Trip Perth 2018 : 9.0 Caversham Wildlife Park, Swan Valley Mosque And Islamic Centre, Watertown Brand Outlet & Shopping Corelle Di Belmont Forum | SITI.YANG.MENAIP

Trip Perth 2018 : 9.0 Caversham Wildlife Park, Swan Valley Mosque And Islamic Centre, Watertown Brand Outlet & Shopping Corelle Di Belmont Forum

/
32 Comments
August 16, 2019
11 December 2018 Selasa


CAVERSHAM WILDLIFE PARK, SOLAT DI SWAN VALLEY MOSQUE, SHOPPING DI WATERTOWN BRAND OUTLET DAN BORONG CORELLE DI BIGW BELMONT FORUM. Berbaki sehari lagi untuk meronda di Perth sebelum pulang ke Malaysia. Sekejapnya dah sepuluh hari hampir berlalu. Masa mula sampai bercinta sangat rasa lama. Hari terakhir dipenuhi dengan aktiviti santai bermanja dengan Kangaroo dan Koala di Caversham Wildlife Park dan shopping sehingga lenguh kaki dan tangan memborong di Watertown Brand Outlet dan Belmont Forum. Fuuuhh !! Marilah kita mulakan perjalanan hari kesembilan di bumi Western Australia. Kami breakfast dulu di Airbnb sebelum gerak dan tapau makanan untuk lunch.

DATANG AWAL KE CAVERSHAM WILDLIFE PARK UNTUK ENJOY SEMUA SHOW DAN TAK BEREBUT DENGAN ORANG RAMAI

Ini adalah antara soalan yang aku selalu dapat daripada pembaca sekalian. Selalu dapat soalan pukul berapa nak pergi atau waktu terbaik untuk ke Caversham, pagi atau petang ? Seronok atau tak dan macam-macam lagi. Inilah yang aku dapat kongsikan. Pergilah seawal yang mampu supaya korang dapat enjoy sepuas hati. Caversham Wildlife Park beroperasi mula pukul 09:00AM dan kami berempat sampai awal at 08:45AM, seorang pengunjung pun tak ada lagi selain kami dan kamilah group pertama yang beli tiket that day. Inilah yang kami buat untuk memastikan kami dapat enjoy semua show yang ada di Caversham Wildlife Park mengikut masa show time yang pertama. Boleh refer website untuk tengok show time. After one show atau satu-satu session bersama animals, terus sambung show lain jadi aku susun siap-siap supaya kami dapat enjoy semuanya. Trust me !! Perjalanan kami smooth sangat dan tak perlu beratur panjang atau tak dapat tempat duduk ketika show. Setengah jam lepas Caversham dibuka memang manusia menderu-deru datang tapi alhamdulillah kami tak sangkut dimana-mana station. The choice is in your hand. Bekalan makanan yang siap tapau boleh bawa masuk sekali ke Caversham Wildlife Park dan tinggal di kawasan yang disediakan. Dah penat berjalan rasa lapar sebelum gerak balik boleh makan dulu. Ada juga cafe yang menjual makanan jadi terpulang.

MEET THE KOALA

Attractions yang ada di Caversham Wildlife Park adalah :
  • Farm Show
  • Molly's Farm
  • Meet The Wombat & Friends
  • Feed The Kangaroos
  • Meet The Koalas
  • Penguin Feeding

Setiap attraction ada show time tertentu kecuali untuk Molly's Farm dan Feed The Kangaroos yang boleh pergi all day. Rugi kalau tak rancang elok-elok sebab takut terlepas salah satu show. Rujuk SINI - Caversham Wildlife Park Show TimeFirst sekali kami ke kawasan Meet The Koala, sunyi sepi tak ada orang melainkan staffs bertugas. Puas hati sangat dapat pegang Koala lama-lama dan bergambar sakan sampailah ada pengunjung lain yang datang. Barisan untuk beratur semakin panjang untuk bergambar dengan Koala. Legaaa.. Tak payah beratur. Ada banyak Koala di dalam kandang.


Yang pertama sampai !!

Lengang !! Tempat ini kami yang punya !!

Nyenyak tidur.


