Trip Perth 2018 : 4.0 Memburu Ikan Pari Di Hamelin Bay | SITI.YANG.MENAIP

Trip Perth 2018 : 4.0 Memburu Ikan Pari Di Hamelin Bay

/
56 Comments
February 24, 2019
06 December 2018 Khamis


DARI PEMBERTON KE AUGUSTA DAN MARGARET RIVER - MEMBURU IKAN PARI DI HAMELIN BAY. Hari keempat di Western Australia kami akan gerak dari Pemberton ke Augusta dan seterusnya ke Margaret River untuk bermalam disana. Augusta dan Margaret River dekat saja tak sampai satu jam memandu dah sampai. Ada dua tempat yang kami nak pergi hari ini, ke Hamelin Bay dan Cape Leeuwin Lighthouse. Kedua-dua tempat ini aku tak pernah pergi lagi. Dulu aku hanya ke Margaret River dan tak sempat nak singgah Augusta. Kali ini baru ada rezeki nak pergi sana. Tak terkejar-kejar dan strict sangat hari ini tapi kena jugalah ikut timing yang dah dibuat supaya semuanya berjalan lancar. We could enjoy the view memandu santai layan perasaan tengok permandangan. Alhamdulillah cuaca elok cerah setelah semalaman hujan lebat. Risau juga kalau cuaca tak elok sebab aktiviti-aktiviti hari ini semuanya tepi pantai. Check-out dari Best Western Pemberton Hotel dah siap sedia meneruskan perjalanan. Neddy yang memandu - I am not a morning person jadi kalau memandu awal pagi senang mengantuk.

Laluan hari keempat di Western Australia : 


Pemberton - Hamelin Bay - Cape Leeuwin Lighthouse - Margaret River


Berhenti tepi jalan nak ambil gambar sungai.


Tak tahu sungai apa..


Laluan ke Hamelin Bay.

MEMBURU IKAN PARI DI HAMELIN BAY

Memburu disini bukanlah aktiviti pergi tangkap atau memancing ikan pari. Kami pergi main kejar-kejar tepi pantai saja sebenarnya. Ini adalah antara aktiviti yang aku paling teruja seronok nak buat dalam trip kali ini dan pengalaman yang tak akan aku lupakan. Sampai sekarang kalau teringat mesti terbayang perasaan teruja yang aku rasa ketika disana. Lupa terus masalah yang melanda jiwa yang buat serabut kepala tengok ikan-ikan pari berenang bebas tepi pantai di habitat natural dan kita berpeluang tengok depan mata. Suhu sejuk angin kuat tepi pantai tapi cuaca sangat terik. Hasil daripada pembacaan yang aku buat, ramai suggested untuk pergi ke Hamelin Bay awal pagi masa air masih surut baru nak pasang, waktu nelayan baru nak keluar pergi tangkap ikan. Lebih banyak dan senang nak nampak ikan-ikan pari berenang bebas. Boleh juga datang waktu petang. Ramai tak suggest datang tengah hari sebab ombak dah bergelora besar dan chances nak nampak ikan-ikan pari berenang agak tipis. Walaupun Hamelin Bay adalah natural habitat untuk ikan-ikan pari ni.. Nak nampak tu memang ikut nasib dan rezeki. Kawan aku tunggu dekat dua jam tapi seekor ikan pari pun tak kelihatan.

Holiday Park di Hamelin Bay.

Terik yang amat !! Biasa saja pantainya. Penuh rumpai.

Menapak sampai ke hujung mencari si ikan pari.

One decent photo of us four.



