Trip Perth 2018 : 4.1 Augusta Dan Margaret River (Cape Leeuwin Lighthouse, Miller's Ice Cream & Margaret River Tourist Park) | SITI.YANG.MENAIP

Trip Perth 2018 : 4.1 Augusta Dan Margaret River (Cape Leeuwin Lighthouse, Miller's Ice Cream & Margaret River Tourist Park)

/
52 Comments
February 27, 2019
06 December 2018 Khamis


CAPE LEEUWIN LIGHTHOUSE DI AUGUSTA, MILLER'S ICE CREAM DAN BERMALAM MARGARET RIVER TOURIST PARK. Hampir dua jam kami mengejar ikan pari di Hamelin Bay, surrender kepenatan akhirnya dan teruskan perjalanan ke Augusta. Lebih kurang satu jam memandu. Dua saja lokasi menarik yang kami akan terjah sepanjang hari keempat sebelum ke Margaret River untuk bermalam. Selesai satu urusan di Hamelin Bay, kita ke lokasi seterusnya pula. Trip yang lalu tak sempat singgah ke Augusta sebab nak cepat sampai Albany. Kali ini kena pergi. Di kawasan Margaret River Region dan Augusta ada beberapa lighthouse yang boleh kita pergi lawat. Yang famous adalah Cape Naturaliste Lighthouse di Dunsborough dan Cape Leeuwin Lighthouse di Augusta. Kami pilih salah satu lighthouse saja untuk pergi jenguk dan masing-masing setuju untuk ke Cape Leeuwin Lighthouse. Korang buatlah perbandingan, lighthouse mana yang lagi menarik untuk pergi. Aku personally rasa Cape Leeuwin Lighthouse lebih menarik berbanding Cape Naturaliste Lighthouse dari segi binaan, sejarah dan permandangan sekitar.

Lagi satu jam sampai ke Augusta.


Permandangan sepanjang jalan ke Cape Leeuwin Lighthouse.

Subhanallah. Lautan Indian Ocean yang membiru terbentang luas.

CAPE LEEUWIN LIGHTHOUSE AUGUSTA

Aku rasa semua orang tahu apa fungsi dan kegunaan lighthouse atau rumah api kepada pelayar, tentera ataupun nelayan. Kalau tak tahu.. Meh aku kongsikan sikit. Tak pasti sama ada zaman sekarang lighthouse masih diperlukan atau tak. Tapi kalau zaman dulu, memang sangat penting sebagai penunjuk arah (navigational aid) ataupun sebagai pemberi amaran sekiranya sesuatu yang bahaya akan berlaku atau sedang berlaku. Mana ada Waze dan Google Maps, jadi kenalah berpandukan GPS manual. Zaman dulu proses perdagangan atau ketenteraan memang banyak menggunakan laluan air, jadi itulah sebabnya banyak rumah api dibina ditepi laut. Lebih kurang macam lampu isyarat. Lighthouse keeper selalunya akan hantar isyarat kepada kapal-kapal yang akan melalui perairan menggunakan isyarat lampu. Adalah codes tertentu untuk berkomunikasi. Cape Leeuwin Lighthouse adalah rumah api yang paling tinggi di daratan negara Australia dan masih lagi mampu berfungsi dengan baik. Kawasan perairan di Cape Leeuwin dianggap antara yang berbahaya di dunia. Bentuk muka bumi, kelajuan angin lintang dan menjadi titik pertemuan dua lautan, Southern Ocean dan Indian Ocean bertemu menjadikan ombak laut bergelora besar dan boleh mendatangkan bencana kepada kapal-kapal dagang atau tentera. Untuk pembacaan lanjut mengenai sejarah Cape Leeuwin Lighthouse, rujuk SINI.