Meet The Koala hanya setengah jam saja bermula pukul 09:00AM - 09:30AM untuk sesi pertama dan kemudian ada lagi. Kalau terlepas yang pertama kena tabah tunggu sesi seterusnya. Itulah penting untuk rancang perjalanan sehabis baik. Kami terus ke kawasan seterusnya untuk ke area Meet The Wombat & Friends, bersebelahan saja dengan kawasan Koala. Disediakan satu bangunan khas bertutup yang menempatkan Wombat dan binatang-binatang lain. Selain Wombat, ada juga animals lain seperti Possum, Birds dan Reptiles. Ada pekerja yang akan jaga dipintu masuk. Kalau dah crowded, pintu akan ditutup sehingga selesai sesi yang pertama jadi pengunjung lain kena tunggu diluar. Tak adalah ramai semua sekali bersesak dalam satu kawasan berebut nak tengok animals.

MEET THE WOMBAT AND FRIENDS

First time tengok Wombat secara dekat.

Neddy yang berani.

Possum. Comel !!

Around lima minit before waktu sesi pertama nak habis, staffs akan ingatkan pengunjung untuk beredar. Jadi faham sendirilah kena keluar. Panjang gilaaa barisan manusia yang tengah tunggu turn nak masuk. Nak keluar pun kena menyelit baru dapat lepas diri dari lautan manusia. Selesai sesi bertemu Wombat, kami ke kawasan untuk menonton The Farm Show. Kami antara yang pertama sampai dan dapat pilih untuk duduk dibarisan hadapan. Penuh dengan orang Malaysia hihihi..

THE FARM SHOW

Bagi aku, ini adalah show yang paling best yang ada di Caversham Wildlife Park jadi korang tak boleh terlepas dari tengok The Farm Show. Lebih kurang sama dengan show yang aku tengok di Phillip Island di Melbourne tapi ini lebih kemas dan menarik. Nampak tersusun dan sistematik. Content sama saja.. Potong bulu kambing biri-biri, hambat biri-biri masuk kandang dan perah susu lembu. Walaupun dah tengok benda hampir sama tapi tetap menarik.

Process menghambat biri-biri.

Semua orang diberi peluang untuk perah susu lembu.

Sepanjang show kita akan didedahkan dengan penerangan tentang process mengembala biri-biri, fungsi anjing yang dilatih khas untuk mengejar biri-biri, process mengetam bulu biri-biri dan macam-macam lagi. Penuh information dan kadang-kadang staffs ada juga berinteraksi dengan penonton jadi show tak bosan. Ada juga lawak terselit-selit menjadikan show lebih menarik.

FEED THE KANGAROOS

Habis saja The Farm Show, kami ke kawasan Kangaroos. Kami skip Penguin Feeding sebab rasa malas nak tengok. Jadi di kawasan Kangaroos kami boleh lepak lama sikit. Area untuk Feed The Kangaroo dibuka sepanjang hari jadi korang boleh pergi tengok shows dulu kemudian baru singgah sini. Cuma bila menjelang tengah hari, banyak Kangaroo dah lemau dan kerja nak tidur saja. Tak banyak yang active. Seronok di Caversham Wildlife Park, makanan untuk Kangaroo diberikan secara percuma. Ada banyak bekas makanan disediakan ambil saja untuk beri Kangaroo makan. Kalau di sesetengah tempat, makanan untuk haiwan kena beli asing pula.

Aktiviti tengah hari - tidur !!

Makan bekalan lunch yang dibawa.

Puas hati jugalah bermain dengan Kangaroo walaupun ada banyak yang dah tidur. Waktu tengah hari memang gitulah gelagat binatang-binatang ni semua. Kami singgah sekejap ke kandang Penguin menjenguk tapi show belum mula. Tak nak tunggu sebab memang plan tak tengok Penguin Feeding. Makan bekalan lunch yang dibawa di kawasan yang disediakan. Ramai yang bawa bekalan makanan sendiri. Masa kami makan ada dua tour agencies yang bawa orang Malaysia tengah unpacked makanan juga. Overall kami spend hampir empat jam di Caversham Wildlife Park. Berbaloi untuk datang ke Caversham Wildlife Park especially yang bawa kanak-kanak. Kawasan luas untuk explore boleh berjalan bebas dan ada banyak juga haiwan yang kita boleh dapat close encounter. Kalau ke zoo aku rasa banyak animals dalam kandang dan sangkar. Jadi aku recommend Caversham Wildlife Park untuk semua.

