SITI.YANG.MENAIP: PERTH | WESTERN AUSTRALIA 2016 : DAY 6.0 - MANDURAH DOLPHIN TOURS

PERTH | WESTERN AUSTRALIA 2016 : DAY 6.0 - MANDURAH DOLPHIN TOURS

/
40 Comments
July 09, 2017
Entri sebelumnya di SINI.
02 Jun 2016 [Khamis]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE PERTH WESTERN AUSTRALIA | MANDURAH - MANDURAH DOLPHIN TOURS. Pagi-pagi hari kami menghala ke Mandurah untuk naik cruise dengan harapan dapat tengok dolphins berenang riang. Cuaca sangat cantik langit membiru. Ada beberapa companies yang buat dolphin tours. Dalam buku Hello Perth ada discount kalau book dengan company Mandurah Cruises. Tapi aku telefon Mandurah Dolphin Tours sebab tak aware ada banyak options sebenarnya. Mana-mana pun sama saja bezanya adalah size boat. Mandurah Cruises offer boat yang besar dan nampak lebih mewah berbanding Mandurah Dolphin Tours. Belajar dari kesilapan lepas, kali ini aku dah booking lebih awal, sehari sebelum untuk secure seat. Call saja nombor yang ada di website dan buat reservation. Pihak Mandurah Dolphin Tours akan beritahu suruh tunggu dimana. Sampai setengah jam lebih awal ketika Captain tengah semak senarai penumpang. Bayaran dibuat dan terus masuk dalam boat. Kami antara yang terawal masuk ke dalam boat jadi boleh pilih nak duduk di seat mana-mana saja. Kecil saja boat yang disediakan tapi agak selesa. Tingkap yang besar puas hati juga kalau nampak dolphins. Better datang lebih awal memang tepat jam 10.00AM boat bergerak sambil Captain memperkenalkan diri dan buat sedikit keterangan. Captain yang agak berusia tapi sangat mesra.

MANDURAH CRUISES

Operation Hour / Day
Everyday except Christmas Day

Prices
Adult : $30 Adult
Senior Citizen / Student : $23
Children (3-12 years) : $15
Family ticket (2 Adults 2 Children) : $76

Website : Mandurah Cruises

MANDURAH DOLPHIN TOURS

Operation Hour / Day
Everyday except Christmas Day

Prices
Adult : $28









NAIK CRUISE TENGOK DOLPHINS DI DOLPHIN QUAY MANDURAH

Meninggalkan Dolphin Quay kami sama-sama menjejaki dolphins di Mandurah. Banyak sangat kapal-kapal layar yang besar dan cantik. Bot-bot mewah tersadai membuktikan Mandurah adalah kawasan tempat tinggal golongan elit. Captain ada menceritakan sejarah pembinaan Dolphin Quay dan bagaimana pembangunan sekitar Mandurah dirancang dengan teliti. Dolphin Quay diberi nama sebab terlalu banyak dolphins yang tinggal di kawasan Mandurah menjadikan Dolphin Quay adalah habitat dolphins. Nak mengekalkan keaslian dan dalam pada masa yang sama nak juga pembangunan, jadilah pembinaan terancang rumah-rumah elit sekitar perairan Mandurah tanpa mengganggu habitat dolphins. Memang rumah-rumah yang ada sekitar lorong-lorong jalan di Mandurah besar-besar belaka. Cannot imagine berapa harganya. Majoriti setiap rumah akan ada bot atau kayak. Buka pintu belakang terus perairan Mandurah. Seronoknya kalau rasa bosan atau stress, naik saja bot atau kayak belakang rumah sambil bermain-main dengan dolphins.

Walaupun memiliki bot mewah yang besar-besar, penduduk di perairan elit Mandurah still kena bawa bot ikut kelajuan yang dah ditetapkan. Sangat slow and itulah reason kenapa bot yang Captain bawa pun slow. Tak terasa langsung laju tapi baguslah, dapat nampak dolphins dengan lebih jelas. Tak boleh terlalu laju speed trap berada dimana-mana. Lepas daripada kawasan perairan elit suka hatilah nak merempit atau apa sekalipun. Dah masuk kawasan laut lepas ikutlah nak buat apa. Captain sangat bagus. Bila nampak bayang-bayang dolphins dia akan bagitau penumpang suruh standby. Dah lama kerja mesti dah pro dan tahu tanda-tanda dolphins nak menjelma. Selama satu jam naik cruise adalah dalam tujuh atau lapan ekor dolphins kami nampak. Entah-entah dolphins yang sama ikut boat. Dolphins kan sifat suka bergurau. Puas hati jugalah dapat nampak. Cuma tak ada yang terbang buat show. Hanya berenang-renang manja. Captain pun ada cakap, tak semua trip dolphins cruise akan nampak dolphins tapi selalunya akan ada. Percentage nak kecewa sangat nipis. These dolphins they are wild dolphins bukan dibela dibelai dijaga. Jadi memang ikut kepala angin juga nak menjelma atau tak. Rezeki kami jugalah that day dapat tengok. Kita tak dibenarkan campak apa-apa ya keluar tingkap. No feeding nanti kena saman.











