SITI.YANG.MENAIP: PERTH | WESTERN AUSTRALIA 2016 : DAY 4.0 - BUSSELTON JETTY

PERTH | WESTERN AUSTRALIA 2016 : DAY 4.0 - BUSSELTON JETTY

/
13 Comments
July 01, 2017
Entri sebelumnya di SINI.
01 Jun 2016 [Rabu]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE PERTH WESTERN AUSTRALIA | BUSSELTON - BUSSELTON JETTY. No rush untuk check-out kerana perjalanan diteruskan santai saja. Tapi tak bermakna boleh berlengah-lengah. Tetap kena ikut timing yang dah ditetapkan. Sampai waktu untuk bergerak wajib depart tak boleh tunggu-tunggu. Breakfast simple saja makan pisang kaki alas perut sebelum jumpa tempat makan. Destinasi pertama adalah ke Busselton Jetty sebelum bergerak ke Donnybrook dan seterusnya ke Margaret River dan Albany. Aku rasa perjalanan hari keempat adalah paling mencabar dan paling jauh. Paling memenatkan juga.

JADUAL PERJALANAN HARI KEEMPAT DI WESTERN AUSTRALIA DARI BUSSELTON KE ALBANY

Restawhile Motel Highway Busselton - Busselton Jetty - Spring Valley Orchard - Margaret River Chocolate Factory - Kappadokia Kebab - 1849 Backpackers Albany


Keputusan berani tanggung risiko dengan memilih untuk terus memandu dan bermalam di Albany walaupun sebenarnya boleh ke Augusta atau Manjimup. Perjalanan empat jam direct memandu tanpa henti memang paling mencabar. Kena celik biji mata alert sentiasa baik driver atau tukang baca GPS. Seram sejuk tak terkata keliling memang gelap gelita bertemankan bintang-bintang. Kita ketepikan seketika kisah pemanduan ke Albany.

BUSSELTON JETTY - JETI KAYU TERPANJANG DI DUNIA

Kalau dah sampai ke Busselton memang jatuh hukum wajib untuk singgah ke Busselton Jetty, jeti kayu yang terpanjang di dunia sepanajng 2KM ke tengah laut perairan Geographe Bay. Pembinaan Busselton Jetty adalah untuk memudahkan urusan penghantaran kayu balak suatu ketika dahulu. Kapal-kapal dagangan tak dapat berlabuh di Busselton kerana bentuk muka bumi yang landai. Jadi pembinaan Busselton Jetty terpaksa dilakukan untuk menjadi hubungan utama kapal-kapal dagangan untuk mengangkat barang-barangan ke darat. Perkhidmatan tram juga digunakan senang nak angkut barang-barang. Ini sejarah lama Busselton Jetty dan sekarang dah jadi antara tarikan utama di Busselton. Tak ada rezeki kami nak naik tram hingga ke hujung jeti sebab sampai awal sangat tram belum beroperasi. Memang taklah nak menapak 2KM semata-mata nak ke hujung pier. Redha sebab kami tak mahu tunggu. Dihujung jeti pula ada Underwater Observatory. Boleh turun sedalam lapan meter ke lantai laut untuk tengok hidupan-hidupan laut dengan lebih dekat. Hanya muat untuk tak sampai pun lima puluh pengunjung jadi kena gilir-gilir. Tak dapat menampung pengunjung yang ramai. Seram pula jadinya. Semua tarikan-tarikan perlu dibayar dan harganya agak mahal. Rujuk SINI untuk maklumat lanjut. 










Singgah information centre to look around in case ada benda yang menarik beli souvenirs sikit. Itu sajalah aktiviti-aktiviti kami di Busselton Jetty. Ada juga few other things boleh buat tapi main attraction memang nak kena naik train. Rasa rugi sebab tak dapat nak ke hujung Busselton Jetty tapi since dah tak boleh buat apa sangat di Busselton Jetty kami terpaksa beransur gerak ke next destination. Nak tunggu train beroperasi almost sejam lebih lagi memang buang masa. Tak apalah kita terpaksa skip naik train. Ada rezeki boleh datang lagi. Jomlah kita ubat hati yang lara tak dapat petik buah pisang kaki. Kita petik buah lain. 

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

13 comments:

  1. mesti best dpt ke pier alahai pujuk hati ct 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pujuk hati.. jauh kalau nak menapak tak sanggup =D

      Delete
  2. btw suka cover blog kemas lawa snang la nk bw guna fon

    ReplyDelete
  3. alahai..takpe nanti kita kumpul duit masuk observatory tu ye..hehe.bijaklah orang aussie, jeti pun boleh buat tarikan pelancongan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe nak pegi lagi memang kena bawak duit banyak2.. itula kak.. batu pun orang sanggop travel jauh semata2 nak tengok ngeh2..

      Delete
  4. Replies
    1. jom kak.. hehe.. bebila ada duit jom kita pergi =)

      Delete
  5. Time kami pi angin kuat..so xda la tram tu..diorv close utk jalanw kt jetty tu..sob2...main2 kt dalam shop kt depan tu ja..tu pun gigil tahap dewa dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa tak dapat jalan kat atas jambatan jugak eh.. angin depa kuat bukan main lagi jangan kencangnya..

      Delete
  6. Btw Augusta nice jgk..pekan kecik gila wei..tpi cantik sgt2...akk selalu cko kt husband..kalau kita migrate duk WA..i nk duk kat Busselton..sbb Busselton ni cantik sgt township dia..lovely gitew...and he..in d other hand prefer Margaret River...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe semua pun cantiklah kak hehe cannot resist. ni baru suku pusing belum semua bahagian lagi besar sangat tempatnya. Margaret River tu kalau ada rezeki lagi skali nak pergi..

      Delete
  7. 2km..jauh jg nk jln kaki..ada yg menarik di hujungnya..

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.