SITI.YANG.MENAIP: SYDNEY | NEW SOUTH WALES AUSTRALIA : PART 2.3 - HARBOURSIDE SHOPPING CENTRE + DINNER AT MALACCA STRAITS ON BROADWAY + CENTRAL PARK SYDNEY

SYDNEY | NEW SOUTH WALES AUSTRALIA : PART 2.3 - HARBOURSIDE SHOPPING CENTRE + DINNER AT MALACCA STRAITS ON BROADWAY + CENTRAL PARK SYDNEY

/
34 Comments
September 16, 2017
Entri sebelumnya diSINI.
18 March 2017 [Sabtu]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA | MAKANAN HALAL DI HARBOURSIDE SHOPPING CENTRE DARLING HARBOUR + MAKAN MALAM DI MALACCA STRAITS ON BROADWAY + CENTRAL PARK SYDNEY. Keluar dari Madame Tussauds suddenly hari cerah terik macam tak pernah hujan sepanjang hari. Bipolar sungguh cuaca di Sydney kitalah kena sentiasa prepare. Mencanak matahari atas kepala dan mula berpeluh dahlah pakai jacket. Tak boleh buka jacket pula sebab pakai short sleeves. Di sekitar kawasan Darling Harbour ada banyak tempat-tempat menarik yang percuma dan berbayar boleh kita lawati. Selain Madame Tussauds ada Sea Life Sydney Aquarium, Wild Life Sydney Zoo dan banyak lagi. Beberapa restaurants makanan halal yang walking distance tapi kami memilih ke Harbourside Shopping Centre untuk makan. Ada makanan halal disana. Lalulah Pyrmont Bridge dan terus bersambung ke Harbourside Shopping Centre. 



Laluan entrance yang bersambung dengan Pyrmont Bridge. Main entrance berada dihadapan bangunan mengadap Darling Harbour.

PILIHAN MAKANAN HALAL DI HARBOURSIDE SHOPPING CENTRE DARLING HARBOUR SYDNEY

Masa sediakan itinerary, aku rasakan agak mudah juga nak dapatkan makanan halal sekitar Sydney. Insyallah mana-mana ceruk pun akan ada at least kedai arab yang menawarkan pilihan makanan halal. Kalau rajin sikit lagi study mungkin boleh jumpa kedai best untuk makan. Kami terus ke food court di Harbourside Shopping Centre. Kami pilih untuk makan briyani kambing dan pizza. Ada satu kedai Indian Cuisine offer briyani jadi apa salahnya cuba. Kalau tak silap satu hidangan nasi briyani kambing berharga 17AUD (RM57.46 approx). Pejam mata sajalah senang cerita. Kalau tak mahu kenalah sediakan bekal. Big portion jadi boleh kongsi berdua macam Nurul dan Amy. Aku pula pilih nak makan pizza. Tergoda sungguh dengan bau aroma pizza dari Enfes Kebabs yang dibakar panas-panas. Sangat senang nak nampak Enfes Kebabs dan franchise pun ada bersepah sana sini. Paling besar kawasan dalam food court di Harbourside Shopping Centre. Nampak satu potong pizza macam kecil tapi bila dah makan mau sengkak perut jadinya. Siap tapau bawa balik rumah panaskan esoknya buat breakfast. Satu slice besar bersama chips dan air berharga 13AUD (RM43.94 approx).

Crepe dari kerana mata turun ke hati. Kena tanya Amy kenapa..

Nasi briyani kambing dibahagi dua. Sepotong besar pizza yang dipotong dua juga. Sepotong kecil sama besar dengan size satu slice large pizza Dominos.


