SITI.YANG.MENAIP

Entri sebelumnya di SINI.
22 Januari 2016

JALAN-JALAN TRAVELOGUE KOREA MUSIM SEJUK | JALAN-JALAN SEOUL - IKAN BAKAR DONGDAEMUN DAN SHOPPING DI MYEONGDONG. Antara menu wajib dicuba ketika di Korea adalah Ikan Bakar terkenal di Dongdaemun. Tak lengkap trip kalau tak cuba hidangan ikan bakar ni. Nanti teringat dan terbayang bila dah balik ke Malaysia jadi marilah kita pergi cuba. Ingat tak dalam entry lepas aku ada kongsikan yang kami nak pergi dating dengan seseorang and that seseorang adalah seorang kakak yang selalu juga aku jenguk blognya. Kakak Kay Dolce. Kami nak pergi dating dengan penulis blog The Cosmos Wanderer. Kakak Kay Dolce baru saja sampai ke Korea dan berhubung dengan JM. Rancang to have dinner bersama jadi aku ikutkan saja mana nak pergi dan apa aktiviti yang dirancang. Tapi Kakak Kay Dolce sangat pemalu jadi kami tak bergambar pun.

IKAN BAKAR DONGDAEMUN DAN DONGDAEMUN UNDERGROUND SHOPPING CENTRE - TEMPAT BELI PAKAIAN TRADISIONAL HANBOK

Berjanji untuk berjumpa di Dongdaemun Station dan di hadapan Marriot Hotel tapi suhu sangatlah sejuk. Tak sanggup nak berdiri di luar terlalu lama. Sementara menunggu Kakak Kay Dolce sampai kami masuk cuci mata dulu di Dongdaemun Underground Shopping Centre. Aduhaaai.. Cantik-cantik baju hanbok yang dijual. Patutlah bila tengok pelakon-pelakon pakai nampak memang lawa. Depan mata lagi nampak lawa. Kalaulah ada purpose untuk beli memang aku rasa nak rembat sehelai dua walaupun mahal. Kot nanti kahwin boleh pakai. Cantik sangat dan colourful. Belum tengok lagi yang tenun dan bercorak yang cantik. Lemaaah iman tergoda rasanya. Selain hanbok, ada juga dijual bantal-bantal tradisional masyarakat Korea dan cadar dan comforter. Designs patches yang lawa. Jiwa mak-mak sangat aku rasa sebab semuanyaaa cantik-cantik belaka. Insyallah kalau ada rezeki kesana lagi memang nak beli satu atau dua set buat simpanan ataupun dijadikan souvenirs.


Geram tengok cantik-cantik. Berminat nak beli sila sediakan at least RM1000.




Bila Kakak Kay Dolce dah sampai kami pun sama-sama pergi cari Ikan Bakar Dongdaemun yang terkenal. Senang saja nak cari mana lokasinya. Keluar dari Dongdaemun Station Exit 8 atau keluar dari Exit 2 melalui Dongdaemun Underground Shopping Centre. Marriot Hotel on your right dan Pyoung Hwa Clothing Market on your left. Jalan terus sampai nampak satu statue manusia yang besar. Belok kiri dan deretan kedai-kedai ikan bakar sedia menanti. Pilih sajalah kedai mana yang korang nak pilih untuk makan. Waktu kami kesana suasana agak meriah. Ramai manusia sedang menjamu selera tapi masih ada tempat untuk kami bertiga. Duduk dan terus tunjuk saja ikan apa yang kita nak through menu yang diberikan.


Side dishes yang diberikan secara percuma. Sedap-sedap semuanya.


Aku memang tak kenal nama ikan-ikan yang kami pilih. Tapi ketiga-tiga jenis ni sangat sedap. Aku paling suka yang ada tiga ketul tu. Seeedap.


