SITI.YANG.MENAIP: PERTH | WESTERN AUSTRALIA 2016 : DAY 5.2 - PENGALAMAN KENA SAMAN MEMANDU LAJU DI AUSTRALIA + VICTORIA PARK LODGE

PERTH | WESTERN AUSTRALIA 2016 : DAY 5.2 - PENGALAMAN KENA SAMAN MEMANDU LAJU DI AUSTRALIA + VICTORIA PARK LODGE

/
20 Comments
July 05, 2017
Entri sebelumnya di SINI.
02 Jun 2016 [Khamis]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE PERTH WESTERN AUSTRALIA | PERTH - PENGALAMAN DISAMAN DI AUSTRALIA DAN VICTORIA PARK LODGE YANG TAK MEMUASKAN. Niat asal tak mahu cerita biar saja menjadi rahsia. Bila fikir balik baik aku kongsikan secara general supaya tak ada orang yang mengulangi kesilapan kami. Perjalanan yang panjang dari Albany pulang ke Perth memang memenatkan. Aku sendiri tertidur beberapa round walaupun gigih baca GPS. Sekejap-sekejap terjaga tunjuk direction. CHakim yang memandu harus lagi penat. Silap kami masing-masing hanyut sampai tak ada siapa yang temankan CHakim memandu. Bila dah semakin menghampiri kawasan Perth CBD dah mula ada lampu jalan dan suasana yang sedikit sibuk. Walaupun dah pukul 10.00PM masih lagi hidup tapi dalam kepala masing-masing nak sampai Victoria Park Lodge.


PATUHI HAD LAJU YANG DAH DITETAPKAN DI AUSTRALIA

Tiba-tiba dengar siren polis dan terus fresh biji mata. Tahu dah kena something dan park tepi jalan. Seram sejuk tak terkata sumpah sejuk gedi tangan semua. Tapi tabik sangat-sangat dengan attitude polis yang bertugas that night. Tak ada marah-marah tegur secara baik. Soalan-soalan yang ditanyakan pun very basic tak ada nak sergah kemain lagi. Dia tanya destinasi dan minta lesen memandu. Tanya kenapa memandu laju sangat tak ikut had laju yang ditetapkan. Kasi nasihat dua tiga round terus keluar surat saman. Melayang 400AUD (RM1268 approx). Kenang balik memang terkedu dengan amount yang terpaksa dibayar. Tapi salah kami masing-masing. Kita sama-sama in it jadi tanggung sama-sama. Diingatkan kena bayar esoknya (Jumaat) sebab Sabtu Ahad cuti. Boleh bayar dimana-mana pejabat pos ataupun carilah balai polis yang berdekatan.

Moral of the story jangan main-main dengan had laju yang dah ditetapkan di Australia. You will never know polis menyorok celah mana tiba-tiba boleh ada belakang ikut sama. Walaupun kadang-kadang tak masuk akal dalam bandar pun entah apa-apa had laju tapi ikutkan jugalah. We took it positively dan memujuk diri masing-masing jangan biarkan apa yang terjadi menjejaskan mood. We have to train our mind to see the good in every situation. Walaupun mood memang dah terjejas, pura-pura jugalah hati masih bergembira. Pengajaran buat semua jangan main-main. Senyap sepanjang perjalanan ke Victoria Park Lodge. Since kami lambat sikit check-in, owner terpaksa tunggu lebih masa. Tapi dah explain apa jadi so dia memahami. Sangat baik hati. Seorang perempuan dari Hong Kong yang dah lama migrate ke Australia.

