SITI.YANG.MENAIP: SYDNEY | NEW SOUTH WALES AUSTRALIA : PART 7.0 - BAGGAGE STORAGE CENTRAL STATION + SYDNEY FISH MARKET + DARLING HARBOUR + CIRCULAR QUAY

SYDNEY | NEW SOUTH WALES AUSTRALIA : PART 7.0 - BAGGAGE STORAGE CENTRAL STATION + SYDNEY FISH MARKET + DARLING HARBOUR + CIRCULAR QUAY

/
22 Comments
September 14, 2017

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA

Entri sebelumnya diSINI.
23 March 2017 [Khamis]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA | BAGGAGE STORAGE SYDNEY CENTRAL STATION + SEAFOOD GALORE DI SYDNEY FISH MARKET + DARLING HARBOUR KE CIRCULAR QUAY. Haaari terakhir di Sydney. Memang setiap kali nak balik hati menjerit-jerit tidaaak mahu pulang. Cuaca mendung dari pagi sayup sama syahdu dengan hati kami. Flight balik pada waktu malam jadi kami masih punya waktu nak meronda lagi. Kena check out by 10:00AM tapi pukul 08:30AM dah siap. Di Central Station ada service Baggage Storage untuk tolong kita simpan luggage buat sementara waktu atau up to seminggu. Ada beberapa location sekitar Sydney and the nearest one senang untuk kami bertiga adalah di Grand Concourse Central Station Sydney bersebelahan saja dengan station Lightrail Hay Street. Harga pula mengikut size luggage (small medium or large) semestinya dan mengikut jam (4/8/24 jam). Aku ada satu luggage besar dan satu hand carry. For sure kami kena simpan lebih dari 8 jam terpaksa ambil untuk 24 jam. Total aku kena 29AUD (RM110.00 approx). Untuk rujukan lanjut sila rujuk SINI - Baggage Storage Australia. Lepas dah selesai semua urusan tagging bag dan bayaran kami teruskan dengan aktiviti-aktiviti yang sudah dirancang sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada Sydney. Ada lagi beberapa tempat-tempat menarik sekitar Sydney yang bakal kami terjah. First of all kami sangat lapar haruslah pergi makan. Amy dah janji nak jumpa kawan dia di Sydney Fish Market jadi lets go !!

SEAFOOD GALORE / HIDANGAN MAKANAN LAUT DI SYDNEY FISH MARKET

When you are in Sydney, a visit to Sydney Fish Market should not be missed. Wajib menjadi antara tempat untuk diterjah. Dari Central Station kami naik Lightrail Central Station terus ke Fish Market Station. Boleh juga turun di Wentworth Park Station lebih dekat tapi kami nak lalu bangunan depan entrance area Sydney Fish Market jadi turun di Fish Market Station. Kalau turun di Wentworth Park Station masuk ikut pintu belakang. Weekdays pun orang ramai penuh dengan pelancong tapi tak sesak. Just nice nak cari tempat duduk makan dan lepak. Dalam Sydney Fish Market ada banyak kedai yang menjual makanan berasaskan hidangan laut. Rambang mata nak pilih semua nampak sedap dan teringin nak cuba. Sediakan duit saja sebab harganya tak adalah murah. Peminat sushi dan sashimi mesti cuba fresh sliced sashimi dari pelbagai jenis ikan. Aku tak minat sangat tapi tengok gebu-gebu ikannya telan air liur juga. Kami pakat order apa yang kami teringin dan kongsi bersama. Dah nak balik habiskan saja duit yang berbaki. Beli lunch set sesuai untuk empat orang makan. Aku dan Nurul beli 1/4 daripada seekor lobster. Kalau beli seekor besar memang menangis wallet. Dari pergi Semporna aku teringin nak makan dan rasa lobster rupanya dapat rasa di Sydney. 

Permandangan hadapan Sydney Fish Market.




Udang-udang yang comel.


Berpuas hati dengan hasil tangkapan.

Makan tepi perairan Blackwattle dan Anzac Bridge Sydney.





