SITI.YANG.MENAIP: TRIP JEJU SOUTH KOREA 2018 DAY 1.0 - SEWA WIYO POCKET WIFI, PAKEJ MUSIM SEJUK 5H 4M JEJU MUSLIM TRAVEL + CHAMPION HOTEL

TRIP JEJU SOUTH KOREA 2018 DAY 1.0 - SEWA WIYO POCKET WIFI, PAKEJ MUSIM SEJUK 5H 4M JEJU MUSLIM TRAVEL + CHAMPION HOTEL

/
64 Comments
July 23, 2018
SEWA WIYO POCKET WIFI, PAKEJ MUSIM SEJUK 5H 4M JEJU MUSLIM TRAVEL DAN CHAMPION HOTEL

Aku akan kongsikan cerita trip ke Jeju dan tempat-tempat menarik di Jeju pada awal tahun yang lalu. Banyak tempat-tempat yang menarik disekitar Jeju yang wajib dikunjungi. Aku akan kongsikan juga pengalaman menyertai pakej ground di Jeju dan pengalaman naik bus disana. Mana yang elok boleh dicedok yang buruk yang susah letak tepi. Sikit teruja bila Air Asia X dah buka laluan terus ke Jeju tapi tidaklah rancang untuk kesana dalam masa terdekat. Trip ke Jeju kali ini memang plan impromptu main sebut sembang terus jadi hasil menonton iklan di TV. Sembang punya sembang macam mendapat sambutan tanya makcik dan kakak sepupu terus on. Whatsapp Kak Sal juga ajak sekali, pun disambut baik jadi cukuplah lima orang ahli rombongan mengejut ke Jeju. Aku memang dah lama skodeng Instagram Jeju Muslim Travel (JMT), rujuk SINI tapi tak pernah pun tanya apa-apa tentang packages yang ditawarkan. Kata sepakat dicapai memang setuju nak ke Jeju, aku Whatsapp pihak JMT. Masih ada slot yang kosong sesuai untuk kami berlima. Berbincang apa yang patut dan tengok harga ticket pula macam mampu milik maka terus setuju. Urusan bayaran dibuat dan siap sedia untuk ke Jeju. Alhamdulillah berjaya selesaikan satu lagi trip pembuka tirai tahun 2018 pada bulan January yang lepas. Pahit manis perjalanan kami akan aku kongsikan dengan korang semua. Jujurnya.. Penat balik dari Jepun masih terasa ketika buat persediaan ke Jeju. Rezeki tak diduga datang untuk berjalan lagi jadi kita ikut flow. Disebabkan kami ke Jeju ketika musim sejuk, baju-baju yang aku guna di Jepun tak sempat simpan masuk storage dah kena guna balik. Hantar dry cleaning saja. Beli beberapa winter gears sikit untuk MamiZ. First time bawa family pergi main snow.

PENGALAMAN PAKEJ 5H 4M BERSAMA JEJU MUSLIM TRAVEL

Disclaimer : I was not sponsored at all.


What I am about to share sepanjang perkongsian mengenai Jeju adalah my honest review dan opinion dari seorang customer yang pernah menggunakan service dari pihak JMT. Tidak dibayar walau satu sen sekalipun untuk menulis apa-apa oleh pihak JMT. If it is good.. it is good and vice versa. Sepanjang lima hari pertama di Jeju, aku menggunakan service tour guide dari team Jeju Muslim Travel (JMT). Sebelum pilih JMT obviously aku compared JMT dengan other agents yang tawarkan perkhidmatan yang sama di Jeju. Ada few aspects to consider tapi hati dah berkenan teruk dengan JMT (dan apa yang ditawarkan) terus saja deal dengan pihak JMT. Aku percaya ramai yang dah tahu tentang JMT dan ada ramai juga pengunjung Jeju yang menggunakan khidmat touring dari JMT. Kenapa guna tour guide ? Kenapa tak pergi jalan explore sendiri ? Memang boleh nak explore sendiri tak jadi masalah. Public transportation di Jeju bukanlah yang terbaik tapi tidaklah teruk sangat. Reason paling utama kenapa aku gunakan service JMT adalah : Ada dua senior citizens yang ikut sama dalam trip kali ini jadi keselesaan untuk commute dari satu destinasi ke destinasi yang lain adalah menjadi keutamaan. I wanted everyone to enjoy Jeju to the fullest. Alhamdulillah.. aku sangat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pihak JMT sebaik sampai di Jeju dan sepanjang berada di sana. I would love to recommend JMT sekiranya korang masih tercari-cari tour agent yang sesuai untuk explore Jeju. Thank you Anne - our tour guide dan team JMT, we had so much fun exploring Jeju with you.

