku tak dapat cari lokasi baru untuk provide the details buat korang. Jadi korang teruskan usaha mencari lokasi baru sampai dapat. Mungkin berpindah ke lokasi yang lebih besar sebab sempit benar. Alhamdulillah perjalanan hari ke lapan di Jepun yang panjang berjaya ditempuh dengan jayanya walaupun ada sikit kenangan pahit. Tapi yang sakit itu mengajar banyak erti juga. Jadilah orang yang lebih berwaspada dan tidak lalai. Walaupun kepenatan yang amat berjalan ke Himeji, Kobe dan Nara dalam sehari, kami berdua rasa sangat puas hati. Tak percaya pula rasanya bila by 9.30PM dah sampai balik ke rumah di Shin-Osaka dan bersiap-siap untuk berehat. Selamat malam.


"Not until we are lost do we begin to understand ourselves.."
- Henry David Thoreau.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

22 comments:

  1. alahai..sdap plk tgk siti makan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngeh ngeh muka CT jumpa makanan hehehe..

      Delete
  2. Oh myyy! The lobster roll looks delicious! :D

    By the way, I feel you kak Siti bila hilang the Kansai Wide Area Pass although I haven't been to Japan. Similar thing happened to me when I was in South Korea. Baru seminggu dekat situ, tetiba T-money hilang. Dahlah ada 3 minggu lebih lagi masa tu. Dalam tu adalah dalam 70,000 Won T_T Lepas tu beli T-money lain, hilang lagi. Dalam tu ada 20,000 Won. Total loss just for T-money je dah 90,000 Won. Dalam 300 lebih juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. its delicious. sayangnya the new location cannot be detected yet. kan Farah kan perasaan tu macam berkecai coz bukan sikit harga passes diorang. Japan n Korea duit lebih kurang nilainya so berganda ganda duit kita. mine was more than 300 plus and its gone just like that. rasa macam da secure dah simpan tapi tercicir jugak. seeedih T.T

      Delete
  3. perghhhh
    hilang pula
    nasib semuanya berjalan lancar
    pengalaman mahal tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah semuanya masih okay. pengalaman mengajar =)

      Delete
  4. Eh eh sama pulak kita baru buat entry p Kansai heheh. Aah yang Glico tuh serious tak faham kenapa kena ambik gambar atas jambatan tuh, turun sikit memang dah kurang orang, dan view clear :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe ade entri Kansai jugak ? okay later CT terjah okay. betul betul tak faham dengan berebut dan kerumun kat atas jambatan. hehe..

      Delete
  5. Kueh mochi tu nampak seakan kueh tepung gomak...

    Boleh berposing sesuka hati kalau ambil foto Glicoman tu dari bawah... nak jugak kat atas jambatan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepung gomak inti kelapa kan.. sedap jugak yang tu. suka kueh kenyal2 ni hehehe seronok nak kunyah. itulaaa PLM berebut himpit2 atas jambatan tu tak mngerti. ambil dari bawah kan senang..

      Delete
  6. Alahai siti, malang tak berbau kan..mcm mana boleh cicir pulak pass tu..? dulu anak saya pon pernah cicirkan pass masa di tokyo... kita nak pegang, dia nak pegang sendiri... terus cicir, tp konduktor tu kesian tngk muka anak saya, terus dia bagi ja masuk...hahaha...waktu tu, dari subway nak ke airport express. masa naik subway still ada pass tu, masa nak ke airport, dah lebor...
    siti ke Nara naik JR ya..? jauh sikitla jalan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah ke Nara naik JR. bukan memang kena naik JR ke ? kalau dari Osaka naik line subway pun nanti kena tukar JR jugak kan ? kami ni tengok GPS semata. mana laluan keluar kan Google Maps itu jela kami ekot eheh..

      bab malang tak bebau ini pedih untuk dikenang. banyak habis sebab passes mahai-mahai. faham sangat kan perasaan tu.. next time kena always berhati-hati..

      Delete
  7. alaaa kenapa saya takde buat research pulak mochi kat nara tu T__T kitorang datang nara haritu memang semata-mata utk tengok rusa jeee
    btw lawaklah ATM 7E tu! ada pulak dia pegi bagitau amount baki yg tinggal, diam2 sudahlaa xD canggih sangat pun bahaya jugak jepun ni hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jalan terus dari Nara Station ke Nara Park mesti akan lalu kedai mochi tu.. orang sentiasa ramai. tapi kalo turun di station lain ke Nara Park memang tak bertembung. samalah pegi Nara nak tengok rusa je dahla nak kena tanduk terus hilang mood hehe..

      canggih tak kena gaya namanya. dia memang cakap kuat walaupun in English.. nilai duit kita nk keluarkan pun dia cakap !! mic dia terlebih power haha..

      Delete
  8. Alahai.. malang tak berbaukan.. Tapi macam siti cakap.. semua tu pengalaman.. Lobster roll tu nampak sangat yummy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. pahit atau manis semuanya pengalaman yang mengajar. up to us lah macam mana kita nak ambil buat pengajaran =)

      Delete
  9. kesiannya tgk tanduk rusa tu.. harap2 tumbuh balik. jinak betoi.
    haih sedap tgk street food kt sana btw lobster tu mesti mahai

    ReplyDelete
    Replies
    1. x tumbuh dah rasanya.. memang diasah gitu sebab nak dibiarkan bebas berkeliaran. kalau tak bahaya untuk orang lain kena tanduk tajam.

      Delete
  10. Sedapnya lobster. Aduhhhh, ni yg teringin ni. Bile nk pg jepun lagi? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sedap dan diorang tak kedekut. jomlaaa bila nak pegi lagi ? hehehe..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.