Trip Perth 2018 : 10.0 Elizabeth Quay, Blue Boat House, Kings Park, DFO Perth, Good Bye Perth & Barang Yang Dibeli Di Perth | SITI.YANG.MENAIP

Trip Perth 2018 : 10.0 Elizabeth Quay, Blue Boat House, Kings Park, DFO Perth, Good Bye Perth & Barang Yang Dibeli Di Perth

/
11 Comments
March 27, 2019
12 December 2018 Rabu


ELIZABETH QUAY, BLUE BOAT HOUSE CRAWLEY EDGE BOATSHED, KINGS PARK, DFO PERTH YANG BARU, SELAMAT TINGGAL PERTH & SOUVENIRS YANG DIBELI DI PERTH. Hari terakhir di Perth masih lagi dipenuhi dengan beberapa aktiviti yang santai. Tak mahu terkejar-kejar untuk pulangkan kereta dan gerak ke airport. Sengaja kami ambil penerbangan petang supaya boleh bersiar-siar lagi pada waktu pagi. Seawal 05:00AM aku dah bangun tengok langit mula cerah. Tak dapat nak lena sangat jadi aku kemas apa yang patut serba sikit. Pastikan luggage kami berempat dah disusun dengan baik. Pukul 08:00AM aku dan Neddy akan ke No Birds Bayswater untuk hantar semua luggage untuk disimpan terlebih dahulu sementara kami meronda sekitar bandar Tak adalah sempit sangat keadaan dalam kereta untuk meronda. Kami gerak lepas selesai urusan check-out dan pastikan semua bersih dan kembali tersusun. Cadangan asal nak makan nasi lemak di The Sarapan Victoria Park tapi kami ada banyak lagi lebihan makanan yang belum habis digunakan. Tak perlu membazir jadi kita masak dan makan sajalah apa yang ada.

ELIZABETH QUAY PERTH CBD

Elizabeth Quay adalah kawasan waterfront yang terletak di Perth CBD in between Barrack Street dan William Street. Pilihan terbaik untuk ke Elizabeth Quay adalah dengan menaiki public transportation. Boleh naik train ke Elizabeth Quay Train Station atau Busport. Selain train dan bus, boleh juga naik Transperth Ferry dari Mends Street Jetty di South Perth terus ke Elizabeth Quay. Perkhidmatan Blue CAT Bus yang percuma pun lalu kawasan Elizabeth Quay. Bagi yang bawa kereta, kawasan parking adalah limited dan sangat mahal jadi option terbaik adalah dengan menaiki public transportation sekiranya korang bercadang untuk singgah ke Elizabeth Quay. Bayaran parking mengikut jam dan berlainan harga mengikut kotak-kotak parking. Pening juga kami nak faham konsep parking yang digunakan. Aku personally rasa tak ada apa sangat disini tapi it is a nice place untuk berjalan santai dan menikmati permandangan bandaraya Perth. Jangan lupa naik Elizabeth Quay Bridge - aku tak naik sebab malas tapi tengok orang lain pergi nampak cantik juga. Ada juga beberapa spot yang iconic untuk bergambar seperti Spanda dan visit Perth sign. Aku lagi tertarik untuk cuba ice cream di Gusto Gelato tapi masa kesana belum buka pula.

Terganggu pandangan tengok renovation kiri kanan.

Elizabeth Quay Bridge dari jauh. Sebiji Transperth Ferry menghampiri jetty.

Binaan wajib bergambar di Elizabeth Quay - Spanda. Sebut betul-betul naaa..


Sekejap saja kami singgah nak bergambar di beberapa sudut. Kami bayar parking untuk setengah jam saja jadi tak bolehlah nak berlengah sangat. Jom ke destinasi seterusnya.

