SITI.YANG.MENAIP: WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 4.0 - CHEOKSAN HOT SPRINGS

WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 4.0 - CHEOKSAN HOT SPRINGS

/
14 Comments
March 18, 2016
Entri sebelumnya di SINI.
18 Januari 2016

JALAN-JALAN TRAVELOGUE KOREA MUSIM SEJUK | JALAN-JALAN SOKCHO - CHEOKSAN HOT SPRINGS DAN KOREAN JIMJILBANG (BATHHOUSE). Aku teringin nak pergi sauna dan mandi-mandi macam selalu kita tengok dalam drama-drama Korea. Kalau peminat drama-drama Korea mesti biasa dengar Jimjilbang (bathhouse) atau rumah mandi for public yang famous. Ada seorang aku kawan yang pernah cuba masuk ke Jimjilbang tapi lari keluar balik tak sanggup nak hadap. Apa yang dia nampak tak tahulah. Trauma terus. Hari kedua di Sokcho aku dan JM plan untuk ke Abai Village tapi memandangkan tiket bas ke Seoul adalah pada pukul 3:30PM, kami ada banyak masa juga untuk panjangkan langkah. Had breakfast di The House Hostel, roti dan jem sebelum keluar siap bawa turun luggage simpan di lobby. Sambil selak folder tempat-tempat menarik di Sokcho yang disediakan oleh pihak The House Hostel, we came across Cheoksan Hot Springs. Terus teringat kolam air panas yang berasap-asap yang cool. Tak ada niat nak berendam sakan tapi kalau dapat celup kaki pun seronok juga. Aku sempat search gambar di Google. Menarik. Terus setuju nak cari tempatnya. Terus saja naik bas di depan The House Hostel.

CARA UNTUK KE CHEOKSAN ONCHEON JIGU / CHEOKSAN HOT SPRINGS SOKCHO

1. Bas No.3 atau No. 3-1 dari Sokcho Bus Terminal turun di Cheoksan Hot Springs.
2. Kami hanya sebut 'Cheoksan Hot Springs' pada Ahjusshi driver bas.
3. Bila sampai pada tempat yang sepatutnya Ahjusshi driver bas suruh turun.
4. Landmarks lain yang aku notice adalah City Hall.
5. Boleh juga guna GPS untuk make sure tempat untuk turun bas.

Turun dari bas sumpah ternganga sebab tak tahu mana nak pergi. Memang abrupt sangat plan nak ke Cheoksan Hot Springs jadi tak adalah reseach betul-betul. Mungkin ada direction tapi kami yang tak faham. Ambil keputusan untuk lintas jalan dan serah diri bertanya. Masuk satu bangunan dan jenuhlah berzikir supaya jumpa someone yang at least dapat tunjuk direction dan faham Bahasa Inggeris. Luckily ada seorang Ahjumma jaga kaunter tolong tunjuk direction dalam kesusahan berkomunikasi. Tak adalah dia hambat suruh keluar dia cuba sedaya upaya. Kamsahamnida Ahjumma. Kami kena jalan ke belakang sikit. Makin jalan makin jelas kawasan yang seperti dilihat dalam brochure dan Google Image. Yakin dah sampai tempatnya.

Entrance ke Cheoksan Hot Spring.


Drama sebabak belum habis lagi. Kami masuk buat muka selamba terus attack receptionist tanya apa yang kami kena buat kalau nak ke hotprings. Dia geleng-geleng saja kepala tak menjawab aku tanya. Basic English conversation pun tak tahu. Ada another worker datang melayan kami okaylah sikit. Luluslah juga nak bersembang. Dia cakap tempat yang kami nak pergi tu tengah tutup sekarang. Buka malam saja. Kalau kami nak ada tempat mandi public tapi kena buka semua pakaian and dia akan bagi towel. Aku conclude sendiri dia nak kami berkemban. Pinar mata kat situ juga. Tak sanggup nak berkemban. Kempunan nak celup kaki acah-acah manja. Tak ada rezeki namanya. Melangkah longlai keluar dari Cheoksan Oncheon Jigu. Walaupun hasrat tak tercapai tapi sekurang-kurangnya dah tahu jugalah hot spring kat Korea macam mana. Nak patah balik macam tak berbaloi. Jadi kami decided untuk meronda kawasan sekitar Cheoksan Oncheon Jigu sekejap. Ambil gambar apa patut then baru gerak balik.

Tasik dihadapan entrance yang sudah beku.

Pokok-pokok togel. Aku ada obsession suka pokok togel.


Laluan yang dipenuhi lalang-lalang kekeringan. Tetap cantik.



Suhu sangat sejuk walaupun matahari mencanak atas kepala. Mengigil juga menahan sejuk. Itu yang masih lagi melilit terbelit dan sebagainya. Pedih pipi nak senyum. Sebenarnya di Cheoksan Oncheon Jigu tak ada pun jimjilbang. Hanya ada sausa dan hot springs. Aku tahu bila tengah nak siapkan entry ini aku buat research sikit. Baru tahu juga bangunan itu sebenarnya adalah hotel. Bukanlah sebesar-besar bangunan ada tempat mandi. Kawasan sekitar Cheoksan Oncheon Jigu cantik walaupun dipenuhi pokok-pokok togel yang sudah luruh daunnya. Banyak juga spot menarik nak bergambar. Lain musim lain pengalamannya. Untuk dapatkan maklumat tambahan mengenai Cheoksan Oncheon Jigu boleh refer websites INI dan INIMenarik atau tak tempatnya.. Yes menarik. Sila singgah kalau dah tak ada idea nak meronda ke mana bila berada di Sokcho. Mungkin juga berpeluang masuk ke Cheoksan Hot Springs dan celup kaki. 

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

14 comments:

  1. Tak boleh bayangkan macam mana agaknya kalau korang berdua berkemban... eh censor2..

    ReplyDelete
  2. Pokok2 yg togel tu xmati kan ct tapi tiba masanya akan berdaun n berbunga indah semula subhanallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak.. DIA memastikan ikut kesesuaian semua yang berlaku termasuk kitaran pokok2 ni semua =D

      Delete
  3. tahun ni trip ke mana pula CT?

    ReplyDelete
    Replies
    1. heeee tengoklah nanti rezeki kemana pula =)

      Delete
  4. Replies
    1. heee cuba bayangkan waktu autumn atau spring.. meriahnya !!! =)

      Delete
  5. sik baik x bawa telur rebus. kalau yg bagi direction tu still x faham2 jg boleh jg baling je kat dia telur rebus tu hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiyiooo lepas tu nanti dia baling slipar plak kat kiteeee.. tidak !!!

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.