SITI.YANG.MENAIP

SEPETANG DI CENTRAL MARKET KUALA LUMPUR DAN AKTIVITI MENCANTING BATIK. Petang-petang meronda bandaraya Kuala Lumpur, aku dan Aniz tak tahu nak pergi mana. Ended up melencong ke Pasar Seni Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur Central Market. Menarik juga merayau di kawasan Central Market tengok gelagat manusia. Ramai pelancong asing dari pelbagai negara datang shopping sebab disinilah antara tempat yang sesuai nak membeli souvenirs traditional dan macam-macam lagi. Central Market Dibina pada tahun 1928, asalnya Central Market adalah pasar basah yang akhirnya pada tahun 1980-an diubah suai menjadi pusat kraftangan. Ada dua tingkat saja, Ground Floor dan Mezzanine Floor. Banyak sangat kedai yang menjual pelbagai jenis barangan memang menarik mencuci mata. Selain membeli-belah dan makan, ada banyak juga aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di Central Market. Salah satunya adalah aktiviti mencanting batik. Hanya dengan bayaran RM30.00 kita akan diberikan kain batik yang sudah siap dilukis untuk diwarna menggunakan warna-warna batik yang disediakan. Aku dan Aniz tak lepaskan peluang untuk cuba, saja suka-suka nak hilangkan stress.






 






Errrm.. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Eh !!

Hasil seni tak berapa nak seni. Dibungkus elok untuk kita.

Teringat zaman sekolah menengah aktif Kelab Seni dan Kebudayaan, buat aktiviti mewarna melukis mengecat. Rindu pula jadi sesuailah sesekali pergi buat aktiviti yang kita suka. Selain daripada beberapa aktiviti menarik, di Central Market pun ada Fish Spa juga. Bolehlah pergi rendam kaki buang dead skin setelah seharian penat berjalan-jalan. Simple tapi menenangkan. Disini, kita boleh experience semua budaya yang ada di Malaysia under one roof. Setiap Sabtu pukul 8.00PM akan ada pertunjukkan kebudayaan, mesti menarik especially untuk tourist supaya lebih kenal dengan Malaysia. Barangan-barangan yang dijual pun memang majoriti adalah products tempatan dan ada nilai traditional mengikut kaum. Kami pun teruja tengok barangan-barangan yang ada, apa lagi pelancong-pelancong asing.

CARA UNTUK KE PASAR SENI / CENTRAL MARKET | GETTING THERE


The easiest way adalah dengan menaiki kenderaan sendiri, senang nak kehulu hilir. Sejam pertama, RM3.00 dikenakan diikuti oleh RM2.00 untuk jam berikutnya. Selepas pukul 5.00PM, flat rate per entry, RM5.00 dikenakan. Tapi kalau malas bersesak-sesak dalam traffic, naiklah public transportation, Kelana Jaya Line, MRT, Ampang Line dan juga KTM Commuter. Stations yang berdekatan adalah Pasar Seni Station, Masjid Jamek Station dan juga Kuala Lumpur Station. Naik bus pun senang, Rapid KL, KL Hop On Hop Off dan bus GOKL. Ataupun nak jalan kaki, hanya lima minit saja dari Petaling Street. Terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, jadi mudah untuk pergi. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Entri sebelumnya di SINI.
30 Mei 2016 [Isnin]

JALAN-JALAN KE PERTH WESTERN AUSTRALIA | PERLABUHAN CANTIK SORRENTO QUAY HILLARYS BOAT HARBOUR DAN SANDBOARDING DI LANCELIN SAND DUNES. Permulaan perjalanan road trip ke Perth dan Western Australia yang panjang. Kami akan ke utara Western Australia dahulu dan kembali semula ke Scarborough sebelum ke bahagian-bahagian lain. Road trip ke utara Western Australia adalah antara road trip pilihan pelancong-pelancong. Antara destinasi yang perlu singgah adalah Sorrento, Lancelin, Nambung National Park untuk ke Pinnacles Desert dan seterusnya ke Cervantes untuk makan lobster di Lobster Shack. Kalau ada lebih masa boleh terus lajak ke Jurien Bay dan Kalbarri. Destinasi pertama adalah ke Sorrento Quay Hillarys Boat Harbour yang terletak di Sorrento. Hanya setengah jam pemanduan dan dalam laluan yang sama untuk ke Lancelin. Alang-alang marilah kita singgah sekejap. Nothing much tapi untuk orang yang suka harbour macam aku, there are lots to see. Aku suka suasana harbour atau marina. Suka tengok yachts dan boats. Kalau tak mahu singgah pun tak apa boleh terus saja ke Lancelin. Asalnya kami nak bermalam di Sorrento atau Lancelin tapi tak jumpa lodging yang sesuai. Majoriti mahal-mahal harganya sebab Sorrento antara kawasan elit juga.

