SITI.YANG.MENAIP: TRIP JEJU SOUTH KOREA 2018 DAY DAY 4.0 - GIMNYEONG BEACH, WOLJEONGRI BEACH DAN MENDAKI SEONGSAN ILCHULBONG

TRIP JEJU SOUTH KOREA 2018 DAY DAY 4.0 - GIMNYEONG BEACH, WOLJEONGRI BEACH DAN MENDAKI SEONGSAN ILCHULBONG

/
64 Comments
July 31, 2018
PANTAI CANTIK DI JEJU GIMNYEONG SEONSEGI 김녕 성세기 해변 DAN WOLJEONGRI 월정리해수욕장 SERTA MENDAKI SEONGSAN ILCHULBONG

Entri sebelumnya diSINI.
18 January 2018 (Khamis)

TRIP JEJU SOUTH KOREA : PANTAI CANTIK DI JEJU GIMNYEONG SEONSEGI 김녕 성세기 해변 DAN WOLJEONGRI 월정리해수욕장 SERTA MENDAKI SEONGSAN ILCHULBONG 성산일출봉. Pejam celik dah hari keempat di Jeju. Hari ini kami akan ke Gimnyeong Beach dan Woljeongri Beach yang cantik, memanjat Seongsan Ilchulbong, ke Seopjikoji Lighthouse dan Songeup Folk Village. Pagi hari cuaca mendung kelam sendu tapi alhamdulillah sehingga ke malam tak hujan. Destinasi pertama adalah ke Gimnyeong Beach. Selalunya boleh nampak Haenyeo Divers (penyelam wanita) yang selalu menyelam kutip abalone dan lain-lain. Mungkin sebab cuaca mendung tak ada pun nampak haenyeo. Seriously air laut di Gimnyeong Beach saaangatlah jernih. So crystal clear rasa tergedik-gedik nak terjun masuk laut mandi. Tapi tak dibuat orang mandi laut during winter. Kalau korang kesana during summer atau spring pergilah picnic dan berenang-renang. Hihihi..

CARA UNTUK KE GIMNYEONG BEACH

Kalau naik kereta senang sangatlah guna GPS dah boleh sampai. Parking spaces pun banyak. Kalau dari Jeju International Airport boleh naik bus 100 dan turun di Jeju Intercity Bus Terminal. Boleh terus ambil bus ke Gimnyeong Beach. Pilihan lain adalah menaiki bus bernombor 38 dari Jeju International Airport dan turun di Hamdeok-Ri 함덕리 kemudian naik pula Eup-Myeon Bus menghala ke East Coast dan turun di Gimnyeong Beach. Ini adalah suggestion yang aku dapat dari internet. Apa-apa pun sila buat rujukan sendiri untuk mendapatkan kepastian.


Dari tepi pantai dah nampak kejernihan air laut.








Sekejap saja kami singgah di Gimnyeong Beach. Kalau cuaca okay musim sesuai bolehlah nak berendam. Datang waktu musim sejuk memang tak ada harapan nak berkuak lentang. Celup jari pun rasa sejuk yang amat.. Untuk rujukan lanjut mengenai Gimnyeong Beach boleh rujuk SINI. Dari Gimnyeong Beach kami singgah pula ke Woljeongri Beach. Rasanya tak jauh sangat pun perjalanan dari Gimnyeong Beach. Woljeongri Beach lebih famous berbanding Gimnyeong Beach sebab ada banyak cafe comel dan selalunya menjadi tempat pilihan orang ramai untuk singgah. Pantai-pantai di Jeju kalau tak silap ada waktu-waktu tertentu saja yang dibenarkan mandi. Jadi kena always alert dengan waktu yang telah ditetapkan.

CARA UNTUK KE WOLJEONGRI BEACH

Dari Jeju Intercity Bus Terminal, boleh naik bus bernombor 701 dan turun di Gujwajungang Elementary School dan menapak sikit untuk ke Woljeongri Beach. Aku rasa berbaloi jugalah ke Woljeongri Beach untuk lepak santai minum kopi sambil layan perasaan duduk tepi pantai. Rujuk SINI untuk info.



Wajib bergambar dengan kerusi-kerusi comel ini.

