SITI.YANG.MENAIP: PERTH WESTERN AUSTRALIA 2016 DAY 1.0 : LALUAN ROAD TRIP DI PERTH WESTERN AUSTRALIA DAN SEWA KERETA DI BAYSWATER CAR RENTAL

PERTH WESTERN AUSTRALIA 2016 DAY 1.0 : LALUAN ROAD TRIP DI PERTH WESTERN AUSTRALIA DAN SEWA KERETA DI BAYSWATER CAR RENTAL

/
13 Comments
July 02, 2016
CADANGAN LALUAN ROAD TRIP KE PERTH WESTERN AUSTRALIA DAN SEWA KERETA DARI BAYSWATER CAR RENTAL. Alhamdulillah dapat kembali jalan-jalan ke Australia buat kali kedua dan aku memilih untuk ke tempat-tempat menarik di sekitar Perth dan beberapa lagi bandar-bandar utama di negeri Western Australia. Pengalaman pertama merancang road trip ke Perth dan memandu di negara orang. Semua perancangan dibuat sendiri dan banyak benda baru aku belajar dari memilih penginapan, kereta sewa dan laluan road trip yang sesuai sehinggalah budget dan perbelanjaan. Australia is such a lovely country dan Western Australia adalah negeri terbesar. Itinerary tujuh hari ke Perth dan sekitar Western Australia yang padat pun tak cukup untuk cover keseluruhan kawasan. Kami ke Perth bulan June menaiki Malindo Air dan tiket dibeli tiga bulan lebih awal setelah semua ahli-ahli rombongan bersetuju. Sejak Malindo Air buka route ke Perth memang aku selalu check harga tiket bila dapat harga yang mampu milik terus beli.

Ada sikit drama berlaku apabila dua hari sebelum berlepas pihak Malindo Air hantar SMS. Waktu penerbangan telah bertukar dan diawalkan ke pukul 06:45PM. Sepatutnya penerbangan kami tengah malam supaya sampai ngam ngam waktu pagi boleh terus berjalan. Kalau depart petang confirm tengah malam sampai sana. Plan semua dah diatur kereta sewa pun dah deal memang tak larat sangat nak ubah apa-apa. Serabut sungguh kepala mujur semua ahli rombongan sangat supportive. Masing-masing setuju untuk stay bermalam saja di Perth Airport sehingga siang. Disebabkan Malindo Air dah bertukar terminal berlepas di KLIA jadi semua waktu penerbangan pun disusun semula. Alhamdulillah dalam kepayahan hadir juga kesenangan.

CADANGAN LALUAN ROAD TRIP DI PERTH DAN BANDAR-BANDAR SEKITAR WESTERN AUSTRALIA

Banyak sumber aku jadikan rujukan while planning laluan terbaik untuk road trip kami ke Perth Western Australia. Mana yang boleh dipraktikkan aku guna pakai. Aku consider minat dan keinginan semua orang untuk tentukan kemana hala tuju kami akan pergi. Kalau tak mahu road trip pun tak apa bukan satu kemestian. Sekitar bandar Perth pun ada banyak tempat-tempat menarik yang boleh pergi. Sistem public transportation yang sistematik membuatkan pergerakan di dalam bandar menjadi senang. Aku tak dapat kongsikan pengalaman naik public transport sebab tak naik langsung. Hanya baca dari cerita mereka yang dah sampai ke Perth dan menggunakan public transportation untuk bergerak. Banyak juga tour packages yang ditawarkan untuk ke tempat-tempat menarik luar bandar Perth jadi tak ada halangan untuk enjoy Perth dan Western Australia to the max.


Perth - Lancelin - Cervantes - Perth - Busselton - Albany - Katanning - Perth

Ini adalah laluan kasar road trip ke Perth bandar-bandar utama Western Australia yang kami pilih. Habis tapis laluan mana yang sesuai dan inilah hasilnya. Kalau punya masa lebih lama memang makin jauh langkah aku rasa. Mungkin boleh sampai hingga ke Esperance mencari natural Lake Hillier atau lebih dikenali dengan nama glamour Pink Lake yang sangat besar. Boleh lajak juga ke Jurien Bay dan Kalbarri di utara Western Australia. Memang besar sungguh Western Australia apatah lagi keseluruhan negara. Insyallah kalau ada kesempatan untuk pergi lagi aku nak terjah tempat-tempat lain pula. Disetiap bandar ada tempat-tempat menarik yang diterjah dan setiap tempat ada ragam ada pengalaman. Yang manis kita kenang yang mana pahit kita paksa diri telan melupakan.

28 Mei 2016 [Sabtu]

JALAN-JALAN KE PERTH WESTERN AUSTRALIA : PERTH AIRPORT DAN KERETA SEWA DARI BAYSWATER CAR RENTAL GUILDFORD ROAD. Berjanji dengan CHakim terus berjumpa di KLIA pada pukul 04:00PM memandangkan waktu penerbangan yang telah bertukar. Selesai urusan check in luggage dan sebagainya kami terus ke Departure Hall. Bagus juga Malindo Air dah berpindah ke terminal KLIA dapat naik aerotrain. Lama sangat tak naik jadi semakin excited. Seronok naik Malindo Air tempat duduk lapang dan selesa. Sesuai jugalah dengan harga yang ditawarkan.





