SITI.YANG.MENAIP: JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017 DAY 8.0 - HYOGO PREFECTURE + HIMEJI CASTLE + HIMEJI CITY ZOO

JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017 DAY 8.0 - HYOGO PREFECTURE + HIMEJI CASTLE + HIMEJI CITY ZOO

/
12 Comments
February 05, 2018

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017

Entri sebelumnya diSINI.
11 December 2017 (Isnin)

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI : HELLO KANSAI + HYOGO PREFECTURE + ISTANA HIMEJI DAN HIMEJI CITY ZOO. Hari baru dan semestinya pengalaman juga baru. Kami bakal meneruskan perjalanan seterusnya di Kansai Region untuk beberapa hari sebelum pulang ke Malaysia. Aku tak sempat study sangat pasal Kansai sebab dalam perancangan asal tak singgah pun. Hanya Hokkaido dihati tapi inilah yang dinamakan rezeki. Dengan masa yang terhad untuk merancang perjalanan, aku decided untuk terus ikut cadangan perjalanan Uncle Khairuddin ke Kansai dan ubah mana yang patut mengikut kesesuaian. Terima kasih diatas perkongsian.. Banyak membantu kami berdua. Hari ini gila sikit sebab aku dan Ain bakal melalui perjalanan yang jauh padat dan semestinya sangat memenatkan untuk cover few places in Kansai sekali harung. We had too sebab kami tak ada banyak masa tapi masing-masing nak pergi sana sini jadi inilah solution yang terbaik. Concept perjalanan kami hari ini adalah 'Touch & Go' dan juga 'Been There Done That'. Kami tak akan spend masa yang lama di satu-satu destinasi hanya jejak kaki hirup udara dan tinggal bau. Kalau punya masa yang lama semestinya nak meronda dengan lebih jauh tapi apakan daya. Tak apalah.. Ada rezeki kita kembali lagi. Destinasi pertama kami adalah ke Himeji seterusnya ke Kobe dan balik ke Osaka untuk terus gerak ke Nara.


Osaka - Himeji - Kobe - Osaka - Nara - Osaka

Sangat ambitious sebenarnya perancangan kami berdua tapi alhamdulillah berjaya dilaksanakan dengan tahap disiplin yang tinggi. Memang ikut timing dan strict untuk memastikan semua tempat berjaya diterjah dengan jayanya. Adalah lari sikit seminit dua itu tak apa kita kasi ampun. Sebelum gerak memang dah semak dan rancang masa perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain dan berapa lama kami akan berada di satu-satu tempat. Tapi jujurnya aku tak suggest korang untuk follow route ini sebab terlalu memenatkan. Rancanglah elok-elok supaya tak kalut macam kami. Kalau ada banyak masa tak perlu terkejar-kejar. Santai sudah tapi kami tak boleh. Kami memang kena cepat.

DARI OSAKA KE HIMEJI MENAIKI SHINKANSEN

One of the reasons we bought Kansai Wide Area Pass adalah nak merasa naik Shinkansen. Dengan Kansai Wide Area Pass kita boleh naik Shinkansen di line Sanyo Shinkansen, antara bullet train yang paling laju di Jepun dari Shin-Osaka Station ke Okayama. Rujuk SINI. Bullet train paling laju di Japan adalah Hayabusa Shinkansen di Tokyo. Disepanjang laluan Sanyo Shinkansen bolehlah kita berhenti di Himeji. Shinkansen is not the fastest bullet train in the world yaaa.. Ada yang lagi laju which is Shanghai Maglev di China. Perjalanan dari Shin-Osaka Station ke Himeji Station menaiki Shinkansen hanya satu jam. Kalau tak ada Kansai Wide Area Pass tapi masih nak ke Himeji pun boleh tapi tak boleh naik Shinkansen, kena naik JR Train dan perjalanan adalah selama satu jam dua puluh minit. Bezanya Kansai Wide Area Pass dan Kansai Area Pass adalah kita boleh naik Shinkansen di laluan Sanyo Shinkansen dan JR Train sesuka hati selagi kita berada dalam Kansai Region. Nama pun Kansai Wide Area Pass, jadi boleh guna dalam Kansai Region sajalah. Dari Osaka Prefecture, kita gerak pula ke Himeji yang terletak dalam kawasan Hyogo Prefecture. Aku ada kongsikan sikit perbezaan 'Prefecture' dan 'Region' dulu jadi boleh rujuk SINI. Manusia sangatlah ramai di Shin-Osaka Station semua berpusu-pusu kalut nak pergi kerja. Kami tak berani nak jalan tengah memang tepi dinding saja sebab takut kena rempuh. Nak lintas lautan manusia pun macam nak pergi perang rasa debarnya. Berjaya juga menepis dan seawal 8:00AM kami dah gerak dan berjaya naik Shinkansen pukul 08:20AM. Malas baca notice board kami terus tanya pekerja dimana platform untuk Shinkansen ke Himeji. Senang.. Before 09:00AM kami dah sampai ke Himeji. Satu jam saja merasa naik Shinkansen tak sempat nak lenguh badan duduk. Perjalanan yang smooth dan tak terasa langsung lajunya. Memang seronok..