SORRENTO QUAY HILLARYS BOAT HARBOUR

Langit yang cerah dan suhu yang nyaman memang rasa terbuai sangat untuk melepak tepi pantai. Cantik sangat kalau nak bergambar. Setiap sudut di kawasan Sorrento Quay Hillarys Boat Harbour sangat cantik. Kawasan perairan yang kebiruan airnya. Puas hati tengok air jernih dan bersih. Ada port untuk berkelah dan obviously adalah kawasan bot-bot persendirian berlesen yang besar disimpan. Dapat peluang tengok seorang lelaki tengah nak lepaskan bot ke dalam laut dari kereta. Dia pun mesra semacam senyum memanjang tengok kami yang focus memerhati. Bukan calang-calang orang boleh ada bot mewah sendiri. Mesti kaya..




Begitu caranya nak lepaskan bot dalam air. Sikit-sikit dia tolak.







Kawasan Sorrento Quay Hillarys Boat Harbour berbentuk teluk dan ada kawasan khas untuk beriadah mandi-manda dan picnic. Air tak terlalu dalam. Just nice nak berendam. Tapi musim sejuk macam ni tak adalah pula orang yang nak berendam sakan. Ada banyak cafe-cafe coffee hipster dan kedai-kedai menjual souvenirs juga. Mungkin kami sampai awal pagi sangat jadi tak ramai orang dan banyak kedai belum beroperasi. Tak apalah.. Bukan nak membeli apa-apa. Saja nak jenguk kawasan. Perjalanan diteruskan laju ke Lancelin pula  iaitu antara lokasi di utara Western Australia yang wajib untuk singgah. Kami terus mencari jalan ke Lancelin Sand Dunes untuk meluncur di atas pasir atau sand boarding. 

SAND BOARDING DI LANCELIN

Lancelin adalah sebuah pekan kecil di utara Western Australia. Kalau singgah ke Lancelin wajib singgah bermain sand boarding di Lancelin Sand Dunes yang terkenal. Dari jalan utama dah boleh nampak timbunan-timbunan pasir yang membukit tinggi. Agak keliru nak mencari jalan masuk. GPS pun pening asyik berpusing-pusing.  Akhirnya jumpa setelah hampir putus asa. Dah nampak pasirnya tapi jalan masuk tak jumpa langsung. Jangan lupa untuk sewa board dari kedai runcit berhampiran atau boleh saja sewa pada penjaga kawasan masuk Lancelin Sand Dunes. Kadar sewaan adalah berbeza-beza mengikut tempat. Ada yang kira mengikut jam, ada yang mengikut unit dan ada yang ikut kepala. Nasiblah mana yang kita sewa. Kami dapat harga ikut unit jadi dikenakan kadar sewaan 10AUD (RM31.70 approx). Sewa sebiji saja rotate gilir-gilir main. Kita akan dibekalkan dengan wax untuk lumur pada papan boarding. Baru laju meluncur. Orang tak ramai jadi memang kawasan Lancelin Sand Dunes kami yang punya. Ada dua keluarga lain dari Malaysia juga.

