SITI.YANG.MENAIP: FACE MASK POKEMON & DORAEMON DARI JEPUN

FACE MASK POKEMON & DORAEMON DARI JEPUN

/
34 Comments
December 26, 2017

THINGS TO BUY IN JAPAN / BENDA YANG BOLEH DIBELI DI JEPUN


THINGS TO BUY IN JAPAN / BENDA YANG BOLEH DIBELI DI JEPUN | FACE MASK POKEMON & DORAEMON DAN ANIME. Aku belum rajin untuk mula menaip cerita perjalanan ke Jepun December yang lalu. Dalam process edit gambar dan tapis apa yang patut. Tapi tak sabar rasanya nak kongsi dengan korang tentang face masks comel yang aku beli disana. Mana tahu ada yang berminat untuk beli juga, pergi Jepun nanti boleh terus cari. Inilah dia face masks Pokemon - Squirtle, Charmander dan Bulbasaur, Doraemon dan Doralin atau Dorami yang aku beli di pusat membeli-belah ESTA di Sapporo Hokkaido. Aku tahu mengenai face mask ini bila tengah khusyuk tengok DARA TV di Youtube. Dara pakai versi Pikachu and it was so cute on her siap ada telinga Pikachu. She mentioned in her video that the face mask dibeli di Jepun. From that moment aku memang dah target nak cari face mask Pokemon sampai dapat. I am not a big fan just suka sikit-sikit minat biasa saja but there are few Pokemons yang comel. Sadly, versi Pikachu dah habis biasalah watak Pokemon paling famous. Google juga info untuk dapatkan kepastian yang lebih specific face mask ini dijual dimana sebelum berangkat ke Jepun tapi tak ada page yang membantu. Adachi (our Airbnb host) pun tolong search kat mana boleh beli dan dia suggested beberapa location sekitar Sapporo yang jual Pokemon merchandises. What I did, aku pergi masuk kedai biasa dan tunjuk gambar sambil bertanya. Luckily pekerja kedai sangat membantu dan suggested kami pergi ke ESTA. Sampai di Level 6 ESTA, mula nganga sebab luas yang amat memang jenuh nak mencari. Again, I showed the picture pada pekerja dia angguk-angguk dan terus communicate guna walkie talkie. Tak tahulah dia sembang apa tapi dengar jugalah 'Pokemon' 'Face Mask' yadda yadda yadda. Tak sampai lima minit ada pekerja datang jemput kami tunjuk jalan ke bahagian yang sepatutnya. Taaadaa !! Face mask Pokemon didepan mata.

Nampak muka Squirtle yang bulat itu ? Macam itulah rupa mask di dalam paket.

Jangan tersalah beli ya sebab product rangkaian jenama Tony Moly juga ada keluarkan range face mask Pokemon tapi tak sama dengan yang ini. Face mask Pokemon Tony Moly hanya packaging saja ada Pokemon. Face mask tetap biasa warna putih. Sekeping face mask Pokemon berharga 495Yen (RM18.81 approx). Ternampak pula face mask Doraemon dan kawan-kawannya Nobita Sizuka Giant dan Suneo. Nak memenuhi hasrat dihati, rembatlah beberapa keping face mask Doraemon dan Doralin dengan harga 395Yen (RM15.01 approx). Belum lagi teruja bila nampak face mask watak-watak Anime yang lain seperti Naruto, Bulma, Goku, Asuna, Hamtaro dan banyak lagi. Cukuplah dengan godaan duniawi. Sesuai juga dijadikan souvenirs. Insyallah bahan-bahan yang digunakan okay untuk Muslims - kandungan seperti Arbutin dan Hyaluronic Acid untuk memutihkan dan melembabkan kulit. Extra caution diambil aku minta tolong juga kawan yang penah belajar di Jepun semak bahan-bahan. Please let me know and correct me kalau info yang diberikan salah. Basically macam itulah konsepnya, kalau kedai tertentu ada jual Pokemon merchandises ada high possibility face mask comel ini akan dijual sekali. Di bandar-bandar terkenal seperti Tokyo dan Osaka mungkin lebih tinggi chances nak jumpa. Maaf tak dapat membantu dengan provide nama kedai yang specific. Kalau ada kawan-kawan yang tahu lokasi tertentu nak dapatkan face mask Pokemon bolehlah kongsi bersama. Mudah untuk kawan-kawan lain cari jika berminat. Hopefully perkongsian ini membantu serba sedikit buat kawan-kawan yang bakal ke Jepun dan punya minat yang sama. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

34 comments:

  1. Pergh jalan sakan... Jepun... Jeju...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eerm kebetulan PLM hehehe kebetulan terlajak kesana =)

      Delete
  2. Eh nape Siti tak selfie pakai face mask tu same. Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha nanti nightmare pulak orang tengok =P

      Delete
  3. Comelnya face mask ni... hello kitty ada tak.. eh.. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello kitty punya ada gak. character2 Sanrio semua ada.. memang penuh barang2 diorang kat sana kadang2 pening tengok semua pink hehe..

      Delete
  4. Wahhh mask pikachu doraemon. .teruja tgk la

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua sebab time kicik2 suka Pokemon. dah besar baru mampu beli =D

      Delete
  5. Cuba nanti pakai. Nak tengok :D

    ReplyDelete
  6. macam mana rupa pakai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak share la kot rupa da pakai macam mana hewhew.. tapi dah update contoh belakang packaging macam mana rupa mask =)

      Delete
  7. Pencinta koleksi karton in memang suka lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol.. yang acah2 minat ni pun dah tak tentu arah hehe..

      Delete
  8. Replies
    1. packaging comey.. mask dia pun comey sayang nak pakai =D

      Delete
  9. belum try lagi..masih menyembuhkan jerawat yang naik angkara pores tersumbat di jeju.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe hadiah kenangan dari Jeju. btw dah pakai nanti jangan lupa selpi =D

      Delete
  10. Dah tuuu tak terasa ke nak bagi satu kat kita yg doraemon tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa awak lambat la.. tinggal Charmander je heheh =D

      Delete
  11. comelnya mask ni... hahahahaha. nak jugak pakai.. kak, nak tnya tapi off topik.. spray kucing mana akk selalu pakai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila pakai rasa cem kanak2 sangat dedulu kcik2 x leh beli hehe.. ooh yang spray kucing tu.. haa jap nak reply =)

      Delete
  12. ala.. pakaila.. nak tengok rupanya macam mana.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi tamoo la diknon segan akak haih.. tu dah tunjuk contoh boleh bayangkan ngeh3 =P

      Delete
  13. fuh, macam2.. nasib baik naruto x de je...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Phais nak kena ni.. hahaha Naruto first skali ceq tulis kat dalam entry pasal anime lain adeh..

      Delete
    2. betol la tuh.. x de gambar...

      Delete
    3. hehehe tak apelah Phais =)

      Delete
  14. alaa comelnya mask Pokemon hehe.

    ReplyDelete
  15. cer kak sal selfie sikit guna pokemon mask, mesti omei2, ihik2..

    ReplyDelete
  16. barang sana mmg best beli, even kedai 100 yen pun syiok layan

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.