Overall sangat puas hati. Selisih dengan boat Mandurah Cruises memang besar dan ada open deck untuk meninjau. Semestinya lagi selesa. Boleh detect dolphins dari jauh. Tapi boat yang besar dan tinggi membuatkan sangat limited untuk nampak dolphins dengan jarak dekat. Unless you have a really good camera boleh zoom untuk ambil gambar cantik-cantik. Obviously nak recommend korang datang ke Mandurah and cuba dolphin tours. Belum lagi tercapai hasrat nak pegang dolphins. Pelan-pelan kita kayuh. Ada rezeki kita pegang pula. Kami mencari any pejabat pos sekitar Mandurah yang berada berdekatan. Alhamdulillah jumpa dan selesaikan urusan yang tertunggak sebelum pulang ke Malaysia. Sangat mudah nak uruskan pembayaran saman. Hanya hulurkan tiket saman nak duit. Pengajaran sungguh tak apalah. Sekurang-kurangnya kita dapat belajar sesuatu dari kesilapan.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

40 comments:

  1. Dalam perjalanan ke Rottnest Island pun boleh nampak dolphin. Di Busselton jetty pun ada ternampak juga... kira nasiblah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow itu memang rezeki tu hehe xyah naik cruise hehe.. Rottnest Island tu rasa rugi pulak tak pergi.. insyallah next time tapi mahal juga tiketnya kan..

      Delete
  2. seronoknya..nampak dolphin tu
    JanjiKita

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok.. tak sangka juga dapat tengok =D

      Delete
  3. wah..harga tu akak rasa berbaloi!bestnya Siti.kat Mandurah ni orang tak beli keter kot, tapi beli bot..hehe. Gambar lawa-lawa. Alhamdulillah, rezeki dapat nampak dolphin. Dapat pegang tu Insha Allah suatu hari nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe depa jalan2 guna bot je kat sini.. kawasan rumah2 ni depan mengadap laut blakang tu nampak gak garaj semua. memang spesis orang2 kaya ni.. amin amin yang pegang tu nanti suatu hari =D

      Delete
  4. Ya Allah bestnya dapat tengok dolphin..rumah dekat situ memang besar2 nampaknya tu, cantik kawasannya tu nampak bersih dan tenang saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang besar sangat2.. macam berlumba2 untuk bina rumah siapa lagi besar. yang duduk sini katanya designer2 terkenal memang ada nama punya orang hehe..

      Delete
  5. Wah bestnya tgk dolphins live

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok. syukur nampak jugak seekor dua hehe..

      Delete
  6. ingtkn madurah., hahar2.,

    ReplyDelete
  7. banyak seronok nyaaa p sana ! tak de rezeki lagi nak jejak situ. huhuhu selamat hari raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah one day.. jom kita pergi sana..
      selamat hari raya too ^^

      Delete
  8. terima kasih CT, selalu berkongsi gambar2 dan kisah holiday CT ,Alhamdulillah rezeki CT menikmati keindahan alam ciptaanNya serata dunia.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga perkongsian CT dapat bantu kawan2 yg merancang nak kesana. thank u Kak Ana sudu baca.. ^^

      Delete
  9. alahai seronoknyaa. gambar semua cantik-cantik :) teringin sangat nak pergi, tapi belum ada rezeki lagi. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah ada rezeki sampai tu.. jom kita menabong. cukup duit kitaaa pergi ^^

      Delete
  10. Best tengok Kak CT update pasal travel, baca pun seronok. Saya ni bila lah ada masa nak sambung pasal India T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa Dylla pun ada share pasal India. akak tatau bila nak sampai sana so seronok baca cerita orang sajalah hehe.. come on come on..!! rajinkan diri hehe..

      Delete
  11. wah bestnya siap nampak dolphins

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur ada nampak sebab chances tipis.. rezeki jugak. jom kita jalan2 ^^

      Delete
  12. seronokkkknyaaaa. wahh bila la uyul nak dapat peluang macam nih.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah.. jom kita sama2 menabung. cukup saja kita pegi hehehe..

      Delete
  13. cantik gambar...bestnya dah ke sana...
    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. jom kita jalan-jalan ^^

      Delete
  14. wahhh seronoknya ke sana... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok.. boleh plan dengan families or kawan-kawan. mesti lagi meriah ^^

      Delete
  15. Best gila sapa yg rumah dekat situ kan...dolphin main depan rumah ja..time akk pi tu winter...so hujan renyai2 nasib dolphin xmalu2 nk kluar...seagull pun banyak duk bersidai kat batu2 kat hujung2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak duduk kawasan ni hanya orang yang fix certain income tetiap bulan brapa tah sebab maintainance tinggi. sistem air dia bukan main lepas dalam laut ja gitulaaa..

      Delete
  16. saya pernah tengok dolphin..tapi di Guangzhou Zoo la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok tu dah dapat tengok.. sep sep hehe..

      Delete
  17. Bestnya jumpa dolphin ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi diorang malu-malu.. yang besar2 malas nak menjelma anak-anak je rajin main2 dengan boat..

      Delete
  18. bestnya dapat tengok dolphin.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best tapi depa malu2 plak.. geram betul. tak puas jadinya..

      Delete
  19. wah bestnye teringgin pergi Perth... main-main dengan dolphin lagi... syoknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo dapat pegang lagi best.. kena cari tempat yang boleh pegang jugak. geram saaangat mengada2 depa ni..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.