SITI.YANG.MENAIP: WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 2.2 - TAEJONGDAE + GERAK KE SOKCHO

WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 2.2 - TAEJONGDAE + GERAK KE SOKCHO

/
12 Comments
March 07, 2016

Entri sebelumnya di SINI.
16 Januari 2016

JALAN-JALAN TRAVELOGUE KOREA MUSIM SEJUK | JALAN-JALAN BUSAN - TAEJONGDAE DAN GERAK KE SOKCHO. Bagi sebulan pun belum tentu puas hati nak pergi semua tempat di Busan. Banyak sangat tempat-tempat menarik sekitar Busan yang masih belum sempat pergi. Masa memang tak akan pernah cukup jadi kena rancang perjalanan betul-betul. Kami mengambil keputusan untuk terus ke Taejongdae dari Oryukdo Island. Masih bersisa beberapa jam lagi sebelum gerak menaiki bus meninggalkan Busan ke Sokcho. Taejongdae adalah tempat wajib terjah buat semua orang yang ke Busan jadi aku pun tak mahu melepaskan peluang ke Taejongdae. Selama ni tengok orang pergi haruslah kali ini aku pula jejak kaki.

CARA UNTUK KE TAEJONGDAE

1. Dari Busan Station naik bas bernombor 88 atau 101 turun di Taejongdae
2. Bas-bas lain yang turut menghala ke Taejongdae : 8, 113 dan 30
3. Dari Nampodong Station [Exit 6] - Bas nombor 8, 113 dan 30

Dari Oryukdo Island terus ke Nampodong Station [Exit 6] dan ambil bas bernombor 8, 113 atau 30 terus ke Taejongdae Cliff Bus Stop. Perjalanan hampir atau plus minus 30 minit dari Nampodong Station. Ada banyak kedai underground station di Nampodong Station. Boleh shopping juga banyak pilihan-pilihan menarik. Ada kedai baju-baju bundle yang penuh dengan pengunjung sesak sangat berebut-rebut. Sempat juga menyelit dan merembat sehelai baju. Lagi sakit hati bila baju yang sama aku beli di Gukje Market hanya 10000WON di Nampodong Station. Argh !! Masih terasa penyesalan dan kebodohan. Terjah SINI untuk kisah baju 40000WON. 

TAEJONGDAE BUSAN

Sampai di Taejongdae Cliff Bus Stop kita kena menapak agak jauh juga sebenarnya untuk sampai ke Taejongdae. Boleh tahan jaraknya. Hari makin gelap walaupun baru pukul 4:00PM. Dah melepasi pintu gerbang Taejongdae kena menapak lagi mendaki bukit pula. Tak adalah curam sangat tapi mampu jugalah buat kaki menangis. Syukur cuasa sejuk saja jadi tak berpeluh-peluh. Masih ramai yang menapak bersama-sama kami walaupun macam dah senja. Macam ada sinar dan harapan lagi untuk meronda sekeliling Taejongdae.



100M rasa macam 1KM. Nampak sangat tak fit.
Danubi train yang comel bawa penumpang keliling Taejongdae.


Sampai di kaunter nak beli tiket Danubi Train baru sedar hakikat kehadiran manusia yang ramai mesti ada sebabnya. Semua tengah tunggu giliran nak naik Danubi train. Tanya kaunter pukul berapa agak-agaknya dapat naik Danubi train kalau kami still nak proceed dengan plan. Katanya dalam satu jam setengah lagi. Lama sangat tu kalau nak tunggu. Macam-macam boleh dibuat dalam tempoh satu jam setengah. Selain naik Danubi boleh terus saja jalan kaki mengelilingi Taejongdae tapi sendiri pula rasa tak mampu nak menapak. Dah seharian suntuk guna tenaga kaki memang tak mampu nak berjalan. Kami pun bersepakat untuk let go saja Taejongdae tak ada rezeki nak cross out Taejongdae dari list. Insyallah ada rezeki untuk pergi lagi sampailah.

DARI BUSAN KE SOKCHO MENAIKI BAS MALAM

Patah balik ke Welcome Busan Guest House di Choryang Station. Barang-barang memang dah siap kemas dan simpan di lobby nak pergi pickup saja. Kami minta kebenaran untuk tumpang solat. Bagusnya pihak pengurusan hotel sangat memahami dan benarkan kami guna common room di tingkat paling atas. Toilet semua ada disana jadi senang untuk ambil wuduk dan solat. Pengalaman pertama duduk menginap dengan pelancong dari negara lain. Menarik. Syukur dapat roommates yang memahami dan tak banyak soal tentang agama dan sebagainya. Ada seorang roommate terkejut kami bangun awal pagi untuk solat Subuh. Mungkin bunyi kami berjalan buat dia terjaga. Bila aku explain kami nak perform prayer dia angguk saja dan sambung tidur. Kalau pergi ramai cukup untuk sebilik memang seronoklah. Sama-sama dengan kawan-kawan semua duduk sebilik. Memang havoc. Selesai solat kami gerak ke Busan Central Bus Terminal (Nopodong Station Line 1) untuk menaiki bas dan gerak ke Sokcho. Keluar dari metro ikut sana signage yang menghala ke station bas. Selesai beli tiket sehala ke Sokcho yang berharga 46000WON (RM174.80 approx) di kaunter Bus Intercity. Perlu isi perut dah memang lapar sangat rasanya. First time makan Wild Shrimp Burger di Lotteria yang famous among pelancong-pelancong ke Korea. Patut semua orang suruh cuba. Memang sedap. Order juga Shrimp Nuggets pun sedap juga.