Lautan manusia di Shin-Osaka Station.

Kalau rajin dan faham boleh rujuk board ini. If not tanya saja pekerja.

Happy dapat naik Shinkansen walaupun tak dapat window seat.


Sampai Himeji Station setelah setengah jam menaiki Shinkansen.

Jepun dan vending machines berpisah tiada.

Lengang sungguh. Manusia sikit..

Follow saja signage ke Himeji Castle.

Suasana di Himeji pada pukul 09:00AM.

Penutup lubang yang cantik. Wajib bergambar sama.

Saki baki musim luruh.



Suasana di Himeji sangat berbeza dari di Osaka. Lengang dan langsung tak sibuk walaupun sudah pukul 09:00AM. Kedai-kedai pun belum dibuka hairan juga. Mana perginya penduduk Jepun yang ramai. Disebabkan keadaan yang sunyi dan tak sibuk, senang juga kami menapak terus ke Himeji Castle. Jauh juga Himeji Castle dari Himeji Station, kira-kira setengah jam berjalan kami walaupun keluar dari Himeji Station dah nampak bangunan Himeji Castle. Laluan lurus saja tak ada belok-belok kiri kanan untuk sampai ke Himeji Castle. Apa lagi option yang ada selain menapak jadi terpaksalah. Slowly jalan lama-lama sampai juga sambil menikmati cuaca yang cantik cerah dan berangin. Pokok-pokok disepanjang jalan hampir togel. Adalah sikit saki baki musim luruh. Disebabkan kedai-kedai kebanyakan tutup, nampak tak menarik sikit sebab tak meriah. Himeji Castle adalah antara istana tercantik di Jepun. Bangunan classic berwarna putih yang masih kukuh dan terpelihara menjadikan Himeji Castle antara lokasi wajib singgah sekiranya sampai ke Himeji. Himeji Castle adalah antara dua belas buah istana lama Jepun yang masih ada sehingga ke hari ini. Waktu terbaik untuk melawat ke Himeji Castle adalah ketika musim bunga. Cherry blossom akan mula kembang cantik. Sesuai sangat untuk family picnic. Aku jujurnya bukanlah orang yang minat sangat historical site jadi tak berapa teruja. Cuma diakui, binaan Himeji Castle adalah cantik dan nampak sangat classic. Dah alang-alang sampai kita enjoy sajalah. Kami memang tak ada niat nak masuk ke dalam istana. Hanya pusing-pusing di taman saja. Taman pun cantik dan seronok melepak disini rasa tenang sangat. Kalau berminat nak masuk ke Himeji Castle, bayaran sebanyak 1000YEN (RM36.37 approx) akan dikenakan. 

Sekitar kawasan entrance ke Himeji Castle.



Laluan masuk ke kawasan Himeji Castle. Sudah nampak dari jauh.



Kucing di Himeji yang sombong.

Si sombong yang debab.

Himeji Castle dikejauhan. Kami tak pergi dekat pun. Hanya melihat dari jauh.

Himeji Castle yang cantik.


Hasil zoom dapatlah gambar begini.