Selain daripada datang sendiri menyewa kereta, boleh juga book tour dari Perth. Banyak packages yang menawarkan day trip ke Lancelin dan beberapa tempat lain yang popular di utara Western Australia. Boleh rujuk SINI. Tak pasti tentang public transport tapi rasanya memang memandu sendiri atau amek tour adalah pilihan yang terbaik. Terasa pedih juga terik matahari walaupun angin bertiup sejuk. Dasyat rasanya nak buka mata pun susah. Awan langsung tak ada clear langit biru. Tak boleh terus pakai jacket rasa rimas sangat. Lagipun nak bermain-main memanjat pasir kena dalam keadaan yang selesa.







Nampak macam rendah saja bukit pasirnya sekali memanjat tak sampai-sampai. Curam sebenarnya dan bukit yang kami pilih adalah antara yang rendah. Ada yang lagi tinggi memang tak kuasa nak panjat. Sekali pijak kaki tenggelam. Seronok memanglah seronok tapi mengah tak terkata. Dah sekali panjat sampai atas kena fikir pula kalau turun nak panjat lagi atau tak. Angin agak kencang. Sesekali terbangkan pasir kena jaga-jaga memang senang nak masuk mata. Sekali panjat aku duduk termenung dulu lama sikit sebelum meluncur. Hasif dan CHakim sakan tiga empat round main. Okaylah jadilah dua kali aku panjat and meluncur. Jaaadilah. Lebih-lebih memang tak sanggup. MamiZ langsung tak cuba sakan menyembang jumpa kawan baru. 

Makan bekalan yang MamiZ sediakan. Nasi goreng tuna dan broccoli.


Singgah groceries stores beli telur dan roti untuk bekalan hari-hari berikutnya. Rasa pedih kulit muka kalut cari aloe vera rasanya dah sunburn kulit. Betullah orang kata semakin naik ke utara suhu semakin panas. Agaknya macam manalah suhu di Darwin. Nasib bawa juga aloe spray buat bekalan. Kasi sejuk sikit kulit. Lenguh betis hasil memanjat sakan. Nasiblah bukan selalu nak exercise memanjat pasir. Sesekali tak apalah. Jadi jangan lupa masukkan Lancelin Sand Dunes dalam itinerary korang.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Entri sebelumnya di SINI.
29 Mei 2016 [Ahad]

JALAN-JALAN KE PERTH WESTERN AUSTRALIA | SHOPPING SOUVENIRS MURAH DI E SHED MARKETS DAN FREMANTLE MARKET. Hari pertama di Perth dah tak sabar nak melabur membeli belah especially souvenirs. Kami hanya memandu santai sekitar Perth. Belum memulakan road trip kita relax dulu. Kami akan pergi cari souvenirs murah dan banyak pilihan di E Shed Market dan singgah di Fremantle Market. Sepanjang trip memang dalam suasana yang santai no rush. Kita dah sediakan itinerary sebagai rujukan tapi kena ada flexibility tak boleh rigid sangat. Cantiknya cuasa dengan langit biru terbentang luas. Sunscreen sangat penting sebab cahaya matahari di Australia usually direct dan eloklah kita berjaga-jaga. Takut nanti sunburn pula. Pakai light jacket dah cukup. Dengan suhu sejuk dan nyaman kita disarankan untuk always apply lotion atau moisturizer untuk elak kulit jadi kering dan gatal. Destinasi pertama selepas dah selesai urusan kereta adalah ke E Shed Markets yang terletak di Fremantle.

