SITI.YANG.MENAIP: SYDNEY | NEW SOUTH WALES AUSTRALIA : PART 6.0 - BONDI BEACH + DEEP FRIED MARS BAR BONDI SURF SEAFOODS + COASTAL WALK

SYDNEY | NEW SOUTH WALES AUSTRALIA : PART 6.0 - BONDI BEACH + DEEP FRIED MARS BAR BONDI SURF SEAFOODS + COASTAL WALK

/
28 Comments
September 10, 2017

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA

Entri sebelumnya diSINI.
22 March 2017 [Rabu]



JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA | BONDI BEACH + BONDI SURF SEAFOODS FRIED MARS + COASTAL WALK. Entry yang panjang dan penuh gambar. Ada satu hari lagi sebelum pulang ke Malaysia. Dalam tempoh seminggu kami rujuk weather forecast hari keenam adalah hari paling cerah dan sesuai untuk buat aktiviti bawah matahari. Dah beberapa hari kami disambut hujan tak kira renyai atau lebat. Memang pagi hari keenam diceriakan dengan matahari cerah terang dan teriknya yang menyengat. Jadi kami bertiga bersetuju untuk ke Bondi Beach yang sangat terkenal di Sydney untuk berjalan kaki sepanjang plus minus 5KM menuju ke Coogee Beach. Tak yakin juga dengan diri sendiri nak menapak sejauh itu, tapi bila dah sampai situ rasa tak larat malas semua hilang. Kiri kanan disaji dengan view yang cantik. Nak pilih gambar-gambar untuk entry ini pun pening kepala. Aktiviti coastal walk between kedua-dua pantai ini adalah normal dan famous di Sydney. Kita akan melalui beberapa pantai lain seperti Tamarama Beach, Bronte Beach dan Clovelly Beach. Those yang suka nature mesti akan buat aktiviti coastal walk. Tak semestinya kena mula dari Bondi Beach. Boleh saja mula dari mana-mana pantai disepanjang laluan coastal walk. Ada juga yang suggest mula dari Coogee Beach. Ikut suka hatilah nak mula dari mana. Dari Central Sydney Station, naik train ke Bondi Junction Station. Keluar dari train akan terus jumpa pintu-pintu terminal bus dan Bondi Junction Bus bernombor 380. At this moment aku refer GPS dalam bus sebab kami nak turun betul-betul di Campbell Pde near Lamrock Av jadi kena extra alert. Dekat nak sampai tu tekanlah loceng. Kami nak pergi kedai Bondi Surf Seafoods untuk cuba Deep Fried Mars Bar yang sangat terkenal di Bondi Beach.

MARS BAR GORENG / DEEP FRIED MARS BAR SEDAP DI BONDI SURF SEAFOODS

Ikmal yang recommend untuk cuba Mars goreng atau dipanggil Deep Fried Mars Bar. Katanya sedap and those yang pergi Bondi Beach mesti kena cuba. Huuurm.. Interesting. Bila dah tahu serba sikit I did search juga sikit and most people yang pernah makan Deep Fried Mars Bar semua kata sedap dan wajib cuba. Macam pelik tapi kadang-kadang yang pelik itu awesome jadi kami pun setuju untuk cari. Kedai yang paling famous adalah Bondi Surf Seafoods yang terletak di Lamrock Avenue kalau tak silap. Kedai kecil saja berhadapan dengan Bondi Beach. Nak jumpa pun senang sangat sebab kedai yang ceria dan meriah berlampu. Tak ada pelanggan lain dalam kedai jadi attention diberikan sepenuhnya kepada kami. Disambut mesra oleh pekerja dan dia sendiri teruja bila kami sebut nak order Deep Fried Mars Bar. Mungkin excited bila tahu ada orang Malaysia tahu tentang Mars goreng di Bondi Beach. Macam-macam dia tanya macam mana kami ended up sampai ke Bondi Surf Seafoods. Sembang-sembang sambil tunggu order siap. Panjang leher kami jenguk ke dapur masa dia goreng dan sangat mesra menceritakan tentang sejarah Deep Fried Mars Bar. Katanya memang recipe dari datuk nenek dan keturunan yang suka makan chocolates. Idea muncul nak develop apa lagi yang boleh dibuat dengan chocolates and they tried to fry Mars bars. Ended up sedap semua orang suka.

