SITI.YANG.MENAIP: SYDNEY | NEW SOUTH WALES AUSTRALIA : PART 2.2 - MADAME TUSSAUDS SYDNEY

SYDNEY | NEW SOUTH WALES AUSTRALIA : PART 2.2 - MADAME TUSSAUDS SYDNEY

/
30 Comments
September 09, 2017
Entri sebelumnya diSINI.
18 March 2017 [Sabtu]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA | MADAME TUSSAUDS SYDNEY. Niat utama ke Darling Harbour adalah untuk ke Madame Tussauds - museum wax terkenal. Madame Tussauds yang utama dan terbesar terletak di London menempatkan patung-patung lilin orang-orang ternama dunia, artis dan orang-orang yang layaklah senang cerita. Nak jumpa in real life entah bila jumpa patung pun jadilah. Dibina juga di bandar-bandar terkenal seluruh dunia dan salah satunya ada di Sydney. Before ke Sydney aku dah tanya kawan-kawan nak masuk atau tak dan alhamdulillah cadangan disambut baik. Memang cita-cita aku nak pergi semua Madame Tussauds museum yang ada. Kalau ada yang tak nak memang tak masuk itinerary sebab tak mahu masuk seorang diri.

TIKET COMBO LIMA TEMPAT MENARIK DI SYDNEY - MADAME TUSSAUDS, SYDNEY TOWER EYE, MANLY SEA LIFE SANCTUARY, WILD LIFE SYDNEY ZOO DAN SYDNEY SEA LIFE AQUARIUM

Asalnya nak beli ticket combo tapi tak jadi sebab malas nak pergi tempat-tempat tarikan yang lain. Baca review Manly Sea Life Sanctuary amatlah bosan jadi membazir sangat kalau beli. Tak jumpa jalan masuk pula ke Sydney Tower Eye lagilah membazir. Jimat memang jimat kalau beli ticket combo sebab harga jadi murah sangat plus dapat cover lima tempat menarik. Hanya bayar 75AUD (RM253.50 approx). Kalau berminat boleh tempah tiket di SINI. Tapi kami tak ada masa nak terjah semua tempat kalau beli tiket combo. Itinerary kami ke tempat lain lagi penting dan berharga. Jadi kata sepakat dicapai untuk terus beli tiket dikaunter yang berharga 42AUD (RM141.96 approx). Masa beratur memang line panjang ingatkan ramai sangat orangnya. Rupanya yang beratur nak masuk zoo. Kami punya entrance lengang. Terus menonong masuk.



Omaigaaad !! Huge Jackman. Tengok patung pun dah rasa handsome kemain.



Lorong pembaziran. Hahaha.. Lorong souvenirs ditempatkan. Pandai sungguh tengah-tengah museum buat corner macam ni. Terus mata bling bling. Harga pun bling bling..

With Marilyn Monroe.

One with forever beautiful Audrey Hepburn.

Australia's icon - Steve Irwin.

Kelas Physics bersama atuk Albert Einstein.

Tay Tay hihihi.. I'm sorry. The old Taylor can't come to the phone right now..

The King of Pop - Michael Jackson.







Nelson Rolihlahla Mandela - Salah seorang Presiden South Africa.

Mahatma Gandhi - senyum manis saja atuk ni.




Seronok masuk dengan Amy dan Nurul. Masing-masing photogenic sebab tu banyak kongsi gambar diorang. Aku kaku sikit memang satu dua saja gambar yang jadi. Paling excited nampak patung Justin Bieber. Uuuish sampai tiga patung dia. Satu tak pakai baju. Ada patung Barrack Obama tapi tak boleh bergambar pakai camera sendiri. Kena ambil dengan camera khas dan nanti claim dan beli gambar masa nak exit kalau berkenan. Dijadikan cerita, aku dan Nurul berkenan nak beli. Aku memang suka souvenirs bentuk gambar macam tu. Melayang another 39AUD (RM131.82 approx). Habis banyak juga dalam Madame Tussauds haaaih !! Beli another tote bag dan keychain. Fridge magnet dah ada jadi tak perlu beli. Penyesalan memang terasa setiap kali lepas bayar. Masa ambil macam-macam tak teringat pula. Menangis tak berlagu jangan berdrama sangat. Okaylah mari hilangkan lelah sekejap sambil enjoy matahari yang baru menjelma. Dah ready marilah kita pergi makan.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

30 comments:

  1. Wah seronoknya. Nampak real betu patung2 tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah boleh berangan kononnya jumpa retis =D

      Delete
  2. Mesti bwk ribu riban nih..mahal tu gmbr dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawak extra kita nak survive seminggu. tadak credit card nak swipe..

      Delete
  3. takpe Siti, ingat pepatah akak kalau travel "biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli". Now akak tau nape akak x minat muzium wax ni, sebab x fotogenik.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua benda penting kak masuk wax museum ni.. kita kena photogenic dan orang yang pandai amek gambar hihi.. angle kena betul kalau tak memang haruuu. menyesal sebab mahai bebenor tapi betul.. lebih baik daripada menyesal tak beli terkenang2 jadinya =)

      Delete
  4. cantiknya gambar... macam real pun hado

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh brangan konon da jumpa betul2 hehe..

      Delete
  5. hahaha.. good idea letak kedai souvenir kat tengah tu... mesti terdorong nak msuk kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada pulak sign benda yang ada kat ruang tengah tak terjual kat ruang akhir sekali. memang dia nak suruh borong situ hahaha..

      Delete
  6. syok masuk MADAME TUSSAUDS tu...dlu masa p london tk sempat masuk MADAME TUSSAUDS

    ReplyDelete
    Replies
    1. madame tussauds London mesti lagi best.. paling besar and paling ramai retis dalam tu kan.. takpe next time ada rezeki lagi pegila ^^

      Delete
  7. Doakan akak sampai kesana taun depan yea...hihi

    ReplyDelete
  8. terbaiklah review obersi mmg kena rujuk sini..super awesome review.. gambar pun puas hati..

    ReplyDelete
  9. waaa.. jelesnya teman.. tergambar kegembiraan korang semua .. tak acii..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. janganlaa gitu meh kita jalan2 sama meeh =)

      Delete
  10. Replies
    1. sesekali kak.. bila ada rezeki lebih =)

      Delete
  11. CT!!! Audrey Hepburn tu kak ana suka bebeno tau, lawa kan... Alhamdulillah CT selalu dapat melancung ke serata dunia di usia muda sebegini.. dan tq berkongsi semula dengan kami di arena maya ini.. kipidap my girl <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik kan dia Kak Ana.. tapi CT xdela kenal sangat sebab pelakon dedulu kan dia. alhamdulillah kak.. pelan2 menabung dapatla merasa =)

      Delete
  12. Patung Lilin tu nampak sedebik ngan yg real... adoii la creative sgt tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yang rasa macam real jeee jumpa retis hehe =)

      Delete
  13. baru nak tanya, pasaipa gambar orang lain yang banyak. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe sebab depa lagi pandai posing. CT cem skemaaa je dok posing =D

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.