SITI.YANG.MENAIP: WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 4.1 - ABAI VILLAGE

WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 4.1 - ABAI VILLAGE

/
4 Comments
March 21, 2016

Entri sebelumnya di SINI.
18 Januari 2016

JALAN-JALAN TRAVELOGUE KOREA MUSIM SEJUK | JALAN-JALAN SOKCHO - ABAI VILLAGE. Dari Cheoksan Hot Springs kami terus menuju ke Abai Village. Kali ini berkait rapat dengan K-Drama Autmn In My Heart yang terkenal bertahun-tahun yang lalu. Adik-adik remaja mesti tak berapa tahu sangat. Maklumlah, cerita zaman kakak baru Tingkatan 1. Salah satu tempat shooting drama ini adalah di Abai Village yang terletak di Sokcho. Majoriti pelancong akan masukkan Abai Village dalam list bila dah sampai di Sokcho menjadikan Abai Village sebagai salah satu tempat yang menarik untuk dilawati. Senang saja untuk ke Abai Village. Cari satu replika lembu yang besar dan lalu ikut lorong yang berdekatan dengan lembu itu. Kami terus tekan loceng bas untuk turun bila dah nampak replika lembu dalam perjalanan pulang dah terus ke Gaetbae Boat Terminal. Kalau dari The House Hostel pun boleh menapak kalau tak mahu naik bas. Jauh sikit saja. Lagi depan dari kawasan entrance nak ke Jungang Market.

Landmark utama. Lalu ikut lorong yang berhampiran ke Terminal Bot Gaetbae.

NAIK GAETBAE BOT KE ABAI VILLAGE

Kalau nak ke Abai Village ada few ways juga rasanya. Naik bas cross bridge atau naik Gaetbae Bot. Sebiji macam dalam cerita Autumn In My Heart. Menariknya Gaetbae Bot tak ada enjin tau. Manually ditarik oleh penumpang atau pekerja yang nak cross ke seberang. Ada tali kena tarik untuk menggerakkan bot. Well not really tali tapi susah nak explain. Anggap sajalah benda itu tali. Waktu kami pergi ada Ahjusshi tolong tarikkan tapi dia kasi chance juga untuk penumpang-penumpang bot nak cuba. Kena naik wajib. Baru betul sampai Abai Villgae. Bayaran tambang Gaetbae Bot hanyalah 200WON (RM0.76 approx). Balik kena bayar another 200WON. Murah saja. Tak lama pun naik Gaetbae Bot. Tak sampai 10 minit dah sampai seberang.

Ahjusshi penarik tali Gaetbae Bot.



Ada banyak juga tarikan menarik di Abai Village selain daripada menjadi tempat pengambaran drama Autumn In My Heart. Ada Blue Bridge dan Pink Bridge. Ada rumah api kalau rajin nak menapak hingga ke hujung. Ada juga kedai-kedai makanan yang menjual beberapa makanan yang terkenal di Abai Village iaitu Ojingo-Sundae (stuffed squid - sotong yang disumbat dengan nasi goreng) dan tempura. Kami lalu celah-celah kedai sambil menahan diri dari digoda. Tapi perut memang sedang minta diisi. Baca di blog-blog kawan-kawan ada yang dah cuba makan Ojingo-Sundae dan katanya sedap. Beranikan diri sua muka kat seorang Ahjumma yang sedang menyiapkan Ojingo-Sundae. Ahjumma mesra dan entah apa dia cakap. Aku tanya ada meat tak dalam hidangan dia cakap tak ada. Semua seafood. Ahjumma cakap tahu kami Muslims. Aku angguk dan dia tunjuk kat Ojingo-Sundae dan cakap no beef no alcohol. Halal. Kami membina keyakinan dan terus masuk kedai dan order Ojingo-Sundae dua set. 

Ahjumma sibuk masak Ojingo-Sundae.

Ojingo-Sundae yang sedap. Simple sangat rasanya tapi sedap.

Bibimbap dan side dishes yang lain diberikan secara percuma.

Overall lunch kami hari itu sangatlah menjilat jari dan memuaskan. Total damage hanyalah 10000WON (RM38.00 approx) untuk dua hidangan Ojingo-Sundae. Side dishes sangat banyak dan membantu untuk kenyang. Macam-macam Ahjumma kedai kasi. Dari sayur sehinggalah jeruk udang. Paling menarik sebab dapat rasa rumpai laut yang pelbagai version. Lepas dah kenyang kami sambung jalan-jalan sekitar Abai Village. Tak pergi jauh sebab nak adjust time supaya dapat balik ke The House Hostel ikut waktu yang dirancang. Just meronda di tepi laut yang berdekatan saja. Gosh !! That time suhu sangat sejuk. Nak keluarkan tangan pegang camera pun seksa. Sekali angin tiup rasa kejung pipi. Tak boleh lama-lama tepi laut.

Dari mula sampai Abai Village dah target nak cari replika patung pelakon-pelakon Autumn In My Heart. Tengok orang lain bergambar aku nak juga bergambar. Bukti haaa.. dah jejak kaki sampai dah. Tapi entah kat mana tak nampak pun. Macam nak juga meronda mencari tapi makin sejuk. Tak tahan pula nak hadap angin laut. Dengan kaki lemah melangkah patah balik semula ke Gaetbae Bot Terminal. Sambil tunggu bot sampai baru terperasan patung-patung semua ada dekat sebelah terminal. Disitu rupanya. Aku ingatkan kat ceruk mana rupanya kat tepi itu saja. Aku bukanlah peminat cerita Autmn In My Heart tu sangat tapi alang-alang dah sampai. Haruslah posing.




Langsung tak ada rupa Song Seung Heon dan Song Hye Kyo pun.

Autumn In My Heart situ sana sini.





Keluar dari Gaetbae Bot Terminal kita akan jumpa persimpangan Jungang-Ro. Cuci mata seketika di kedai-kedai yang ada di sepanjang jalan. Boleh tahan harga barang-barang tak adalah murah sangat. Ada yang murah ada yang mencekik juga. Kami bersetuju untuk hanya menapak pulang ke The House Hostel sambil menikmati persekitaran Sokcho mengisi masa yang masih ada. Barang-barang memang dah sedia diletakkan di lobby jadi tak perlu risau kalut nak mengemas. Balik ke The House Hostel untuk solat dan gerak ke Seoul. Selamat tinggal Sokcho.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

4 comments:

  1. Seronoknyaaa Siti jalan2 ke Korea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe alhamdulillah rezeki nak sampai Korea. ini semua entry tertunggak ni.. pelan2 CT kayuh nak publish..

      Delete
  2. ct tetiba nak tgk balik cite autumn tp.... nak tgk won bin!!!! ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe dari dulu sampai sekarang tak penah minat hero yang first tu.. memang suka Won Bin je..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.