Kalau peminat tegar rangkaian Hard Rock Cafe wajiblah singgah ke Darling Harbour. Cafe dan kedai merchandise Hard Rock Cafe terletak di dalam bangunan Harbourside Shopping Centre. Nurul target nak beli tshirt jadi kami singgah bersama. Aku memang tak minat jadi lepak saja dengan Amy sambil tunggu Nurul cuci mata. Tengok harga souvenirs Hard Rock Cafe mampu telan air liur saja. Dah kenyang dan senang hati kami singgah Coles nak memborong chocolates. Memang borong awal-awal. Mana tahu dah borong sendiri makan rasa sedap lepas tu boleh top up lagi nak bawa balik. Coles ni berfungsi macam Tesco dan Giant tapi lagi awesome. Boleh beli chocolates dan cookies dengan harga yang murah disini. Ikut jugalah apa yang tengah discount. Lain hari lain benda on sales. Aku selalunya beli Tim Tam dan cookies dari Arnotts. Aku pernah kongsikan barang-barang makanan yang boleh dibeli di Australia di SINI. Rajin-rajin rujuk kalau perlu. Bolehlah bantu bagi ideas nak beli apa bawa pulang. Bukan tak ada di Malaysia tapi jauh lebih murah di Australia semestinya. Selain chocolates and cookies, kami borong juices and coffee. Murah dan sedap. Gigih borong sakan di Coles berdekatan Darling Harbour sedangkan Coles bersepah-sepah serata alam di Australia. Entahlah tak ingat pula kenapa.. Dengarnya boleh tengok fireworks bila malam di Darling Harbour. Gigih aku search dan kaji tapi macam tak ada. Tanya juga beberapa orang dan masing-masing kata ada. Bila check website pun kata ada. Hairan.. Ceruk mana sebenarnya kena pergi kalau nak tengok fireworks pun tak tahulah. Kami abaikan sebab dah kepenatan. Aku texted Idlan and the gang tanya dah dinner belum. Energy ada lagi bersisa beberapa bar kalau nak melepak makan malam. Cadangan disambut baik. Nurul dan Amy tak ikut. Disebabkan rumah yang disewa dekat dengan rumah The Boys, jadi aku suruh diorang tunggu depan simpang jalan sekali ke kedai. Sekitar kawasan Chippendale dan Central Station memang banyak sangat pilihan makanan halal.

 PILIHAN MAKANAN HALAL DI MALACCA STRAITS ON BROADWAY DAN MELEPAK SANTAI DI CENTRAL PARK

Tak jauh pun dari Chippendale. Sedar menapak sambil menyembang terus sampai. Orang tak ramai mungkin juga sebab dah hampir pukul 9:00PM. Kena semak juga waktu beroperasi. Tak semua kedai makan buka sampai lewat malam. Ada yang pukul 6:00PM dah tutup. We were lucky sebab that day restoran tutup lambat dari biasa. Tak menyesal datang makan di Malacca Straits on Broadway sebab lauk pauk sememangnya sedap. 




Butter Chicken yang sangat sedap dan crunchy.

Soft shell crab goreng tepung with hot flakes.

We had a simple dinner dengan dua main dishes and rice. Tak ingat total berapa. Then kami semua tak terus balik. Hampir 12:00AM tapi kawasan Chippendale dan Broadway masih hidup. Singgah lagi sekali ke Coles di Broadway borong chocolates lagi. Before balik kami singgah makan aiskrim dulu di Central Park. Menarik saaangat Central Park sebab ada taman di tengah-tengah bangunan tinggi. Kena masuk dalam building and taaada.. Baru nampak taman mini boleh melepak santai. Asalnya kami ada jumpa satu apartment dalam bangunan Central Park through Airbnb untuk disewa tapi entah kenapa tiba-tiba owner kata tak available pula. Memang cosy habis kawasan Central Park and awesome. Datang waktu malam dengan lampu-lampu dipasang memang tak sunyi. Orang pun still ramai lepak santai minum kopi. Ada juga Woolworth disini yang dibuka sampai tengah pagi.





