SITI.YANG.MENAIP: SYDNEY | NEW SOUTH WALES AUSTRALIA : PART 5.0 - BLUE MOUNTAINS ECHO POINT + THREE SISTERS

SYDNEY | NEW SOUTH WALES AUSTRALIA : PART 5.0 - BLUE MOUNTAINS ECHO POINT + THREE SISTERS

/
46 Comments
September 05, 2017

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA

Entri sebelumnya diSINI.
21 March 2017 [Selasa]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA | KATOOMBA - ECHO POINT LOOKOUT DI BLUE MOUNTAINS DAN THREE SISTERS. Semangat nak habiskan cerita jalan-jalan ke Sydney New South Wales. Simpan lama-lama nanti input makin terlupa. Hari kelima diteruskan ke Blue Mountains di Katoomba. Ada banyak lookout points di Blue Mountains jadi pilihlah yang mana paling sesuai dengan jiwa. Paling famous adalah Echo Point dan nak access pun senang. Selain daripada Echo Point, another location yang wajib terjah adalah Scenic World Blue Mountain. Untuk merancang perjalanan ke Katoomba, cuaca sangatlah penting. Disebabkan hari-hari kami di Sydney asyik hujan risau juga takut lebat obviously acara tergendala. Cara terbaik adalah semak weather forecast untuk hari seterusnya sehari sebelum. Terpulanglah ikut cara masing-masing nak tentukan macam mana. Then baru kami decide nak kemana. Itinerary yang kami disediakan boleh tukar-tukar ikut kesesuaian hari. Kami pilih hari yang paling kurang purata taburan hujan untuk ke Katoomba. Tapi kawan-kawan.. ini semua perancangan manusia. Ended up ketentuan tuhan juga yang utama. Walaupun sepanjang hari diramalkan cerah matahari keluar cantik hujan juga akhirnya cuma tak lebat. Sendu juga bila kabus tebal permandangan terhad.

DARI CENTRAL SYDNEY STATION KE KATOOMBA STATION

Mode pengangkutan paling senang ke Katoomba Station adalah menaiki train. Aku rasa naik bus pun boleh tapi tak study pula route dengan bus macam mana. Perjalanan selama dua jam setengah dihiasi permandangan hutan-hutan yang cantik. Teringat cerita Twilight especially kawasan rumah The Cullens. Kalau ke Kiama cuci mata tengok laut tapi ke Katoomba memang lalu celah pokok-pokok dan gunung-gunung. Ada juga lalu sebelah batu-batu besar. Menarik tapi lama-lama pengsan juga mengantuk. Dua jam lebih memang boleh qada tidur kepenatan lenguh. Jangan terlajak sudahlah. Lain pula ceritanya nanti. Pastikan kad Opal sentiasa ada baki. Top up siap-siap di Sydney Central Station sebab kadang-kadang di outskirt susah nak top up. Sampai di Station Katoomba langit mendung sikit. Tawakal sajalah semoga cuaca baik tak banyak ragam. Keluar dari Katoomba Station terus cari The Carrington Hotel. Depan hotel adalah bus stand yang akan bawa penumpang terus ke Echo World. Silalah naik bus No.686. Tak susah nak cari The Carrington Hotel sebab memang keluar dari station ada signboard terus menghala hotel. Lagipun ramai orang akan menuju ke bus stand yang sama jadi ikut sajalah. Ada juga beberapa options untuk enjoy Katoomba to the fullest. Kalau naik bus biasa kenalah turun tap on and tap off. Kalau ada budget lebih nak selesa boleh beli packages yang dijual sebaik saja keluar dari Katoomba Station. Ada booth or small shop yang jual ticket tour buses. Pilih mana yang sesuai dengan jiwa. Paling famous rasanya adalah Trolley Bus dan Blue Mountains Explorer Bus. Trolley Bus cover twenty nine places around Katoomba dengan hanya 30AUD/pax. Banyak tempat-tempat yang Trolley Bus cover. Menarik semuanya. Boleh semak offiial website dan buat pilihan. Bus pun comel warna merah klasik sangat.



