SITI.YANG.MENAIP: JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017 DAY 8.1 - SHIN-KOBE ROPEWAY + NUNOBIKI HERB GARDEN

JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017 DAY 8.1 - SHIN-KOBE ROPEWAY + NUNOBIKI HERB GARDEN

/
10 Comments
February 07, 2018

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017

Entri sebelumnya diSINI.
11 December 2017 (Isnin)

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI : SHIN-KOBE ROPEWAY + NUNOBIKI HERB GARDEN + PERJALANAN KE NARA MELIHAT RUSA + DOTONBORI LUKE'S LOBSTER TAKOYAKI DAN GLICO MAN. Perjalanan kami masih panjang masih banyak tempat-tempat yang ingin diterjah. Cuaca pula sekejap terang sekejap mendung tapi angin memang kuat bertiup. Seram jugalah sebab next destination yang dituju adalah Shin-Kobe Ropeway ke Nunobiki Herb Garden di Rokko Mountain. Nak naik cable car dalam keadaan angin kencang memang mendebarkan. Takut service tergendala pun ada juga. Apa-apa pun marilah kita ke Shin-Kobe Station terlebih dahulu. Perjalanan dari Himeji Station ke Shin-Kobe Station menaiki Shinkansen lebih kurang empat puluh minit. Permandangan sangat cantik dari luar tingkap. Nampak kawasan-kawasan outskirt di Jepun. Disini masih banyak lagi pokok-pokok tinggalan musim luruh. Dapatlah cuci mata sikit. Kami memilih untuk ke Nunobiki Herb Garden hanya sebab nak merasa naik cable car di Jepun. Tak ada rezeki nak ke Mount Moiwa di Sapporo atas faktor cuaca jadi kami cuba nasib di Kobe.

Kobe adalah bandar keenam terbesar di Jepun dan merupakan capital kepada Hyogo Prefecture. Kobe terletak berdekatan saja dengan Osaka jadi kalau dah sampai Osaka bolehlah lajak sekali ke Kobe. Kami tak ada masa nak explore keseluruhan Kobe. Not enough time terpaksalah pilih untuk meronda ke kawasan tertentu saja. Untuk ke Nunobiki Herb Garden, kita kena ke Shin-Kobe Station terlebih dahulu. Senang saja sebab direct terus menaiki Shinkansen boleh sampai tak perlu tukar train. Entrance ke cable car untuk ke Nunobiki Herb Garden terletak bersebelahan saja dengan Shin-Kobe Station. Kami tersesat sikit ke kawasan tempat letak bas tapi ditolong oleh seorang pakcik. Dia tunjukkan jalan yang betul walaupun detour jauh sikit. Sebenarnya dari bangunan Shin-Kobe Station ada jambatan yang menghubungkan Shin-Kobe Station dan sebuah shopping mall dan Lower Station ke Nunobiki Herb Garden ada berdekatan. 

Shin-Kobe Station.

Pakcik yang tolong kami. Dia yang ajak bergambar hihihi..

Penutup lubang di Kobe. Tanda dah sampai ke Kobe.

Jambatan belah kiri itulah penghubung Shin-Kobe Station dan shopping mall. Lebih mudah guna laluan itu ke entrance Nunobiki Herb Garden.

Detour jauh sikit sebab tersesat. Mengah panjat tangga.

Yeay.. Nampak pintu gerbang ini betul dah tu. Teruskan berjalan untuk ke Lower Station ropeway beli tiket dan seterusnya naik cable car.

Peta lokasi Nunobiki Herb Garden. Besar oookay !!

SHIN-KOBE ROPEWAY DAN NUNOBIKI HERB GARDEN DI KOBE

Jauh juga kami detour syukurlah suhu sejuk sedap angin bertiup. Kalau tengah musim panas tak tahulah apa jadinya basah lencun berpeluh. Lega bila dah nampak pintu gerbang Nunobiki Herb Garden. Dari bawah dah nampak cable cars beroperasi walaupun angin sedikit kuat. Kami beranikan diri dah alang-alang sampai nak naik juga. Terus beli tiket round trip sekali dengan entrance ke Herb Garden dengan harga 1400YEN (RM50.90 approx). Boleh juga nak beli one way ticket saja tapi nanti turun kena menapak sampai ke bawah. Tak sanggup pula rasanya dan kami ada masa yang sangat limited. Permandangan dari cable car sangatlah cantik. Menurut reviews dari pelancong-pelancong lain, waktu terbaik untuk ke Nunobiki Herb Garden adalah pada musim luruh. Auuutumn gitu kawan-kawan.. Sebabnya dari cable car kita akan disajikan dengan permandangan cantik pokok-pokok yang bertukar warna dari atas. Kami bertuah jugalah sebab masih banyak pokok yang belum luruh sepenuhnya dan masih cantik warna oren kuning dan merah. Angin memang bertiup kencang ke kiri ke kanan jugalah cable car yang kami naik. Tak extreme tapi cukup buat rasa jantung nak luruh. Bawah tak ada net atau apa-apa jadi redha sajalah.

Shin-Kobe Ropeway ada tiga stations utama : Lower Station, Middle Station dan Upper Station. Lower Station adalah tempat kita beli tiket dan platform paling bawah untuk naik cable car. Option kedua adalah turun di Middle Station dan enjoy view permandangan cantik sambil menapak memanjat ke Upper Station. Tapi kami pemalas, kami terus terus ke Upper Station dan menapak turun ke Middle Station sebelum naik semula cable car ke Lower Station. Kalau tak mahu menapak pun tak apa. Terus saja ke Upper Station dan kemudian turun semula ke Lower Station. Tapi aku suggest korang jalanlah dari Upper Station ke Middle Station sebab permandangan sangat cantik jadi tak rugi apa-apa. Sepanjang perjalanan menaiki Shin-Kobe Ropeway, di kiri dan kanan laluan ada beberapa lagi tarikan menarik di Kobe. Menghampiri Middle Station, belah kanan kita boleh nampak Nunobiki Waterfall. Those yang minat hiking boleh hiking kesana ada disediakan hiking trail. Lepas daripada Middle Station, belah kiri akan nampak Nunobiki Reservoir. Besar dan cantik.

