SITI.YANG.MENAIP: SYDNEY | NEW SOUTH WALES AUSTRALIA : PART 1.0 - HELLO SYDNEY + OPAL CARD + AIRBNB CHIPPENDALE

SYDNEY | NEW SOUTH WALES AUSTRALIA : PART 1.0 - HELLO SYDNEY + OPAL CARD + AIRBNB CHIPPENDALE

/
12 Comments
August 10, 2017
Plan ke Sydney Australia dirancang beberapa bulan sebelum 2017. Macam-macam cabaran yang kami lalui atas kelalaian dan kesilapan diri sendiri. Pengalaman perit tapi malas nak cerita kisah yang duka lara biarlah sendiri sedar tak perlu ulangi lagi buat sakit hati saja. Kenang yang manis-manis saja dan pengalaman yang dapat lagi bermakna untuk diingati. Memang hanya bertiga dari awal tak mahu ramai-ramai dan alhamdulillah selamat pergi dan balik. We had so much fun with all the unexpected events yang bakal aku kongsikan dengan korang semua. Kali ini aku pergi bersama seorang childhood friend, Nurul - kawan sekolah rendah di Balik Pulau yang hampir 20 tahun tak bertemu dan seorang adik blogger AmySyeera. These two girls banyak berikan kerjasama dan sangat memahami. Urusan lodging kami sepakat untuk cuba Airbnb buat pertama kalinya dan diuruskan oleh Nurul dan Amy. Amy banyak buat research penginapan mana yang sesuai dan aku ikutkan saja. Aku susun itinerary mengambil kira minat kami bertiga. Mencari tempat makan halal dan sebagainya. Harapnya semua berpuas hati dengan susunan perjalanan. Tarikh penerbangan ada sedikit perubahan dari tarikh asal tapi syukur semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan.

16 March 2017 [Khamis]
JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA | DARI KUALA LUMPUR KE SYDNEY + OPAL CARD + AIRBNB DI CHIPPENDALE. Sepanjang pagi aku masih terkejar-kejar menyiapkan pelajar-pelajar untuk persembahan Majlis Makan Malam Amal. Final touch sebelum majlis bermula. Tak dapat tengok pelajar-pelajar buat persembahan setelah dua minggu berlatih, kena kejar flight. Barang-barang yang nak dibawa dah disusun lebih awal. Dalam hati hanya perasaan excited nak fly tapi tak dilupakan pelajar-pelajar yang ditinggalkan. Kena make sure kerja siap walaupun nak pergi berjalan. Terus pecut ke Bangi bersiap sebelum terus gerak ke KLIA2. Nurul dah lama sampai dan akhirnya kami bertiga pun berjumpa. Check-in dulu before pergi makan. Viral beberapa hari sebelum kami berlepas KLIA2 dibanjiri orang ramai yang beratur nak drop luggage hanya kerana hand carry yang melebihi muatan. Strict sungguh Air Asia sekarang, hanya 7KG hand carry dibenarkan. Kalau lebih terus kena check-in. Itu jadinya teruk ramai kena beratur. Alhamdulillah process kami check-in berjalan lancar.

Masuk ke departure gate nampak lagi satu jam gate nak dibuka. Singgah solat dulu. Selesai solat dengar nama flight disebut. Hoooi gelabah !! Serious gelabah syukur dah selesai solat. Lilit shawl pun bersepah janji berlilit. Kenapa pula tak sampai setengah jam dah kena seru. Pecut terus ke departure gate tak kira apa dah. Dapat departure gate hujung sekali pula memang nasib badan. Tercungap-cungap masuk flight ingatkan yang terakhir. Tak adalah teruk sangat drama saja lebih cuma rasa gelabah menguasai sampai nervous kemain takut kena tinggal. Lama juga nak bertenang hasil berlari sakan. Hahaha.. senyap bertiga layan perasaan. Tepat jam 23:45 kami berlepas meninggalkan Malaysia menuju negeri New South Wales di Australia. Perjalanan yang smooth dan tak tahulah ada air pocket ke tak sebab terus pengsan tidur. Kepenatan..

Subuh di awanan lepas semak waktu solat dengan pramugari. Satu jam lebih menghampiri Sydney Kingsford Smith International Airport.

Alhamdulillah setelah lapan jam setengah akhirnya kami selamat mendarat. Disambut dengan cuaca yang sangat 'menarik' seram sejuk jadinya. Cuaca sangat cerah bila terbang tinggi dan elok mendarat hujan lebat dan angin sangat kencang. Nampak kotak-kotak berterbangan berdekatan terminal kami hanya mampu terkebil-kebil. Fuuh !! Lain macam sungguh. Harapnya selesai urusan imigresen reda sikit cuaca. Tak lama pun urusan dan ada seekor anjing cuma tak dilepaskan. Tak bawa sebarang makanan jadi tak cuak sangat. Kalau bawa jangan lupa declare jangan sembunyi. Kantoi nanti teruk kena. Keluar dari arrival hall terus beli top up simcard dan beli card Opal. Simcard lama yang digunakan di Perth masih ada dan active jadi terus tambah nilai saja. Masih setia dengan Optus YES dan hanya 2AUD (RM6.68 approx) sehari. Terpulanglah nak guna telco apa ada banyak juga pilihan. Kad Opal adalah percuma dan hanya perlu top up ikut kegunaan. Kami terus isi 30AUD (RM100.20 approx) memandangkan tambang dari airport ke central pun dah 17.26AUD (RM57.65 approx).

