SITI.YANG.MENAIP: BERBUKA PUASA BERSAMA GENG BULAT DI THE MANHATTAN FISH MARKET ALAMANDA PUTRAJAYA

BERBUKA PUASA BERSAMA GENG BULAT DI THE MANHATTAN FISH MARKET ALAMANDA PUTRAJAYA

/
34 Comments
June 05, 2018

BERBUKA PUASA DI THE MANHATTAN FISH MARKET ALAMANDA PUTRAJAYA

Each Ramadhan mesti timbul soal nak berbuka puasa dengan kawan-kawan. Sampai ada yang buat troll ajakan hanya tinggal ajakan semata-mata sampailah Aidilfitri menjelma. Hihihi.. Tapi syukur dengan kawan-kawan Geng Bulat tak pernah lagi mengecewakan. Kalau ada peluang memang laju kami berkumpul walaupun kadang-kadang tak cukup ahli jemaah. Alhamdulillah tahun ini sekali lagi kami berjaya berbuka puasa bersama. Kawan-kawan rapat jauh dimata dekat dihati. Selalu pun insyallah setiap kali Ramadhan akan diusahakan supaya dapat berjumpa juga sama ada diawal ditengah atau diakhir Ramadhan. This time diawal Ramadhan lagi cepat-cepat kami atur perjumpaan kebetulan aku di Bangi, dapatlah melepak cuma Ciken tak dapat datang. Sambil berbuka puasa kita buat video call. We were in torn juga awalnya nak pergi IOI City Mall atau Alamanda, ended up sepakat untuk ke The Manhattan Fish Market Alamanda. Dalam kepala terbayang IOI City Mall yang penuh manusia. Pilih Alamanda sebab dekat sikit dengan Bangi kekangan aku tak dapat nak pergi jauh. Thanks kawan-kawan sanggup datang ke Alamanda walaupun seharian penat bekerja.




Order makanan through phone call saja mudah. Sampai restaurant makanan terus dihidangkan tak perlu tunggu lama. Lega tau pilih nak pergi Alamanda sebab lengang dan aman. Disebabkan selera kami masing-masing most of the time tak sama, kami order few dishes. Kami order Platter Fried Giant dan Platter Grilled Gala bersama sepinggan Scallop Americano dan nasi. Air pula bottomless jadi ambil dua cawan saja. Aku suka Platter Fried Giant dari Platter Grilled Gala tapi sos mussels tu sedap yang amat. Menu-menu ini cukup untuk empat orang makan dengan jayanya. Punya bersembang lepas solat sambung sembang lagi tak ingat nak balik. Dah sesekali jumpa memang macam-macam cerita keluar dari zaman jahiliyah bersama dulu. Tak sama feeling membawang face to face dari membawang dalam group Whatsapp. Apa-apa pun thanks for the time spent girls and thanks Baby belanja kami makan. Murah rezeki selalu.

Happy 10th Year Friendiversary.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

34 comments:

  1. Seronok jumpa kwn2 cmni, slalu if aku, mcm masa tak pernah cukup 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ikutkan tak ada masa pun ini dipaksa paksa hehe..

      Delete
  2. Seronoknya dapat iftar dengan geng sekepala. Kita dah lama tak keluar iftar dengan kawan-kawan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. balik la cepat nanti kita p makan sama =)

      Delete
  3. Alhamdulillah....teruskan dan jaga ukhuwah ini sebaik-baiknya ya:)

    ReplyDelete
  4. WAH SEDAPNYA MNJAMU SELERA DGN GENG SEHATI SEJIWA CERIA JE

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheh a ah Kak PI.. kami slalu act macam da lama tak jumpa hehe..

      Delete
  5. wahh boleh melalui call je eh untuk tempahan? baru tahu hehee. btw, happy 10th year friendiversary! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. reservation thru phone call saja. thank you =D

      Delete
  6. amboi bestnya berbuka ramai2..:)

    ReplyDelete
  7. Meriahnya menu CT berbuka dengan kawan kawan, nampak sedap pulak menu western gitu 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap. berbaloi order set gini bila makan ramai2..

      Delete
  8. Lama tak ke manhattan fish market ni. Fav kak ana dkt sini fish n chip dia. Sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. manhattan makanan dia big portion dan berbaloi dengan harga. okayla puas hati =)

      Delete
  9. mmg seronok reunion dgn kwn2...foods pun best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. lagi2 yang sekepala. makan sampai sengkak perut =P

      Delete
  10. bestnya dapat berbuka puasa ramai-ramai kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. sesekali jumpa meriah =)

      Delete
  11. lama xmkn kt fish manhattan..meriah bila berbuka puasa beramai2 ngan kwn2

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah lama jugak x makan.. tu bila kawan suggest terus on. sesekali setelah lama tak jumpa macam inila jadinya =D

      Delete
  12. Teringin sangat2 nak try makan dekat sini hm

    ReplyDelete
    Replies
    1. ajak kawan2 kumpul ramai2.. platter kena makan ramai baru syok..

      Delete
  13. Even dah kenyang, tapi gambar manhattan tetap membuatkan perut berbunyi krukkkkk. Adeh πŸ˜….
    Btw, happy 10th friendversary. Lama dah tu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bhahaha sama la kita. kenyang2 pun tengok gambar boleh menjejes ailio jugak hehe..

      Delete
  14. Yeah... makan ramai2 sambil membawang tak sedar pun dah makan 2 pinggan.. hiksss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha betul2.. membawang tu lagi buat kenyang. kenyang dosaaa =P

      Delete
  15. lalu je.. makan tak pernah... hehe... gerun tengok lobster dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aa ah lobster dia besar.. tapi kalo x silap la.. platter lobster di manhattan ni antara yang termurah dan dia kasi sekor bukan sparuh2.. tak penah cuba mahai =P

      Delete
  16. Rasanya ada promosi untuk set platter Manhattan bulan puasa ni kan? Sedap tu makan besaq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. ada promosi. tapi kami x amek yang promosi pun.

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.