VICTORIA PARK LODGE - INDAH KHABAR DARI RUPA

Untuk dua bilik dua malam kami dikenakan sebanyak 239AUD (RM757.63 approx). Agak reasonable kalau bilik-bilik yang dioffer adalah sebiji dan sama seperti yang diupload di Booking.com tapi semuanya mengecewakan. It was not that bad tapi tak seperti yang dijanjikan. Rujuk SINI. Memang aware toilet kena kongsi tapi selesa jadi tak kisah sangat. Tapi keadaan persekitaran sangat tak sihat. Tengah malam parti-parti liar masih berlangsung. Penginap-penginap lain sama-sama mereka buat parti sendiri. Bising sampai dalam bilik. Esok pagi bangun nak solat Subuh, dua tiga orang tidur bergelimpangan di common room. That was not a great view nak tunjuk kat penginap-penginap lain. Confirm mabuk sakan semua orang. MamiZ memang dah tak seronok dan marah-marah kenapa aku chose nak menginap disitu. Mana nak tahu.. Dalam review semua baik dan tip top. Mujur kami memang seharian keluar jadi malam baru balik kesana. Haaaih..

Malam kedua bermalam di Victoria Park Loge aman sikit sebab hujan lebat petir kilat semua ada. Mungkin yang lain-lain tak ada nafsu nak mabuk-mabuk. Senyap aman. Balik Malaysia terus buat report kepada Booking.com sebab rasa tertipu sangat. Pihak Booking.com memberi maklum balas yang memuaskan. Aku puas hati jadi selesai. Cumanya aku dah kurang sikit keyakinan nak percaya reviews yang diberikan di Booking.com. Nak pilih lodging kena extra careful supaya perkara macam ni tak berulang lagi. Belajar dari kesilapan.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

20 comments:

  1. Memang sedap memecut kat sana sebab jalannya takde lubang dan lurus... sibbaik tak kena tembak... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul merempit best sangat jangan kata lubang.. bonjol pun tadak. hihi abam polis baik2 belaka. nasib dia tak suruh buat urine test ngeh2..

      Delete
  2. wah...dah siap tulis entry..saya tak tulis-tulis lagi..sibuk memanjang

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe takpe Uncle habiskan cerita Europe dulu.. tu lagi menarik =D

      Delete
  3. huhu, timm pun selalu nk booking dok tgk review2 booking la, agoda la..kdg2 indah khabar dri rupa..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. tapi memang kaw2 da email kat booking.com sebab rasa tertipu and harga tu bukan murah pun. tak patut sangat dengan tempatnya.. tak tenang langsung..

      Delete
  4. Bagus kalau Malaysia pun sama mengenakan denda yang tinggi kepada pesalah traffic. Baru diaorang serik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. ni pun da serik ni. kat Malaysia alhamdulillah tak pernah kena saman amek kaaaau jauh haa kena setepek hehe.. serik serik.

      Delete
  5. Hoh tengok pada jumlah harga sebuah bilik dan saman tu rasa nak pengsan.. adehh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal sebab harga currency kita makin merudum. pengajaran supaya jangan bawa kereta laju sangat kat tempat orang. harga bilik untuk dua buah dan dua malam..

      Delete
  6. adoi, kena saman kat malaysia je pun dah lap dahi kan..huhu.biasalah tu drive laju maybe sebab ngantuk.akak selalunya gitu.nangislah kalau booking bilik macam tu. kita mungkin ok tapi macam MamiZ mesti x suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia cakap kalo book lagi tempat cemni dia xkasi pegi jalan. walaupun dia x ekot dia cakap xleh. itula pegi Sydney buat room tour kat mak buktikan lodging okay ngeh3..

      Delete
  7. jadikan pengalaman walaupun kena saman, tapi mood cuti jangan dirosakkan.

    aduii seram akak dengar macam tu, risau nak keluar bilik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengalaman pahit perit nak bayar mahal tapi amek sudut positif.. kena belajar something ikut peraturan hihi.. seramkan entah apa2 la parti liar malam2..

      Delete
  8. Nasib kami rekod bersih xkena saman masa kat sana..duk tunggu gak kot2 ada surat saman sampai dr Aries ke..nasib xda...fuhhh lega dennn

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini saman memang kena setepek kat muka.. polis tulis kaw kaw.. xdak dari company hehehe.. melepet kena bayarlaaaah dikau =P

      Delete
  9. Replies
    1. hehe nak buat guano dah salah sendiri. ikutkan harga2 kita la tu cuma currency sana jadilah mahal..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.