SITI.YANG.MENAIP: SYDNEY | NEW SOUTH WALES AUSTRALIA : PART 6.1 - LA PEROUSE + HUJAN LEBAT DI SYDNEY + PANCAKES ON THE ROCKS + SYDNEY OPERA HOUSE

SYDNEY | NEW SOUTH WALES AUSTRALIA : PART 6.1 - LA PEROUSE + HUJAN LEBAT DI SYDNEY + PANCAKES ON THE ROCKS + SYDNEY OPERA HOUSE

/
16 Comments
September 12, 2017

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA

Entri sebelumnya diSINI.
22 March 2017 [Rabu]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA | PANTAI LA PEROUSE + HUJAN LEBAT DI SYDNEY + PANCAKES ON THE ROCK DAN SYDNEY OPERA HOUSE. Perjalanan untuk ke Coogee Beach terpaksa dibatalkan sebab matahari makin mencanak atas kepala tak sanggup sudah masing-masing kepenatan. Kami terus cari the nearest bus stop yang boleh bawa kami terus ke next destination - Pantai La Perouse. Asalnya La Perouse tak masuk dalam plan tapi setelah dihasut dengan gambar-gambar yang cantik di Instagram terus rasa nak pergi. Aku guna GPS saja nak cari jalan ke La Perouse dari Clovelly Beach. Entah mana punya bus stop kami pergi jenuh menapak tapi syukur naik bus yang betul. Kiranya reliable jugalah Google Maps kalau tersesat pun masih membantu. Singgah sekejap di Pagewood tukar bus sebelum sampai di La Perouse. Lalu juga Coogee Beach tengok dari dalam bus saja. Meriah dan ramai orang mesti menarik juga kalau dapat lepak sekejap. Sampai di La Perouse terus cari tempat makan and alhamdulillah ada satu kedai jual pizza yang halal. Dapatlah isi perut yang kelaparan. Asalnya cuaca cerah terang tiba-tiba saja mendung pula. Lain macam.. Marilah kita cepat meronda cepat juga dapat gerak balik ke Sydney.

La Perouse Monument.



Bare Island dari jauh.


Jambatan menuju ke Bare Island.


Kawasan La Perouse sungguhla sangat cantik dan tenang tak menyesal kami bersetuju nak masukkan dalam itinerary. Kalau saja-saja datang dari Sydney mungkin agak tak berbaloi dengan jarak yang jauh. Disebabkan kami dah separuh jalan menapak sepanjang Coastal Walk jadi dekat pula La Perouse. Rugi pula kalau tak singgah. Memang cantik patutlah sentiasa jadi lokasi pilihan pengantin-pengantin shooting gambar kahwin. Datang pula waktu dekat nak senja lagilah bertambah cantik. Jalan sampai ke hujung Bare Island dan turun ke kawasan bawah jambatan. Keselamatan dibawah tanggungan sendiri tak ada orang nak tolong selamatkan kita kalau jadi apa-apa. Bila air surut saja dapat turun kebawah. Bila air pasang semua tenggelam. Nak memancing pun boleh menjala pun boleh. Jenis-jenis ikan yang bakal ditangkap juga disenaraikan untuk kaki pancing. Apa-apa pun jaga diri baik-baik jangan seronok sangat. Sentiasa berjaga-jaga dengan paras air laut yang tiba-tiba saja tak boleh jangka nak pasang surut.


Merenung termenung apa tak tahulah..



Goodbye La Perouse.

Cuaca semakin teruk bila sebahagian kawasan La Perouse dah mendung teruk. Tak ada tempat berteduh sangat tak mungkin nak menyorok bawah jambatan. Tenggelam pula nanti jadi kami cepat gerak ke tempat bus dan alhamdulillah bus yang direct ke Circular Quay di Sydney dah ada. Kisahnya pula baki card MYKI dah kurang jadi tak tahu nak top up dimana. Aku cakap pada driver dan dia suruh naik saja bus tak perlu tap card. Baiknyaaa.. Terima kasih. Sepanjang perjalanan ke Sydney cuaca memang teruk. Angin kencang berbunyi-bunyi seram pula rasanya. Makin dekat dengan Circular Quay makin kuat angin. Alaaahai macam mana ni.. Tiba-tiba driver bus suruh semua turun. Rupanya dah sampai ke stesen berdekatan dengan Circular Quay. Terkulat-kulat kami sebab seriously tak ada tempat berteduh melainkan bangunan berdekatan. Itu pun sambil berteduh sambil pucat lesi takut tengok pokok bergoyang teruk daun-daun dan ranting-ranting halus berterbangan. Bila nak reda hujan memang tak ada tanda nak berhenti. Kami bersetuju nak redah juga sampai ke Circular Quay. Dua payung kongsi tiga orang jalan rapat-rapat akhirnya sampai ke Circular Quay dalam keadaan baju dan bag lencun teruk. Syukur passport ada dalam file waterproof.

Pokok menari-nari kena tiup angin.

Langit mendung.



