SITI.YANG.MENAIP: WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 2.1 - ORYUKDO ISLAND CRUISE

WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 2.1 - ORYUKDO ISLAND CRUISE

/
24 Comments
March 02, 2016

Entri sebelumnya di SINI.
16 Januari 2016

JALAN-JALAN TRAVELOGUE KOREA MUSIM SEJUK | JALAN-JALAN BUSAN - ORYUKDO ISLAND CRUISE. Tak terlintas pun sebenarnya yang kami bakal naik cruise (sebenarnya bot memancing) di Oryukdo Island. Ada terbaca di beberapa blog dan apa salahnya kalau dicuba. Lepas penat mendaki Igidae Park dan Oryukdo Skywalk, kami menapak mencari jeti Oryukdo Island pula. We bought tickets untuk naik bot cruise berharga 10000Won (RM38.00 approx) seorang. Ada satu booth kecil saja berdekatan dengan tempat letak kereta yang jual tiket. Nampak macam tak ada orang tunggu rupanya ada. Beli tiket pakai simple conversation saja cakap ayam itik. Mujur Ahjusshi tiket faham apa yang kami nak. Selesai membeli kita sambung meronda kawasan sekeliling. Dari awal sampai Oryukdo ternampak satu kawasan Ahjumma-Ahjumma jual seafood fresh. Kami pun menjenguk apa yang ada cuci mata. Selalu tengok dalam drama makanan-makanan laut yang rare dipotong dan dimakan mentah. This time dapat tengok sendiri depan mata. Aku cuba juga nak bercakap dengan Ahjumma-Ahjumma tapi tak semua mesra. Tak sempat aku buka mulut dia dah halau. Ada yang okay dan sudi melayan. 

Kalau berani bolehlah cuba rasa makanan-makanan laut unik dari laut Korea. Aku rasa tak ada masalah untuk kita cuba sebab semuanya hasil laut. Jenis yang daring and berani harus try. Aku tengok selamba saja orang-orang sana makan macam sedap sungguh. Aku cannot go seriously tak boleh. Beli sebungkus siput-siput laut campur yang direbus. Buat bekal mengunyah sementara tunggu nak naik bot. Masih ada masa sementara tunggu waktu boarding. JM  yang beli aku rasa sikit saja. Ambil yang mana agak-agak bentuk rupa macam pernah tengok kat Malaysia. Yang pelik-pelik aku tak berani cuba.

Ahjumma baju purple halau aku. Husnuzon dia takut nak bersembang agaknya.



Ahjumma suruh rasa. Dia yang sudi melayan kami. Yang lain buat tak tahu.

Hasil di kedai ahjumma pemurah. Macam-macam jenis siput yang direbus.

ORYUKDO ISLAND CRUISE BUSAN

Duduk lepak santai tepi laut sambil tengok Ahjusshi-Ahjusshi memancing ikan. Ramai yang tengah memancing. Selamba duduk tepi macam dah kenal lama. Senyum-senyum sajalah dah tak reti nak bersembang. Kang aku ajak bercerita cakap ayam itik lagi pening. Sambil ditiup angin musim sejuk menikmati permandangan. Seronok. Kami ditegur oleh seorang Ahjusshi yang pandai berbahasa Inggeris. Dia curious apa kami buat kat situ. Ada juga bersembang sikit-sikit cerita dari mana dan sebagainya. Selain naik bot cruise terus dari Oryukdo, ada juga bot cruise yang berlepas dari tempat lain. Jangan bayangkan cruise bot besar bot mewah segala bagai. Bot biasa saja bot nelayan yang Ahjusshi Ahjumma guna untuk pergi ke tempat memancing. Kalau nak join bolehlah turun di mana-mana spot memancing yang ada. Kalau tak nak memancing, just nak pusing-pusing macam kami tak perlulah turun. Bertenggek saja atas bot dan enjoy permandangan. 

Kaunter tiket untuk beli tiket naik bot.



Tak adalah buruk sangat rupa bot yang kami naik.

Ahjusshi dah panggil penumpang naik bot. Cek tiket bolehlah terus naik. Tak ramai pun yang naik. Mula-mula macam tak berapa nak dapat bayangan situasi ketika itu. Kenapa tak ramai orang dan sebagainya. Bila dah mula meninggalkan jeti dan bergerak melepasi pulau-pulau batuan kecil sekitar Oryukdo baru mengerti. Rupanya bot yang kami naik ni more to like a transportation yang Ahjusshi dan Ahjumma guna untuk pergi ke spot memancing. Selang satu jam bot akan meronda kalau Ahjusshi Ahjumma nak balik atau tukar spot memancing. Dari jeti tak nampak pun ramai orang rupanya memancing di tepi batu-batu. Bila semakin dekat baru nampak ramai rupanya. Memang aktiviti normal agaknya buat penduduk tempatan. Semua Ahjusshi Ahjumma agak berusia tapi masih kuat. Orang-orang muda ada juga tapi hanya minoriti. Gigih memancing di cerun batu yang curam dengan angin kuat. Rasa menarik pula dapat tengok budaya orang-orang tempatan dengan mata sendiri. Kami berdiri saja di luar bot untuk ambil gambar. Sejuk memang tak payah cerita. Kejung habis kulit muka tapi gagahi jugalah nak bergambar punya pasal. Kalau tak tahan boleh masuk dalam. Heater dan tempat-tempat duduk disediakan.