Sampai di Hamelin Bay around 10:00AM. Ada dua kawasan parking, satu kawasan khas untuk kereta dan satu lagi laluan khas boat ramp. Kami parked di kawasan parking kereta dah terpaksa menapak jauh. Berjalan atas pasir sangatlah memenatkan. Park saja di kawasan boat ramp sebab lagi senang terus sampai tepi pantai. Ramai pengunjung datang lagi awal dah berderet tunggu tepi pantai. Katanya dari pagi seekor ikan pari pun tak nampak lagi.. Ada yang dah tunggu dari pukul 07:00AM. Tapi dah namanya rezeki nak tengok ikan pari.. MamiZ dan AcikE yang dah menapak jauh ke hujung pantai jerit panggil aku dan Neddy. Rupanya diorang dah nampak seekor ikan pari. Subhanallah !! Seekor ikan pari hitam kelihatan. Size sederhana saja tak besar sangat. Ombak kuat susah nak tengok dari jauh. Tak fikir panjang terus masuk laut korbankan seluar. Lantaklah lencun janji dapat tengok ikan pari dengan jarak dekat. Kalau duduk tepi pantai saja memang tak dapat nak ambil gambar dan video. Tak apalah aku berkorban demi nak ambil gambar dan video. Ada banyak rumpai laut juga jadi mengelirukan nak beza mana ikan mana rumpai. Nampak macam ada benda berjoget dalam air, ingatkan ikan pari. Tenung punya tenung rupanya rumpai laut. Sebab kami dah terjerit-jerit excited maka ramai jugalah yang mula datang dekat kami. That day in total ada tiga ekor ikan pari datang berenang di tepian. We were lucky memang rezeki tak perlu tunggu lama macam orang lain.

Bila tengok balik gambar-gambar yang diambil terang biji mata sebab terlalu cerah. Kena edit extra. Patutnya adjust setting camera tapi lupa dan terus pakai mode auto. Patutnya auto jadi eloklah gambar tapi tak tahulah kenapa buat perangi pula camera ni. Excited kejar ikan pari terus tak peduli camera. Dahlah tak pandai sangat nak edit gambar, hentam sajalah janji nampak elok. Memang teruk betul teriknya.. Cermin mata aku dah polarized jadi bila panas automatic gelap, tak perasan langsung gambar-gambar yang diambil semua too bright.

Video gembira mengejar ikan pari.


Yang ramai tunggu dari awal pagi.







Kalau korang bercadang untuk buat road trip tolonglah singgah ke Hamelin Bay dan rasai sendiri pengalaman berkejaran dengan ikan-ikan pari yang ada disana. Masuk dalam itinerary jangan lupa !! Kalau rezeki lagi baik memang dapat jumpa yang besar sangat. Boleh search #hamelinbay di Instagram dan tengok gambar-gambar yang pengunjung lain kongsi. Mesti korang rasa teruja yang amat nak pergi tengok ikan-ikan pari ini dengan mata sendiri.

BAHAYA PEGANG IKAN PARI ? SELAMAT UNTUK BERENANG ?

Apa yang aku nak kongsikan adalah pandangan peribadi dan hasil dari pembacaan yang aku buat berdasarkan pengalaman orang lain. Ended up ikut korang sendiri macam mana pun. Bahaya atau tidak nak pegang ikan-ikan pari di Hamelin Bay ? Ada yang kata bahaya sebab apa-apa keadaan sekalipun, ikan-ikan pari ini adalah haiwan liar dan ada yang kata tak bahaya sebab ikan-ikan pari ini dah biasa dengan kehadiran manusia di Hamelin Bay. Keadaan jadi bahaya bila ikan-ikan pari rasa terancam. Mulalah ekor yang tajam tu nak mencucuk. Mungkin ada yang terlalu excited bila nampak ikan-ikan pari sampai lupa diri. Terus nak pergi cuba tangkap. Ada yang lagi extreme dan berani, siap berenang lagi disana. I am not brave enough to do such thing. Jadi pandai-pandailah korang buat pilihan sama ada nak pegang atau tak. Kalau jadi apa-apa atas tanggungan sendiri. Amaran supaya tak pegang ikan-ikan pari dan larangan berenang memang ada dipasang. Tapi semestinya kita, dah namanya manusia dengan penuh sifat curiosity ini akan rasa tergedik-gedik nak pegang. Apa-apa pun.. Fikir keselamatan dulu dalam apa juga keadaan. Aku tak pegang pun ikan-ikan pari tu walaupun teringin sangat sebab MamiZ menjerit-jerit bila aku cuba nak pegang. Aku masuk air pun dia dah bising. Sayangnya camera aku hilang, kalau tak dapat juga rendam dalam air ambil footage. Benda dah nak jadi..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

56 comments:

  1. Best!! dpt tgk live dlm laut..ni kalau dpt bakar, cicah air asam..perghh...hihi..

    dapat tengok live dlm akuarium sj..itupun teruja giler sbb ikan pari nmpk mcm terbang dlm air..mngepak sayap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. time tu pun teringat isk ni tangkap bakar sedap ni hehe.. CT ikan pari dalam akuarium pun tak pernah tengok. masa p yang dekat Langkawi tak nampak pari pun. menyorok hahaha.. bila dia timbul kat air yang cetek sayap dia kembang2 gedik macam rumpai laut. kalo dalam air x nampak sangat..