Restoran Bondi Surf Seafoods bertentang dengan Bondi Beach.

Deep Fried Mars Bar yang panas sedap dan rangup.



COASTAL WALK DARI BONDI BEACH KE COOGEE BEACH

Marilah kita mulakan perjalanan. Matahari terik sangat seawal 10:00AM pun dah rasa berpeluh-peluh. Nak buka jacket tak boleh sebab pakai short sleeve. Memang tanggung sendiri macam terbakar rasanya. Hilang terus angin nyaman yang bertiup. Orang-orang tempatan memang pandang kami atas bawah atas bawah sebab bertutup sedangkan diorang sakan dengan bikini dan swimming trunk. Dari Bondi Beach kami jalan di sepanjang persisir pantai dan ikut signage 'Coastal Walk'. Anggaran untuk melengkapkan perjalanan ke Coogee Beach adalah satu jam setengah. Itu kalau insan yang fit dan bertenaga. Kalau spesis lembik macam aku mungkin akan makan masa lama sikit. Lagipun sepanjang journey ada banyak spots menarik untuk lepak dan bergambar. Mana-mana kawasan yang berpagar dan bertali jangan gatal pergi cross semata-mata nak posing. Kena cekup baru tahu.. Sabar teruskan berjalan sebab ada punya kawasan menarik atas batu celah batu bawah batu yang boleh bergambar. Silalah adjust masa lama sikit kalau berminat untuk lakukan aktiviti 'Coastal Walk'. Di Bondi Beach ada Bondi Iceberg Pool yang terkenal. The pool is open for public jadi kalau nak merasa berenang dan berendam di Bondi Iceberg Pool bolehlah cuba. Menariknya Bondi Iceberg Pool sebab dibina betul-betul ditepian pantai dan ombak yang memukul akan masuk ke dalam kolam juga. Memang konsep agaknya di Australia sebab banyak juga pools yang dibina macam ni. Kalau nak berenang di mana-mana pantai sila pastikan rules yang ditetapkan. Lain pantai lain gayanya jadi kena alert. Pastikan warna bendera yang dinaikkan dan sentiasa ikut rules untuk mengelakkan perkara-perkara yang tak diingini. Destinasi pertama melepasi Bondi Beach adalah Tamarama Beach setelah hampir dua puluh minit menapak. Basically semua pun adalah pantai jadi lebih kurang sama. Orang awam tetap ramai sana sini sunbathing picnic dan macam-macam lagi aktiviti. Papan tanda banyak di sepanjang 'Coastal Walk' jadi jangan lepaskan peluang bergambar sebagai bukti kegigihan berjalan jauh. 

Laluan 'Coastal Walk' dari Bondi Beach ke Coogee Beach.




Perjalanan sepanjang 'Coastal Walk' bermula dari sini.

Merenung jauhnya kena menapak nak sampai Coogee Beach.

Dah cakap dah banyak signage jadi prop bergambar.

Bondi Beach di kejauhan.


Semakin jauh meninggalkan Bondi Beach menuju Tamarama Beach.

Bye Bondi Beach. Ada rezeki kita jumpa lagi..





Tamarama Beach ada kawasan pantai yang paling luas dan besar berbanding pantai-pantai lain sepanjang laluan 'Coastal Walk'. Kalau tak mahu mengadap ramai orang bolehlah melepak di Tamarama Beach sebab tak sesak. Ombak pun tak ganas dan besar sangat. Sesuai untuk kanak-kanak maybe. Kami singgah lagi mana-mana pit stop yang menarik sebelum sampai ke Bronte Beach yang hanya mengambil masa selama lebih kurang sepuluh minit berjalan kaki dari Tamarama Beach. For me personally, Bronte Beach is my favourite. Not the most beautiful beach tapi Bronte Beach ada semua benda to offer. Nice beach, Bronte Baths (pool), batu-batu yang menarik dan macam-macam lagi. Suasana juga lebih meriah berbanding di Bondi Beach dan Tamarama Beach. Disebabkan tergoda tengok pantai cantik sangat kami bertiga akhirnya pasrah dan mula turun dekat dengan air. Buat syarat juga nak pegang main air sikit. Kalaulah bawa baru nak salin memang confirm dah terjun dalam air. Cannot remember those eyes yang pandang kami semacam saja bila kami gagah lompat dari satu batu ke batu nak pergi dekat dengan air. Belum lagi cerita kasut penuh pasir bila pijak pasir terus kaki tenggelam tapi semuanya adalah pengalaman yang menarik untuk dikenang.