Thanks to JM yang payung dinner malam itu. Extra sedap jadinya bila ada yang belanja. Semoga makin murah rezeki. Lepas dah kenyang malam pun sebenarnya waktu masih awal lagi. Tak rock kalau terus balik hotel. Mari kita menyimpang seketika cuci mata. Semua bersepakat untuk ke Myeongdong. Dua malam berturut-turut ke Myeongdong. Tak apaaa !! Tiap-tiap malam pergi Myeongdong pun tak apa. Aku suka keadaan Myeongdong yang lively. Memang sesak dan padat dengan penduduk tapi meriah. Seronok jadinya. Singgah seketika di kedai-kedai underground di Myeongdong Station. Beli lagi sepasang baju. Ahjumma kedai baju dah kenal tapi tak dapat discount pun. Harga memang dah murah. Kami meronda Myeongdong sambil beli beberapa snack untuk dicuba. Beli air delima pure yang diperah tapi Ya Rabbi masam yang amat. Terkulat-kulat muka nak habiskan satu pack. Sebab harga mahal gagahi juga untuk sedut. Sungguhlah kaya dengan vitamin.

Chocolate banana crepe. Biasa saja sama macam ditempat kita.

Menyesal tak cuba. Macam sedap and sangat banyak cheese yang digunakan. Tak kedekut. Tapi orang ramai sangat. Ada rezeki pergi lagi harus mencuba !!




Dulu masa kelas Kemahiran Hidup ERT pernah buat hidangan ni. Udang dililit dengan potato sagat dan digoreng garing. Lebih sepuluh tahun lepas. Tak sangka terkenal di Korea sekarang.




Wajib beli setiap kali ke Myeongdong. Throwback gambar sambil telan air liur.

That night kami tak shopping sangat pun. Strolling around enjoying our own sweet time sambil mencuba beberapa jenis makanan yang diyakini halal. Walaupun konon kenyang lepas makan di Dongdaemun, bila tengok makanan di Myeongdong terus rasa lapar balik. Teruk betul. Kalau ke Korea memang kena spend more time di Myeongdong sebab kawasan luas dan banyak benda nak explore sebenarnya. Aku personally suka Myeongdong. Makanan-makanan sangat banyak dan lebih dekat dengan culture masyarakat setempat. Macam-macam ragam kita boleh tengok. Orang pun ramai jadi Insyallah tak perlu risau benda yang bukan-bukan. Apa-apa pun it was a splendid date dengan kehadiran Kakak Kay Dolce bersama kami. Dapat kenal dengan lebih dekat. The more the merrier. I hope you had fun too. Ada rezeki kita jumpa lagi.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Entri sebelumnya di SINI.
22 Januari 2016

JALAN-JALAN TRAVELOGUE KOREA MUSIM SEJUK | JALAN-JALAN GYEONGGI - JISAN FOREST SKI RESORT. Mengikut perancangan asal kami sepatutnya hanya meronda-ronda sekitar bandar Seoul saja. Banyak tempat-tempat menarik sekitar Seoul yang masih belum aku pergi. Tapi hati belum puas bermain salji. Sejak datang memang tak ada rezeki bertemu salji turun. Masih rasa terkilan jadi masing-masing bersetuju untuk je Jisan Forest Ski Resort untuk bermain salji. Salji di ski resort selalunya salji buatan tapi tak kisahlah nak juga main salji tak kira apa. Berbanding dengan Yongpyong Ski Resort, Jisan Forest Ski Resort lebih dekat dengan Seoul. Hanya 40 minit perjalanan. Kalau naik public transportations maybe lama sikit. Kalau korang ada keinginan untuk cuba bermain ski tapi malas untuk pergi jauh bolehlah ke Jisan Forest Ski Resort. 

CARA UNTUK KE JISAN FOREST SKI RESORT

Dari Dong Seoul Bus Terminal, beli tiket ke Icheon Coach Bus Terminal. Harga tiket sehala adalah 4700WON (RM18.04 approx) saja. Dari Icheon Coach Bus Terminal naik pula bus bernombor 12 dan turun di persimpangan Jisan Forest Ski Resort. Kalau ada internet connection boleh standby tengok GPS untuk tekan loceng dan alert dengan hentian bas. Bas memang tak lalu depan Jisan Forest Ski Resort secara langsung. Hanya di persimpangan saja dan kita perlu menapak ke sana. Boleh tahan juga jauhnya. Kalau tak ada internet connection jangan risau. Cakap saja pada Ahjusshi driver kita nak turun di Jisan Forest Ski Resort. Dia akan berhenti berdekatan dengan one convenience store. Dari situ kita haruslah gigih menapak.