Apa aktiviti yang boleh dilakukan di Cape Leeuwin Lighthouse ? Selain daripada menikmati permandangan kawasan sekitar, kita boleh panjat ke atas rumah api sambil dengar perkongsian sejarah dan enjoy view yang cantik dari atas. Kalau nak masuk dan hanya bersiar-siar di ground area, hanya perlu bayar AUD8 (RM24.80 approx) untuk seorang dewasa tapi kalau nak panjat rumah api sekali, total bayaran adalah sebanyak AUD20 (RM62.00 approx). Kami memang nak naik ke rumah api yang paling famous di Australia ni. Boleh nampak dengan lebih jelas titik pertemuan dua laut, Southern Ocean dan Indian Ocean. Menariknya, walaupun dah berusia, Cape Leeuwin Lighthouse masih beroperasi dengan baik, jadi ada beberapa keepers diperlukan untuk memastikan maintenance lighthouse terjaga elok. Tour untuk memanjat lighthouse dikendalikan oleh penjaga rumah api selang satu jam.




Berkumpul dan dengar penerangan sikit sebelum panjat rumah api.

Dalam rumah api. Keselamatan amat penting sebab tangga curam.

Tangga rumah api yang memusing.

Dah sampai atas. Subhanallah cantik sangat view.



Pemisah dan titik pertemuan dua lautan, Southern Ocean dan Indian Ocean.



Menurut tour guide, batu di tengah laut sana adalah grid coordinate sebenar pertemuan Southern Ocean dan Indian Ocean.


Nak turun lagi seram !!

Review khas dari aku.. sangat seronok sebab dapat pengalaman naik ke rumah api yang masih elok beroperasi di Australia. Tak pasti kat Malaysia kita boleh dapat pengalaman yang sama atau tak. Tour guide sangat baik dan mesra berkongsi pengalaman. Dengar sejarah pembinaan dan kejadian kapal karam yang pernah terjadi suatu ketika dulu memang menarik. Kalau dah sampai, sila bayar sekali untuk naik ke atas. Tangga memang curam dan siapa yang gayat mungkin akan ada masalah sikit. Walaupun ada pemegang tapi we cannot avoid daripada memandang ke bawah. Nak turun lagi seksa. Aku pun tak sangka lutut aku terketar-ketar masa turun tangga. Double seram dari waktu memanjat. Bila dah sampai atas tak rasa tinggi mana pun.. Sangat cantik dan berangin. Menurut tour guide, ombak laut that day dikira baik dan tak ganas sangat. Bukan rezeki kami nak nampak dengan jelas bila dua lautan bertemu di tengah laut.

Dah turun dari lighthouse baru meronda kawasan sekitar..






Kami teruskan perjalanan dari Augusta ke Margaret River. Satu jam memandu, kami singgah ke Coles nak beli ikan dan makan ice cream di Miller's Ice Cream di Margaret River sebelum check-in di Margaret River Holiday Park. Dua tempat menarik yang ada dalam itinerary dah terjah jadi kita lepak santai saja no rush. Kami tak singgah solat dimana-mana sebab ikut rancangan memang akan terus solat di cabin holiday park. Aku plan untuk check-in awal, pukul 3:30PM dah masuk cabin supaya masing-masing dapat rehat yang cukup untuk teruskan perjalanan dan menikmati percutian hari-hari yang masih berbaki di Western Australia. Ikut korang nak design perjalanan macam mana. Kalau rasa rugi nak check-in awal boleh saja pergi meronda lagi. Untuk aku dan Neddy yang memandu kereta, we needed some time off supaya urat kepala dan muscle dapat berehat.