BLUE BOAT HOUSE CRAWLEY

Masa first time ke Perth, aku pernah lalu tepi Blue Boat House ni tapi tak tahu menahu rupanya itu adalah iconic spot untuk bergambar di Perth. Memang nampak ramai orang beratur ingatkan ada event tertentu. Bila balik kaji semula ohooo rupanya memang spot popular orang ambil gambar. Aku rupanya yang tak tahu. Jadi this time kenalah singgah. Bagi yang memandu kena menapak sikit untuk ke Blue Boat House sebab tak boleh sesuka hati berhenti tepi jalan. Boleh parking di Blue Boat House Car Park berdekatan dengan Perth Dinghy Sailing Club. Korang key in sesiap dalam GPS untuk cari dua kawasan ni untuk parking. No parking fee (setakat December 2018) jadi kalau sekarang dah kena bayar aku tak pasti. Korang boleh juga parking di kawasan Kings Park tepi jalan Kings Park Avenue Street tapi tak pasti dibenarkan atau tak. Itu adalah kawasan perumahan jadi pandai-pandailah decide macam mana. Yang menggunakan public transportation boleh naik Green CAT Bus dan turun di Mounts Bay Road. Kena beringat satu perkara, disini ramai sangat orang nak bergambar jadi agak lama menunggu dan beratur untuk bergambar. Majoriti adalah Malaysians dan Singaporeans. Hihihi.. 

Hampir lima belas minit menapak dari tepat parking.

Akhirnya sampai. Setengah jam beratur menunggu giliran untuk bergambar.



Bila nampak ramai beratur tunggu turn, kita kena consider orang lain juga. Jangan ambil masa setengah jam hanya untuk seorang posing sakan di setiap sudut dan ceruk. Jangan jadi selfish just because kita sampai dulu jadi kita rasa boleh conquer sesuka hati. Beberapa orang sebelum giliran kami ada sekumpulan pelajar tengah photoshoot sempena Graduation Day dan ada professional photographer lagi. Bila dah ramai dan macam-macam gaya bergambar, haruslah lama nak susun kasi nampak cantik. Penat menunggu sebab seolah-olah diorang buat-buat tak nampak barisan manusia yang semakin panjang beratur. Orang lain dah mula bising merungut sebab terlalu lama menunggu baru nak beredar. Memang bengang rasanya sebab tak memikirkan orang lain. While waiting, fikir siap-siap nak posing macam mana. Check forecast dulu sebelum pergi sebab kalau hari hujan memang tak ada tempat berteduh. Bila cuaca teruk, ada possibility jambatan kayu ditenggelami air. Jangan datang terlalu awal sebab takut air surut nanti tak cantik. Haaa.. Pandai-pandailah decide macam mana dan apa yang terbaik.

Kami singgah Kings Park sekejap, park tepi jalan area lookout point untuk bergambar. Tak ada niat nak meronda pun. Touch and go. Okaylah dah selesai ada gambar di Kings Park dan Blue Boat House, jom kita singgah Coles beli chocolates shopping last minute nak habiskan coins dan singgah DFO Perth cuci mata dan isi minyak sebelum pulangkan kereta.

DFO PERTH

DFO Perth baru saja beroperasi beberapa bulan sebelum aku kesana. Memang dah target nak singgah walaupun sekejap sebab lokasi dekat dengan airport. Dari Perth International Airport ada disediakan perkhidmatan shuttle bus untuk sesiapa yang nak ke DFO Perth. Macam perkhidmatan shuttle bus KLIA/KLIA2 ke Mitsui Outlet Sepang. Kami singgah sekejap dalam satu jam setengah sebelum terus pulangkan kereta di No Birds Bayswater. Ada outlet yang ada di DFO Perth tak ada di Watertown Brand Outlet jadi it is a good thing juga kalau nak singgah kedua-dua lokasi. Tak reti nak jawab kalau orang tanya nak pergi yang mana satu. Sendiri kena compare outlets yang korang suka ada dimana. Semua items ada discount tapi yang aku berkenan bila dah tolak tambah rasa macam sama pula harga seperti yang dijual di Malaysia. Fossil di Watertown Brand Outlet lebih murah dan meriah berbanding di DFO Perth. Tak sama discount yang diberikan. Syukur aku dah rembat siap-siap masa di Watertown Brand Outlet. Kalau tidak.. Penyesalan tak sudah. Menarik di DFO Perth pun aku rasa sebab ada Coach Outlet. Tapi.. huurm harga tak boleh bawa bincang. Boleh tengok dan telan air liur saja. Kalau korang memang sejenis yang suka shopping, satu jam setengah memang tak cukup. Kawasan luas jadi more time diperlukan untuk explore. Rancang perjalanan sebaik mungkin ya...



