SITI.YANG.MENAIP: MEE SEGERA PERISA TOMYAM UDANG DARI THAILAND

MEE SEGERA PERISA TOMYAM UDANG DARI THAILAND

/
38 Comments
December 10, 2017

MEE SEGERA PERISA TOMYAM UDANG DARI THAILAND


MEE SEGERA PERISA TOMYAM UDANG DARI THAILAND | Another makanan dari Thailand yang diterima dari sepupu. Makin membuak-buak rasa nak pergi Thailand bila disogok dengan goodies dari sana. RaihanF pergi Hatyai naik train ETS dari Penang tak ajak, makan sedap macam-macam kat sana pun tak ajak dan hanya bawa balik beberapa bungkus mee segera perisa tomyam Thailand untuk kakak dia. Haih.. adik bertuah !! Yang dah selalu ke Thailand mungkin tak hairan dengan mee segera tomyam ini. Aku yang baru first time cuba jadi excited terlebih sikit. Ada cop halal jadi jangan ragu-ragu. Boleh beli untuk bawa balik or as souvenirs. Surprisingly rasanya sedap dan tak ada rasa sangat MSG yang banyak. Pure rasa tomyam yang light tak pekat pedas sangat. Not bad rasanya totally different dengan mee segera perisa tomyam di Malaysia. Just nice untuk tekak aku yang kurang gemar tomyam. Mee yang halus kecil dan kenyal. Inilah mee segera yang selalu digunakan nak buat Kerabu Maggi. Pernah rasa few times dan okaylah sedap juga. Cepat saja masak. Nak extra sedap letak telur. I am not a fan of mee segera tapi makan juga kalau dah lapar sangat teringin atau terpaksa. Kalau pergi jalan pun instant noodles kadang-kadang bawa kadang-kadang tak bawa. Aku rasa mee segera ni ada dijual dimana-mana ceruk Thailand especially kawasan yang ramai Muslims. Jadi bolehlah korang consider nak beli mee segera perisa tomyam udang dari Thailand ini untuk dibawa pulang untuk keluarga kawan-kawan atau diri sendiri. Those yang minat tomyam jangan lupa beli banyak-banyak dan cuba rasa. Mesti korang suka punya..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

38 comments:

  1. buat kerabu maggi sdap tu siti..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. woo mee ni ke orang buat kerabu ? slama ni makan skit je tak tahuuu pun hehe..

      Delete
  2. cikyan sbnrnya dah lma xmkn mee segera.. tp bila tgk ni, jd mcm lapar pulak... hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi mee segera ni kena ekot time nak makan. tapi tak minat sangat. sesekali or terpaksa okaylah..

      Delete
  3. x penah rs tp ramai ckp kalau buat kerabu megi, jenama ni mmg terbaik dan kerabunya mmg superb

    ReplyDelete
    Replies
    1. penahla dua kali kot merasa kerabu meggi kat thai food festival. tapi tak prasan pulak mee apa depa guna.. rupanya yang ni jugak..

      Delete
  4. orang kata kalo buat kerabu maggi ..guna yg ni la sedap

    ReplyDelete
  5. Nani haritu guna maggi yang ni buat kerabu maggi thai tu. Sedaaap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh share la recipe nanti.. penah makan skali dua gak ritu hihi..

      Delete
  6. Replies
    1. sedap.. kuah sedap tak pekat sangat =D

      Delete
  7. wah, jenama ni terengganu kelantan femes ha selalu jadikan kerabu maggi kat stall stall saya pun tak pernah merasa lagi hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah kan.. kat pantai timur mesti famous. dekat dengan Thai hehehe..

      Delete
  8. yes kak magi thailand ni sedap gilaaaa! jatuh cinta sekali makan! teringin nak pegi thailand sebab makanan kat sana sedap2 n murahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaaan !! spupu akak cakap makanan sedap2 haih teruja nak pergi. tapi for now akak kena duduk diam few months. hehehe..

      Delete
  9. Replies
    1. woaaa.. ramai orang suka mee ni rupanya eh =D

      Delete
  10. sedap lagi dari mamee lontong ke?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mamee lontong sedap lagi. tapi tak lalu dah kak cannot cannot anymore..

      Delete
  11. Sedap maggie nie.. Sha pernah makan.. tp pedas.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaaik pedas ? CT plak rasa tak pedas. kalo pedas CT letak tepi dah hehe..

      Delete
  12. mee segera thailand memang sedap! Saya suka brand PaMa

    nurulrasya.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe tak pernah dengar yang tu.. tau kat Malaysia ada yang bihun fama tu je =D

      Delete
  13. Ya Allah maggi ni terliur lama dah hahahaha nak etek CT

    ReplyDelete
    Replies
    1. etek tuuuu apa Kak Ekin hahaha.. tak tahuuu =P

      Delete
  14. Nanti nak try cari kat sempadan, kalau dapat boleh la merasa nak makan mee ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat situ selalunya ada. Zumal dah dekat da dengan Thailand =)

      Delete
  15. haritu masa kat thai food festival ada nampak, tapi tak terfikir nak beli plak.. adoi !! menyesal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. next Thai Festival jangan lupa beli ya hehe..

      Delete
  16. Pedas x? Pernah nampak orang jual tp xpernah terfikir nak beli sbb perut kami alah pedas :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. pedas lagi mee segera tomyam kat Malaysia. samalah tak suka makanan pedas2 tapi ini okaylah boleh ditelan dan dihadam tanpa sakit perut =)

      Delete
  17. Kerabu maggie cuma menjadi pakai yg ni je, hahaha. kalau pakai yg Malaysia punya tak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wooo rasa kalo meggi Malaysia dia lembik and soggy. kena amek yang mee ni jugak baru jadi kan hehe baru puas hati =D

      Delete
  18. ramai dah pakat cuba meggi ni.. tak cuba2 lagi nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kat kedai makan masakan Kelantan dan Thai pun ada jugak yang jual krabu meggi hehe..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.