SITI.YANG.MENAIP: SYDNEY | NEW SOUTH WALES AUSTRALIA : PART 2.1 - QUEEN VICTORIA BUILDING + TOWN HALL + DARLING HARBOUR

SYDNEY | NEW SOUTH WALES AUSTRALIA : PART 2.1 - QUEEN VICTORIA BUILDING + TOWN HALL + DARLING HARBOUR

/
22 Comments
August 15, 2017
Entri sebelumnya diSINI.
18 March 2017 [Sabtu]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA | TEMPAT SHOPPING MEWAH QUEEN VICTORIA BUILDING + TOWN HALL + DARLING HARBOUR. Tengah sakan meronda terjumpa satu bangunan dihias cantik bertemakan Beauty & The Beast. The State Theatre namanya. Belum ditayangkan lagi baru nak premier. Huuurm.. singgah sekejap konon berminat nak tanya harga tiket. Maklumlah katanya kat Malaysia tak boleh tayang masa tu. Berangan nak tengok di Sydney tapi harga tiket membuatkan kami hanya mampu berangan. Sudahlah tu marilah kita teruskan dengan itinerary yang dirancang. Kami terus laju menapak mencari Queen Victoria Building, salah satu bangunan membeli belah empat tingkat yang mewah terletak di tengah-tengah CBD Sydney. Obviously kami tak adalah membeli apa-apa tak mampu semua brand mahal. Saja jalan cuci mata. Deco and architecture yang menarik. Bangunan lama yang dah diubah suai, dibaiki dan pernah juga runtuh dan dibina semula. Queen Victoria Building dibuka hari-hari cuma waktu operasi saja yang berbeza-beza. Hari Sabtu dan Ahad waktu beroperasi lebih pendek. Nak kasi chance pekerja pergi enjoy hujung minggu pula.



Lantai tiles original dari zaman awal pembinaan Queen Victoria Building.


Jam putih tu nama dia Royal Clock - tak ingat function apa tapi special katanya. Lagi satu jenis jam adalah Great Australian Clock. Ada tergantung juga sepanjang QVB. 

Restored windows yang mengadap George Street adalah salah satu tarikan QVB. Antara lokasi wajib bergambar disini. 


Sydney Town Hall

Antara tarikan-tarikan lain di dalam dan luar QVB adalah pintu masuk (entrance) yang mengadap George Street, Queen Victoria Building's Wishing Well di Bicentennial Plaza, marble sculpture by William Priestly MacIntosh dan banyak lagilah. Masa kami kesana, depan entrance George Street ada renovation jadi tak boleh lalu. Kami masuk melalui entrance Market Street dan keluar melalui exit Druitt Street. Selain daripada aktiviti membeli belah, banyak juga restoran dan cafe untuk melepak santai. Meja-meja makan diletakkan di sepanjang corridor. Jadi memang view normal orang sana makan sambil kita lalu lalang kat sebelah. Off course kena pastikan halal atau tak sebelum ngap. Jangan bedal saja. Boleh juga naik ke Cupola - kubah paling tinggi. Ada observatory deck tapi kami tak naik pun. Bersebelahan dengan QVB adalah Sydney Town Hall. Cantik tangga kalau nak buat wedding photoshoot.

Dari Queen Victoria Building, kami terus menapak menyelusuri Druitt Street terus menuju Darling Harbour. Masa ni GPS buat perangai lagi sekali. Bila dah set nak ikut route yang ditetapkan sekejap-sekejap dia tukar laluan. Pening kepala jadinya. Berpandukan GPS kena lalu Tumbalong Park. Kalau terus dari Market Street pun boleh. Last skali kami ikut kata hati dengan yakin sajalah. Hahaha.. Sebab kalau jalan terus memang akan jumpa Darling Harbour dan kami pintas lalu celah Park Royal Darling Harbour akhirnya sampai. 



Langit yang mendung sentiasa. Hujan renyai-renyai. 



Singgah Cockle Bay Wharf ambil gambar. Salah satu port melepak di kawasan Darling Harbour. Banyak kedai makan dan cafe.

Kalau korang suka kawasan-kawasan boat atau marina memang sesuai sangat singgah ke Darling Harbour. Cantik tengok kapal tersadai kemas dan cuaca mendung yang sejuk seronok berjalan. Di kawasan Darling Harbour ada Pyrmont Bridge, jambatan spring yang boleh digerakkan dan diangkat untuk beri laluan kepada kapal. Tapi ikut rezeki dan nasiblah nak tengok jambatan bergerak. Tak pasti pula ada jadual atau tak. Kami terus menapak sambil menikmati suasana di sekitar Darling Harbour. Ramai families melepak sambil bawa anak-anak kecil jalan-jalan. Hari Sabtu kan.. hujung minggu bersama keluarga.




Sekitar kawasan Darling Harbour ada menempatkan beberapa tarikan utama di Sydney iaitu Sea Life Sydney Aquarium, Madame Tussauds Sydney dan Wild Life Sydney Zoo. Memang patut orang ramai bawa anak-anak beriadah. Tempat-tempat yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Tapi kami yang dewasa pun suka juga. Haruslah tak lepaskan peluang. Terus beratur beli tiket walaupun baju dah separuh lencun. Lima minit hujan suddenly berhenti tenang macam biasa. Tabahlah dikau sediakan payung sentiasa. Jomlah sama-sama kita enjoy.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

22 comments:

  1. Queen Victoria Building tu cantik sangat :) Macam selalu nampak bangunan tu dijadikan tempat shooting tapi tak ingat cerita apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam bangunan zaman dulu2.. eh memang bangunan lama pun hihihi..

      Delete
  2. Tak dapat pergi..dapat baca dan tengok gambar-gambar indah yang dikongsi pun satu nikmat.Alhamdulillah terima kasih perkongsian ini ya :)

    ReplyDelete
  3. BERPAYUNG DLM HUJAN RENYAI DI SYDNEY MENARIK PENGALAMAN SITI

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni hujan renyai okay lagi Kak PI.. hehe tunggu nanti ribut terus kami dapat muahahaha.. time tu huurm tatau nak kenang..

      Delete
  4. Lawa rupanya dalam QVB ni...haiii..dah jumpe, awatla I tak masukkk...mmg kena repeat sydney ni. Ayoo

    ReplyDelete
  5. ctknya tmpt ni, doakan sha dpt terbang ksini juga..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin insyallah.. mari kita menabung mari mari =)

      Delete
  6. Dekat QVB tu pergi tak toilet dia yang eksklusif tu?hehe. Rindunya Sydney..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamaaak ye ke kak ? ada tandas lawa ke.. hihih..

      Delete
  7. Memang cantikn tingkap yg colorful tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah.. tingkap je kan tapi depa buat nampak kalerful classic =)

      Delete
  8. Queen Victoria Building tu memang nampak menggoda dan klasik sgt..Memukau mata!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bangunan lama kak.. pandai depa2 ni jaga bangunan2 lama tinggalan sejarah.

      Delete
  9. bangunan cantik, view superb... mmg complete bila dapat jalan2 kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. bangunan2 heritage kat sini lawa lawa =D

      Delete
  10. Cantiknya interior QVB..tiles ori mmg menawan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. dan sangat halus kecil2. rajin diorang ni pi tepek satu-satu hihi =D

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.