SELAMAT TINGGAL PERTH.. JUMPA LAGI

Kami ke No Birds Bayswater untuk pulangkan kereta. Masa pulangkan kunci aku ingat dia akan spot check kereta tapi tak. Dia suruh drop kunci saja. Alhamdulillah tak ada kejadian yang tak diingini berlaku dan kami dihantar ke airport menaiki van airport shuttle. Banyak gilaaa luggage dan barang-barang kami berempat. Memang elok sangat aku top up jumlah KG jadi 120KG. Senang semua sekali kami check-in dan berlenggang masuk flight. Tinggal hand carry yang ringan saja. Sebelum check-in sekali lagi pergi timbang untuk pastikan tak lebih muatan dan beg sudah dikemas rapi. Aku sumbat Corelle MamiZ dalam luggage tapi Neddy dan AcikE pegang jadikan hand carry. Sekotak lebih kurang 4.8KG ke 5.5KG mengikut jenis. Buah-buahan yang kami beli dan petik pun dibalut rapi dalam kotak dan hantar sekali untuk check-in. Masa nak drop barang-barang ada juga pekerja dikaunter tanya sikit mengenai buah-buahan dan syukur alhamdulillah lepas. Buah-buahan dibawa keluar tak jadi masalah sebenarnya. Yang mungkin sangkut adalah di kastam Malaysia. Ada beberapa jenis buah-buahan yang tak dibenarkan dibawa masuk ke negara kita. Aku tak ingat buah apa tapi adalah pernah nampak amaran tentang buah-buahan tu semua. Tawakal sajalah kalau pihak berkuasa nak ambil tak boleh buat apa.

Beg sudah beranak-pinak.

Good bye Perth. Ada jodoh jumpa lagi..


Selesai kisah sepuluh hari di Perth, Western Australia. Syukur semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang dan tak ada kejadian yang tak diingini berlaku. Walaupun dah dua kali pergi tapi masih rasa macam tak puas sebenarnya. Ramai kata Perth bosan dan tak banyak benda nak tengok berbanding dengan negeri-negeri Australia yang lain. Tapi tak tahulah.. Selain Melbourne aku memang rasa Perth adalah satu lokasi holiday yang tenang dan menyeronokkan. Cuma jarak dari satu lokasi ke lokasi yang lain adalah jauh. Penat memandu jadi kena rancang perjalanan sehabis baik. Tapi bila dah sampai ke lokasi yang dituju, hilang lelah. Subhanallah - memang puas hati dan mata yang memandang. Kalau ada rezeki insyallah nak pergi lagi tapi kena tunggu banyak tahun lagilah. Lepas dah terjah tempat-tempat lain yang ada dalam bucket list apa salahnya repeat Perth lagi. Banyak pengajaran dan pengalaman yang aku dapat sepanjang berada di sana. Tetapkan niat hati kita untuk berkelana di bumi ciptaan-Nya insyallah setiap langkah kita akan dilindungi dan dapat pahala. Terima kasih kepada semua yang dah menjayakan trip Perth 2018 kali ini terutamanya MamiZ, AcikE dan Neddy.


BARANGAN / SOUVENIRS YANG DIBELI DI PERTH AUSTRALIA

Aku dah kongsikan itinerary, tips dan perbelanjaan jadi sekarang aku nak kongsikan pula barang-barang yang aku beli untuk dibawa pulang ke Malaysia. Dah pergi jalan mestilah shopping serba sedikit kan.. especially souvenirs untuk dijadikan kenangan. Tak ada niat nak menunjuk, aku tak shopping benda mahal pun. Hanya niat nak kongsikan harga supaya korang semua dapat bayangan berapa harga barang-barang disana. Senang nak budget nanti berapa nak asingkan untuk dibelanja. Selalunya ramai yang akan borong chocolates, perfumes dan set pinggan mangkuk Corelle dan barangan dapur Pyrex dan Corningware. Beberapa barangan memang jauh lebih murah disana dan berbaloi kalau nak borong. Ada juga few things kalau kita convert ke RM harga lebih kurang saja. Boleh shopping di Watertown Brand Outlet dan juga DFO Perth yang baru saja beroperasi.