Yeay dapat pegang air laut. Hihihi..



Perjalanan diteruskan lagi ke Clovelly Beach melalui Calga Place. Ada banyak batu-batu besar yang masih dikekalkan sepanjang jalan walaupun jalan raya moden Sepatutnya untuk sampai ke Clovelly Beach hanya perlu menapak sejauh setengah jam saja tapi disebabkan ada laluan yang roboh dan sedang dibaiki, semua orang kena menapak extra jauh sikit detour ke laluan lain melalui Waverley Cemetery. Ya.. Nak tak nak kami kena lalu kawasan kubur sebab itulah satu-satunya laluan detour yang disediakan. Aku tak berani tangkap gambar apa-apa jalan menonong tak tengok pun kiri kanan. Seram sejuk rasanya tak ada masa nak baca apa-apa pun. Cuma tahulah sikit-sikit kawasan Clovelly Cemetery menempatkan kubur-kubur orang yang ternama. Mereka-mereka yang ada buat sumbangan untuk negara dan orang-orang tempatan yang penting. Gituuu.. Tak apalah tak berminat nak tahu sejarah bila dah kena lalu kubur. 

Laluan berbatu sepanjang Calga Place.





Akhirnya sampai di Clovelly Beach. Kami singgah makan dulu bekalan yang dibawa. Sepanjang Burrows Park Sportsfield ada kerusi meja disediakan kalau nak picnic. Elok juga tapau nasi goreng tak habis malam sebelumnya sebab memang kebulur sangat. Sepanjang jalan banyak terjual snacks - burgers and sausages tapi obviously kita tak boleh makan. Bawalah makanan dan paling penting adalah air to keep us hydrated sebab cuaca sangat panas. Jangan risau kalau air habis sebab paip nak refill ada merata. You can simply drink bila-bila pun. Cuma !! Jangan tersalah kepala paip sebab ada juga disediakan untuk pets especially anjing. Naya kalau salah tekan dan minum air. Usually untuk pets kepala paip rendah dan ada label animals. Kena buka mata luas sikit make sure kita ambil air di paip yang betul. Nak teruskan perjalanan ke Clovelly Bay tapi terpandang pula satu lorong kecil dihujung padang Burrows Park. Macam tak yakin tapi instinct kata pergi juga jadi menonong kami kesana. Kadang-kadang instinct boleh percaya juga sebab kami terjumpa satu kawasan off route sikit tapi sangatlah cantik. Panas terik bahang semua letak tepi. Terpukau dengan kawasan berbatu yang betul-betul ditebing laut. Sakan kami posing hampir satu jam melencong situ sampai terpaksa bincang balik plan. Mula-mula tak ramai orang tapi makin lama makin ramai pula. Beranikan diri pergi ke tebing tinggi. Gayat memang kembang kaki rasa tapi bukan selalu. Acah-acah berani demi nak bergambar. Subhanallah..