      Delete
  2. kalau baca entry perth siti ni..memang mengujakan. tambah2 bila tgk gambar yang cantik tu. terasa diri sendiri plk ada kat sana..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana tahu lepas ni CikNor dapat pi sana pulak.. ambil feel dulu =)

      Delete
  3. Subhanallah cantiknya view šŸ˜
    Ingatkan ikan pari dekat laut dalam je, rupanya tepi pantai pun ada ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. selama ni pun ingat macam tu. maybe itu yang lagi besar n spesis lain. ini spesis lain. tapi ade je yang jumpa besar gabak kat sini.

      Delete
  4. Pergh!! Live tu.. Besar juga.. Selalu tengok dalam tv ataupun dekat pasar je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu tengok kat kedai da siap bakar hehe.. sebab mak xkan masak ikan pari dia x makan. so kat kedai je dapat makan.. ni tengok geram !! gedik2 dia..

      Delete
  5. bestnyaa bila la dapat ke negara org hehe..

    ReplyDelete
  6. Ya Allah SubhanaAllah menariknya aktiviti CT ni.. Besar jugak pari tu.. Sukanya baca.. Tetiba berangan indahnya kalau dapat melancong ke sini road trip bersama CT, hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo Husniey tengok hashtag tu memang ada lagi besar. nak sama besar dengan manusia. tengok pun takut sebab besar sangat.. jomla. kalo nak road trip sini lagi tunggu lima enam tahun lagi heheh..

      Delete
  7. Wah, jinak giler ikan pari tu. Teringat pi kejar penyu kat Pulau Redang aritu. Kejar jugak sebab nak pegang, kalau pari ni takut oi nak kejar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. x jinak pun.. dia just berenang dekat dengan pantai. still bahaya..

      Delete
  8. nampak macam jinak...kalau tangkap buat asam pedas ikan pari ok x? heheeheh

    tetiba teringat insiden yg berlaku kat crocodile hunter - steve irwin

    ReplyDelete
    Replies
    1. tangkap bakar cicah air asam..!! pergh..!! kalo dapat bakar tepi pantai tu jugak lagilaa ohsem hahaha..

      Delete
  9. wah lamanya di Perth... nampak jinak je ikan pari tu... tp hati2 ekornya. masa saya berjalan di scarborough beach, Perth dua tahun lepas, mmg tak berani nak dekat-dekat dengan gigi airnya... ntah... rasa semacam dan seram dengan pantai Lautan Hindi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya memang rasa seram jugak bila da masuk air tu.. sbb ombak kuat bila2 je ikan tu boleh sampai dekat dengan kita. rumpai pulak banyak. tapi sebab excited terlupa kejap..

      Delete
  10. nampak menarik sekali percutian ini.. seronoknya kalaulah akak yang ada dalam gambartu.. best.. .best.... lain dari yang lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat ni hot spot jugak.. ramai orang pegi. tapi orang depa la yang lagi ramai. xpeee mana tahu lepas ni akak dapat pergi =)

      Delete
  11. SubhanaAllah..seronoknya..teringin nak tengok ikan pari berenang...selalu tengok yang dah mati tunggu disiang kemudian di masak je...yang hidup berenang tak pernah tengok depan mata..tengok di tv jelah.Allahuakbar.Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah. tapi CT slalu tengok yang dah kena bakar hahaha.. tunggu nak ngap =)

      Delete
  12. Bestnya......port yang wajib masuk dalam agenda kalau berjaya merealisasikan impian ke Perth nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. kalau dah sampai sana kena pergi tau.. nak buat trip sehari dari Perth also can tapi penat sikitlah =D