SWAN VALLEY MOSQUE AND ISLAMIC CENTRE

Ini adalah masjid baru yang terletak berdekatan dengan kawasan Whiteman Park dan Swan Valley. Kalau seharian korang dah plan untuk meronda sekitar Swan Valley elok sangat singgah solat disini. Aku guna Google Maps saja untuk cari lokasi insyallah tak sesat. Masjid ini dibina hasil kutipan derma masyarakat Muslim tempatan. Bagus kan.. Masa kami kesana bangunan ruangan solat untuk wanita belum siap sepenuhnya jadi kena solat di ruangan solat lelaki. Tak ada orang pun sebab dah lepas waktu solat Zohor agaknya. Selesa dan sangat cantik.

SHOPPING DI WATERTOWN BRAND OUTLET DAN BELI CORELLE DI BIGW BELMONT FORUM

Lepas solat kami terus ke Watertown Brand Outlet untuk shopping. Orang tak ramai jadi tak stress nak shopping. Banyak brands yang tengah offer kaw kaw dan rugi kalau tak memborong. Hasil hasutan dan pujukan, MamiZ beli handbag Fossil sebiji dan aku dapat sambar jam tangan. Bila convert harga ke RM, memang murah banyak. Patutlah ramai yang suka jadi personal shoppers. Neddy dan AcikE pun memborong juga. Masing-masing beli kasut Puma yang sangatlah murah. Aku pun tak lepaskan peluang membeli kalau dah sepasang Puma Soft Foam Suede hanya AUD29 (RM90 approx). Memang tak akan jumpa punyalah harga macam tu di Malaysia. Rugi yang amat kalau tak beli. Daripada tak nak terjebak beli kasut, terus beli sepasang. AcikE beli untuk semua anak-anak lain seorang sepasang. Puas hati !! Ni nak sembang sikit bab discount dan sale. Benda-benda macam ni tak boleh nak jangka bila ada sale dan brand apa yang sale. Kena pergi tengok sendiri. Masa aku pergi tu, Vans, Puma, Nike dan Fossil memang sale teruk. Penuh kedai orang serbu tapi Converse dan Adidas harga tak mesra alam. Berbeza dengan waktu aku kesana tahun 2016, Adidas menggila sale dan Levi's pun sama. Menjawab pertanyaan korang tentang sale, maaflah. Kena pergi sendiri baru tahu. Sediakan saja duit sebab aku yakin korang akan beli juga something.


Lepas dah melabur di Watertown Brand Outlet, kami ke Belmont Forum pula untuk beli Corelle. Corelle bukan terjual di Belmont Forum saja tapi kat tempat lain pun ada juga. Usually di BigW memang ada terjual Corelle. Aku tak pasti pula outlet Corelle di Perth dimana. Aku dah selesa di Belmont Forum dan yakin di BigW ada jual jadi terus kesana sajalah sambil memborong chocolates dan jajan untuk dibawa pulang ke Malaysia. Seronok our moms memborong Corelle. MamiZ beli sekotak lagi tambah collections sedia ada dan beli loose set. Range harga sekotak Corelle 16 pieces di BigW adalah lebih kurang 48.00AUD - 70.00AUD (RM145.00 - RM250.00 approx) bergantung pada design. Murah jugalah harga Corelle disana sebab tu ramai borong. Berat sekotak pula lebih kurang 4.8KG - 6.0KG jadi pandai-pandailah korang tambah tolak dengan berat luggage yaaa.. Dah selesai memborong, kami terus pulang ke Airbnb untuk rehat dan packing barang-barang. Alhamdulillah cukup semua muatan dan terlebih KG. Buah-buahan yang lebih pun kami bungkus balut kemas dan bawa balik. Untuk urusan check-in buah-buahan di kastam Australia tak ada masalah. Kita bawa buah tempatan keluar tak apa jangan kita bawa masuk dari luar. Selamat berkemas.. Esok dah nak balik.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

32 comments:

  1. Kalau pergi awal memang best.. semua kita boleh jadi yang pertama untuk tengok.. Berbanding kalau datang lambat.. kan siti.. Comel-comel haiwannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak.. masa plan tu CT xdapat bayang pun keadaan macam mana. tu yang nak pegi awal so semua pun dapat cepat xyah rebut2.

      Delete
  2. bestnya dapat pegang Kangaroo

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel kan.. geram tapi takut juga sebenarnya. takut kena tomoooi..