Bas bernombor 12 di Incheon Coach Bus Terminal. Agak kerap berada di terminal jangan risau kalau terlepas sebab ada banyak lagi bas bernombor 12 akan datang.

Signage di simpang jalan untuk je Jisan Forest Ski Resort. Bas hanya akan turunkan penumpang di hentian bas bertentang dengan signage ini dan tak lalu depan resort.

Semakin menghampiri entrance ke Jisan Forest Resort.

Parking area kenderaan dan bas-bas.

Selain dari menaiki bas biasa untuk ke Jisan Forest Ski Resort, perkhidmatan shuttle bas juga disediakan dari kawasan-kawasan tertentu dari bandar. Boleh semak di website. Lebih mudah rasanya kalau naik shuttle sebab tak perlu fikir nak beli tiket bas dan menapak jauh. Tapi yang tak seronoknya adalah waktu. Sebab sekali pergi tengah hari balik atau petang. Jadi kalau terlepas satu waktu kenalah hadap menunggu trip seterusnya. Niat utama kami memang hanya untuk cari snow saja. Aku jujurnya tak minat nak main ski. Memang nak golek atas snow sebab tak puas rasanya. Terus kami cari port yang baik punya nak main snow. Orang tak ramai sangat dan ada beberapa spots yang sesuai untuk bersendirian. 


Walaupun sekadar snow buatan.. jadilah nak puaskan hati.

Hut dan tempat-tempat berehat disediakan dan turut ada heater setiap sebiji. Boleh panaskan badan yang dah kejung sejuk.

Rate bermain ski di Jisan Forest Ski Resort.


Sambung golek. Jangan tanya sejuk atau tak. Obviously sejuk. Tapi bergambar punya pasal..



Basically memang ni saja aktiviti kami di Jisan Forest Ski Resort. Sempat beli sotong butter dan churros buat alas perut before masuk makanan berat. Kalau suruh aku pilih ski resort mana yang lagi seronok aku personally pilih Yongpyong Ski Resort walaupun jauh. Lagi cantik kemas dan meriah. Bonus sebab ada cable car dan boleh naik ke atas bukit. Tapi taklah bermakna Jisan Forest Ski Resort bosan. Kurang sikit saja. Depending on apa niat untuk pergi. Kalau nak main ski tu mana-mana pun okay. Untuk yang nak golek-golek dan main snow rasanya Yongpyong Ski Resort lebih berbaloi. Sebelum hari mula gelap memang kami dah decide untuk gerak balik. Menapak semula ke bas stand dan tunggu bas bernombor 12 untuk balik ke Icheon Coach Bus Terminal. Tiket balik ke Seoul pun berharga 4700WON (RM18.04 approx). Kami terus balik ke hotel untuk solat dan rehat. Memang tak ada aktiviti lain. Tapi sebelah malamnya ada dinner date dengan seseorang. First time juga aku nak berjumpa dengan seseorang ini.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Entri sebelumnya di SINI.
21 Januari 2016

JALAN-JALAN TRAVELOGUE KOREA MUSIM SEJUK | JALAN-JALAN GANGWON - NAMI ISLAND, MAKAN DI ASIAN CUISINE DAN SOTONG PEDAS JEGI-DONG. Tak sah kalau ke Korea tapi tak sampai ke Pulau Nami. Memang dah jadi satu kewajipan untuk semua jejak kaki ke Nami Island. Aku pun haruslah jejakkan kaki ke Pulau Nami. Sejak terjebak dengan pengaruh K-Drama dan K-POP dah lama aku menanam impian untuk ke Korea especially tempat-tempat menarik yang menjadi tempat pengambaran sesuatu adegan. Pandai betul Korea promote negara. Tunjuk saja dalam drama.