Dah dalam cable car. Ready untuk berlepas..

Meninggalkan Lower Station.

Tinggi tinggi semakin tinggi.





Nunobiki Waterfall.

Lagi tinggi lagi lagi tinggi. Nunobiki Waterfall dari atas.

Menghampiri Upper Station. Time ni memang angin bertiup tiada ampun T.T

Nunobiki Reservoir. Cantik dikelilingi pokok-pokok bertukar warna.

Ya Allah lega sangat dah sampai atas. Angin memang kuat dan siap bunyi lagi seramnya. Cantik dan puas hati tengok permandangan sekeliling. Macam aku cakap earlier, main reason adalah nak naik cable car jadi tak peduli sangatlah dengan Herb Garden atau apa saja yang ada di atas. I have to take back my words. Menarik juga sebenarnya suasana di Upper Station cuma tak ramai orang jadi kurang meriah. Mungkin pada musim tertentu, tempat ni jadi tarikan orang ramai just not during winter. Tapi boleh senang hati bergambar tanpa gangguan. Nunobiki Herb Garden adalah salah satu taman herba terbesar di Jepun dengan menempatkan ratusan herba dan pokok-pokok rempah untuk tujuan penyelidikan atau saja dibuka kepada pelancong-pelancong untuk beriadah. Mengikut musim, ada juga banyak jenis pokok-pokok bunga ditanam. Disini juga ada rumah kaca atau glasshouse yang dibina untuk memastikan beberapa jenis tanaman dapat tumbuh sepanjang tahun. Ada beberapa kedai dibuka boleh beli souvenirs dan cookies. Nak duduk minum kopi pun boleh. Ngam sangat dengan suhu dan cuaca sedap kalau dapat hirup minuman panas. Sempat jugalah kami beramah mesra dengan satu couple. Macam malu-malu saja nak posing baru bercinta agaknya. Seksa benar aku tengok diorang adjust camera jadi aku hulurkan bantuan diorang boleh posing comel-comel. Aku ajak bergambar. They could speak simple English jadi seronok bersembang. Tak lama pun kami melepak di atas. Ikut perancangan asal nak turun saja ke bawah menaiki cable car tapi tak jadi sebab nampak cantik sangat view di Herb Garden. Sedar tak sedar dah turun tangga untuk ke taman dan mulalah menapak turun ke Middle Station. Jaraknya bukan dekat tapi seronok sebab menurun. Kalau mendaki tak apalah kakak tak sanggup. 


Comel kakak tu tengah sembang dengan kucing.

Kucing kat negara sejuk memang gemuk agaknya. Geram !!

Ada hotel juga di diatas ni. Berminat boleh bermalam.

Bandar Kobe dikejauhan. Ada rezeki kita kembali ya..

Kami dan pasangan yang malu-malu kucing.


Subhanallah cantik.


Glasshouse dari jauh. Ada kolam air panas tapi tak sanggup menapak kesana.


Overall aku sangat suka dan tak rugi rasanya masukkan Nunobiki Herb Garden dalam itinerary.  Seronok dapat naik cable car walaupun seram dan bonus dapat tengok view cantik sambil enjoy saki baki autumn. Terpulanglah kepada citarasa masing-masing. Kalau nak santai saja melepak tengok permandangan, I think Nunobiki Herb Garden adalah antara pilihan yang tepat. Dari Upper Station kami menapak turun mengikut trail laluan yang disediakan terus ke Middle Station dan turun ke Lower Station menaiki cable car. Dari pagi kami sebenarnya tak makan any heavy meal langsung. Just grab snacks buat alas perut chocolates dan jajan. Bukan tak jumpa tempat makan yang menyediakan hidangan halal, tapi jauh untuk kami yang terkejar-kejar. Sediakan bekalan makanan adalah jalan terbaik. Kalau korang ada banyak masa, wajib tau cuba hidangan Kobe Beef yang famous di Kobe. Bukan rezeki kami nak merasa sebab dah kena gerak. Kami pulang ke Shin-Osaka Station menaiki Shinkansen dan terus gerak ke next destination. Fuuuh..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

10 comments:

  1. nampak mcm org x berapa ramai ya ct? best laa kalau mcm tu... tp view mmg superb!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin sebab hari bekerja jadi tak ramai. kalau hari cuti tak tahula.. sesuai untuk yang nak dating hehe..

      Delete
  2. WAH MMG CNTIK PMNDANGN DI SITU DGN POHON2 WARNA WARNI

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sungguh Kak PI.. memang cantik pokok-pokok kat sana. bayangkan kalau datang kena dengan musimnya.

      Delete
  3. Dah lama teringin nak jejak jepun T^T huhu anyway thank you for such an amazing experience ^^

    ReplyDelete
  4. Cantik betul pemandangan dia.. tapi untuk nai cable car tu kena fikir banyak kali.. kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi okay je cable car tu kak cuma time brangin tu seram sikit.. hihi..

      Delete
  5. suka la tgk pokok2 kt kobe ni asal colourful sgt. pakcik ensem kalau muda boleh ngorat haha.


    naik gondola kalau cuaca tak cantik memang tak best.. sob.. sob dh rasa haha hampaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha hang ni..!! pakcik memang la dah tua.. itula cantik2 pokok kat sini. rasa macam datang musim luruh pula. okayla dapat pengalaman two in one =D

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.