      Delete
  3. Bestnya dapat pegang Dan jumpa kangaroo

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti awak dapat kesana awak pula pegang k =)

      Delete
  4. Nanti nak pergi Australia jugaaa hehe my wishlist ni

    ReplyDelete
  5. Aww those Koalas and the kangaroos are the cutest !

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikr !!! too bad yang Koalas we got the change to stroke its back je. huhuhu.. best lagi if boleh cuddle geram !!

      Delete
  6. Alolololoooo comeinya koala! Kangaroo tu pulak nampak macam samseng sikit, otai kawasan 😆❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. comey2 depa takut gakla nak dekat2. hehe.. takut kena tomoi =P

      Delete
  7. i wish i could travel more

    ReplyDelete
    Replies
    1. janganlah 'i wish'.. always sebut 'i will travel more'
      feelings are prayers =)

      Delete
  8. Bestnya dapat pengalaman macam ni, tengok haiwan yang takde kat Malaysia. Terus tengok demo kena cukur bulu pulak tu..best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. demo tu best juga sebab dekat.. puas hati.. tapi lagi suka pengalaman perah susu lembu tu. hehe.. oops.

      Delete
  9. Banyak betul ksarie kena menabung ni. Bukan setakat menabung untuk travel nampaknya. Harus juga menabung untuk Corelle gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah boleh geng dengan my Mom la cemni kak.. dia bawak duit untuk Corelle dia jaaa yang lain dia x pdulik !!

      Delete
  10. comelnya possum,mcm kucing...shopping mmg best time sale, tambahan murah dari kt M'sia..mmg berbaloi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. murah yang amat.. skrng ni i set another goal. kalo pegi mana2 i will buy something yang mahal sket or branded untuk diri sndiri because they r cheaper kat luar dari negara kita..

      Delete
  11. kejenya tidur aja si koala tuh yek.... comei lak tu

    kanggaro tu jenis yg jinak ke cmane? biasa tgk kanggaro tu suka beno menyepak ngn kaki dia yg kuat tu... ke tu time terancam je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula kejenya. orang bratur nak tngk dia.. sedap dia lena.

      kangaroo ni sebab dibela n dah diajar untuk jinak. jadi depa membesar dalam environment yang selesa semua dia xtau dia tu sebenarnya binatang liar hehe.. kalau yang kat luar tu memang kena hati2 kalo jumpa. kena tomoi nanti..

      Delete
  12. waahh dah mahal.. masa saya datang 2016 27 AUD
    saya tak sempat tgok wombat show tu, arghh comelnya diaa :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. i believe nxt year naik lgi wakakaka.. diorang pun always je naikkan harga =D

      Delete
  13. orang datang nak lawat dia, dia pulak nyenyak tido yaaa

    ReplyDelete
  14. Pengalaman yang best dapat close up kangaroo and perah susu lagi tu.

    ReplyDelete
  15. Memang best Caversham Wildlife Park tu kan.. Dulu kami stay apartment opposite Watertown tapi tak de lah shopping sangat. Masuk KMart borong mozzarella cheese 8kg hehe

    ReplyDelete
  16. Kena bookmark ni.. Hehe syok tu shopping barangan murah disana. Oktober atau November okay tak ke Perth? InsyaAllah husniey bakal ke sana juga. Doakan semuanya dipermudahkan ya CT
    Risau juga ni. Alhamdulillah visa lepas je, nak kena buat itinerari lengkap. Minta izin nak refer blog CT ya 😊♥️

    ReplyDelete
  17. Bestnya.. harap ada rezeki untuk Kak Sue sekeluarga ke sini satu hari nanti.. aamiin..

    ReplyDelete
  18. Bestnya siti dapat tengok haiwan-haiwan tu dengan lebih dekat. Suatu hari nanti semoga dapatlah saya jejak ke sana juga.

    ReplyDelete
  19. hahaha kelakar nengok gambar kangaroo tidur berjemaah!

    thanks tau share pasal park ni, suka sangat sebab ct teliti rancang semuanya...my travel idola! wahahahha!

    ReplyDelete
  20. Masa pergi ke Coversham dulu, saya orng pertama sampai... punya terujanya nak jumpa kanggaroo. Tp bila kena 'panjat' ngan kanggaroo satu alam terdengar jeritan saya... punya seramnya. hehheh.

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.