Trolley Bus yang comel.

Jadual perjalanan bus No.686 di hadapan The Carrington Hotel.

Blue Mountain Explorer Bus. Concept hop on hop off.

ECHO POINT BLUE MOUNTAINS

Hanya lima belas minit perjalanan dengan bus untuk sampai ke Echo Point. Cuaca mendung dan kabus tebal. Tak nampak langsung permandangan. Three Sisters langsung kelam. Orang sangat ramai penuh dengan pelancong-pelancong dari China. Bising yang amat kalut sungguh macam tempat dia pula sampai semak dada rasa. Aku tengok muka pelancong-pelancong lain pun tak selesa tapi semua redha. Hampir give up sebab dah lama tunggu kabus pergi tapi syukur tak patah semangat. Pelan-pelan kami mula nampak permandangan dan terus laju meluru ke lookout point untuk tengok Three Sisters yang famous. Three Sisters diberi nama kepada rock formation yang terhasil daripada hakisan tanah long long time ago. Ada tiga ketul batu jadi terus dapat nama Three Sisters - Meehni, Wimlah dan Gunnedoo. Nak tunggu turn ambil gambar pun satu hal. Memang penuh bangsa China dah conquer Queen Elizabeth Lookout. Kot iyaaa pun tiga empat keping sudahlah. Ini gambar solo, suami isteri, suami saja, panggil anak lelaki pula, emak dan anak, ayah dan anak lepas tu sepupu sepapat bila nak habis. Memang Echo Point tu dibina untuk korang. Aku dah jeling dah tak puas hati. Kami sampai dulu kot buat tak tahu saja menonong potong que. Sekali dapat menyelit aku terus kedepan. Dibuatnya tak peduli sambung lagi bergambar. Memang sakai sungguh.. Aku suruh tepi sikit tak berganjak tak faham sengaja buat tak faham tak tahulah. Akhirnya aku tolak tangan baru nak gerak. Itupun anak lelaki dia tarik. Biarlah dia maki bukan aku faham. Gila.. Hari dahlah kabus tebal ramai lagi orang nak bergambar. Nanti kabus datang balik kesianlah orang lain. Tanah sekitar Blue Mountains dikatakan sejenis yang lembut sebenarnya. Senang terhakis dan terbentuk hanya dengan tiupan angin, sungai dan air hujan. Seram pula baca explanation. Diramalkan juga one day Blue Mountains mungkin hanya tinggal nama untuk disebut-sebut. Bakal terhakis sepenuhnya. Tak tahulaaah sejauh mana kebenaran tapi yang aku baca dan faham begitulah. 


Kabus tebal menghalang pandangan.



Yeay.. kabus mula pergi. Akhirnya nampak juga view yang cantik ini.

THREE SISTERS DAN LAGENDA ABORIGINAL

Dibawah kawasan bukit actually ada Kedumba River tapi tak nampak langsung dari atas. Mungkin boleh nampak dengan jelas dari lookout point yang lain. Ada history sebenarnya sejarah tiga adik beradik batu Three Sisters. Meehni, Wimlah dan Gunnedoo adalah anak-anak perempuan puak Katoomba yang tinggal sekitar Jamison Valley. Jatuh cinta dengan tiga anak-anak lelaki dari puak jiran, Nepean tapi cinta terhalang mengikut undang-undang puak. Abang sulung tak restu dan disuruhnya tangkap dan kurung tiga beradik perempuan dia. Bergaduhlah kedua-dua puak dan dengan alasan untuk melindungi adik-adik perempuan kesayangan abang sulung, dia sumpah adik-adiknya jadi batu. Abang sulung mati terbunuh ketika berlawan jadi tak sempat nak sumpah adik-adik perempuan jadi orang semula. Gitulaah.. Kalau kat Malaysia ada Gunung Mat Cincang, di Australia ada Three Sisters. Ada laluan disediakan, The Giant Stairway untuk ke puncak Meehni tapi ditutup sebab hujan. Kalau tak boleh berjalan kesana tapi kena tabah melalui 1000 anak tangga.