CARA PENGIRAAN PERJALANAN TRANSPORT MENGGUNAKAN KAD OPAL DI SYDNEY

Nak cerita exactly macam mana cara Opal dikira macam masih blur juga tapi sedikit sebanyak sepanjang seminggu faham jugalah macam mana duit kita dipotong setiap kali kita gunakan Opal. Tak susah nak faham dan jangan serabut kepala fikir. Sila download application Opal Travel dan gunakan sebaik mungkin. Pengiraan tambang dan perjalanan train semua ada kerja jadi mudah. Just key in mana kita nak pergi. Memang dah siap sediakan itinerary tapi apa salahnya double check dengan application. Kemudahan dah ada jadi gunakan saja. Kena ambil kira peak season dan off-peak season. Harga berbeza-beza. Peak season lebih mahal sebab waktu kemuncak ramai orang nak gunakan public transport tapi kita travel selalu keluar awal pagi jadi ada juga ketika kami mula gerak waktu peak season. Waktu petang pun ada peak season dan off-peak season sebab ramai balik kerja. Ambil kira juga berapa banyak pertukaran train semua termasuk sekali. Kami tak mahu pening kepala jadi tibai sajalah. Duit kurang kita tambah lagi.

Bagi Sydney Train Network (laluan train dalam kawasan sekitar Sydney), waktu peak bermula 07:00-09:00 dan 16:00-18:30 weekdays. Bagi laluan NSW Train Link Network (laluan intercity), waktu peak bermula 06:00 - 08:00 dan 16:00-18:30. Tapi ada juga beberapa laluan yang tak ada peak season. Boleh rujuk SINI. Perlu diingati tambang maximum penggunaan Opal Card adalah sebanyak 15.40AUD (RM51.50 approx). Maksudnya walaupun asyik tap on dan tap off tapi bila dah reach 15.40AUD tak ada tambang yang akan dipotong dah. Apa yang aku buat adalah, aku asingkan siap-siap duit khas untuk top up Opal saja sebanyak 16AUD (RM53.44 approx) selama 7 hari kami berada di sana. A total of  112AUD (RM374.08 approx). Biarlah asingkan supaya tak ganggu duit belanja yang lain. Tak guna pun sampai habis tapi biar kita put aside supaya kita bersedia apa-apa kemungkinan. Perjalanan pergi balik dari Central Station ke International Airport Station asing tak termasuk dalam fare normal Opal Card. Untuk hari Ahad pula, jalanlah sepuas hati sebab hanya perlu bayar not more than 3AUD (RM10.02 approx). Jadi rancanglah perjalan sebaik mungkin. Memang mahal sungguh berbanding bandar-bandar Australia yang lain. Kena always check tambang di website official sebab sentiasa berubah-ubah. Tambah dengan matawang kita yang menjerut. 

Kad yang memeningkan kepala. Ada drama air mata juga nantilah aku kongsikan.

International Terminal Train dibawah lapangan terbang. Ikut saja signage. Sangat sistematik jadual perjalanan train tak perlu tunggu lama.


Train dua tingkat.



Lebih kurang 15 minit perjalanan dari airport sampai ke Central Station. Hari masih hujan tapi taklah selebat ketika kami sampai. Suhu pun agak sejuk early autumn dan berangin. Langit masih kelam gloomy tak ada tanda matahari nak keluar. Kami terus cari jalan ke Chippendale. Guna GPS saja dan seriously kami redah hujan walaupun renyai sempat juga kuyup. GPS pula tak semua betul. Ikut timing dia boleh tahan sesat juga. Jauh dibawanya kami pusing sebelum betul-betul jumpa jalan. Bila dah hari kedua dan ketiga dah pandai cari shortcut. Tak perlu pusing jauh. Jumpa kedai 5AUD (RM16.70 approx) masuk beli payung. Lain kali bawa dari Malaysia senang cerita tak payah beli mengejut. Memang majoriti manusia pegang payung and kehulu kehilir ada payung. Nampak sangat cuaca unpredictable jadi kena standby all the time.