CARA UNTUK KE NAMI ISLAND

Untuk ke Nami Island, hanya perlu naik metro dan turun di Gapyeong Station. Kalau dari Itaewon Station ada beberapi kali juga kena tukar laluan. Di Taereung dan Sangbong kalau tak salah. Janji hampa semua sampai Gapyeong Station kira betul dah laluannya. Keluar dari Gapyeong Station ada beberapa pilihan juga untuk ke Nami Island. Boleh terus naik teksi yang sememangnya sedia menunggu penumpang atau boleh naik tour bus. Kalau naik tour bus harganya berbeza sikitlah dari biasa sebab pengunjung akan dibawa ke beberapa tempat menarik sekitar Nami Island juga. Untung sebenarnya tak perlu fikir transport dan entrance fee tapi kita terikat dengan schedule yang sudah ditetapkan. Kami bersetuju untuk naik teksi.

Gapyeong Station. Jalan terus untuk ke terminal teksi.

Teksi akan turunkan penumpang jauh sikit dari entrance utama Nami Island. Malas nak masuk sebab kena bayar.

Simbolik. Nak masuk ke Nami Island pun kena melepasi kastam.

Dengan bayaran sebanyak 8000WON (RM30.80 approx) seorang, kami terus dapat pass masuk ke Nami Island. Boleh tunggu feri untuk ke pulau. Selain naik feri boleh juga naik zip wire terus mendarat di Nami Island. Menarik tapi out of budget jadi tak mencuba. Boleh tahan juga ramainya umat manusia yang nak ke Nami Island. Nak cari sudut bergambar dalam feri pun susah. Permukaan air penuh dengan ais-ais yang pecah. Sampai di Nami Island lagi terkedu sebab disana pun memang manusia sangat ramai. Sesak sangat rasanya. Kami cuba untuk avoid dan pergi ke arah yang kurang pengunjung. Legaaa.. Masih ada ruang untuk menikmati keindahan Nami Island tanpa gangguan manusia yang ramai. Bila dah berjalan agak jauh tertanya juga mana hilangnya orang yang ramai. Sebab sunyi sepi pula. Walaupun rasa Nami Island macam kami yang punya tapi seram juga. Rasanya orang ramai terus serbu deretan pokok-pokok yang famous di Nami Island. Nak bergambar disana.


Umat manusia yang membanjiri Nami Island.



Sunyi sepi tanpa manusia. Mana hilangnya semua orang..



Deretan pokok-pokok yang terkenal di Nami Island. Disusun cantik berbaris.

Pokok togel sudah keguguran daun.

Tenang memang tenang. Cantik sangat Nami Island. Bayangkan kalau datang pada musim luruh atau bunga mesti lagi berganda-ganda cantiknya. Insyallah ada rezeki lebih boleh kita kembali. Merasa pula pengalaman musim lain. Dah berjalan jauh bermacam-macam gaya posing penat mesti rasa lapar. Bagusnya di Nami Island memang disediakan beberapa pilihan restoran makanan halal. Aku rasa sebab pengunjung muslim yang meningkat jadi orang ramai dah mula alert tentang demand terhadap makanan halal. Surau yang selesa pun turut disediakan. Nasi goncang Nami Island memang sudah terlalu famous. Kami nak cuba makanan di Asian Cuisine dah alang-alang berada satu bangunan dengan surau. Sambil meredakan kulit yang sudah kering dalam kesejukan. Tak tahulah nak kata beruntung atau tak. Dari jauh dah nampak kelibat Shahizey Sam, Hairul dan Keknis. Pandang dari jauh saja tapi sempat bergambar dengan Sam.

RESTORAN HALAL ASIAN CUISINE NAMI ISLAND






Aku order Jajangmyun. Jujurnya sedap lagi Jajangmyun di Malaysia.


Pau kacang merah panas-panas. Beratur orang nak membeli.

Lepas makan kami sambung meronda. Masuk ke kedai souvenirs dan jenguk apa yang patut. Sempat rembat few magnets dan totes. Kami ingat nak ke The Garden of Morning Calm tapi tak jadi. Hari dah lewat. Lama rupanya kami berada di Nami Island. Rasa tak nak balik sebab tenang sangat. Sambil melangkah menghala ke feri sempat juga posing di beberapa tempat lagi. Orang masih ramai walaupun hari sudah menginjak kelam. Musim sejuk memang laju gelapnya. Disebabkan Nami Island sangat terkenal sebagai lokasi pengambaran drama popular Winter Sonata, memang setiap ceruk pulau ada saja benda yang berkaitan dengan Winter Sonata. Daripada gambar-gambar semasa pengambaran, patung replika pelakon-pelakon Winter Sonata dan macam-macam lagi. Kalau ikutkan dah more than ten years drama Winter Sonata mula ditayangkan. The impact is so huge sampai sekarang orang masih teruja untuk datang ke Nami Island. 







