SITI.YANG.MENAIP: WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 4.2 - HELLO SEOUL + ASAM PEDAS MYEONGDONG

WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 4.2 - HELLO SEOUL + ASAM PEDAS MYEONGDONG

/
33 Comments
March 23, 2016

Entri sebelumnya di SINI.
18 Januari 2016

JALAN-JALAN TRAVELOGUE KOREA MUSIM SEJUK | JALAN-JALAN SEOUL - HELLO SEOUL DAN ASAM PEDAS HALAL MYEONGDONG. Misi di Sokcho nampaknya sampai disini saja. Banyak lagi tempat-tempat menarik di Sokcho yang belum diterjah tapi apakan daya. Insyallah kalau ada rezeki untuk kembali, bolehlah kita sambung meneroka lagi. Bila dah balik ke Malaysia ada juga buat research sikit mana lagi tempat-tempat menarik selain Mount Seorak dan Abai Village. Ada tertarik dengan satu dua tempat. Next time. Pulang ke The House Hostel untuk solat dan ambil barang-barang. Owner sangat memahami memang bagus bila kami diberi kebenaran untuk menggunakan bilik laundry untuk solat. Kemas dan bersih. Toilet pun ada jadi senang serba serbi. Bersama-sama dengan kawan-kawan baru dari Indonesia, marilah kita bergerak ke Seoul. Sama waktu berlepas ke Seoul. Tiket bas sudah dibeli sehari awal untuk mengelakkan perkara-perkara tak diingini berlaku. Nanti di Seoul kami akan terus ke Itaewon dan kawan-kawan baru akan ke Myeongdong. Menarik cerita sebuah perjalanan. Pengalaman dan kenangan.

Bangunan The House Hostel yang comel.

Interior di lobby yang menyambut kedatangan tetamu ke The House Hostel.




PERJALANAN KE SEOUL MENAIKI BAS

Kami sampai sepuluh minit awal di Sokcho Bus Terminal tapi bas dah sedia menanti tunggu masa tepat bergerak. Dekat saja dengan The House Hostel itu yang masing-masing melenggang. Penumpang dah mula memenuhi tempat duduk masing-masing. Jangan duduk suka hati saja sebab dah tersedia nombor kerusi. Sila jadi orang bertamadun jangan buat malu kaum. Perjalanan ke Seoul dari Sokcho mengambil masa kira-kira dua jam setengah saja. Permandangan sangat menarik sepanjang journey ke Dong Seoul (λ™μ„œμ„) Bus Terminal tapi tak terlarat untuk ambil gambar. Mata dah layu berat sangat. Sejuk pula sedap tidur. Masa untuk recharge energy sementara di dalam bas. Selamat tinggal Sokcho. Semoga ada jodoh untuk kita bertemu lagi. Sampai di Dong Seoul Bus Terminal hari dah gelap walaupun baru pukul 6.00PM. Turun dari bas terus rasa kejung kulit muka nak bernafas pun pedih hidung. Lagi sejuk suhunya berbanding Busan dan Sokcho. Usung bag masing-masing menonong jalan mencari tempat nak berlindung. Tak bertegur pun memang laju masuk bangunan. Tak sempat nak explore pandang kiri kanan. Tak bersuara masing-masing terkejut menahan sejuk.

Dong Seoul Bus Terminal adalah hub pengangkutan utama untuk perjalanan intercity. Kalau nak ke kawasan bandar-bandar outskirt dari Seoul, majoriti akan naik bas dari Dong Seoul Bus Terminal. Bertentang dengan bangunan Dong Seoul Bus Terminal adalah bangunan metro Gangbyeon Station. Jadi kami terus lintas jalan masuk ke bangunan metro. Ingatkan dapatlah menumpang teduh tapi hampa. Pintu automatic asyik terbuka orang-orang lalu lalang keluar masuk dan sekali buka angin menderu masuk. Menggigil lagi sampai terpaksa menyorok belakang tiang yang besar. 

ITAEWON INN GUEST HOUSE DAN MAKAN MALAM DI ASAM PEDAS MYEONGDONG (EOMONIJIP)

Dari Gangbyeon Station terus kami ke Itaewon Station. Penginapan untuk hari-hari seterusnya di Seoul adalah di Itaewon Inn Guest House. Aku ada download satu application untuk memudahkan mencari laluan metro di Seoul. Maklumlah berselirat tapi bagus sediakan yang manual juga. Standby sebagai rujukan. Selesai urusan check-in di Itaewon Inn Guest House. Receptionist dari Indonesia jadi tak ada halangan berkomunikasi. Itaewon Inn Guest House tak ada lift langsung yaaa kawan-kawan sekalian. Usunglah beg masing-masing menaiki tangga dengan tabah. Bilik besar. Ada dua katil besar juga diberikan ingatkan katil single. Puas nak golek kiri kanan. Letak barang-barang dan bersihkan diri apa patut. Solat dan seterusnya kami decided untuk ke Myeongdong. Pergh !! Sampai Seoul terus nak serbu Myeongdong dulu.