Selalunya kalau nak bawa balik buah-buahan, aku just simpan dalam bekas makanan dan sumbat dalam luggage. Tapi this time sangat banyak lebihan buah-buahan dan sayur-sayuran. Sayang sangat rasa kalau nak tinggal jadi a night before balik ke Malaysia, aku dapat ilham nak minta kotak di Coles dan balut kotak dengan cling wrap. Sumbat semua lebihan buah-buahan dan sayur-sayuran sekali, balut elok-elok dan check-in sekali dengan luggage. Jangan balut cincai dan comot, sekurang-kurangnya pihak sana nampak kita memang serious nak bawa bungkusan balik. Aku cuak juga kalau tak lepas tapi alhamdulillah tak ada masalah langsung. Buah-buahan dan sayur-sayuran semua masih dalam keadaan baik. Aku tak sarankan korang ikut cara ni- kalau jadi apa-apa do not blame me. Aku dah ingatkan.. unless ini adalah option terakhir yang korang ada seperti aku. Kalau ada cara yang better, silakan buat.


Ini adalah suku dari hasil tangkapan chocolates yang diborong. This time aku banyak beli TimTam dan Lindt. Memang ada dijual di Malaysia tapi harga disana sangatlah murah. Lindt hanya 3AUD - 5AUD mengikut jenis. Kalau di Malaysia hampir RM60.00 jadi wajiblah kita borong. TimTam pula memang rezeki kami dapat 3 bungkus untuk 4AUD. Usually aku selalu jumpa 2 bungkus untuk 5AUD. Mana nak dapat TimTam harga kasih sayang macam ni kalau di Malaysia. Borong jangan tak borong !! MamiZ pula sangat suka chips Coles Sour & Cream tu.. Tak tahulah sepanjang disana berapa botol kami makan. Memang wajib diborong bawa balik juga sebab sedap. Tak terlalu masin. The funniest part adalah - chips itu adalah hasil keluaran syarikat di Malaysia. Selain daripada Lindt dan TimTam, boleh juga beli Whittakers dan Cadbury. Banyak pilihan flavours yang menarik. Pastikan kita check ingredients dulu jangan terlalu yakin sangat. M&Ms pun aku borong sebab tengah sale dan flavours yang diborong belum pernah nampak dipasaran Malaysia. Mungkin masa kami disana demam Christmas sedang melanda jadi murah-murah belaka harga barang.


3 sets untuk AUD10 di Megabes Fremantle Market.

Disebabkan dah beberapa kali ke Australia, aku tak borong beli souvenirs sangat dah. Souvenirs beli dulu pun masih ada dalam simpanan. Just bought few things yang orang kirim dan souvenirs untuk kawan-kawan MamiZ. Aku beli souvenirs hanya di kedai Megabes di Fremantle Market. Kami tak jenguk kedai lain dah memang tumpu disitu saja. Dulu Megabes dibuka di E-Shed Markets tapi dah pindah ke Fremantle Market. Harga memang yang paling murah tak akan dapat harga yang sama dimana pun.. Tapi satu sajalah kena - dah barang murah jadi quality pun murah juga. Untuk standard souvenirs original Australia, harga mahal juga seperti dikedai-kedai lain. Pilihan ditangan masing-masing. Range harga topi bermula 3AUD - 10AUD dan choices tshirt di Megabes cantik-cantik. Range harga adalah sekitar 4AUD - 30AUD. Nak yang kain elok kena bayar mahal sikit. Kami beli keychains, fridge magnets, mugs, totes, topi dan seekor patung Koala. MamiZ belikan mugs untuk kawan-kawan baik, sebiji berharga 4AUD. Antara souvenirs yang aku suka beli adalah beg totes dan di Megabes boleh dapat semurah 2AUD untuk size yang paling kecil. Tuala mandi, kitchen towel dan set apron antara souvenirs yang menjadi pilihan ramai.


Sampai di satu-satu lokasi tertentu, aku lebih suka kumpul souvenirs yang exclusive begini untuk koleksi peribadi. Selalunya beli seketul saja fridge magnet. Kalau harga fridge magnet terlalu mahal aku hanya beli postcards. Postcard kosong tak perlu tulis apa-apa. Kalau rajin beli yang lain untuk post kepada diri sendiri. Seronok juga kumpul postcards bila rindu boleh belek balik tengok koleksi. Thanks sangat kepada kawan-kawan yang rajin send postcard sebagai tanda kenangan. I really appreciate it. Kalau harga fridge magnets mampu beli, aku akan beli seketul. Seperti fridge magnet Cape Leeuwin Lighthouse diatas, hanya 3.50AUD jadi bolehlah beli seketul sebagai kenangan.