Sempat juga beli coffee peneman sepanjang perjalanan. Beli untuk MamiZ dan yang lain-lain. Saja nak rasa coffee Korea katanya hihi.. Aku tak minat jadi tak teruja sangat. Kami teruskan perjalanan ke Seongsan Ilchulbong yang terletak di Seogwipo. Seongsan Ilchulbong adalah lokasi wajib sekiranya ke Jeju.

MENDAKI SEONGSAN ILCHULBONG

Seongsan Ilchulbong adalah gunung berapi tak aktif yang terbentuk hampir 100 000 tahun yang lalu dan tersenarai dalam senarai UNESCO World Heritage. Aktiviti utama di Seongsan Ilchulbong adalah mendaki ke puncak dan kawah gunung berapi. Kawah Seongsan Ilchulbong adalah sedalam 90M dalam dan mempunyai diameter sepanjang 600M. Satu bahagian mengadap laut dan sebahagian lagi bercantum dengan Seongsan Village. Aku dengar kena mendaki memang lemah lutut tak berkenan sungguh tapi kugagahi jua !! Memang sejenis yang tak fit langsung nak buat aktiviti fizikal walaupun tak adalah extreme sangat. Dah sampai kena jugalah buat. Kak Sal dan Kak Husna excited sungguh nak naik baiklah aku pun menanam keazaman yang tinggi untuk mendaki. Kalau next time ada rezeki kembali ke Jeju aku nak kena fikir sepuluh kali nak mendaki lagi atau tak. Seronok tapi penat !! MamiZ dan MNgah tak mendaki obviously. Duduk melepak dibawah saja.

Di Seongsan Ilchulbong juga ada persembahan Haenyeo Women Divers tapi ada waktu tertentu. Rasanya dua kali sehari. Kami ambil masa agak lama untuk mendaki tak sempat nak tengok persembahan. Just mengintai dari atas saja nampak jugalah Ahjumma Ahjumma menyelam.





Perjalanan mendaki pun bermula..


Panjat jangan tak panjat !!

Bawah sana tuuu Ahjumma Ahjumma menyelam.

Satu laluan mendaki dan satu lagi untuk turun.


Nak 'shishi' dalam perjalanan mendaki jangan risau..

Semakin tinggi mendaki. Senyum terpaksa dalam kepenatan.

Seongsan Village dari atas.



180M lagi nak sampai ke puncak. Rasa macam 180KM. Hahaha..


Pelantar dibina dipuncak gunung.

Kawan Seongsan Ilchulbong yang dah ditutupi dengan tumbuhan.

Sampai okay !! Berjaya sampai ke puncak.


Ikut signage untuk laluan turun.




Selesai mendaki dan pulang ke pangkal jalan.

Waktu persembahan Haenyeo di Seongsan Ilchulbong.


Ahjumma Ahjumma Haenyeo sedang bersiap sedia.



Kami tak turun pun kebawah sana sebab nak kena lalu laluan bertangga juga. Kaki dah menggigil-gigil memanjat Seongsan Ilchulbong. Okay kawan-kawan.. Aku tak ada isu pun panjat memanjat ni tapi kita lebih tahu keupayaan dan kemampuan diri sendiri. Eventhough aku tak minat tapi I am glad I made it to the top. View sangatlah cantik dan sememangnya sangat berbaloi mendaki Seongsan Ilchulbong. Slowly mendaki akhirnya sampai juga. Average masa diambil adalah sekitar 20-30 minit kalau pace orang fit bertenaga. We took more than that. Hahaha.. Di sekitar Seongsan Ilchulbong ada beberape kedai souvenirs dan barangan yang dijual lebih menarik berbanding di Jeju Dongmun Market. Sempat masuk ke dalam satu kedai tapi kami tak sempat nak membelek tour guide dah panggil sebab nak pergi makan. Terkilan juga tapi salah sendiri sebab kami dah ambil masa yang lama mendaki. Jadi untuk korang semua, bolehlah spend masa untuk cari souvenirs di kawasan Seongsan Ilchulbong. 