HIMEJI CITY ZOO

Himeji Castle tak berjaya menggoda kami walaupun cantik tersergam indah. Pusing punya pusing kawasan taman sekitar Himeji Castle, kami ternampak entrance ke Himeji City Zoo. Tak tahu pun ada zoo berdekatan dengan Himeji Castle. Macam tak percaya pula ada zoo ditengah-tengah kawasan tinggalan sejarah. Tak masuk dalam perancangan kami untuk singgah ke Himeji City Zoo tapi hati memang melonjak-lonjak tergedik-gedik nak pergi. Rasa sedikit terubat sedih dihati sebab tak dapat pergi ke Maruyama Zoo di Sapporo. Tak pasti binatang-binatang apa yang ada tapi kami sepakat untuk ke Himeji City Zoo kami terus ke kaunter tiket. Bayaran yang dikenakan hanyalah sebanyak 200YEN (RM7.27 approx) murah sangat dah tapi kami lagi beruntung sebab dapat masuk free sebab tengah cuti umum. Barulah kami tahu kenapa Himeji sangat lengang that day, tengah cuti umum rupanya jadi semua orang duduk rumah rehat tak bekerja. Lagilah kami seronok sebab dapat masuk free. Masuk saja ke Himeji City Zoo disambut oleh kangaroo-kangaroo di dalam sangkar. Rasa macam ada di Australia pula. Puas hati dengan sangkar yang pertama, kami terus explore. Lupakan sekejap timing yang harus kami ikut. It was okay.. Nak pergi zoo punya pasal.

Signage ke Himeji City Zoo.

Entrance masuk ke Himeji City Zoo.


Peta kawasan Himeji City Zoo. Boleh tahan luas juga..

Sebelum jalan kita cop dulu. Boleh kumpul cop-cop di beberapa kawasan menarik sekitar Jepun. Dari Hokkaido lagi Ain memang standby buku nak cop kalau ada disediakan.




Sun bear atau beruang matahari sedang berehat.



Landscape di dalam kawasan Himeji City Zoo.


Polar bear atau beruang kutub.

Eh eh.. kibas badan pula..

Unta sederhana besar rasanya muda lagi ni..


Aksi perenang bebas dari Himeji City Zoo. Sejuk-sejuk dia berkubang pula..




Penguins yang kecil jalan terkedek-kedek.

Jaga-jaga ada yang memerhati. Tidur nak berhimpit-himpit.

Baby zirafah oookay.. dua zirafah kecil kecil tapi puas hati tengok.






Eh ini terlepas ni.. Terkeluar dari sangkar.

Gajah ni besar dan dah tua agaknya makan pun tak larat.






Puas hati sangat-sangat masuk ke Himeji City Zoo. Sudahlah dapat masuk percuma dan majoriti semuanya adalah close encounter dengan binatang-binatang yang ada. Semua binatang diletakkan dalam sangkar dan keliling sangkar adalah terbuka. Masih mengekalkan binaan asal sejak dari hari pertama Himeji City Zoo dibuka. Bezanya hanyalah size lubang sangkar bergantung pada jenis haiwan yang ada. Untuk haiwan yang liar lagi kecil lubangnya but still clear untuk pengunjung tengok dengan jelas. Seram jugalah tengok singa harimau dan beruang dengan jarak dekat. Dengan bayaran masuk kurang dari RM10 memang sangat berbaloi. Paling suka bila dapat juga tengok Red Panda. Memang dalam wishlist nak tengok red panda dan alhamdulillah hasrat akhirnya tercapai. Cuma belum dapat pegang saja lagi. Ada dua ekor dan kedua-duanya bulat. Seekor jantan dan seekor betina. Menurut salah seorang pekerja yang kebetulan ada disitu, kedua-dua ekor red panda yang ada kena dipisahkan sangkarnya dan hanya dibiarkan bersama ketika musim mengawan. Siap ada nama tapi aku dah lupa. Red panda memang terkenal di Jepun. Macam racoon tapi warnanya merah. Inilah binatang yang kami nak sangat tengok di Maruyama Zoo. Tak dapat tengok disana tapi Allah izin berjumpa di Himeji City Zoo. Very recommended especially kalau ada bawa kanak-kanak mesti lagi seronok.