Okay !! Mari kita mulakan cerita masam manis di Jeju.

15 January 2018 [Isnin]

TRIP JEJU SOUTH KOREA : SEWA WIYO POCKET WIFI, PAKEJ MUSIM SEJUK 5H 4M JEJU MUSLIM TRAVEL DAN CHAMPION HOTEL. Seawal 1:00AM kami gerak ke KLIA2 dari Bangi. Penerbangan ke Jeju adalah pada pukul. 5.15AM. First time panggil teksi sebab tak ada orang pagi buta nak hantar kami ke airport. Aku booked teksi diSINI. Service bagus layanan baik cuma lambat sikit cari rumah tak jumpa tapi itu semua boleh dimaafkan. Elok inform nak gerak setengah jam lebih awal dari waktu sepatutnya. Orang tak ramai sangat that morning tapi KLIA2 tetap meriah. Pergi pick-up WIYO Pocket Wifi dulu untuk dibawa ke Jeju kemudian baru contact Kak Sal. Dah lama Kak Sal sampai tunggu kami. Selesai urusan check-in around pukul 3.00AM kami pergi makan dulu. Lapar pula tengah pagi buta padahal dah makan malam. Hahaha I always feel hungry what to do !! Kemudian terus masuk ke Departure Hall. Tahu sajalah perjalanan nak ke gate dah berapa minit eloklah masuk awal. Tak ada pula buggy service diawal pagi kalau tak nak tahan bagi MamiZ dan MNgah naik. Slowly menapak akhirnya sampai juga. Ambil wuduk siap-siap boleh solat dalam kapal terbang. Boleh tanya pramugari arah kiblat atau guna saja Google Kiblah Finder. Aku tak mahu explain pasal solat dalam kapal terbang takut salah sampaikan lain jadinya. Jadi korang buatlah pembacaan dan research sendiri ya..


Ahli-ahli jemaah trip ke Jeju.

Meninggalkan Malaysia ketika Subuh hari.

Melintasi ruang udara Jeju dan jelas Hallasan yang diselaputi salji dari atas.

Annyeonghaseyo (안녕하세요) Jeju !!

Selamat mendarat.

Alhamdulillah setelah enam jam berada di dalam kapal terbang akhirnya kami selamat tiba di Jeju International Airport. Langit cerah terang benderang menyambut kedatangan kami. Menurut Anne, Jeju baru selesai dilandai ribut salji. Banyak penerbangan batal dan perjalanan pun jadi sukar. Seronok bila snow falls tapi kalau terlalu extreme jadi bahaya. Cuaca di Jeju katanya tak dapat dijangka lebih-lebih lagi ketika musim sejuk. Langit cerah boleh tiba-tiba bertukar mendung dan hujan lebat. Sekejap okay sekejap tak okay. Aku pun ada baca beberapa orang yang kongsikan pengalaman berdepan cuaca tak menentu di Jeju sehingga mengganggu segala perancangan. Tapi iyaaalah soal cuaca bukan kawalan kita jadi doa sajalah semuanya baik-baik saja. Sampai saja di Jeju terus aku on WIYO dan connect internet. Kali kedua menggunakan WIYO. Dulu first time ke Korea pun guna WIYO juga. Puas hati dengan service yang diberikan jadi why not kita repeat lagi. Terus contact Anne - our tour guide. Lambat pula luggage nak keluar tabahlah Anne tunggu kami. On the way nak keluar ada pula seekor anjing polis datang menghidu luggage. Sekejap saja anjing sniff sniff dan berlalu pergi. Kami tak bawa apa-apa makanan lain selain instant noodles. Random okay anjing tu ikut suka hati dia nak pergi mana jadi alert. Our first destination adalah terus ke tempat penginapan yang telah disediakan oleh pihak JMT - Hotel Champion. Tepi jalan saja senang nak cari. Pihak JMT akan bagi details perjalanan semua melalui email jadi bolehlah kita buat rujukan tempat-tempat yang akan dituju.

Muka seronok dah sampai Jeju.

Setengah jam tunggu baru satu bag yang keluar.

Parking area Jeju International Airport.