Aku borong pencil cases Smiggle di Watertown Brand Outlet. Sebenarnya tak plan pun nak beli Smiggle sebab di Malaysia pun ada. Cuma bila dah convert ke RM memang jauh lebih murah kalau dibeli di Australia, pakat borong. Seronok shopping sebab ada extra discount lagi sempena nak Christmas. Dapatlah aku belanja anak-anak buah yang dah bersekolah seorang sebiji Smiggle. Yang besar dapat yang kotak yang kecil dapat yang transparent. Oooh !! Tak tahan sebab comel sangat - aku beli sebiji untuk diri sendiri juga. Geram tengok macam-macam ada tapi memikirkan usia aku yang tua ni kenalah control diri. Kalau tak memang dah beli dengan pen bulu-bulu, buku nota dan berkemungkinan bag pack pun aku beli. Huhuhu..

Pakaian kanak-kanak yang dibeli di BigW.

Pakaian kanak-kanak yang dibeli di Cotton On Kids.

Aku ni memang suka sangat nak memborong pakaian untuk kanak-kanak. Bertuahlah anak-anak buah aku dapat makcik penyayang macam aku. Geram sebenarnya sebab sangat comel. Bila dah balik baru sedar untuk anak-anak buah lelaki tak pula aku belikan baju baru. Maaflah.. Terlupa terus sebab focus beli baju-baju anak-anak buah perempuan. Baju-baju di BigW sangatlah murah hanya sekitar 1AUD - 3AUD sehelai. Aku beli semua yang 1AUD saja. Eloklah buat pakai seharian. Walaupun murah, jahitan tetap kemas dan puas hati beli. Seluar pun murah sangat. Dapatlah seorang sepasang dua. Jenama pakaian baby brand Bonds pun famous disana. Di BigW ada pelbagai jenis design. Kalau boleh memang nak beli lagi banyak sebab cantik-cantik semuanya. Aku ni belum ada anak lagi, kalau dah ada memang lagi banyak borong agaknya. Yang mahal sikit aku beli di Cotton On Kids di Watertown Brand Outlet. Dapatlah baju sekitar 3AUD - 5AUD. Masih murah jika dibandingkan dengan harga Cotton On Kids di Malaysia.

Selain daripada barang-barang diatas, kami beli set pinggan mangkuk Corelle di BigW. Aku suka sangat peralatan dapur disana, set pisau sudu dan garfu tapi jenuh nak bawa balik sebab berat. Bagi aku Pyrex dan Corningware lebih kurang saja harga dengan yang dijual di Malaysia jadi jangan seksa diri nak angkut berat-berat bawa balik. Beli juga kasut, handbag dan jam tangan. Ada kesempatan beli dengan harga murah disana eloklah kita beli. 

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

11 comments:

  1. blue boat house tu diorang actually gunakan untuk apa ya? macam jeti ke? atau memang untuk bergambar saje? chips Coles tu takde jual kat malaysia ek...kalo ada, terus cari ni...hahahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi tak tahula tapi rasanya macam tempat simpan boat or tambat boat. tak pasti jugak. dan kenapa jadi famous teruk sangat pun tak tahula.. i follow je trend hahaha.. xde la chips tu kat Malaysia walaupun keluaran syarikat Malaysia kuikui..

      Delete
  2. Cantiknya pemandangan kat sana. Teringin jugak nak melancong ke Aussie... InsyaAllah one day

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah one day akan sampai. may Allah shower us dengan rezeki yang melimpah ruah dapat kita semua pergi sana sini =)

      Delete
  3. Part baju dengan produk smiggles tu memang kalau dah murah, rugilah tak belikan.. Diskaun pula tak boleh bawa bincang.. hehehe..
    Coklat tu pergh!! heaven..

    ReplyDelete
  4. blue boat house tu mmg tempat wajib bergambar kalau ke Perth kan...kalau tak sempat mau murung hahaa

    ReplyDelete
  5. murahnya baju budak tu...cantik2 plak.

    Hr tu tgk kt Cotton On Kids Qbay....uiiii...boleh beli blouse org dewasa hrga dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol kak.. CT yang xdak anak pun rasa rambang mata sangat nak membeli. yang ada kids mesti lagi tak keruan. kena pi tempat mcm FO tu baru murah sket. sikit jele hihi..

      Delete
  6. suka corningware & pyrex...berbaloi beli kalau murah dari kt M'sia..

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.