SITI.YANG.MENAIP: SYDNEY | NEW SOUTH WALES AUSTRALIA : PART 3.2 - DFO HOMEBUSH + OPORTO BURGER + MAKAN MALAM DI IT'S TIME FOR THAI

SYDNEY | NEW SOUTH WALES AUSTRALIA : PART 3.2 - DFO HOMEBUSH + OPORTO BURGER + MAKAN MALAM DI IT'S TIME FOR THAI

/
23 Comments
October 13, 2017
Entri sebelumnya diSINI.
19 March 2017 [Ahad]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA | BURGER AYAM OPORTO SEBAGAI LUNCH, SHOPPING DI DFO HOMEBUSH DAN MINI REUNION. Walaupun sedikit kecewa tak dapat bermesra dengan kangaroo, plan tetap diteruskan. Alang-alang ke Australia wajib singgah ke DFO (Direct Factory Outlets). Macam premium outlet kat Malaysia tempatnya. Ada enam DFO seluruh Australia dan salah satunya adalah DFO Homebush yang terletak di New South Wales. Yang lain-lain ada DFO Brisbane di Queensland, tiga DFO di Victoria iaitu DFO Essendon DFO Moorabbin dan DFO South Wharf. Di Perth, Western Australia pun ada sebuah iaitu DFO Perth. Seronok shopping di DFO sebab barang-barang terus dari factories and obviously jauh lebih murah dari yang dijual di boutique. Aku dah pernah ke DFO Essendon di Victoria dan Watertown Brand Outlet di Perth, mari kita terjah DFO Homebush pula. 

Dari Blacktown Station ambil train menghala pulang ke Sydney tapi turun dulu di Strathfield Station. Tunggu bus bernombor 525 dan 526 untuk terus dihantar ke entrance DFO Homebush. Satu perkara penting bila merancang perjalanan ke DFO adalah, kita kena pastikan waktu operasi setiap DFO mengikut hari. DFO Homebush pukul 06:00PM dah tutup jadi kami yang sedikit lewat memang kena cepat. Sampai di DFO Homebush sekitar pukul 03:00PM terus cari tempat makan dulu. Oporto Burger adalah antara premis makanan fast food yang menjual pilihan burger halal untuk muslims. Ikmal told us katanya boleh makan dan kami double check dengan kaunter. Burger ayam di Oporto Burger adalah halal. Hati yakin terus order sebab dah kebulur teruk. Satu set hidangan burger ayam dengan carbonated drink adalah 11.50AUD (RM38.87 approx). Puas hati burger besar dan chips sangat banyak. Bungkus bawa balik sebab tak habis makan. 




Dua keping patties. Sos sedikit manis..

Lepas dah kenyang baru ada energy nak pusing-pusing. Kak Sal told me DFO Homebush bosan and I have to agree. I did not feel like buying anything. Maybe harga yang dah reduced pun masih mahal dan lebih kurang saja dengan harga di Malaysia. Seriously bosan tapi a good exposure untuk Nurul dan Amy. Both of them shopping juga barang masing-masing. Beli handbags dan jeans. Ada jugalah aku beli tshirt sehelai di Cotton On sebab rasa perlu juga melabur bila dah sampai. Huurm.. DFO di Victoria tetap yang terbaik then di Watertown Brand Outlet. Tapi at least sendiri dah datang baru mengerti. Seronok lagi Shopping di Sydney Arcade. Puas keliling tawaf sampai dah nak tutup tempatnya tapi masih rasa tak tergoda nak melabur. Niat nak beli Adidas sepasang tapi warna yang berkenan semua tak ada size. Memang habis mood hilang gitu saja. Positive side, duit tak membazir. Kalau korang nak beli Corelle memang tak ada di DFO Homebush. Silalah ke Big W atau another shopping mall yang lain. If all of you ada banyak masa tak tau nak pergi mana bolehlah datang singgah DFO Homebush. Tapi kalau limited time saja pergilah tempat lain. Lagi berbaloi.