Bahagian luar arrival gates.

Ahli-ahli jemaah terpaksa berhimpit. Luggage masing-masing gabak tabahlah.





Tandas Hotel Champion Jeju. Besar boleh mandi sambil golek-golek.

Bilik aku dan Kak Sal. MamiZ MNgah dan KHusna duduk bilik sebelah.

Dalam perjalanan ke Hotel Champion ada lalu deretan kedai-kedai teringat pula pada trip pertama ke Korea dulu. Sama saja structure bangunan dimana-mana ceruk sekalipun. Memang plan nak kembali ke Korea dan jadi ceritanya sampai ke Jeju. Masuk bilik kami puas hati selesa sangat ruang luas juga dan toilet paling impressive. Tak tahulah berapa cost satu malam semua dah inclusive dalam bayaran package. Shower laju kawasan bersih luas memang tip top. Walaupun suhu dah sejuk tapi rasa juga nak mandi. Perjalanan jauh dari KL buat rasa tak selesa. Kami solat dan refresh kemudian terus gerak. Anne dah tunggu siap sedia nak bawa kami meronda. Excited sangat nak pergi main snow. Walaupun baru balik Hokkaido dah puas main snow disana masih lagi rasa teruja. I can never have enough snow experience in life. Bawa MamiZ pula this time tengok dan pegang snow lagilah rasa tak sabar nak main snow. Jomlah kita..


SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

64 comments:

  1. I went to Jejudo with my sis last year too, bulan Mei. Jejudo memang best dan cantik sangat, nanti nak repeat lagi! X3

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik nature memang dijaga. hehe nak repeat eh ? CT sekali je cukuplah hihi..

      Delete
  2. bestnya trip macam ni..::)

    ReplyDelete
  3. menarik ni.ada plan nak bawa anak anak p sana main salji juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeju not bad tapi heee jujurnya CT rasa Jepun best lagi kalo nak main snow. ooor other side of Korea. entahlah my personal preference =)

      Delete
  4. Bestnyaa siti, memang suka travel snagat siti.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok kak.. suka travel tapi kena kumpul duit lah kalo nak jalan =D

      Delete
  5. Best nya tengok kak siti pi sana sini.. Boleh buat jadi idola nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha jangan !! carilah orang lain =D

      Delete
  6. Pergh... trip sambung menyambung... baguslah tu sesekali bawa mummy rasa musim yang berlainan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersambung time tu je PLM.. skrng dok rumah poket kering heheh.. MamiZ da rasa winter kat Perth dia kata macam aircond ja. naaah !! rasa sejuk gedi betul-betul. serik katanya xmau dah hihi..

      Delete
  7. terbaek.. menarik ni :)

    ReplyDelete
  8. Entah bila tah Akak nak sampai situ..
    Padahal kawan bebudak Korea ramai..
    Tunggu anak besar2 agaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnyaa ramai kawan Korea hehe yang hensem single ada tak kak ? kirim salam please hahahaha.. insyallah ada rezeki sampai punya. kadang2 rezeki sampai waktunya tak terduga =)

      Delete
  9. best kan jeju. akak mmg suka. pegi bawak kereta sendiri mmg lagi seronok. a lot to explore actually..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berani nak drive plus kena ada international license kan ? tapi kalo ada chance untuk drive better drive sendiri. boleh pergi mana2 yang kita suka =)

      Delete
  10. Wah, bestnya dapat pergi Jeju. Teringinnya main salji...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tu Zumal bukak tabung pegi jalan2..

      Delete
  11. alhamdulillah. dpt lagi aida baca2 citer travel gini.
    lom ada rezeki ke jeju, siti.
    one day in shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi baca.. i appreciate it lots.
      insyallah kalo ada rezeki boleh sampai punya =)

      Delete
  12. Tak sabar nak baca part seterusnya! Kita teringin nak repeat Jeju :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. huurm akak personally rasa sekali cukuplah unless i hev lots of extra money to be spent hehe.. if not okay sekali je =D

      Delete
    2. Kita teringin nak repeat sebab masa kita pergi Jeju, cuaca sendu. So tak nampak Jeju yang cantik 😭😭😭

      Delete
    3. aaaa ok ok akak luluskan untuk Farah pergi Jeju lagi hahaha.. nature diorang memang cantik so kena pergi =D