 BELI SOUVENIRS MURAH DAN PELBAGAI PILIHAN E SHED MARKETS FREMANTLE

Terus shopping souvenirs tak beragak dah. Selalunya orang-orang lain shopping dekat nak balik tapi kami terlebih excited awal-awal lagi dah laburkan duit shopping souvenirs. E Shed Markets adalah tempat tumpuan pelancong-pelancong untuk beli souvenirs dengan harga yang lebih murah berbanding di kawasan lain. Murah tak murah sangat juga. Harga boleh tahan dengan tukaran currency kita yang tak stabil. E Shed Markets adalah satu bangunan macam gudang yang ada banyak kedai-kedai menjual pelbagai benda. Nak makan pun ada options yang pelbagai dan pilihan makanan halal pun ada. We had our breakfast cum lunch makan kebab Arab. Dapat lepas rindu pada kebab sedap yang aku makan di Melbourne. Averange harga satu hidangan adalah 10AUD (RM31.70 approx) - 15AUD (RM47.55 approx). Mahal tapi nak buat macam mana dah berada di tempat orang. Majoriti peniaga memang menjual souvenirs dan pilihan yang banyak buat kita jadi rambang mata nak memilih. Antara kedai-kedai yang menjadi pilihan pengunjung adalah Aussin dan Megabes Products kerana menjual souvenirs dengan harga yang murah. Bersebelahan saja kedai-kedainya jadi senang nak buat comparison harga. Kedai sempit penuh dengan barang dan orang pula memang ramai jadi agak sesak. Nikmat nak shopping tak berapa nak ada sebab kena berhimpit-himpit.

Harga souvenirs pula ada serendah 1.00AUD (RM3.17 approx). Tshirt ada dua jenis. Made in China atau Made in Australia. Harga obviously tak sama. Made in China lebih murah around 3.99AUD (RM12.65 approx) or more. Made in Australia pula berhaga 8.99AUD (RM24.50 approx) or more. Ada designs yang sama tapi dari sudut kualiti dan kemas menang Made in Australia. E Shed Markets hanya beroperasi pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad saja bermula pukul 09:00AM sehingga 05:00PM. Inilah sebabnya aku plan hari pertama terus ke E Shed Markets memandangkan kami sampai ke Perth pada hari Ahad. Takut tak sempat nak singgah sebelum balik. Jadi rancanglah perjalanan baik-baik.

Parking berbayar. Estimate berapa lama kita nak spend masa di E Shed Markets dan masukkan plat kenderaan. Boleh bayar pakai card credit juga. Print receipt letakkan di cermin kereta.

Kawasan parking yang luas.





Kawasan untuk makan yang selesa.




Kalau nak ke Rottness Island boleh terus ke B Shed yang bertentangn saja dengan E Shed Markets untuk naik feri Rottness Express. Dalam booklet Hello Perth yang dikutip di Perth Airport ada discount harga tiket feri. Tak pasti harga tiket ke Rottness Island dan jadual pergerakan feri macam mana. Masa plan itinerary rasa macam tak nak pergi tapi bila dah balik menyesal pula. Tak apalah ada rezeki kita pergi lagi. Dalam nak berjimat aku hanyut sekali borong macam-macam. Banyak beli tshirts Made In Australia walaupun sedikit mahal dan bags yang comel-comel. Belajar dari kesilapan lepas, this time dari awal aku dah senaraikan apa souvenirs yang nak dibeli dan untuk siapa supaya tak berlaku pembaziran. Jimat masa juga sebab tak perlulah dah sampai kedai baru terkial-kial nak ingat senarai nama. Kalau nak ke Sempat bersembang dengan seorang student Malaysia yang kerja part time di Megabes Products tanya dimana sesuai nak perform solat. Dia selalu bentang sejadah tepi kedai dan selamba solat. Kental jiwa. Lorong yang dimaksudkan memang agak tersorok dan sunyi. Kami bersetuju untuk solat disitu pergi ambil wuduk dan dengan selamba juga menunaikan solat. Ada juga orang lalu lalang tapi tak ramai dan they did not bother pun. Mungkin juga mereka dah biasa tengok orang solat di merata tempat.

BELI SAYUR-SAYURAN, BUAH-BUAHAN DAN LENCANA PATCHES DI FREMANTLE MARKET

Niat utama ke Fremantle Market adalah semata-mata untuk beli patches atau lencana. Dah alang-alang nak pergi kita terus sajalah meronda sekeliling kawasan. Kalau nak masak boleh beli seafood, sayur-sayuran dan buah-buahan segar disini. Parking agak susah nak jumpa mungkin sebab weekends jadi orang sangat ramai. Semua parking kena bayar sama konsep seperti parking di E Shed Markets. Estimate waktu dan nilai bayaran akan keluar. Print receipt dan pamerkan di dashboard. Fremantle Market pun hanya beroperasi pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula pukul 08:00AM sehingga 06:00PM. Macam-macam benda ada disini. Street food pun banyak menggoda semuanya tapi tak boleh makan. Ada beberapa options kedai-kedai yang menjual makanan-makanan halal sekitar Fremantle yang boleh dicuba. Antaranya adalah Charcoal Chicken dan Istanbul Restaurant. Korang pun boleh pergi makan fish and chips di Kaili's atau Cicerello's yang famous. Kami dah makan di E Shed Markets jadi masih kenyang.