MILLER'S ICE CREAM MARGARET RIVER

Idea nak makan ice cream tak masuk dalam itinerary pun. Tapi cuaca terik buat rasa nak makan benda sejuk. Aku sempat juga Google kedai ice cream di Margaret River. Ramai yang suggest untuk cuba ice cream di kedai Miller's Ice Cream, betul-betul di pekan Margaret River. Aku guna Google Maps saja nak cari lokasi. Sebelum makan apa-apa ditempat orang pandai-pandai korang semak dulu ingredients dan tanyalah apa patut. Pay attention pada alcohol, wine dan shortening yang digunakan. Pekerja di Miller's Ice Cream sangat baik melayan setiap soalan kami. Kena alert dengan beberapa flavours yang kita sendiri tahu memang ada alcohol. Flavour seperti Rums & Raisins contohnya. Kalau aku nampak ada flavour Rums & Raisins memang aku tak beli terus walaupun bekas asing-asing. Masih ada potensi diorang guna scoop yang sama. Bila dah yakin baru makan.. Alhamdulillah tak ada yang meragukan. Senang juga nak dapat parking walaupun macam sesak. Margaret River agak sibuk dan meriah. Tapi malam memang sunyi sepi. Alert dengan notice parking. Ada yang hanya untuk satu jam, dua jam dan ada yang tak ikut jam



Enjoying their ice cream.


Vanilla ice cream di tengah hari terik.

MARGARET RIVER HOLIDAY PARK

Sempat singgah Coles beli ikan dan beberapa benda lain, tengok jam dah elok sangat boleh pergi check-in. Kami bermalam di family cabin Margaret River Holiday Park. Cabin sangat cantik dan selesa. Besar sangat lengkap dengan semua peralatan untuk memasak. Ada dua bilik dan dua katil besar satu katil kecil. Ada sleeping couch juga. Memang boleh sumbat ramai orang. Kami dah siap bawa periuk dan perkakas yang basic jadi tak guna pun apa yang sedia ada. Selesai urusan check-in dan masuk cabin, kami rehat sekejap sebelum makan bekalan lunch yang siap tapau. Baru rasa lapar. Dah kenyang sedap rasa nak tidur sekejap. Masing-masing layan perasaan. Petang sikit before prepare dinner, aku dan Neddy meronda sekitar holiday park. Saja ambil angin petang.. Kawasan Margaret River Holiday Park sangat bersih. Ada kemudahan seperti kawasan nak BBQ dan bilik laundry siap dengan dryer. Senang kalau nak basuh baju. Bunga-bunga pula tengah cantik kembang mekar. Memang cantik sangat bunga-bunga yang ada. Bau wangi sama dengan bau Downy. Semerbak !!

Reception area.

Family cabin. Besar !!





Bau sama dengan Downy. Hihihi..





Strawberries dan cherries yang dibeli di Coles.

Menu simple - Asam pedas, sayur campur dan telur dadar.

Ikan apa aku beli pun aku tak ingat dah dan itu adalah fish fillet paling murah, lebih kurang RM25. Dapat potong lima small pieces. Nak beli Salmon tapi tengok harga rasa tertindas pula nak bayar mahal sangat. Sedap juga ikan tak ingat nama ni sebenarnya bila dah pekena dengan Asam Pedas instant campak-campak. First time bawa pes masakan Asam Pedas untuk dicuba. Not bad tapi bukan selera aku sangat. Sayur campur banyak kentang dan cendawan. Habiskan bekalan broccoli dan carrot. Nanti boleh beli lagi.. Simple dinner tapi penuh nikmat. Layan tv sekejap dan rehat secukupnya. Bonne nuit !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

52 comments:

  1. Strawberries dan cherries tu menawan sangat..kesegarannya terserlah.
    Seronok kak PC bila ada sahabat-sahabat logger yang sentiasa berkongsi tempat-tempat menarik tak kisahlah dalam negara..luar negara yang dikunjungi kemudian berkongsi diblog..sekurang-kurangnya memberi peluang orang lain melihat keindahan negara lain melalui gambar pun sudah memadai.Alhamdulillah sangat-sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak.. niat memang nak kongsi pengalaman melalui penulisan dan minat. not more than that. semoga apa yang CT kongsi dapat dimanfaatkan oleh orang lain for them merancang perjalanan diorang juga. memang thru gambar gambar.. i hope org lain dapat gambaran suasana dan keadaan disana..

      Delete
  2. Cantiknya... Tak gayat ke duduk gitu kt rumah api.. mama plak yh seriau

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah sampai atas tak gayat.. naik naik dan turun tangga rumah api tu gayat. longgar2 kaki rasa.. curam dan sempit..