Sedia menanti tapi Ahjusshi driver belum sampai. Masih awal. Tepat jam 9:10PM bas pun bergerak meninggalkan Busan menuju ke Sokcho. Punctual betul timing orang Korea. Mengikut plan asal, perjalanan ke Sokcho dari Busan akan mengambil masa selama 7 jam. Kami bercadang untuk gerak pada waktu malam dan tidur dalam bas. Kami patut sampai di Sokcho around 4.00AM the next day tapi lain pula jadinya. Baru pukul 1:30AM tapi Ahjusshi driver dah suruh semua penumpang turun. Terus rasa fresh anak mata walaupun masih mengantuk dan turun jugalah nak tak nak dah kena panggil. Hanya kami berdua saja yang ditinggalkan oleh Ahjusshi driver. Sejuk tak terkata malam buta cuba nak digest apa yang jadi sambil berdiri tepi jalan. Betul dah kami sampai di Sokcho sebab diturunkan betul-betul depan Sokcho Bus Terminal tapi pukul 1;30AM apa yang ada. Jalan pun sunyi sepi lengang sebiji kereta pun tak ada. Ahjumma kedai runcit pun kunci pintu bila kami asyik lalu-lalang depan kedai dia. Mesti dia takut kami nak buat apa-apa. Memang clueless habis sebelum betul-betul nak digest apa yang terjadi.  Cari jalan ke hotel yang dah dibook tapi jalan nampak blur sebab tengah malam. Nampak ada satu hotel berdekatan station bas. Cuba nasib nak tanya apa yang patut. Ahjumma ingat aku nak sewa bilik. Communication breakdown betul gagal disitu. For few minutes kami duduk depan hotel sambil berfikir apa nak buat. 







JM nekad untuk ke hotel yang kami book - The House Hotel dan aku ikutkan saja. Kalau kena duduk luar hotel sekalipun at least depan hotel yang kita dah book. Menapak dalam kesejukkan malam akhirnya jumpa hotel. Tolak pintu dengan harapan pintu tak kunci. Alhamdulillah tak kunci. Gelap gelita lobby tapi masuk juga dan letak bag disatu sudut sambil duduk layan perasaan. Nak tidur pun suhu sangat sejuk. Dalam pukul 3:00AM ada satu teksi berenti depan hotel. Tiga orang perempuan turun dan masuk dalam hotel. Bertudung. Ingat dari Malaysia rupanya Indonesia. Kecoh sekejap berkongsi cerita sebab these girls pun baru sampai dari Busan and they thought akan sampai awal pagi. Sama situasi dengan kami. Mungkin dapat info dari sumber yang sama. 

Ada pula dua orang budak Korea baru balik ke hotel entah dari mana. Macam mabuk tapi tak berapa mabuk sangat. Masih wise dan diajak sembang sikit-sikit. Susah payah dia berusaha nak cakap guna Bahasa Inggeris. Okaylah not bad dengan limited vocab kami mampu sembang kira canggih jugalah. Sampai pagi dia teman kami semua. Dah suruh pergi tidur tak mahu. Mata pun sayup nak bukak gagah juga nak menyembang. Bila owner dah bangun kami pun selesaikan urusan apa yang patut. Masih terlalu awal untuk masuk bilik jadi simpan luggage dulu. Owner kasi pakai toilet di lobby untuk bersihkan diri. Jom kita ke next destination. Pengajaran untuk semua, kena double check balik jadual perjalanan bas sebelum bergerak ke Sokcho. Memang ada perjalanan ke Sokcho yang memakan masa tujuh jam tapi aku tak tahu bas apa dan laluan mana yang digunakan. Boleh tanya kaunter sebelum beli. Kalau hanya beberapa jam saja eloklah naik bas waktu siang. Supaya tak tersilap langkah sampai waktu tengah malam. Bahaya jadi elok berwaspada. Macam mana pun, apa yang terjadi tetap merupakan pengalaman yang kita tak dapat bayar dengan apa nilai jua. Bila kenang balik memang boleh buat sendiri tersenyum. 

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

12 comments:

  1. Seronoknya baca perjalanan pengembaraan siti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengalaman nak kongsi dengan kawan2 kak.. semoga ada manfaat =)

      Delete
  2. hihi, jumpa geng sesama travel, satu rumpun pulak best la..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa ingatkan dari Malaysia skali dengar telor bercakap tu Indonesia. tapi oookay saja diorang tu buat kawan baru kan ? hehe..

      Delete
  3. Salam Tahun Baru 2017 :)

    ReplyDelete
  4. maknanya Busan ke Sokcho tak sampai 7 jam le kan...info x brp tepat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sampai 7 jam.. check google maps.. kalau 7 jam tu route dia busan - seoul - sokcho.. dia singgah seoul dlu.. maybe busan - sokcho around 3/4 jam saja kot hehe not sure jugak..

      Delete
  5. Paling tak tahan baca,..dah menapak kena mendaki pulak! Semputtt! 😝

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulaaa pasal.. tapi semangat tengah berkobar2 jadi penat tu letak sebelah dulu.. kugagahi juaa..

      Delete
  6. Danubi train tu memang comel!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi sayang tak dapat naik.. dapat amek gambar saja dulu jadilah eheh..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.