Berjaya menyelit akhirnya.

Gambaran ringkas Jamison Valley.

Meehni, Wimlah dan Gunnedoo.

BELI SOUVENIRS DI ECHO POINT INFORMATION CENTRE

Seperti biasa, haruslah beli souvenirs. Unik semuanya souvenirs di Blue Mountains. Pengumpul fridge magnet silalah rembat seketul fridge magnet Echo Point yang dijual di Echo Point Information Centre. Tak ada ditempat lain kalau tak silap melainkan fridge magnet Blue Mountains. Jangan tangguh nak beli nanti menyesal. Souvenirs lain sangat pricey. Totes pun mahal jadi aku hanya beli fridge magnet seketul dan postcards. Walaupun suhu agak sejuk tapi kami masing-masing beli ice-cream. Sedap pula rasanya makan ice-cream sebab dah penat berjalan. Nak balik baru sedar kad Opal dalam poket dah tak ada. Aiseh.. Mana pula perginya. Melayang masa tengah berebut tempat nak bergambar agaknya. Balance kad masih banyak sebab baru top up itu sebenarnya buat rasa nak menangis. Susah hati pusing keliling Echo Point tapi sure bayang pun tak nampak. Tanya juga kedai-kedai berdekatan tapi tak ada dijual kad Opal. Kena tunggu sampai Katoomba semula. Redha sajalah terpaksa bayar tambang manually. Mahal sikit daripada guna kad Opal. Itulah Allah SWT nak tegur sikit. Tadi pergi marah orang. Padan muka kad Opal dah hilang.

Senyumlah tak sedar lagi kad Opal hilang.

Cantik tapi mahalnya.. Ambil gambar sajalah.


Tunggu bas di depan deretan kedai-kedai diatas. Kat situ turun kat situ jugalah tunggu bus semula. Banyak saja bus No.686 lalu jadi tak perlu risau kena tunggu lama. Jumpa beberapa keluarga Malaysians yang mesra. Sambil tunggu bus sambil sembang. Yang tak berapa ramah pun ada tapi tukar jugalah senyuman. It is oookay. Tak semua orang mudah mesra. Dalam kesenduan kehilangan kad Opal perjalanan tetap kena diteruskan. Naik bus cakaplah nak beli tiket manual nak ke Scenic World and driver okay saja melayan. Jomlah. Layan hati sedih apa pun tak jadi.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

46 comments:

  1. syoknya knal tempat orang..bila la dapt g jgk ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom Cik Nor.. tapi kita bukak tabung dulu la hehe duit tadak ni kena menabong dulu pelan-pelan hewhew..

      Delete
  2. Assalam Siti, pekabar, wah! rajin jenjalan... rajin menaip... best la ...
    asyik jalan je... heheheh... take care..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe asyik jalan tu tidakla. trip bulan 3 lepas sebenarnya cuma CT masih belum habis ceritanya. tengah tak rajin lambat menaip. kenotla asyik.. duit taaarak maa hehe..

      Delete
  3. MasyaAllah cantiknya view dekat atas tu. 1000 anak tangga tu. Gigih nak kena panjat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak akan panjat hahaha.. turun laju la nak naik balik ? oooh nehi nehi tengok jela view dari atas hehe..

      Delete
  4. Replies
    1. betul.. dahla CT suka kumpul2 tote bag ni tapi mahai sangat. kalo tak silap 19AUD rasanya beg tu.. nangeh T.T

      Delete
  5. suka tengok pemandangan sambil doa moga aku sampai nanti dekat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah amin amin CT aminkan.. nak pegi lagi jugak kalau ada rezeki lebih. masih tak puas meronda.

      Delete
  6. Wah cantiknya kat sana. Suka tengok yang bukit berkabus tu. Even bukit2 pun still nampak bersih dan tersusun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. ceruk mana pun tetap kemas bersih dan terjaga. seronoknya kalau kat Malaysia pun macam ni. hehe kabus tu kalau time tebal sungguh langsung tak nampak apa..

