SITI.YANG.MENAIP: PERTH | WESTERN AUSTRALIA 2016 : DAY 2.1 - THE PINNACLES DESERT NAMBUNG NATIONAL PARK + LAKE THETIS

PERTH | WESTERN AUSTRALIA 2016 : DAY 2.1 - THE PINNACLES DESERT NAMBUNG NATIONAL PARK + LAKE THETIS

/
12 Comments
June 29, 2017
Entri sebelumnya di SINI.
30 Mei 2016 [Isnin]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE PERTH WESTERN AUSTRALIA | NAMBUNG / CERVANTES - THE PINNACLES DESERT NAMBUNG NATIONAL PARK DAN LAKE THETIS. Meninggalkan pekan kecil Lancelin menuju Nambung dan Cervantes. Satu lagi kawasan di utara Western Australia yang terkenal dengan kawasan padang pasir dipenuhi batu-batu kapur yang terbentuk secara semulajadi. 'Pinnacles' adalah istilah geologi yang bermaksud batu-batuan yang berbentuk menegak. Perjalanan memakan masa hampir satu jam setengah dari Lancelin. Jangan lupa untuk patuhi had laju jalan raya. Jangan pandai-pandai memecut laju kenalah sopan santun memandu. Hati-hati juga chances untuk nampak kangaroo melintas adalah sangat tinggi. Suhu semakin panas. Dalam kereta pun terasa bahang matahari. Langit biru cerah tak berawan langsung. Boleh tahan pelik-pelik cuaca di Australia.

NAMBUNG | THE PINNACLES DESERT NAMBUNG NATIONAL PARK

Kalau berkesempatan ke utara Western Australia memang wajib sangat menyinggah ke The Pinnacles Desert yang berada di dalam kawasan Nambung National Park. Entrance fee untuk masuk ke The Pinnacles Desert adalah sebanyak 12AUD (RM38.04 approx) untuk sebuah kereta. Memang menarik sungguh. Sebelum kami teruskan discovery di The Pinnacles Desert kami singgah dulu di The Pinnacles Desert Discovery Centre untuk ambil tahu serba sedikit tentang The Pinnacles Desert. Barulah ada juga ilmu macam mana batu-batu di kawasan ini terbentuk. Memang bukan sehari dua masa yang diambil nak tercipta satu pillar apatah lagi beribu-ribu pillars of batu-batuan. Subhanallah dengan kuasa-Nya tak ada yang mustahil. Sejarah pembentukan batu-batuan di The Pinnacles Desert adalah dipercayai daripada seashells di lautan yang mereput beribu-ribu tahun lalu dan akhirnya diterbangkan ke kawasan Nambung National Park dan terkumpul menjadi batu-batuan unik. Kawasan The Pinnacles Desert sangatlah luas. Nak jalan kaki memang tak akan mampu. Perlukan kenderaan untuk melalui kawasan padang pasir dan batu-batuan. Kalau tak sewa kenderaan kena datang ikut tours. Banyak tours dari Perth City yang menawarkan package ke The Pinnacles Desert. Kalau berminat boleh rujuk SINI





Laluan berkayu ada disediakan kalau nak cuba.




Rasanya batu yang satu ni tiga kali ganda tinggi dari Hasif.

Wild kangaroo yang sempat kami nampak. Tak berapa besar.

Memang panas terik angin pun tak berapa sejuk. Jenuh juga lap peluh dan pasti sunburn. Satu tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi. Betapa kerdil sangat diri kita nak dibandingkan dengan keagungan ciptaan Ilahi. Sangat kagum dengan fenomena batu-batu kapur yang terbentuk. Batu-batuan ada yang kecil ada yang besar. Ada yang berkali ganda tinggi dari kita. Ada juga beberapa pit stop disediakan untuk kita melepak. Selebihnya memang kena bergerak dengan kenderaan. Laluan yang cantik dan kemas disediakan untuk keselesaan pengunjung. Cuma kereta akan berdebu bila dah keluar dari kawasan padang pasir. Waktu terbaik untuk melawat The Pinnacles Desert adalah sekitar bulan Ogos ke November kerana kawasan disekitar Nambung National Park akan dipenuhi dengan wild flowers. Yang minat nak tengok bunga-bunga exotic harus target untuk datang pada bulan-bulan tertentu. Kalau rezeki baik boleh juga terserempak dengan emu atau kangaroo liar.