Dalam perjalanan pulang kami dah mula berbincang mana nak makan malam. Few places berada dalam cadangan tapi akhirnya bersetuju untuk makan Jjukkumi Bokkeum (sotong pedas) di Jegi Dong. Tak perlu tukar train banyak kali sebab terus dalam laluan yang sama. Ada juga terbaca di blog kawan-kawan yang lain. Sotong pedas di Jegi Dong memang tahap lima bintang pedasnya. Risau juga sebab tekak aku memang susah nak terima makanan pedas. Tapi tetap teruja. Bukan selalu nak dapat peluang macam ni. Dah alang-alang sampai haruslah cuba.

SOTONG PEDAS TERKENAL JEGI-DONG

Keluar dari Jegi Dong Station Exit 6 teruskan berjalan sikit akan terjumpa statue sotong emas tengah tabik hormat. Kalau nampak patung tu dah kira tepat sudah lokasinya. Kawasan Jegi Dong sangat terkenal dengan pelbagai restoran yang menjual hidangan makanan berasaskan sotong. Yang paling terkenal adalah Jjukkumi Bokkeum (sotong pedas). Selalu tengok orang lain makan this time kita pulalah yang cuba. Ada banyak kedai pilihan jadi pandai-pandailah nak makan dimana. Untuk kepastian tanyalah ada alcohol dalam makanan atau ada jual daging or not. They serve alcohol tapi tak campur dalam makanan. Alhamdulillah each time aku tanya untuk make sure tak pernah pula orang kedai rasa offended. Okay saja melayan dan terangkan. Mungkin they all dah prepare dengan soalan-soalan daripada Muslim.

Inilah dia statue sotong tabik hormat itu.

Deretan kedai-kedai yang menjual hidangan sotong pedas. Jalan terus ke arah kedai signage oren dan belok kanan. Jalan lagi terus ke depan sehingga jumpa kedai yang signage ada gambar nenek pakai hanbok.

Satu hidangan sotong pedas Jegi Dong. Side dishes dan nasi. Air memang diberikan secara percuma.

Jangan pandangku sebelah mata. Nampak macam biasa saja. Dah makan haaa.. Menangis !!

Muka tenang sebelum berpeluh-peluh gelabah.

Kalau memang suka makan makanan pedas memang aku suggest sangat-sangat datanglah makan di Jegi Dong. Aku tak suka makanan pedas tapi aku suka makan sotong. I wanted to challenge myself too jadi apa salahnya mencuba. Sumpah pedas dan memang aku tak tahu nak kasi berapa bintang untuk tahap kepedasan yang aku rasa. Complete untuk buat kita mengulang ke toilet beberapa siri. Alhamdulillah the next day sepanjang hari perut tak meragam. Seriously memang sangat pedas tapi sangat awesome juga at the same time. Kagum dengan diri sendiri yang berjaya juga habiskan satu hidangan. Memang tak dinasihatkan kasi budak-budak tapi ada saja budak-budak yang makan dengan selamba. Tak tahuuulah jenis lidah mulut apa dia ada.

Aku minta air extra. Ahjumma gelak tengok kami dah terkipas-kipas. Tengok air dah tinggal sikit dia offer lagi. Dah standby nak top up air. Total lost untuk hidangan di Jegi Dong adalah 22000WON (RM84.48 approx) untuk berdua. Rasanya kalau lebih ramai kena minta lebih dari satu hidangan. Baru puas nak merasa. Make sure masukkan Jegi Dong Jjukkumi Bokkeum (sotong pedas) dalam senarai tempat makan atau lokasi jalan-jalan cari makan di Korea untuk diterjah. Seriously tak rugi. Balik ke hotel dan dah nak tidur pun masih terasa-rasa tahap kepedasan super power Jjukkumi Bokkeum (sotong pedas). Berdoa semoga tak sendawa pedas. Kalau tak memang haru.. Semoga tenang perut kami meneruskan hari seterusnya.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.