Atas lobster ada mashed potato dan cheese. Yuuums =D

NAIK FERI DARI DARLING HARBOUR KE CIRCULAR QUAY

Cannot remember berapa habis untuk merasa makanan-makanan diatas. Mahal yes tapi tak terlalu mahal sampai rasa terseksa nak bayar. Plus kami kongsi jadi it was okay. Just nice. Kami makan memang sampai licin tinggal kotak. Berharga sungguh setiap seketul ikan or seafood yang dibeli. Langit masih mendung tak ada tanda nak cerah. Susah hati juga sebenarnya fobia lencun berlari-larian hari sebelumnya. Dah kenyang dah senang hati dah dapat apa yang dihajati marilah kita gerak ke next destination. Kami nak terus ke Manly sekejap tengok ada apa disana. Dari kawasan Darling Harbour tak boleh terus ke Manly naik feri, kena transit dulu di Circular Quay. Inilah peluang nak naik medium pengangkutan feri yang terkenal di Sydney. Selain bas dan metro, Sydneysiders suka menggunakan feri untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Sejak hari first sampai kami tak pernah naik feri lagi jadi inilah masanya untuk merasa naik feri di Sydney. Dari Sydney Fish Market kami gerak ke Lightrail Wentworth Park Station dan turun di Lightrail Pyrmont Bay Station. Berdekatan dengan Lightrail Pyrmont Bay Station ada Pyrmont Bay Ferry Terminal. Disitulah kita akan naik feri ke Circular Quay. Ada banyak options sebenarnya dari Darling Harbour nak ke Circular Quay tapi kami memilih untuk menaiki feri.



Muka masing-masing sunburn teruk.


Feri untuk ke Circular Quay dah sampai.

Bye Darling Harbour.



Luna Park Sydney.

Sydney Harbour Bridge.


Menghampiri Circular Quay.

Seronok naik feri di Sydney patutlah ada yang ulang banyak kali. Duduk open deck sedap rasa angin cuaca mendung sejuk tak terik. Feri tak laju sangat dan tak merangkak lembab. Puas hati lagi-lagi bila dapat lalu bawah Sydney Harbour Bridge. Sebiji-sebiji besi jambatan jelas nampak. Dari Darling Harbour ada beberapa point yang feri akan berhenti before sampai di Circular Quay. Di Circular Quay ada banyak wharf jadi kita kena pastikan betul-betul wharf mana yang patut kita pergi untuk ke destinasi yang dituju. Kami perlu tunggu di Wharf 3 untuk ke Manly. Ada lima belas minit lagi jadi bolehlah beli ice-cream Gelato yang sedap berhadapan wharf untuk hilangkan dahaga. Sedapnya rasa  patutlah menjadi kegilaan sangat Gelato di Australia. Yang jual pula seorang pelajar dari Malaysia yang kerja part time di kedai Gelato jadi dah jumpa orang kampung habis semua flavours dia kasi rasa sambil bersembang. Enjoy dulu ice-cream feri datang baru gerak masuk Wharf 3 dan sedia untuk gerak ke Manly yang mengambil masa kira-kira setengah jam untuk sampai.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

22 comments:

  1. Replies
    1. yeaaaaaah the seaaaaaafoood (read : see food) hehe..

      Delete
  2. wah..bestnya siti..nak g jgk..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe jom kak.. tengok makanan ni memang rasa nak pergi lagi =D

      Delete
  3. woihh memang nampak fresh sangat, berkilau-kilau! terutama sushi tuu TAT mesti puas hati dpt makan lobster besar tu kann

    hehe bestnya dpt rasa smua flavors gelato tu, nilah untung jumpa org kampung :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. depa hidang cemtu memang menggoda2 orang suruh beli. dahla comel2 sedap tak sedap belakang kira hahaha.. budak tu Chinese perempuan. excited dia nampak orang Melayu terus dia kasi rasa semua hahaha..

      Delete
  4. suka tengok tang seafood galore tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tergodaaa kan.. terus rasa nak pergi Sushi King =D

      Delete
  5. ya allah seafood dia menggoda sangat! Lobster tu siap ada mash potato dengan cheese aaaa nak jugakkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang a great combo ada mashed potato ngan cheese. kalo too cheesy ada yang diorang tabur chilli flakes je..

      Delete
  6. Lawanya gambar² Siti. Tapi seafood tu semuanya nampak fresh!! Adoiii sedapnya T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe nampak fresh kan depa pun hidang comel2 gituu.. memang teruja ^^

      Delete
  7. bestnya seafood! bestnya naik feri! suka giler entry ni rasa macam kat sana gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngeh3 ada rasa nak repeat tak ? tunggu lagi 1/2 tahun kalo nak repeat roger2 eh hihihi..

      Delete
  8. Selamat Tahun Baru Siti.

    Tahniah!
    Blog Siti terpilih dalam senarai Top 55 Blog Travel Malaysia 2017.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tahun baru !! wah wah terima kasih =)

      Delete
  9. sejenis godaan apakah itu seafood??? heaven btol!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe godaan duniawi anak tekak dan poket yang menangis kekeringan hihi..

      Delete
  10. Tergodanya tengok makanan laut dia.. mengancam sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol tapi yang mana serve mentah2 tu huurm.. loya jugak tekak tengok hehe..

      Delete
  11. sedapnya..lobster..gelato..huhu..

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.