CERVANTES | LAKE THETIS THROMBOLITES DAN STROMATOLITES

Jalan-jalan ke utara Western Australia dah rasa macam jadi ahli geologi. Banyak pula benda-benda berkaitan alam semulajadi yang kami belajar. Kalau di Lancelin Sand Dunes berkaitan pasir, di The Pinnacles Desert berkaitan batu-batuan di Lake Thetis pasal tasik dan batu-batuan thrombolites dan stromatolites pula. Nak explain dalam bahasa mudah faham aku tak reti, jadi kalau berminat boleh baca sendiri di SINI. Yang pasti, semuanya terbentuk sebab faktor-faktor alam semulajadi. Batu-batu stromatolites dipercayai hidup disebabkan microorganisms yang membantu proses pembentukan. Jadi kadang-kadang boleh nampak batu-batu stromatolites berbuih-buih seakan-akan bernafas. Seram pula jadinya dahlah sampai ke Lake Thetis waktu senja. Sayup sangat suasana. Stromatolites bukan hanya ada di Lake Thetis Cervantes, ada juga dibeberapa lokasi lain seperti di Shark Bay.




Batu-batu stromatolites yang terbentuk.

Lake Thetis diwaktu senja. Langit sebenarnya warna ungu ketika ini.

Close up stromatolites. Huuurm..





Bagi aku Lake Thetis biasa-biasa saja. Kalau tak singgah pun tak apa. Tapi kalau memang cita-cita nak jadi ahli geologi dan suka benda-benda pelik macam ni eloklah datang. Tak rugi pun dapat juga tambah ilmu. Kami sempat juga singgah ke Lobster Shack dengan harapan dapat makan lobster fresh tapi tahu dah terlambat. Lobster Shack dah tutup. Singgah juga ke Thirsty Point Lookout di hujung kawasan Cervantes mengadap laut lepas Indian Ocean. Sebab dah senja memang suasana sendu teramat walaupun baru pukul 5.30PM. Isi minyak full tank sebelum bergerak balik ke Scarborough. Masih bermalam di apartment yang sama. Kena extra careful memandu waktu malam. Lampu jalan sumpah tak ada langsung. Berharap pada lampu kenderaan semata-mata. Tak faham langsung. Buatlah at least lampu jalan nak mudahkan pengguna jalan raya. Singgah makan malam di Charcoal Chicken Express Dianella, antara pilihan kedai makan yang serve halal food yang famous di Perth. Sangat sedap dan puas hati sungguh. Barulah dapat tidur lena sepanjang malam.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

12 comments:

  1. bertuahnya badan dah sampai kat sini..ramai gak blogger akak tgok update pasal lake ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom kak SA kita jalan-jalan hehe.. release stress tengok alam =)

      Delete
  2. dah macam baca blog cikgu Sains..hehe. Allahu, cantiknya Perth!kalau suka tengok nature dan gila bergambar suka lah kot gi Nambung ni. Eh tetibe teringat tasik pink

    ReplyDelete
    Replies
    1. tasik pink yang jadi igauan kita ke kak ? hahaha.. tasik pink penuh kenangan. tapi boleh pegi the real pink lake kat western australia. cuma kena gigih sebab jauuuuh gila nak sampai..

      Delete
  3. Cantik dan unik the pinnacles desert tu siti. View dia awesome sgt. Teringin juga ana nak ke Australia ni. InsyaAllah sampai rezeki pasti ke sana nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. ada rezepi pasti sampai. pasang cita-cita dulu tak apa. CT pun macam tu.. pelan2 kumpul duit dah cukup baru kita jalan =)

      Delete
  4. seram tgk berbuih2 hahah 😬😬 lawa viewnya tp bab nk drive balik dgn lampu jalan takdak yg sheram

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulaa drawback lampu jalan tak ada.. kena careful sangat2.. tapi kereta pun tak banyak..

      Delete
  5. ni baru traveler..gambar semua besaq2 dan lawa giler
    sedap je mata nengok hahaha..rasa puas
    setengah org tu p WA tu gambar mcm blkg umah je penuh hutan hahaha

    insyallah lau ada rezeki nak menabung skit2..teringin gak nak pi sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT pun pelan2 menabung.. dah cukup baru pergi. kalau tak kita pasang impian dulu hehehe..

      Delete
  6. wahh..macam2 bentuk mukabumi Australia ni...mesti cantik bila ada wild flowers..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak.. hehe siapa rajin memburu wild flowers bolehla. timing kena betul baru dapat jejak wild flower..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.