      Delete
  13. kami belum dapat ke sana, jadi baca dulu lah pengalaman trip orang lain ke sana. hehehee ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah ada rezeki pasti sampai. ataupun rezeki ke destinasi yang lagi menarik dan seronok =)

      Delete
  14. assalammualaikum wbt

    best nyer g jeju,..yaya jgn kan p jeju, lua ngra pun xpenah derr..hehe
    xpe.InsyaAllah rezki satu hari nti =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom Yaya kita pi jalan tapi kita bukak tabung dulu naaa =D

      Delete
  15. Wahh seronoknya.. tq bg tips ni

    ReplyDelete
  16. Syoknya baca kisah CT ke Jeju pulak, terasa macam CT selalu travel je ni.. Good sharing 😍
    Btw best tak travel musim winter, husniey teringin sebenarnya tapi risau tak tahan sejuk 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT bukan orang buat duit nak selalu travel hihi jadi kita travel berkala. at least setahun 1 trip gitu kalo ada lebih kita plan trip lain gitu laaa ye.

      best travel waktu winter. pengalaman lain dari yang lain. sejuk memang sejuk tapi kalo pakai yang sesuai tak jadi masalah. cuba sekali dulu tengok serasi ke tidak.

      Delete
  17. Bestnya pergi jeju, saya tak pernah lagi sampai sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe akak bolehla plan pergi Jeju =)

      Delete
  18. sangat-sangat beruntung orang boleh pergi melancong..

    saya pun nak tetapi dalam pakej berbulan madu..

    lebih terasa feel siket

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe aaa betul tu ada partner lagi bestlah =D

      Delete
  19. bestnya jejak jeju! ada jugak plan nak gi tapi tak tau bila. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh plan dah ni ada direct flight senang =D

      Delete
  20. update lagi, nk bacaaaaa

    ReplyDelete
  21. Replies
    1. seronok. thanks to them sudi jalan sama =)

      Delete
  22. Wowww bestnyaaa.
    Sis memang nak sangat ni pergi Jeju sebabnya dah pergi Seoul 2x, Jeju aje tak sampai lagi ..
    Bolelah baca ni sampai habis pengalaman Siti ni..Nanti nak prgi bole jadikan bahan rujukan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pegi Jeju SisLin dah dua kali Seoul tu.. cover Jeju Busan pulak. Busan best jugak culture menarik =)

      Delete
  23. Menarik.. walau baca dari depan ke belakang.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi baca.. takpe dari belakang pun =D

      Delete
  24. Syoknyaaaa Jeju. Masa AA promo, teringin nk pegi, tapi x sampai seru lagi. Gayanya Sha baca dulu buat rujukan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. seru ni kadang2 tak disangka. yang dok rancang kadang tak jadi yang tak rancang tiba menjadi. baca je dulu hehe kumpul tips mana tau soon dapat pegi kan =D

      Delete
  25. ke mana pulak selepas korea ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.. masih dalam stage merancang =D

      Delete
  26. Nampak sonok tu..ada gak plan nak ke sini tapi mr hubby tgh consider dlm list vacation..hehe..tapi tak mo time winter..k.fiezz tak tahan sejuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeju cantik memang nature dijaga tak rugi pergi. CT rasa kalau tak tahan sejuk better pergi musim bunga. extra cantik kiri kanan munge munge =D

      Delete
  27. duh seronok nya main snow tp tu la tak tahan sejuk ada tips ke? hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kena cuba juga rasa sekali pengalaman tu.. tips ? hurrm CT rasa longjohn sangat membantu. and socks.. di Jeju ni sejuknya best tak mnyucuk2.. seronok =D

      Delete
  28. best ikut tour, takyah penat2 fikir transport, location, foods, etc, etc..
    cuaca cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup selesa pun iya untuk orang berusia. tapi strict jela kadang2 kita nak spend masa extra kat certain places. tu je kekangan..

      Delete
  29. Assalamualaikum ct..lama tak komen blog ni hihihi selalu jadi slient reader jah bocor rahsia... Syoknya pergi jeju pulak travel

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih jugala sudi jadi silent reader =)

      Delete
  30. Assalamualaikum siti. sy nak tanya tentang sewa pocket wifi. yang siti sewa tu dari web http://www.wiyo.my/ ke? saja nak confirmkan. sebab sy tengah survey nak sewa pocket wifi untuk g korea. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye.. dua kali dah sewa pocket wifi dengan Wiyo dan coverage memang superb. atas gunung pun laju tak sangkut2.

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.