      Delete
  13. Jinak2 ikan pari tu ya, meliang liuk aje badannya yg pipih tu, rasa nak tiarap atas badan dia, hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti jinak ke tak.. macam tak hehe. kalo besar tu boleh bayang dalam cartoon. brenang skali dengan ikan pari =D

      Delete
  14. Seronoknya dapat tengok ikan pari! Penah tengok ikan pari dekat aquarium je. By the way, saya sejak duduk dekat national park ni, satu benda yang saya amalkan is kalau haiwan tu hidupan liar and the place that you go is the natural habitat, tak payahlah menggatal nak pegang-pegang haiwan tu. We have to respect them :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Farah. but im not against those yang nak pegang juga sebab faham je curiosity kills. hehe kalo akak brani akak pun rasa nak pegang tapi i penakut. they r animals macam mana sekalipun. the safest way adalah jangan kacau. hehe..

      Delete
  15. cer cuba tangkap ikan pari tu buat bakar ke asam pedas..hehehe
    memang sah2 nak kena denda la kan...apa pun utk keselamatan xyah ler pegang ikan pari tu...bahaya tak berbau kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. best kalo dapat tangkap lepas tu buat bbq tepi pantai. cicah air asam pergh nikmatnya hahaha..

      Delete
  16. Wahhh.. Bestnya.. Dapat tengok ikan pari secara dekat.

    Salam singgah sini. [^__^]

    ReplyDelete
  17. Cantiknya awan Dan scenery Kat situ

    ReplyDelete
  18. Subhanallah.. cantiknya tempat nie semua. Entah bila ada rezeki nak pergi..

    ReplyDelete
  19. subhanallah...besarnya ikan pari tu! bestnya dapat tengok live depan mata!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu katanya kecil je. ada yang lagi besar.. ni maybe anak2 tapi kita da jakun kemain dah. kalau yang lagi besar tu tatau macam mana..

      Delete
  20. Wow! Tapi kalau saya...memang tak pegang gak..just excited tengokkk...nak bergambar.... Lebih teruja makan ikan pari asam pedass..kakakaka....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tula excited tengok tapi takut nak pegang. walaupun depa cakap tu baby je oh nooo takuit =D

      Delete
  21. Besar betul ikan pari kat Hamelin Bay.. Dapat seekor puas hati..
    Mau tak teruja SYM, ikan pari besar depan mata, huhuhu mesti best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. depa kata tu kecik ja.. anak2 je tu. orang2 putih situla cakap. usually lagi besar dan ade yang hampir sama besar dengan budak kecik..

      Delete
  22. Wow... dah lama nak jejak Aussie... ok maybe bole jadi rujukan next plan ehhee... ;-)

    ReplyDelete
  23. Cantiknya gambar jalan tu CT.... rasa tenang nengoknya.
    Bila cakap pasal ikan pari ni teringat omputih yg mati kena cucuk ekor ikan pari...ngeri pulak.
    Tapi apa pun satu pengalaman jugak tu kan CT.... bukan senang nak dapat tgk kalau kat Malaysia ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup ikan pari le tu yang cucuk dia. tapi tu memang ikan pari laut lepas besar sana tu memang dasat besarnya. yang kecik pun dah seram tengok hehe..

      Delete
  24. wahhhh.. cantik tempat ni :)

    ReplyDelete
  25. Akak ngn kwan2 gila punya duk panggil encik rays.. Encik rays. .. Sekali punya jinak. Mai dekat.. Kami yg lari sbb takut.. Hahha. Time kami pi tu autumn. So x la ramai org mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh alaa da dia mai akak lari pulak. avoid ekoq dia ja depa cakap. cheq tak brani gak tapi nak pi jugak dekat. acah2 brani gituu eheh..

      Delete
  26. Rindunya Perth! Tenang sangat pergi sana, drive pun mcm rilex je~

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah tenang je kan.. slow pace. tapi kalo lama2 memandu slow gitu mengantuk jugala. bosan sikit.. hehe..

      Delete
  27. syioknya. len kali nak hekot boley ke? he2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kalo Perth kena tunggu 5 6 tahun lagi la kot insyallah =D

      Delete
  28. seram nk pegang. hahah.. ramai jugak tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang orang datang smata nak tengok ikan pari tu.. seram tapi excited. bila rasa dekat tu takut jugak..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.