      Delete
  7. Cantik2 gambar you..
    amboiii... ganaz minah ni.
    tolak tangan tuuu.. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you kak.. haaa tula mana mai tah brani sangat. tapi dah geram sebab kami yang sampai dulu corner tu. kalut je makcik tu..

      Delete
  8. wahhhh g travel sydney pulak.. syoknya gambar2 pun view sangat menarik...

    ReplyDelete
  9. Memang kena berebut nak berfoto dengan batu tiga tongkol tu sebab cuaca cepat berubah. Tapi masa saya ke sana dulu... cuaca amat2 lah cerahnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak adalah berebut sangat. orang lain semua berhemah je PLM. kecuali those yang from China. depa je kalut macam batu2 tu nak roboh. cerah mesti cantiklah suasana kan nampak jelas. seminggu di Sydney memang hujan on off on off. tapi okaylah tak terjejas itinerary =)

      Delete
  10. siti, cantiknya semua gmbr. siti guna camera apa? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. masa pergi ni ada guna phone, gopro dengan sony fdr x3000r. tapi gopro lama jadi banyak guna sony lagi =)

      Delete
  11. sayangnya cuaca tak berapa elok sangat masatu.. tapi nasib baik nampak jugak 3 sisters tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol.. syukur kabus cepat datang cepat pergi. rezeki jugakla nak nampak three sisters tu..

      Delete
  12. eh, tak naik cable car dengan ride devil apa nama ntah tu ke? aduh, pengalaman kad hilang kalau kat australia ni memang menangis. mesti teringat kak Sal time tu. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula memang time tu tingat kat akak. memori sungguhlah bila kad hilang and lagi sadis sebab baki banyak lagi. huwaaa T.T naik ride tu nanti citer dalam next entry hehe =D

      Delete
  13. Wow bestnyer dapat melancung macam ni. Seronok baca post bab travel ni....boleh baca pengalaman orang masa di perantauan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali bila tabung dah penuh hehe =)

      Delete
  14. wehuu, anteknya pemndangan..
    em, pelancong dari china tu selalu gitu..
    dulu heboh diorg patahkan dahan pokok sakura di jepun..mmg sakai kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memaaangkan !! depa tu bukan miskin ke kampung mari ke apa ke.. memang jenis cemtu. memang geram dah tu akak tolak tangan. kira habis bradab dah tu..

      Delete
  15. mmg cantikkkkk view nyerrr... kalau x silap laa ni antara lokasi drama sehangat asmara (adi putra & rita rudaini)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe CT tatau citer apa tu tak tengok tv.. hehe..

      Delete
  16. subhanallah..cantiknya tempat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik. Allah izin Australia ni memang cantik =)

      Delete
  17. Aussie antara tempat yang cantik di dunia ini.

    ReplyDelete
  18. barang kat sydney mmg mahal sikit kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau souvenirs tu murah jugaklah. yang branded ikut mood hehe..

      Delete
  19. kak ct !!! rindu bangettt . hahahaha . lama dah yaya xberblogging :P sakan travel nooohhh . lain kali bawak yaya sekali . ehheheeh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. gi mana tu Yaya menghilang hehe.. xdak sakan haih ni semua citer lama tak habis habis lagi taipnya. hehe itula jadi panjang. jom Yaya jom =)

      Delete
  20. seronoknyaa ct. berapa kali setahun ct travel?

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok kak sesekali. CT average skali je setahun. ada rezeki lebih dapatlah buat dua trip.. bukan selalu =)

      Delete
  21. Suasana yang sangat cantik..seronoknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik.. tak puas rasanya =D

      Delete
  22. menarik kisah lagenda 3 sisters..

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik tahu fakta atau mitos sesuatu tempat kan.. kisah rakyat diorang cem kita jugak ada macam2 citer klasik =D

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.