SITI.YANG.MENAIP: PERTH | WESTERN AUSTRALIA 2016 : DAY 4.1 - SPRING VALLEY ORCHARD DONNYBROOK

PERTH | WESTERN AUSTRALIA 2016 : DAY 4.1 - SPRING VALLEY ORCHARD DONNYBROOK

/
23 Comments
July 01, 2017
Entri sebelumnya di SINI.
01 Jun 2016 [Rabu]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE PERTH WESTERN AUSTRALIA | DONNYBROOK - PETIK EPAL DI SPRING VALLEY ORCHARD. It was so much fun dapat pengalaman petik apples di sebuah ladang apples di Donnybrook. MamiZ memang nak sangat pergi ladang apples dan petik buah. Donnybrook adalah kawasan pengeluar apples terbesar di Western Australia menjadikan Donnybrook diiktiraf sebagai Appletown. Memang banyak sangat ladang buah-buahan especially apples di Donnybrook. Boleh pilih mana-mana satu nak terjah. Musim sejuk adalah musim terbaik nak pergi ladang apples sebab buah apples sedang masak elok untuk dipetik. Kami memilih Spring Valley Orchard memandangkan reviews yang dibaca semua positive. Hampir satu jam pemanduan dari Busselton Jetty ke Donnybrook. Pekan yang kecil dan comel. Gambar apples berada dimana-mana saja. 

TEMPAHAN TOUR KE LADANG APPLE PERLU DIBUAT SEBELUM PERGI KE SPRING VALLEY ORCHARD

I did not know about this. Memang clueless bila pekerja tanya kami adalah group nombor berapa. Memang tak ada group. Janganlah cakap kalau tak booking tak boleh masuk petik apples. Dekat website tak ada notes pun remind kena booking dulu. Ingatkan boleh walk in. Luckily she allowed us untuk join the next trip but we had to wait dalam satu jam jugalah. Kami bersiar-siar saja keliling ladang. Cantik dan kemas. Ada dua ekor kuda yang agak manja. Next time kena booking dulu. Hantar email and note them yang kita nak pergi kesana let them know berapa orang. Wait for their reply let us know pukul berapa session tour kita. Syukur jugalah dapat menyelit join. Session yang dimaksudkan pun ada beberapa orang dari Malaysia. Majoriti adalah dari China dan Singapore. Spring Valley Orchard diusahakan oleh sepasang suami isteri dan dibantu oleh anak-anak mereka. Memang perniagaan keluarga. Bermula dari skala yang kecil sampailah dah berjaya export apples mereka keluar dari Australia ke negara-negara jiran. Pasangan pemilik Spring Valley Orchard juga pernah menetap selama hampir sepuluh tahun di Kuala Lumpur. Malaysia tak asing lagi for them.  

Sebelum kita terus memetik apples, penerangan diberikan kepada semua tentang cara-cara petik apples dengan betul. Tak boleh main ribut saja rentap. Kena ingat, sekali petik nanti pokok nak keluarkan buah lagi so kena gentle dan lemah lembut. We have to twist the apples upright untuk detach dari pokok. Kami juga ditunjukkan process membungkus apples masuk kotak dan macam mana nak kelaskan apples ikut gred. Semua pakai machine zaman dah canggih. In no time semua apples dah berjaya diasingkan ikut size dan standard. Baja yang digunakan hanyalah yang organic. Pesticide langsung tak digunakan untuk sembur pokok-pokok tapi ada chemicals (ubat-ubatan dan vitamins yang khas untuk pokok-pokok apples) digunakan untuk memastikan buah-buah apples membesar dengan sihat.

Beautiful baby maples kalau tak silap.



Kusyuk dengar penerangan.

Potong apples dijadikan tester semua orang boleh makan puas-puas.

Nak lagi potonglah sendiri.

PETIK APPLES DI LADANG SPRING VALLEY ORCHARD

Dengan bayaran sebanyak 10AUD (RM31.70 approx) sekepala, kita akan dibekalkan dengan sebiji bag dan boleh petik sebanyak 1KG buah apples seorang. Kami berempat jadi kami boleh petik 4KG buah apples in total. Nanti dah habis pusing-pusing ladang akan ditimbang. Kalau berlebih, kita akan dicharge sebanyak 5AUD (RM15.85 approx) untuk setiap extra KG. MamiZ main kutip petik tak ingat sampai berlebih-lebih. Mujurlah tak banyak sangat kena. Seronok sangatlah tu jumpa pokok apples. Sihat sungguh kerja makan apples sepanjang berada disana. Sebab banyak sangat petiknya.