We bought ice creams dari Woolworth and cari port. The Boys told me, kalau siang ada few bean bags disediakan. Kalau rasa nak bergolek atas rumput dengan bean bags boleh datang waktu siang. No worries.. Menarik sangat tempatnya. Thank you boys tolong angkat barang sampai depan pintu rumah and teman dinner plus shopping. Jumpa lagi esok. Hahaha.. Balik ke Chippendale terus bersihkan diri dan rehat. Hari yang sangat panjang aku rasakan. Dah sampai rumah duduk termenung baru mula rasa sengal betis tapak kaki muscle semualah. Sepanjang jalan konon bertenaga. Mulalah cari Yokoyoko bekalan wajib mesti ada. Rasa nak lumur satu badan tapi nanti menggelupur pula tak tahan panas. Urut sikit picit sikit sudahlah. Mari kita tidur. Masih banyak lagi hari di bumi New South Wales untuk ditempuhi. Sambung lagi nanti..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

34 comments:

  1. alahai best siti g travel..:)

    ReplyDelete
  2. perghh satu hidangan RM57 boleh tahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang kat Malaysia jugakla..

      Delete
  3. boleh tahan harga satu slice pizza...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi macam makan tiga keping size normal kat Malaysia..

      Delete
  4. menarik juga makanan di Malacca straits

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai gak omputih makan sini. sedap sedap =D

      Delete
  5. nanti boleh cari biobax pula ya untuk melegakan kesakitan otot hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya kalau ada orang kasi free Biobax boleh cubaa..

      Delete
  6. besnya tempat dia, syiok golek2, bersih jer tempatnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersih.. cuma takut juga kot ada yang bawa anjing jalan2. tapi yakinlah hehe tak nampak anjing pun kawasan tu..

      Delete
  7. Wooo! Jelesnya..jalan2 di negara org..nk mwlngkh ngra sndiri pun x lepas lg..hihi..smoga2 de rezeki cam sis suatu hri nnti😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin amin insyallah.. meh kita menabung sama2 kena konsisten and disiplin. boleh jalan2 skali nanti =)

      Delete
  8. bestnya jalan-jalan negera orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom kak.. tapi kita bukak tabung dulu =)

      Delete
  9. Wahhh..bestnya! Mummy suka taman mini tu comey..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Mummy. siang tak lawa sangat malam cantik penuh lampu =)

      Delete
  10. Mak aihh mahai..tapi kalo dah berjalan , asyik calculate pun susah gak..pejam mata share ramai2 . Boleh namanya berjalan tak gitewww..hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab makan memang takleh nak kata apa Mummy. orang nya suka makan hehehe so tak berkira sangatla. betul kalo asyik tukar currency memang tak merasa =)

      Delete
  11. Butter Chicken tu sekali imbas nampak macam kat kedai tom yam..hahaha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi rasa sama je macam butter chicken kat Malaysia muahahaha..

      Delete
  12. Thanx for sharing... Awesome trip ni, seronok nya tgk..

    ReplyDelete
  13. Rindunya suasana kt sana...
    Allah...
    Rasa nak terbang terus ke sana esok tgk gmbar2 siti ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe apa lagi kak ? boleh plan lagi ni.. hihi..

      Delete
  14. rindunya Sydney..rindu Siti jugak. If ada peluang travel sesama lagi ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT rindu Melbourne kak.. jom kita pergi sana lagi ? insyallah nanti kita plan eh.. rindu rindu =')

      Delete
  15. Syoknya, muda-muda dah boleh pi jalan merata

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak. sementara tak ada komitmen sangat. jom kak.. kita jalan sekali =)

      Delete
  16. Tak pergi Fish Market kat laluan tram... boleh makan seafood sodap kat sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi peeegi PLM. tunggggguuu CT tengah malas ni nak hapdet citer travel. ngeh3..

      Delete
  17. perrghhh tgk harga kalau kat sin ifikir 10x tp da smpi sn, terpaksa pejamkan mata kalau tak nnt kebulur kn ct ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 kat Malaysia pun ada je kita makan hidangan mahai2 sesekali kan.. tapi tula kat sana takleh pikir kalo tak memang lapar.

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.