Redah juga hujan sebab tak sanggup nak berteduh depan hotel. Jealous tengok orang lain masuk hotel duduk selesa kita kat luar macam tengah berperang. Selama beberapa hari berada di Sydney memang hari keenam cuaca sangat teruk. Unpredictable.. Dari pagi suhu sangat panas terik tiba-tiba drop dengan drastic. Memang kena always prepare all the time. Kalau boleh masuk dalam bangunan tak apa juga tapi nanti takut kena halau. Dari satu bumbung ke bumbung lain kami jalan. Sekejap-sekejap berhenti. Pengalaman sungguh merasa lencun teruk. Teringat balik rasa kelakar pun ada juga. Masing-masing kalut dan gelabah nak cepat. Dengan perut lapar elok sangat hujan lagi bertambah lapar. Itu jadinya sanggup redah hujan sebab nak cepat sampai tempat makan. Makan tetap kena makan tak kira hujan atau tak. Kami mencari kedai pancake terkenal - Pancake On The Rocks yang terletak berdekatan dengan Circular Quay. Dalam hujan masih lebat kami tetap redah. Tak susah pun nak cari just guna GPS dah cukup membantu. Orang tak ramai jadi tak perlu tunggu lama untuk dapat seat. Sempat juga keringkan baju sikit sebelum masuk kedai. Macam-macam pengalaman. Terbaca juga beberapa komen dan entries dari kawan-kawan lain yang doubt kehalalan makanan di Pancake On The Rocks. Aku baca lepas dah balik sebab sebelum pergi review macam okay dan tak meragukan. We did our best to confirm makanan yang disediakan boleh dimakan atau tak.  Beberapa soalan ditanya kepada pekerja untuk mendapatkan kepastian. Diyakinkan okay dan selamat untuk Muslims makan baru kami order. Tapi bila terjumpa articles yang meragukan sendiri pula terfikir. Jadi kepada yang nak cuba pancake di Pancake On The Rocks silalah tepuk dada tanya diri sendiri dulu. Kalau dari awal rasa sangsi dah ada janganlah pergi. Kalau rasa yakin insyallah okay bolehlah cuba. Kami order Blackforest something tak ingat nama. Mujur order satu set saja sebab besar dan mengenyangkan. Ikutkan hati nak order dua set nasib tak jadi. Makan tiga orang pun more than enough seksa nak habiskan.



Keluar dari Pancake On The Rocks hujan pun alhamdulillah dah berhenti dan hari makin gelap. Memang just nice seperti yang kami rancang untuk meronda sekitar Circular Quay pada waktu senja. Melayan perasaan tengok sunset sambil cuci mata. Memang free and easy tak ada apa-apa aktiviti just bersiar-siar santai. Cuaca sejuk nyaman berangin.. Orang lain datang Sydney pergi Sydney Opera House awal-awal tapi kami pergi masa dah nak balik. Tapi yang penting pergi jejak kaki tak kisahlah awal atau akhir. Kalau ada lebih masa boleh panjat observation deck di Sydney Harbour Bridge - Pylon Lookout. Tapi dah senja nak gelap macam malas pula nak menapak kesana. Seronok berada di Circular Quay sebab view cantik ada banyak lampu ambiance pun rasa ala-ala romantic gitu. Esoknya sebelum balik akan singgah lagi. Dapatlah experience night view dan day view sekitar Circular Quay dan Sydney Opera House. No harm datang dua kali..







Nak duduk atas tangga semua basah jadi tak adalah kami melepak lama sangat. Nak balik cepat kemas barang-barang since that night was our last night in Sydney. Nurul and Amy tinggal rumah while I went out jumpa my students. Dah rumah dekat sangat gunakan kuasa veto seorang cikgu untuk menyeru anak-anak muridnya. I contacted Idlan and his friends ajak jumpa before balik Malaysia because I wanted to treat the boys Gelato di Central Park. Banyak tolong and layan perangai kami. Tapi terlambat sebab kedai dah tutup. Tak ada rezeki teacher nak belanja anak-anak murid. Huuurm.. So kami beli sajalah Magnum duduk dan makan. Sembang sikit before balik rumah masing-masing. Thank you Idlan, Akmal and Azizul. Study smart and hard come back for good jadi orang hebat. My prayers are always be with all of you good boys.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

16 comments:

  1. Cantiknyaa view di atas jambatan nak ke pulau tu..
    Oh Sydneyy bestnyaa.. Teringin nak ke Aussie..
    Kalau RM naik rate comel bolehla plan ke sana :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. skarang macam dah turun sikit. baru2 ni tengok 3.3 dulu masa pergi 3.8 hahaha tapi still mahai laaa dahla semua mahai sana hehe..

      Delete
  2. Entri ni akak dok ralit tengok langit je....cantik sangat-sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungguh memang langit awan kat sana memukau =)

      Delete
  3. View kat La Perouse indahnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik sangat. kalau tak mendung nak hujan mesti double or triple cantiknya =)

      Delete
  4. Cantiknya la perouse. Memang kena repeat sydney. Kenangan berlari2 dalam hujan tulah yang akan diingat. Driver bas sydney memang ramai yg baik. Adakah rupa dia macam james franco? Might be the same guy yang akak jumpa dulu. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpaksa google James Franco sapa hahaha kenal mamat tu tatau nama. okay tak sama driver untung la driver akak muka cem James Franco. mine dat day was someone middle age hahahaha.. nak repeat ?? ehem ehem.. ehem ehem..

      Delete
  5. cantiknya la perouse ni tak pernah pulak dengar orang mention pasal tempat ni. entah bila dapat jejak australia ni haaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga few yang share tapi ingat biasa2 je.. syukur jugak pergi sebab memang cantik cuma sayang cuaca je teruk sikit..

      Delete
  6. cantiknya view kt jambatan kayu tu... buat klip video mmg best tu fefeeling retis 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yang shoot gambar kawen kat sini.. tempat pilihan ramai ^^

      Delete
  7. Adoi.. Cantik sangat pemandangan dia.. Memang best buat photo shoot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. kalo org guna camera canggih n skill memang hebat peeergh gambar mesti gempak2.. ramai amek gmbr kawen sini..

      Delete
  8. cantik night view opera house...day view & night view..terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh both day n night bagi different vibes. kena cuba dua-dua..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.