Pusing punya pusing akhirnya kami sampai ke Chippendale, rumah yang dah di booking melalui Airbnb. Tak susah nak cari tak tersembunyi teruk cuma GPS saja bawa meronda jauh sikit. Urusan penginapan dibuat terus dengan owner melalui Whatsapp. Gabby namanya. Sangat baik dan melayan setiap pertanyaan kami dengan sabar. Kunci rumah ditinggalkan di padlock canggih dan hanya boleh dibuka dengan password yang diberikan. Hanya 5 minit perjalanan dari Central Station Sydney. Kawasan yang sangat strategik kalau nak cari penginapan. Aku memang suggest korang carilah lodging area Central Sydney sebab semua pun ada. Paling penting adalah sangat dekat dengan hub transportation. Kawasan ni memang tak mati macam sesetengah ceruk lain di Sydney. Meriah sentiasa tengah malam pun tetap hidup jadi tak adalah menakutkan sangat. Ada beberapa hotel dan hostel sekitar kawasan Central Sydney. 

Dah jumpa rumah. Comel sangat laluan masuk.





Rumah sangat comel dan cosy. Sesuai untuk empat orang tapi tiga pun rasa dah penuh. Ngam ngam ruang yang ada nak solat dan bergerak. Kalau empat orang size comel macam Nurul dengan Amy okaylah. Masuk yang extra comel macam aku bertiga jadilah. Gabby was being super nice tinggalkan Timtam untuk menyambut kedatangan kami. Not bad rumahnya. Ada kitchen tapi tak boleh masak. Boleh guna microwave saja nak panaskan apa-apa dan washing machine dan dryer boleh buat laundry plus sabun basuh baju. Toilet pun disediakan toiletries yang lengkap. Sabun mandi shampoo ubat gigi pencuci muka semua disediakan. Almari dan meja makan plus dua portable aircond tapi satu tak boleh guna. Mungkin aku yang tak reti nak switch on. Siap Google cara nak switch on tapi tak boleh juga. Gabby pun pening kenapa tak mahu on. Tak apalah redha. Mula-mula masuk memang panas tapi dah buka tingkap dan aircond rasalah sejuk. Maafkan saja sebab line wifi superb and lajuuu gila. Kami solat bersiap dan tarik nafas lepas lelah.. Kemudian sama-sama decide langkah kaki kemana yang kami nak pergi. Memang kita dah siapakn itinerary tapi kena flexible juga. Sepakat dengan next activity kami pun sama-sama keluar. Hari masih hujan tapi halus benar rintiknya. Kalau layan hari hujan memang tak kemana. Tak boleh begitu kena keluar juga.

Stesen bas utama di Central Station. Dekat sangat dengan Chippendale.


Matahari yang masih segan nak menjelma.


Persatuan orang-orang pencen Sydney buat show di tengah-tengah Central Station.




Hanya lima minit berjalan kaki terus sampai Central Station. Mula nak marah GPS entah mana dibawanya kami tadi. Pusing jauh benar padahal dekat saja. Melangkah masuk ke Central Station rasa sangat kagum. Besarnya dan tersusun. Mula-mula sampai tak sempat nak ukur kawasan. Gelabah cari tempat tinggal. Sekarang baru ada masa nak tengok kiri kanan. Terhibur pula tengok pakcik makcik yang dah pencen buat persembahan main instrument. Nak isi masa lapang selepas pencen. Comel saja semuanya. Nampak line train dan light rail taklah susah nak faham kedudukan laluan di Central Station. Mula-mula mungkin pening sikit tapi dua tiga kali pro. Sepakat nak ke destinasi pertama kami memilih untuk menaiki Light Rail. Station Light Rail di Central Station bernama di Pitt St Station. Kami sampai terus nak pergi shopping. Aktiviti-aktiviti santai saja dihari pertama di Sydney. Jomlah kita pergi shopping. Labur.. Labur dan leburkan duit..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

12 comments:

  1. Wah setiap tahun pergi Aussie... next year bahagian mana pulak agaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. next year tak ada plan lagi PLM.. tak boleh plan lagi. banyak lagi kat Australia nak ditengok hehe..

      Delete
  2. Lawanya Central Station dia :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula bangunan semua cantik2 and ada yang sangat classic..

      Delete
  3. wahh..boleh jd rujukan blog ni kalu nak gi Australia...nmpknya sudah jatuh chenta dgn ostrolia..

    entry Perth blm hbs baca..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi itulah kak.. memang da fall in love dengan Australia. tapi kena stop jap currency makin mencanak naik.

      Delete
  4. Syoknya jalan2...
    Gambar pun cantik2 semuanya..

    ReplyDelete
  5. central station tu lawa giler..rasa macam kat London kan.Khabarnya airportSydney paling strict but luckily you guys xde masalah. ah..menyesal x ikut.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amy bawak food and share sama trolley tapi dia suruh pegi satu lorong khas and dia tanya je bawak makanan apa. itu jee.. syukur juga tak kena bukak2 pape. takpeee kak.. banyak lagi negeri boleh kita pi =)

      Delete
  6. mana2 pergi pun, nak hotel / kediaman dkt dgn stesen... bkn apa... sng nk bergerak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. cari yang dekat dengan stesen ketapi or hub public transport =)

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.