Kalau ada orang nak naik bot baru Ahjusshi bot berhenti di batu-batuan.

Observatory Deck di tengah-tengah perairan Oryukdo Island. Boleh turun dan naik ke observatory deck. Nanti tunggu next trip boleh naik semula bot untuk ke jeti.


Salah satu kawasan berbatu yang dipenuhi kaki-kaki pancing.

Bot asalnya kosong dah penuh dengan Ahjusshi Ahjumma penat memancing.

Menarik juga rasanya meronda Oryukdo Island dengan cruise sambil tengok laut dan alam semula jadi yang cantik. Sekitar Oryukdo ada beberapa buah pulau-pulau batu. Ada maksud disebalik nama Oryukdo. Pergilah research sendiri kalau nak tahu dengan lebih lanjut. Seronok rasanya bila berpeluang untuk blend in dengan masyarakat setempat walaupun tak bersembang apa dan tak ada komunikasi tapi sikit sebanyak kita dapat faham. Tak ada diskriminasi dan kami diberi layanan yang baik. Ahjusshi bot sangat sporting biarkan saja kami duduk di depan bot sebelah dia. Kalau korang berminat untuk lepak santai di Oryukdo aku memang nak suggest korang naik bot mengelilingi pulau-pulau sekitar Oryukdo. Tak rugi. Sampai jeti terus kami decide langkah kaki seterusnya. Decided untuk cari tempat nak menunaikan solat di sekitar Oryukdo juga. First of all marilah cari toilet sebab tangki dah full. Jumpa toilet dan elok sebelah toilet ada satu spot terpencil untuk solat. Nampak baju-baju menyelam tersidai. Stor agaknya. Tawakal kawasan bersih bolehlah terus solat gilir-gilir jaga barang. Well, life is either a daring adventure or nothing at all. 

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

24 comments:

  1. SEMUA PIC MENNARIK..CANTIK SEKALI VIEW TEMPAT MEMANCING TU

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempatnya pun memang cantik hehe.. unik kan diorang memancing mcam tu.. tapi tak pasti dapat ikan ke x hehe.. tak ingat dah..

      Delete
  2. hehehehe... dah timbul balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenggelam timbul ni PLM.. kejap ada kejap tak ada moodnya..

      Delete
  3. kesian pulak ahjumma2 ni tak layan akak. diorang tak reti nak berkomunikasi dgn foreigner tu xD
    cantiknya yg batu2 tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorang je ahjumma gitu yang lain okay.. tapi betul kot sebab language barrier.. dari dia kena jawab akak tanya baik dia halau siap2 hehe..

      Delete
  4. Syoknya... korea pulak yea... bestnya.. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama da pegi ni kak.. baru nak share ceritanya =)

      Delete
  5. Next month my trip to korea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronoknya.. selamat mencari salji =)

      Delete
  6. Wow....best jugak naik bot tengok orang mancing untuk kita yang tak minat memancing nikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe CT tak minat memancing.. tapi scene makcik pakcik memancing tu menarik.. kita belajar jugalah sikit2 pasal culture diorang..

      Delete
  7. Salam siti...selamat kembali.... syoknyalah explore...cantik sgt....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe lama juga diam mencari arah.. ni pujuk diri rajin sikit habiskan entry Korea ni.. hehe..

      Delete
  8. siti, bla tgk pic2 ni tetiba teringat scene dlm running man hehehehe ada x feeling2 mcm tu hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. running man ada naik bot eh ? dah lama tak tengok hehe.. macam blur sekejap. tapi kalo tanya feeling cem running man tu tak adalah =P

      Delete
  9. ooo oryukdo nih pun ada cruise eh? tak sempat nak naik

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua tiga tempat boleh naik cruise.. kebetulan di Oryukdo so naik dari sini saja hehe..
      tak sempat tu kena pegi lagi nampaknya =D

      Delete
  10. wehuu~~ beshnya, rajin makcik pkcik sini memncing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin dah satu hal.. diorang sangat fit and bertenaga. itu memang lagi terbaik..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.