Nak kongsikan lokasi sebenar kedai patches atau lencana aku tak ingat sebab memang sakan kami meronda sekeliling Fremantle Market. Tapi taklah susah juga nak jumpa. Memang banyak sangat pilihan yang unik dan cantik. Design memang lain dari yang lain dan rasanya tak jumpa di kedai-kedai souvenirs yang lain. Dulu pergi Melbourne langsung tak jumpa sebiji pun patches atau lencana dan akhirnya beli di Fremantle Market untuk. Kalau korang memang pengumpul patches atau lencana memang wajib datang ke kedai ni di Fremantle Market. Aku suka kumpul patches dan lencana tapi tak jahit atau tampal dimana-mana pun. Simpan saja buat koleksi.

COTTESLOE BEACH DAN SCARBOROUGH OBSERVATION RESORT

Dah dua markets diterjah memang terasa penat. Terus saja kami menghala ke Scarborough untuk check in dan berehat. Musim sejuk siang sangat limited. Dalam perjalanan sempat singgah sekejap di Cottesloe Beach yang dekat sangat dengan Fremantle. Biasa-biasa saja pantainya tak ada orang mandi pun. Kalau tak mahu singgah pun tak apa. Kerusi pun ada beberapa saja yang disediakan. Bukan kawasan yang menarik untuk melepak selain cuci mata tengok sceneries. Atau kami yang salah lokasi tak tahulah. Ada beberapa orang yang bersiar-siar bawa anjing. Rumah-rumah di kawasan ni sangat cantik. Untung ada rumah besar mengadap laut. Tenang jiwa hari-hari tengok permandangan. Angin agak kuat dan nyamannya.






 





Check-in untuk dua malam di Scarborough Observation Resort di Scarborough. Kenapa pilih nak tidur di Scarborough pun tak tahulah. It happened to be that way. Tak adalah reason sangat pun. Kalau ada pun mungkin sebab Scarborough terletak di tengah-tengah antara laluan yang bakal kami tempuh hari berikutnya. Ambil kunci di kaunter Sunmoon Hotel boleh terus masuk ke apartment. Receptionist adalah orang Malaysia yang dah lama berhijrah ke Perth. Senang komunikasi jadinya. Tak ada gambar apartment tak teringat pula nak ambil. Aku rasa memang sepanjang trip aku tak ambil gambar lodging. Malas dan time check-in camera entah kemana hala. Kalau nak tengok gambar boleh tekan SINI. Ada dua bilik dan satu toilet dan dapur lengkap dengan pekakas. Selesa sangat-sangat dan harga pun murah. Dua malam untuk empat orang hanya 190.40AUD (RM603.57 approx). Parking area depan resort saja dan dekat dengan Coles dan petrol station. Kami decided untuk dinner di Nandos Scarborough. Portion boleh tahan besar dan mengenyangkan. Kalau small appetite silalah beragak bila buat order takut membazir. Boleh pergi ke kedai makan halal yang lain tapi jauh sikit. Kami dah penat nak jalan jauh nak yang cepat. Jalan kaki saja dari Scarborough Observation Resort. Harus pulang berehat untuk menempuh perjalanan hari esok yang panjang. The world is big and I want to have to have a good look at it.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
CADANGAN LALUAN ROAD TRIP KE PERTH WESTERN AUSTRALIA DAN SEWA KERETA DARI BAYSWATER CAR RENTAL. Alhamdulillah dapat kembali jalan-jalan ke Australia buat kali kedua dan aku memilih untuk ke tempat-tempat menarik di sekitar Perth dan beberapa lagi bandar-bandar utama di negeri Western Australia. Pengalaman pertama merancang road trip ke Perth dan memandu di negara orang. Semua perancangan dibuat sendiri dan banyak benda baru aku belajar dari memilih penginapan, kereta sewa dan laluan road trip yang sesuai sehinggalah budget dan perbelanjaan. Australia is such a lovely country dan Western Australia adalah negeri terbesar. Itinerary tujuh hari ke Perth dan sekitar Western Australia yang padat pun tak cukup untuk cover keseluruhan kawasan. Kami ke Perth bulan June menaiki Malindo Air dan tiket dibeli tiga bulan lebih awal setelah semua ahli-ahli rombongan bersetuju. Sejak Malindo Air buka route ke Perth memang aku selalu check harga tiket bila dapat harga yang mampu milik terus beli.