Niat utama ke Myeongdong malam tu bukanlah terus nak shopping memborong. Tapi kami nak makan dinner sebab perut dah bergendang. Ada beberapa pilihan kedai-kedai makanan yang halal untuk dicuba di Myeongdong. Kami memilih untuk ke Eomonijip (Restoran Asam Pedas) yang terkenal di Myeongdong. Nak cari Eomonijib atau kedai asam pedas Myeongdong senang saja. Keluar dari Myeongdong Station terus jalan straight dan lalu tepi kedai Nature Republic yang besar di belah kiri dan Uniqlo disebelah kanan. Continue straight sampailah nampak kedai Frisbee (ada logo Apple). Masuk ke lorong kecil sebelum kedai Frisbee dan Eomonijib ada di tengah-tengah diantara kedai-kedai makan yang lain. Mula-mula kami tak jumpa juga walaupun dah berlegar dua tiga kali di depan kedai. Banner kedai dah bertukar baru berbanding dengan yang ada dalam rujukan kami. Akhirnya Ahjumma kedai makan yang keluar sapa kami. Dapat agak kami nak pergi makan agaknya. Ceria sungguh dia memang bercakap tak berhenti ramah sangat. Aku tak adalah fluent tapi faham juga dia cakap apa. Sikit-sikit dapatlah bersembang.

Pelbagai pilihan menu-menu halal di Eomonijib Myeongdong. Semua menggoda. Harga saja mencekik.

Side dishes yang diberikan secara percuma. Sumpah seaweed crunchy dan ikan bilis tu sedap yakamat sampai minta tambah.

Inilah dia hidangan asam pedas di Myeongdong. Memang taklah sama macam asam pedas tempat kita tapi sedap rasanya.


Sedap atau tak makanan-makanan di Eomonijib jawapannya adalah sedap. Overall dinner kami that night adalah memuaskan dan berbaloi. Portion yang besar sesuai untuk dua orang dan cukup serba serbi rasa. Aku rasa lulus untuk suggest kedai makan asam pedas di Myeongdong untuk korang cuba sebagai salah satu menu sedap dan halal di Korea. Jangan lupa datang cuba makan disini. Total damage adalah 30000WON (RM114.00 approx) untuk berdua. Mahal tapi pejam matalah. Dah sampai haruslah mencuba apa yang ada. Dah burping kekenyangan marilah kita pulang ke hotel. Merangka perjalanan untuk hari seterusnya.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

33 comments:

  1. SEDAP JUGA DPT MKN ASAM PEDAS DI KOREA YA SITI

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi sodap lagilah asam pedas kat Malaysia hehehe..

      Delete
  2. Jauhnya mencari asam pedas

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe itulah padahal kat Malaysia tak minat pun asam pedas =P

      Delete
  3. lauknya macam ciput je ...cukup tak makan berdua?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe banyak sebenarnya tu kak.. sebab tu order satu hidangan saja sebab tahu banyak nanti tak habis =)

      Delete
  4. Replies
    1. heee betul. sambil menaip sambil telan ailio..

      Delete
  5. Kat Eomonijib tak jumpa Kak Mah ke... kuikuikui

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapa dia Kak Mah tu PLM ? ada sorang Ahjumma tu meriah ceria and peramah semacam hehehe..

      Delete
  6. Datang bertandang ke mari,..tengok tarikh entri ni, CT dah boleh buat sambutan anniversary korea 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. huahua pejam celik dah setahun berlalu ya.. ceritanya tak jugak habis2 hehe..

      Delete
  7. Suka pulak tengok interior hotel tu,..banyak trinkets knick-knacks yang comel2 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. mesti owner hostel ni suka benda2 macam tu kan..

      Delete
  8. Kuah asam dia nampak mengancam sungguh! Terliur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh makan sampai ke hirupan terakhir hehe..

      Delete
  9. meriah betul deco hostel tu ye, siap ada patung bear lagi.
    asam pedas korea ni sebenarnya kimchi jjigae je kan? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe bukan.. kimchi jigae benda lain =)

      Delete
  10. tebalnye baju tuuh., bukan lemak erk., hehe2 sejuk kann?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha amboi Wak !! lama tak mai singgah comeback kemain pedas =P

      Delete
  11. Tu JM (Jari manis) ke ???? Hihi

    ReplyDelete
  12. akak pun suka asam pedas dia tu..
    panas2 lak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. asam pedas diorang unik.. kalo kat Malaysia jarang CT makan.. mengada kan tekak ni mengaaaada sangat2 hahaha..

      Delete
  13. kalau sedap dan mahal tu kira berbaloi ct. jgn x sedap tp cekik darah mmg rs nk bakar je kedai mcm tu ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa betul tu betul.. kalau sedap tak apalah mahal pun.. hehe..

      Delete
  14. Cantiknya first guesthouse /hostel tu ct

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. unik.. bilik pun luas sbenarnya. okaylah untuk berdua =)

      Delete
  15. Hi siti... Eomonijip tu same ke busan jip..kt area mana tu eh

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.