SHOPPING SOUVENIRS DI KAWASAN HIMEJI CASTLE

Sedar hakikat yang kami dah lari sikit dari jadual, masing-masing kena cepatkan langkah. Tak mahulah aktiviti-aktiviti lain tergendala walaupun seronok dapat ke zoo. Kami patah balik ke Himeji Station setelah meronda cuci mata sambil membeli souvenirs di deretan kedai-kedai berhadapan dengan kawasan Himeji Castle. Walaupun kedai-kedai lain sekitar Himeji ditutup, kedai-kedai menjual souvenirs tetap dibuka untuk pelancong-pelancong. Menarik juga souvenirs yang ada dan semestinya banyak gambar Himeji Castle. Sediakan duit saja sebab harganya boleh tahan mahal. Tapi menariknya souvenirs di Himeji adalah unik dan rasanya ada beberapa benda yang tak ada di tempat lain. Bolehlah kalau nak buat pelaburan untuk diri sendiri. Kalau untuk kasi orang memang tak mampu. Aku sangat tertarik nak beli miniature bangunan Himeji Castle. Tapi tertarik sajalah bila tengok harga rasa nak tercekik. Ended up beli souvenirs simple saja sebagai kenangan dah sampai ke Himeji. Selesai memborong apa patut kami menapak kembali ke Himeji Station untuk ke destinasi seterusnya.

Deretan kedai-kedai diberang jalan.






Sehelai tshirt berharga 4300YEN (RM155.39 approx). Tercekik !!

Kimmidoll yang famous di Jepun tapi harganya sangatlah mahal. Harga lebih kurang sama saja kalau kita beli online di Malaysia.

Masih lengang.


Payung Kimmidoll pun mahal. Tak jumpa langsung yang murah.


Kenapa aku rasa tulisan 'Piole' tu macam tulisan 'Coles' di Australia ?

Kembali ke Himeji Station.

Selamat tinggal Himeji. Ada jodoh kita jumpa lagi.

Permandangan melalui tingkat JR Train menuju Kobe.



Featuring icecream Coolish yang sedap.


Selamat tinggal Himeji. Kalau ada banyak masa mungkin bermalam sekali sambil explore kawasan sekeliling Himeji. Apakan daya.. Dengan menaiki Sanyo Shinkansen, kami menuju pula ke Shin-Kobe Station. Hanya lebih kurang empat puluh minit perjalanan saja menaiki bullet train. Disebabkan dah berjalan banyak di Himeji, kami ambil masa yang ada untuk berehat sambil menikmati permandangan dari luar tingkap. Hari mendung alamak susah hati juga. Takut tergendala aktiviti seterusnya yang dirancang. Huuurm.. Apa-apa pun kita rest dulu. Jumpa di Kobe.


"The real voyage of discovery consists not in seeing new landscapes..
but in having new eyes" - Marcel Proust.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

12 comments:

  1. red panda! omeyh2,,
    ha, tu dah ada semngat nk ber'entry' balik, ihiks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula Timm.. tengah merajinkan diri ni tapi malas tu still terasa. memang jenuh ni pun nak ingat balik apa jadi krik krik..

      Delete
  2. Seronok apa bila tak ada orang..I love having the place all by myself.. Senang nak ambik gambaq.. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes ofcoz seronok and no need to wait for our turn nak bergambar.. cuma too quiet seram juga but towards noon dah okay da sikit =)

      Delete
  3. Okay, baru tahu yang red panda memang macam serupa sikit dengan raccoon. Sebelum baca paragraph yang kak Siti mentioned benda ni, memang saya ingatkan raccoon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu pun ingat racoon jugak cuma warna merah tapi kalo tengok muka depa dua jenis ni tak sama. racoon muka ganas sket red panda soft sikit. hehe..

      Delete
  4. bestnyer dapat tengok Red Panda...Jepun antara negara dalam wishlist tapi tak tau bila nak pi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah bila sampai rezekinya dapat pergi =D

      Delete
  5. comel je red panda... apa yg mahal sgt t-shirt tu ct? dibuat dr benang emas ke? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. melampau gila harga tu kan.. orang beli kat Hokkaido pun tak semahal itu.

      Delete
  6. Cantik-cantik gambar pemandangan yang siti amik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you kak.. edit banyak tu =P

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.