Ada sikit drama berlaku apabila dua hari sebelum berlepas pihak Malindo Air hantar SMS. Waktu penerbangan telah bertukar dan diawalkan ke pukul 06:45PM. Sepatutnya penerbangan kami tengah malam supaya sampai ngam ngam waktu pagi boleh terus berjalan. Kalau depart petang confirm tengah malam sampai sana. Plan semua dah diatur kereta sewa pun dah deal memang tak larat sangat nak ubah apa-apa. Serabut sungguh kepala mujur semua ahli rombongan sangat supportive. Masing-masing setuju untuk stay bermalam saja di Perth Airport sehingga siang. Disebabkan Malindo Air dah bertukar terminal berlepas di KLIA jadi semua waktu penerbangan pun disusun semula. Alhamdulillah dalam kepayahan hadir juga kesenangan.

CADANGAN LALUAN ROAD TRIP DI PERTH DAN BANDAR-BANDAR SEKITAR WESTERN AUSTRALIA


Banyak blog kawan-kawan bloggers yang aku jadikan rujukan untuk plan laluan terbaik untuk road trip kami di Western Australia. Terima kasih sudi kongsi pengalaman cerita masing-masing. Mana yang boleh dipraktikkan aku guna pakai. Aku consider minat dan keinginan semua orang untuk tentukan kemana kami akan pergi. Kalau tak mahu road trip pun tak apa. Sekitar bandar Perth pun ada banyak tempat-tempat menarik yang boleh pergi. Sistem public transportation yang sistematik membuatkan pergerakan di dalam bandar menjadi senang. Tapi aku tak dapat nak kongsikan pengalaman naik public transport sebab tak naik langsung. Baca dari cerita mereka yang dah sampai ke Perth saja. Banyak juga tour packages yang ditawarkan untuk ke tempat-tempat luar bandar Perth jadi tak ada halangan untuk enjoy Western Australia to the max.


Perth - Lancelin - Cervantes - Perth - Busselton - Albany - Katanning - Perth

Basically ini adalah laluan kasar bandar-bandar utama yang dah kami pilih sepanjang berada di Western Australia. Habis tapis sudah route mana yang sesuai dan inilah hasilnya. Kalau punya masa lebih lama memang makin jauh langkah aku rasa. Mungkin boleh sampai hingga ke Esperance mencari natural Lake Hillier atau lebih dikenali dengan nama glamour Pink Lake yang sangat besar. Memang besar sungguh Western Australia apatah lagi keseluruhan negara. Insyallah kalau ada kesempatan untuk pergi lagi aku nak terjah tempat-tempat lain pula. Disetiap bandar ada tempat-tempat menarik yang diterjah dan setiap tempat ada ragam ada pengalaman. Yang manis kita kenang yang mana pahit kita paksa diri telan melupakan.

28 Mei 2016 [Sabtu]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE PERTH WESTERN AUSTRALIA | PERTH - PERTH AIRPORT + BAYSWATER CAR RENTAL GUILDFORD ROAD. Berjanji dengan CHakim untuk terus berjumpa di KLIA pada pukul 4:00PM memandangkan waktu penerbangan yang telah bertukar. Selesai urusan check in luggage dan sebagainya kami terus ke Departure Hall. Bagus juga Malindo Air dah berpindah ke terminal KLIA dapat naik aerotrain. Lama sangat tak naik jadi semakin excited. Seronok naik Malindo Air tempat duduk lapang dan selesa. Sesuai jugalah dengan harga yang ditawarkan.