Banyak juga buah apples yang jatuh atas tanah. Weird sebab sangat banyak. Too sad two days before kami pergi ada typhoon katanya habis buah apples semua jatuh rosak dan sedikit mengganggu hasil pengeluaran. We were lucky sebab that trip adalah yang terakhir dibuka untuk tahun 2016. No more dan those yang nak datang kemudian dah dihantar email terpaksa cancel. Buah apples banyak rosak akibat typhoon dan serangan gagak. Nanti tengok apples ada yang kena patuk semua kerja gagak.  

Jom kita menapak ke ladang apples.



















One with the owner dan anak-anaknya.

I could not help it. Banyak sangat gambar apples sebab geram. Nak share juga dengan korang semua. Tapi sayang sungguhlah buah apples yang rosak. Sangat banyak bertaburan di tanah. Ada beberapa jenis apples merah yang ada di Spring Valley Orchard and my favourite adalah Pink Lady dahlah juicy rangup pula. Petik dari pokok lap sikit terus ngap. Full with goodness memang awesome. Selain apples ada juga products lain yang dihasilkan di Spring Valley Orchard. Ada jem, dried apples dan apple chips. We bought the apple chips memang makanan sihat sangat. No sugar added at all pure rasa apple. Serat terbaik untuk pencernaan perut. Masam manis rasa apples mula tak lalu tapi tanpa sedar sikit-sikit makan habis juga. We had to pay extra 3AUD (RM9.51 approx) sebab MamiZ kutip lebih. Syukur tak banyak sangat extra. Itu pun ada banyak biji kami tapau bawa balik ke Malaysia. Kalau korang ada minat yang sama dengan aku, suka petik-petik buah kenalah datang ke Donnybrook. You have to experience this because its too cool. Singgah di pekan Donnybrook cari secluded park untuk perform prayers. Syukur ada public toilet nearby. Isi minyak full tank and we were good to go.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

23 comments:

  1. nak masuk ladang apple pun kena booking rupanya. tapi berbaloi dpt petik apple fresh dlm tu, semua merah2 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa itulah pasal kena booking rupanya. tak pula depa tulis kat website and akak ade je email tanya ada lagi tak buah blh petik.. diorang cakap ada pun tak note suruh book hehe.. syukur dapat jugak join..

      Delete
  2. Bestnya dpt pergi ladang epal. Kan best kalau dekat malaysia pun ada. Hehe. Merah2 epal tu. Geram pula tgk. Baby maple tu cantik sgt. Jelesnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kat Malaysia ada tak trasa sronok tu.. cem pokok2 lain yang ada kat negara kita. baby maples tu pun first time CT tengok.. geram sangat mcam pokok tipu..

      Delete
  3. bestnya Siti..merah-merah apples tu geram sungguh.Owner tu mesti pandai cakap melayu.Nasib baik dapat masuk. Kalau datang lambat sikit memang melepas. Tapi yang ni lepas bukak braces baru boleh pergi. sebab pakai braces tak boleh nak kokak buah.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti dia blh cakap melayu ke x.. macam dah pelat2 omputih balik je.. wife dia yang mesra kemain menyembang hehe.. betul tu kak.. dahla jauh nak sampai memang kalo tak dapat join kempunan sungguh rasanya..

      lepas dah bukak braces boleh plan lain ni =D

      Delete
  4. Sesapnya tengok apple tu. Nasib baik saya ahri tu dapat gak makan epal fresh dari pokok masa kat NZ hari tu.. Btw, selamat hari raya ct. Maaf zahir batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat NZ pun ada jugak kan ladang2 buah ni.. tapi tak sure buah apa best nak petik kat NZ.. best sebab feeling dia tu tak reti nak explain macam mana..

      selamat hari raya too Kak DP.. maaf zahir batin =)

      Delete
  5. Kita banyak terlepas ni entri Perth... baru nak warming up balik.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi kalau rajin apa salahnya =D

      Delete
  6. SHRMZB untuk awok dan bonda tercintaaaa ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe same goes to you Zaf..
      selamat hari raya maaf zahir batin =)

      Delete
  7. Geram betul tengok epal tu...

    ReplyDelete
  8. wahh..bestnya dapat pi ladang apple.. geram tengok apple.. i like apple.. nyum2

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka apples gak.. lagi2 yang crunchy tu daaapnye hehe..

      Delete
  9. Alamak cantiknya pokok ala2 mohabatien tu... ladang apple freshnye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee CT pun masa jumpa pokok tu teringat mohabbatein eheh.. pokok Gurukul =P hahaha.. tapi kecik2 nak tulis pun tak muat..

      Delete
  10. Bila baca post ni, rindu nak pergi apple picking!

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun rindu jugak ni.. asal teringat balik mesti rindu hehe..

      Delete
  11. bestnya..teruja petik2 epal..rangup nmpknya..

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.