      Delete
  3. bestnya berjalan ke tempat orang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. jioom kita bukak tabung jalan2 =)

      Delete
  4. cantiknya tempat dia..rasa nak g dok sana jer..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Augusta tu memang nice pekan la CikNor. tenang damai ja =)

      Delete
  5. SubhanaAllah.. cantik sungguh pemandangan yang SIti kongsikan.. Memang mengujakan mata yang memandang..
    Buah-buahan tu pun menarik mata.. Merah menyala..
    Yang simple jugalah yang sedap ye siti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sana memang tekak menghargai betul yang simple tu. bertambah2 makan hehe.. yang main campak2 je laku. buah tu memang menggoda. tapi mahal sebenarnya cherry walaupun sedang musim..

      Delete
  6. Aaaaaaa terlioqnya tengok strawberries dan cherries yang segar bugar ituuu!! šŸ¤¤šŸ˜†

    Cantik sangat pemandangan kat lighthouse tu..mesti sempoi ja kan pacik guide tu melayan soalan2 dari pelawat semua šŸ˜Ž

    ReplyDelete
    Replies
    1. stroberi murah murah.. geram betul. tapi cherries ya rabbi tercekik rasa nak beli. tapi tahap teringin tu pejam mata jele.

      a ah pakcik tu lagi sempoi laju dia panjat tangga naik atas. maybe hari2 prektis jadi laju. kita dok kedek2..

      Delete
  7. Cantiknya pemandangan especially pemandangan di titik pertemuan Indian Ocean dan Southern Ocean tuh. KSarie nih dah la memang gayat, sure panik habis masa nak tangga macam tuh. Tempat penginapan di Margaret River tuh macam cozy sangat. Harapnya KSarie ada rezeki nak ke sini satu hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang di Margaret River tu the best lodging yang kami book. sangat home type dan selesa. rasa nak dok saja dua tiga hari. hahaha..

      mak CT naik halfway je. dia gayat.. naik tangga memang gayat gila tapi da sampai atas ok ja. tak nampak tinggi mana pun.

      Delete
  8. cantiknya permandangan di Perth

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik. ada kesempatan pergi ya =)

      Delete
  9. lawa nya viewwwwwww.. bila ni bila ni nk smpai sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukak tabung jom.. cukup penuh moh kite jalan2 =)

      Delete
  10. Biru nya lautan, sangat cantik!
    Kisah travel yang sangat menarik.


    ReplyDelete
    Replies
    1. biru laut kat sana biru sungguh. kadang2 ijau.. seram pun iya =D

      Delete
  11. Memang cantik tempat dia ye CT....Seronok dapat pi negara orang kan.
    Kalau pi negara orang, kena menikmati segala yg ada, kalau tak mcm rugi kan. Memang penat sikitlah tp yg penting seronok.

    Geramnya tengok ceri tu. Aduhai makan kat negara orang, lauk simple mcm tu pun dah sedap sangat dah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang penat juga perjalanan jauh. tapi rasa berbaloi dengan apa yang kita dapat lepas tu. pengalaman mahal.. tapi apa2 pun walaupun seronok negara sendiri tetap dihati..

      Delete
  12. Subhanallah tabarakallah. Cantik view laut sepanjang perjalanan tu. Apa lagi kalau view dr atas lighthouse tu. Kat Malaysia takde rasanya lighthouse yg beroperasi kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula tak sure. kita ada rumah api ke ? ehehe.. kalo ada pun rasanya xde dah yang okay.

      Delete
  13. cantiknya, teringin nak ke sana. Nak kena menabung rerajin nampaknya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. menabung pelan2 takpa janji nanti penuh jugak. jom menabung jom =D

      Delete
  14. view cantik terutama yg kat lighthouse tu..gigih panjat smpai atas..but worth it dengan view walaupun pricey sikit...tapi dh nama cuti2, smpai tmpt org kita #redah je..menu tu w/pun simple, sedappp...makan kat negara yg susah nak dpt menu malaysia, mmg layannn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga tu memang pejam mata je kak sebab pengalaman. tak dapat rasanya panjat rumah api kalau kat Malaysia. ada ke rumah api kat negara kita ni ? hihi..