Dari Burrows Park Sportsfield kami cross saja padang dan ikut laluan kecil yang ada dan terus sampai di kawasan tebing-tebing tinggi. Dalam gambar di atas nampak tak kawasan pantai Clovelly Beach yang kecil dan panjang - memang sangat jernih airnya dan macam kolam renang. Ombak tak ada cuma beralun-alun lembut saja. Ramai yang terapung dengan tube. Menarik sangat. Lain pantai di sepanjang 'Coastal Walk' offer different experience. Clovelly Beach jadi pilihan kedua aku sebab cantik dan unik. Kami terus ke kawasan berdekatan Clovelly Beach untuk cari bus stop yang berdekatan untuk bawa kami terus ke destinasi seterusnya. Kelebihan guna apps jadi boleh tahu terus bus stop berdekatan nak bus nombor apa yang perlu naik. Lagi advance bila duration menunggu pun turut dipaparkan. Canggih sangat rasanya jadi tak adalah kita tertanya-tanya.  Sayang sebab tak dapat nak habiskan perjalanan ke Coogee Beach walaupun hanya perlu menapak lebih kurang setengah jam saja lagi. Lama masa diambil posing ditebing tinggi jadi kena alter sikit itinerary. Kalau ada rezeki kembali ke Sydney, aku nak spend sehari dua dikawasan Bondi Beach dan enjoy the waters. Terima kasih sudi baca sampai habis. Jom kita gerak..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

28 comments:

  1. Replies
    1. sungguh cantik tu tapi panasnyaaa ya rabb tuhan saja tahu T.T

      Delete
  2. gambar kat tebing tu seriau tengkuk tengok.tapi memang cantik gambar.One of my regrets gi Sydney tak sampai Bondi Beach ni. Just ada sehelai Tshirt buat kenangan beli kat Paddys. Jadiklah..haha. Tapi memang cantik. Mars Bar digoreng? terliur plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ntah2 tshirt kita sama tak ?? hahaha.. CT beli la towel skali cem klasik je Bondi Beach kan.. its okay Kak Sal adala tu alasan untuk kembali. explore habis-habisan sambil makan Mars Bar goreng =D

      Delete
  3. Apalah makna ke pantai kalau tak mandi manda... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. adeh adeh PLM saja bakaq line ni hahaha..

      Delete
  4. View pantai dekat AU ni semua cantik-cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe tapi ada jugak yang sendu dan cantik lagi pantai kat Malaysia. kena tengok tempat jugak heehe..

      Delete
  5. coklat mars yg digoreng ke? unik!
    penah dgr pasal bondi beach ni, glemer sbb ada pool sebelah dgn air laut. jauhnya nak kena berjalan sampai 5 km tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe jalan 5KM tu pilihan je.. boleh buat sekerat2. memang geram dengan pool sebelah laut tapi segan nak pi berendam. next time pack bikini sekali =D

      Delete
  6. cantik tempatnya. dulu pernah gak pi bondi beach ni, di gold coast

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah kan ada satu di Gold Coast hehe CT tak sampai situ lagi =D

      Delete
  7. baru perasan coklat tu digoreng. unik sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try buat kat rumah pas ni hehe.. celop coklat then goreng =D

      Delete
  8. cantiknya pemandangan

    ReplyDelete
  9. Kmi dulu singgAh bondi beach kejap ja.. air sejuk sbb winter

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kami celup jari ja.. sejuk jugak tapi omputih selamba mandi =D

      Delete
  10. Ohhh, deep fried mars...Akak pernah pergi satu event ni semua benda diorang deep fry - mars, snickers, oreo celup pancake batter. Sedap sedapppp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tingin nak buat mars goreng sndiri kt rumah tapi kalo tak jadi sama or tak sedap bazir jeee ehehe.. oreo pancake batter menarik bunyinyaa..

      Delete
  11. bla tgk tebing tggi yg cantik n superb mcm tu, 1 benda yg mesti sggh kt kepala ni... klip video westlife😆😆😆😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha MV Westlife banyak tepi laut and tebing.. if i leeet you go =D

      Delete
  12. Subhanallah.. Cantik sangat gambar yang siti kongsi.. memukau mata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak.. gambar2 ni ade yang Amy dan Nurul juga yang ambil =D

      Delete
  13. jauh jgk berjalan tapi view cantik, tak terasa penat..yg best boleh refill air FOC..utk pets pun ada air jg, bagus kan Aussie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. comelkan.. kami wonder kenapa ada paip rendah nak buat apa rupanya nak kasi peta hehehe.. very thoughtful of them kan ^^

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.