CARA UNTUK KE SEONGSAN ILCHULBONG

Dari Jeju Intercity Bus Terminal boleh terus naik direct bus Dongilju Bus ke Seongsan dan turun di Seongsalliipgu Bus Stop. Perjalanan dari Jeju City menaiki bus mengambil masa lebih kurang dua jam. Kalau dari Seogwipo International Bus Terminal pun boleh naik bus yang sama, Dongilju Bus dan turun di Seongsalliipgu Bus Stop. Dari bus stop dah boleh nampak Seongsan Ilchulbong jadi menapak sikit untuk ke entrance. Rujuk SINI untuk maklumat lanjut.
 
Orange juice dalam botol dimana-mana. They are good. Kena cuba !!

Sempat masuk ambil gambar saja.







We had lunch di kedai berdekatan Seongsan Ilchulbong and the food was scrumptious. Portion besar dan mengenyangkan. Antara makanan tersedap yang kami cuba di Jeju. MamiZ dan MNgah pun makan dengan berselera jadi sedap sungguhlah. Lepas makan kami teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Masih ada beberapa tempat-tempat menarik yang akan dituju. Sejak turun dari Seongsan Ilchulbong aku memang dah zero energy. Lembik lutut semua ada rasa. Nak jalan pun mood dah hilang syukur naik kereta bolehlah relax sikit. Apa-apa pun marilah kita teruskan perjalanan sebelum balik semula ke Jeju City.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

64 comments:

  1. Wahhh bestnyaaa permandangan pun cantik!!!

    ReplyDelete
  2. cantiknya laut dekat Gimnyeong Beach tu! Tak puas tengok walaupun dah banyak gambar akak letak. Seongsan Ilchulbong pun cantik sangat, memang berbaloi daki tinggi2. Penat tapi pengalaman kan? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa mendaki tu grumpy jugakla sebab tak minat. tpi dah sampai atas rasa berbaloi sebab view sangat cantik =)

      Delete
  3. Cantik sangat pemandangan di pantai dan dari bukit tu, rindu nak hiking...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa Zumal minat ka ? kena cari geng nak hiking..

      Delete
  4. seronoknya dapat tengok laut ... bersih membiru ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul !! rasa nak berkuak lentang dalam airrr..

      Delete
  5. cantiknya siti...!!! bila kak bleh pi nii

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah ada rezeki pasti sampai =)

      Delete
  6. Fuh menarik sangat...

    memanng enjoy sakan la kalau ada peluang pergi ke Korea

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. mudah2an semua pembaca ada rezeki kesana =)

      Delete
  7. Wah paling suka gambar yg ada view air laut

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa nak terjun berendam berkuak lentang =D

      Delete
  8. kisah disebalik wujudnya haenyeo ni sgt sedih, kisah kemiskinan..tp sekrg dh jd tarikan di jeju..brsusah-susah dulu, utk view yg cantik..hihi..


    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Jeju memang perempuan yang bekerja kan banyaknya. memang sejarah diorang gitu dats why Ahjumma Ahjumma yang pegi diving. adoi kak.. lemah lutut tapi itula berbaloi =D

      Delete
  9. Jauhnya entry Siti..copy n paste boleh tak? Hahaha. Ilchulbong tu walaupun penat tapi berbaloi-baloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memori pasal Jeju ni samarla kak tu kena siapkan cepat. ni pun jenuh nak ingat balik. kamon kak kaaaaamon =D

      Delete
  10. Tahniah sampai juga puncak Seongsan Ilchulbong tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula.. nak pat pat diri sendiri yang tabah mendaki =D

      Delete
  11. makanan tu nampak sedap. ni rasa nak g carik meggi pulak memalam ni.

    hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha walaupun tak minat meggi sangat tapi CT tahu meggi diwaktu malam hari adalah awesome =D

      Delete
  12. Ada tanam impian nak ke Jeju one day nanti.. Tengok gambar-gambar dekat entri ni bikin teruja nak pergi... Jeju masuk list travel!

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah ada rezeki pasti sampai. Jeju berbaloi pergi sebab nature disana cantik2. make sure masukkan Seongsan Ilchulbong dalam list =D

      Delete
  13. Cantiknya view dari Seongsan Ilculbong :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik.. tapi kegigihan memanjat tuuuuuu tak sanggup =P

      Delete
  14. Subhanallah pemandangan sangat cantik.
    Pandai CT ambil gambar. Semua angle nampak macam kena dan cantik.
    Ambil gambar pakai kamera gabak ka smartphone je..
    Cantik sangat semua gambar CT. Edit pun rajin CT. Tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. campur2 kak ade yang guna camera tapi bukan yang gabak hehe.. tak mampu beli yang tu.. ada yang guna handphone. edit lebih tambah saturation hahaha..