Balik terus ke Chippendale regangkan segala otot dan solat. Seharian berjalan memang lenguh segala sendi. Rehat sekejap sebelum keluar semula menyambung agenda kami yang lain. Trip kali ini aku rasakan ada sedikit rasa syahdu dan sentimental. I got the chance to meet my ex-students di bumi Sydney. How cool does it sound to you guys ? Bagi aku dah cool habis. The last time all of us jumpa was back in 2013 when they were just 16. Sekarang dah besar remaja dewasa bawa diri merantau di tempat orang. Bukan seorang dua tapi quite a number. Idlan and the gang. I feel so old right now. Aku ajak Ikmal sekali to join us for dinner. Pusing-pusing budak-budak ni kenal saja each other. Semua setuju jumpa di restaurant It's Time For Thai yang berdekatan dengan Central Station. Senang kawasan nearby Central Station banyak kedai makan yang menjual makanan halal. Review yang kami baca sebelum berangkat pun semua positif belaka kata makanan yang disediakan sedap jadi terus sajalah kita jumpa disana. Harga biasalah memang kena pejam mata sebelah buat tak tahu. Idlan was being super nice pergi book bilik siap. Maklumlah ramai yang nak join. Mini reunion katanya. Order makanan tunggu sambil sembang tentang cerita-cerita lama disekolah. Sekejapnya masa berlalu. Makin cantik makin handsome. Dulu comot belemoih. 



Tomyam susu with ayam goreng.

Tak ingat dah ikan apa..



Total damage our dinner that night tak diketahui. It was on Ikmal. Laju dia ambil bill pergi bayar. Semoga makin murah rezeki dan dipermudahkan urusan belajar dan lain-lain. Thanks to Amy dan Nurul yang sudi teman dan ikut bersama. Sayu juga hati bila tengok anak-anak murid dah besar dewasa. It is a reminder yang aku pun bukan muda lagi. Thanks people sebab sudi juga datang dari jauh. Ada beberapa ex-students yang study jauh sikit also put effort to come. Massive thanks. All the best and sure, my prayers are with all of you. Take care and have fun.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

23 comments:

  1. Ada masanya memang huntung jadi cikgu ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. beruntung PLM lagi2 kalau ikhlas hendaknya mendidik. insyallah ganjaran saham menanti. seronok tengok anak2 murid berjaya =)

      Delete
  2. Seronoknyaa CT jumpa ex students dekat sana. Burger tu nampak menarikk & sedap. Heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok.. diorang dah early 20s cikgu dah nak hujung2 20s heehehe.. burger tu sedap tapi kuah dia manis. uurm..

      Delete
  3. that's the best side bila jadi cikgu kan...walaupun sekejap je ajar tapi ingatan tu sampai bila-bila...syabas beteyyy...

    Ikmal is so nice! entah berapa la dia belanja kan...semoga makin murah rezeki dia nnti! insyaAllah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula there is beauty in everything that we do. hehehe.. itulaa budak tu was being nice. tka sempat nak tengok berapa.. amin smoga murah rezeki dia =)

      Delete
  4. Bila baca dapat jumpa students kat overseas ni rasa macam bestnya dapat jadi cikgu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihih best tapi cabaran dan tanggungjawab pun besar =)

      Delete
  5. Jumpa exstudent diperantauan is big happy

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. tak tahu nak describe feeling happy macam mana =D

      Delete
  6. Last time pun akak makan kat sini. Tapi Oporto time tu x ada. Or maybe ada tp kami yg x nampak haĺal sign.DFO tu nampak biasa compare yg kat melbourne kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada halal sign pun akak.. first sebab ada orang bagitahu halal then kami pegi tnya. lepas tu tengok ramai pak mak mamat minah arab beli. tapi dah tanya tu rasa lega baru makan =D

      Delete
  7. aum, besaqnya burger dia!
    wau, cikgu ct jumpa anak2 murid ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. besar kenyang. berbaloi dengan harga dia hehe.. jumpa anak anak murid paling happy hehehe =D

      Delete
  8. Bestnya. Paling best tang orang bayaqkan makan tu la kan. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe itu memang best. semoga murah rezeki dia sentiasa =D

      Delete
  9. Besar betul nampak burger tu... tom yam susu tu macam sedap pula tengok... 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tak pasti susu ke santan dia letak. tibai je cakap susu ahahha..

      Delete
  10. Replies
    1. betul Uncle.. antara nikmatnya jadi pendidik =)

      Delete
  11. ni memang rare sangat, jumpa ex-student kt negera orang :D
    jasa cikgu memang akan diingati sampai bila2. mesti kak CT ni cikgu yg sporting yg murid2 sayang kan? hehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.