Bye Kuala Lumpur. Jumpa lagi.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perth Airport mengambil masa kira-kira lima jam setengah. Western Australia adalah negeri Australia yang paling dekat dengan Malaysia. Kalau korang nak ke Australia tapi malas duduk dalam flight lama-lama, Western Australia adalah pilihan yang tepat sekali. Masa kami kesana tengah musim sejuk tapi tak ada snow pun. Susah nak jumpa snow di Australia hanya di tempat-tempat tertentu saja. Musim sejuk di Perth dan sekitar Western Australia taklah sehingga kita kena pakai baju berlapis-lapis teruk sangat. Just nice suhunya but never underestimate the weather.

29 Mei 2016 [Ahad]

HELLO PERTH DAN SEWA KERETA DI PERTH DARI SYARIKAT BAYSWATER

Semalaman tunggu dan tidur di Perth Airport. Aku tak peduli aku tidur juga sebab memang dah mengantuk sangat. Ramai rupanya yang sama-sama bergelandangan dan majoriti adalah orang-orang Malaysia. Mesti naik Malindo Air juga yang secara mengejut tukar waktu penerbangan. Tak apalah pengalaman. Mudahnya berada di Perth Airport sebab prayer room pun disediakan untuk solat cuma bercampur lelaki dan perempuan. Gilir-gilir ambil turn untuk solat. Bersihkan diri salin baju dan bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan di Western Australia. Kalau nak buat road trip kenalah ada kenderaan yang bawa kita pusing-pusing. I have to thank PLM yang banyak ajar macam mana nak sewa kereta dari Bayswater dan melayan pertanyaan aku yang macam-macam. Memang aku tak pernah sewa kereta di negara orang. Siap buat tutorial bergambar lagi.

Ada banyak pilihan kereta-kereta sewa dari company seperti Hertz, Avis, Europcar dan Thrifty yang boleh terus ambil di Perth Airport tapi aku memilih untuk sewa dari Bayswater. Sebab utama adalah harga yang jauh lebih murah dan berpatutan untuk empat orang. Bayswater tak ada kaunter serahan di Perth Airport, antara drawback yang menyusahkan pengguna. Off course they will come up dengan solution. Ada satu office Bayswater yang berdekatan dengan Perth Airport iaitu di Guildford Road. Kalau nak sewa kereta dengan Bayswater terus dari Perth Airport boleh ambil perkhidmatan Airport Transfer yang disediakan dari Perth Airport ke office Bayswater Guildford Road. Tambang seorang hanya 10AUD (RM31.70 approx) return. Total semua masih lagi murah berbanding sewa kereta dengan companies lain. Terpulang pada selera dan budget masing-masing. Beli simcard terus saja call Bayswater Guildford Road untuk inform yang kami dah sampai di Perth Airport.

Turun dari flight ada banyak buku-buku comel. Jangan lupa ambil Hello Perth sebab ada banyak discounts menarik yang mungkin kena dengan jiwa.



Urusan sewa kereta juga mudah sebab dari awal dah diuruskan dari Malaysia. Janji ada credit card semua urusan jadi mudah. Kelam kabut juga sebab aku tak ada credit card. Pinjam card MamiZ settle semua. Kami sewa Corolla Hatch yang sesuai untuk empat orang penumpang. Hanya pergi dan sign beberapa perkara terus boleh ambil kereta. Setiap driver yang akan pandu kereta kena daftar diri masing-masing dan additional cost akan dikenakan. Kami akan menempuh perjalanan yang jauh, jadi driver tambahan amatlah diperlukan. Jangan tipu daftar seorang saja tapi yang memandu ramai. Hanya MamiZ dan CHakim yang daftar sebagai driver. Berminat untuk sewa kereta dari Bayswater boleh tekan SINI. Excited sebabfirst time travel dengan MamiZ ke luar negara. Yang lain-lain pun my new travel partners. Let's go guys. We can do it.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

13 comments:

  1. tak sabar nk tau lebih lnjut...best2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi sementara ada mood insyallah nanti update lagi =)

      Delete
  2. wahh..roadtrip..best nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok.. pengalaman pertama buat road trip =)

      Delete
  3. baru tau malindo ada bukak route pegi perth jugak, selama ni slalu naik AA je :D bulan 8 ni baru merasa naik malindo air, tu pun pegi langkawi je haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. best naik Malindo tak perlu pening harga luggage. kadang2 rezeki dapat harga lagi murah dari AA.. skrang dah ke Brisbane jugak hehehe..

      Delete
  4. huyooo pergi perth tuu. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita tahun lepas ni dik.. akak tengah cuba nak habiskan asap =)

      Delete
  5. Dah cantik Perth airport... dulu berserabut kat depan pintu keluar tu ada renovation...
    Wah dapat kereta Corolla Hatch juga... best sebab kereta baru...
    Malindo air ni nampak macam kecilk je... Airasia guna kapal terbang besar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih lagi serabut sikit airportnya dengan bunyi bertukang sana sini. tapi tak adalah teruk sangat.. nak upgrade katanya kan hehe.. Corolla Hatch tu paling murah and tak sangka besar juga and muat semua beg2 gabak hehe.. CT tak tahu jenis2 flight tapi rasanya Malindo Air ke Perth ni flight dia macam size AA domestic. tapi luas boleh bersila duduk.

      Delete
  6. Seronoknya...new experience sebab new gang kan...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes betul.. first time jalan dengan mak sendiri hehe =D

      Delete
  7. bestnya dapat peluang melancong dengan mak. salah satu impian saya gak nak jenjalan ngan mak.

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.