      Delete
  15. Wah gigih sungguh memanjat...kalau ahkak huhuhu entah ada daya atau tidak. Tapi pemandangan memang best. Sedapnya air oren tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikutkan hati malas nak panjat tapi fikirkan dah alang2 sampai. tu yang kugagahi jugaaa hehehe..

      Delete
  16. kalau ada rezeki nak gak melancong ke Korea. In Shaa Allah, ada la tu nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah. ada rezeki mesti sampai.. Korea best makanan sedap2 boleh da tu mula plan nak kesana =D

      Delete
  17. Ya Allah, cantiknya pemandangan. In shaa Allah, ada rezeki bolehla ke sana nanti 😄

    ReplyDelete
  18. Subhannallah indahnya ciptaanNYA.
    Pantai di Jeju ada-ada masa je boleh mandi?
    Patutlah tak kelihatan manusia mandi-manda sejuk kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tengok di website tourism Jeju macam tula. tapi kalo boleh rasa nak terjun je anytime geram tengok air jernih bersih macam tu =D

      Delete
  19. wow seronoknya pergi pulau jeju....

    ReplyDelete
  20. tempat dah mmg cantik, photo pun semuanya cantik2.. mmg pandai ambil gambar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. edit je ni tambah saturation kasi terang =D

      Delete
  21. MashaALLAH.BESTNYER..TGOK PANTAI DIA PUN BERSIH CANTIK JE...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang. rasa geram nak terjun berkuak lentang.. hehe..

      Delete
  22. Wow bestnya holiday ni.
    Hadiah GA da dapat yer, tqsm banyak sgt dapatnya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok alhamdulillah dah sampai. most welcome =D

      Delete
  23. menarik. cantik tempat ni :)

    ReplyDelete
  24. Uniknya Jeju ni CT, geram tengok permandangan dan kehidupan disana. Thank you CT, for sharing information and experience 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh da Husniey plan kesana. deting kat Jeju hehe =D

      Delete
  25. bestnya...cntik sggh pemandangan kt situ...kalo bw budak tk sesuai sgt ni sebb jenuh nk mendukung.hhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah betul.. kena dukungla sambil mendaki hehe. kalo kids da jalan okay sikitla agaknya tapi kena panjat slowly kan..

      Delete
  26. baru nak tanya ct, tak jumpak / nmpk ahjumma menyelam ke? hehehe... hebatlah depa... time sejuk2 menyelam bagai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang memang hidup bergntung pada hasil tangkapan so sejuk ke x kena mnyelam jugak. tapi tak tengok dekat2. dah kena gerak pi tempat lain..

      Delete
  27. Saya sangat suka panjat memanjat bukit ni! Haritu dekat sana Seongsan Ilchulbong 2nd favourite place saya sebab memang suka naik bukit. Tapi pergi time Summer memang berpeluh sakan huhuhu.

    Tak sempat pergi Woljeongri Beach haritu~~
    Kerusi tu femess~

    ReplyDelete
    Replies
    1. aigooo time winter ritu pun CT bukak winter coat ahaha.. lapisan lemak banyak rasa seksa pakai baju tebal. kalo summer entahlaaa macam mana =P

      Delete
  28. Waaah,bestnya..semoga ada rezeki saya untuk kesana juga :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin insyallah. ada rezeki pastikan sampai =)

      Delete
  29. Replies
    1. tulaaa geram rasa nak pi terjun sana mandi =D

      Delete
  30. wow!
    another perjalanan memerlukan kekuatan kaki.
    mendaki plak ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat !! kaki and stamina memang kena kuat dan padu. kalo tak jalan sikit da pancit mengah2 hehehe..

      Delete
  31. Pemandangan air sungai dia warna hijau la,

    Lawa la sejuk mata tengok

    ReplyDelete
  32. Ct... brp lma masa nk pnjt seongsan ilchubong tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengan pace yang slow mengah2 berenti rehat hehe adela dalam 40min kot..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.