      Delete
  15. gigih panjat rumah api ya? kat malaysia dah habis panjat ke rumah api yg ada? hahahaha x pe yg penting view superb!!

    ct, kalu bw dron best kan? bleh amik gambar dr atas rumah api tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ke rumah api kat Malaysia ? kalo ada boleh juga pegi sebab view dari atas kalau nampak laut memang cantik.

      droooone !! bilalah nak cukup tabung boleh beli drone pulak. tapi angin kencang sangat.. tatau drone boleh terbang ke tak..

      Delete
  16. Kita ritu xsempat nak jelajah ke selatan Perth sebab kitaorg tumpu kat belah utara Perth.. depa nak tengok Pink Lake katanya.. hehhee.. memang nak kena repeat balik nih... bestnya lahai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. utara lagi wajib singgah kalo xdan nak cover utara selatan. tapi Pink Lake rasanya jauh benar. dari Albany pun lagi enam tujuh jam memandu. tak sanggup.. unless amek domestic flight okayla =)

      Delete
  17. Segar bugar bunga Kat Sana . Saiz pn besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul !! size tu memang gabak. besar tapak tangan =D

      Delete
  18. Kat Malaysia ni saya tak pernah tau yang rumah api ni ada penjaga. Best la dapat pengalaman macamni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Malaysia ada rumah api ke ? rasanya kalo ade pun xde orang jaga.. tapi tak tahula hihi..

      Delete
  19. Love the view. Cantik sangat. Biru je! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. langit biruuu awan pun xde sangat.. sejuk tapi terik =P

      Delete
  20. Cantik kwsn cabin..penuh kehijauan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. rasa macam elok sangat kami sampai awal.. bersiar2 kat cabin pun seronok =)

      Delete
  21. kat malaysia ada rumah api, tapi tak taulah leh naik atau tidak?
    suka betul tenguk bunga terutama bunga ros ituuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kat mana eeh rumah api tu ? hehe macam seram je rumah api kat Malaysia kekeke..

      Delete
  22. cantinya light house !! kenapa kt Malaysia bunga takda besaq mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada gak kat Malaysia.. kalo munge matahari tu besar2 jugak ngeh2..

      Delete
  23. rumah api di Malaysia pun saya tak pernah masuk..sis masuk yang di Perth yea..seronoknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ke rumah api kat Malaysia ? kalo ada rasa macam da tak function je.. kalo sis sampai sana kena naik tau. mahal sikit tapi pengalaman =)

      Delete
  24. mak aiiii asam pedas dibuatnyeee kat oversea...salute lah! nampak sedap tu!
    kat sempadan N9 - Melaka ada Cape Rachado...Rumah Api Tanjung Tuan. Pernah hiking ke sana, tapi tak dapat masuk rumah apinye.

    https://www.sunahsukasakura.com/2018/04/hiking-di-hutan-rekreasi-tanjung-tuan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. bhahaha bawak paste da siap2 awak.. tibai jele masak macam mana gaya pun. janji boleh makan. kalo kat Malaysia takdak minat pun asam pedas.

      ooo.. ada eh kita rumah api. tapi x dapat masuk pulak. hiking2 kiteee surrender dulu ahahaha memang semput =P

      Delete
  25. Sukanya akak tengok gambar kat sini....rasa macam ada bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. niatnya begitu. membawa semua melalui gambar..
      harap rasa terhibur tengok =)

      Delete
  26. Suasana yang cantik dan rumah api tu tinggi!! Doakan akak sekeluarga sampai ke sini juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah api tu nak panjat rasa tinggi. bila dah sampai atas tu tak terasa sangat. besst angin kuat bertiup. insyallah.. CT doakan menjadi rezeki semua =)

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.