Bye Kuala Lumpur. Jumpa lagi.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perth Airport mengambil masa kira-kira lima jam setengah. Western Australia adalah negeri Australia yang paling dekat dengan Malaysia. Kalau korang nak ke Australia tapi malas duduk dalam flight lama-lama, Western Australia adalah pilihan yang tepat sekali. Masa kami kesana tengah musim sejuk tapi tak ada snow pun. Susah nak jumpa snow di Australia hanya di tempat-tempat tertentu saja. Musim sejuk di Perth dan sekitar Western Australia taklah sehingga kita kena pakai baju berlapis-lapis teruk sangat. Just nice suhunya but never underestimate the weather.

29 Mei 2016 [Ahad]

HELLO PERTH DAN SEWA KERETA DI PERTH DARI SYARIKAT BAYSWATER

Semalaman tunggu dan tidur di Perth Airport. Aku tak peduli aku tidur juga sebab memang dah mengantuk sangat. Ramai rupanya yang sama-sama bergelandangan dan majoriti adalah orang-orang Malaysia. Mesti naik Malindo Air juga yang secara mengejut tukar waktu penerbangan. Tak apalah pengalaman. Mudahnya berada di Perth Airport sebab prayer room pun disediakan untuk solat cuma bercampur lelaki dan perempuan. Gilir-gilir ambil turn untuk solat. Bersihkan diri salin baju dan bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan di Western Australia. Kalau nak buat road trip kenalah ada kenderaan yang bawa kita pusing-pusing. I have to thank PLM yang banyak ajar macam mana nak sewa kereta dari Bayswater dan melayan pertanyaan aku yang macam-macam. Memang aku tak pernah sewa kereta di negara orang. Siap buat tutorial bergambar lagi.

Ada banyak pilihan kereta-kereta sewa dari company seperti Hertz, Avis, Europcar dan Thrifty yang boleh terus ambil di Perth Airport tapi aku memilih untuk sewa dari Bayswater. Sebab utama adalah harga yang jauh lebih murah dan berpatutan untuk empat orang. Bayswater tak ada kaunter serahan di Perth Airport, antara drawback yang menyusahkan pengguna. Off course they will come up dengan solution. Ada satu office Bayswater yang berdekatan dengan Perth Airport iaitu di Guildford Road. Kalau nak sewa kereta dengan Bayswater terus dari Perth Airport boleh ambil perkhidmatan Airport Transfer yang disediakan dari Perth Airport ke office Bayswater Guildford Road. Tambang seorang hanya 10AUD (RM31.70 approx) return. Total semua masih lagi murah berbanding sewa kereta dengan companies lain. Terpulang pada selera dan budget masing-masing. Beli simcard terus saja call Bayswater Guildford Road untuk inform yang kami dah sampai di Perth Airport.

Turun dari flight ada banyak buku-buku comel. Jangan lupa ambil Hello Perth sebab ada banyak discounts menarik yang mungkin kena dengan jiwa.



Urusan sewa kereta juga mudah sebab dari awal dah diuruskan dari Malaysia. Janji ada credit card semua urusan jadi mudah. Kelam kabut juga sebab aku tak ada credit card. Pinjam card MamiZ settle semua. Kami sewa Corolla Hatch yang sesuai untuk empat orang penumpang. Hanya pergi dan sign beberapa perkara terus boleh ambil kereta. Setiap driver yang akan pandu kereta kena daftar diri masing-masing dan additional cost akan dikenakan. Kami akan menempuh perjalanan yang jauh, jadi driver tambahan amatlah diperlukan. Jangan tipu daftar seorang saja tapi yang memandu ramai. Hanya MamiZ dan CHakim yang daftar sebagai driver. Berminat untuk sewa kereta dari Bayswater boleh tekan SINI. Excited sebabfirst time travel dengan MamiZ ke luar negara. Yang lain-lain pun my new travel partners. Let's go guys. We can do it.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.