SITI.YANG.MENAIP: WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 8.0 - JISAN FOREST SKI RESORT

WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 8.0 - JISAN FOREST SKI RESORT

/
12 Comments
April 02, 2016
Entri sebelumnya di SINI.
22 Januari 2016

JALAN-JALAN TRAVELOGUE KOREA MUSIM SEJUK | JALAN-JALAN GYEONGGI - JISAN FOREST SKI RESORT. Mengikut perancangan asal kami sepatutnya hanya meronda-ronda sekitar bandar Seoul saja. Banyak tempat-tempat menarik sekitar Seoul yang masih belum aku pergi. Tapi hati belum puas bermain salji. Sejak datang memang tak ada rezeki bertemu salji turun. Masih rasa terkilan jadi masing-masing bersetuju untuk je Jisan Forest Ski Resort untuk bermain salji. Salji di ski resort selalunya salji buatan tapi tak kisahlah nak juga main salji tak kira apa. Berbanding dengan Yongpyong Ski Resort, Jisan Forest Ski Resort lebih dekat dengan Seoul. Hanya 40 minit perjalanan. Kalau naik public transportations maybe lama sikit. Kalau korang ada keinginan untuk cuba bermain ski tapi malas untuk pergi jauh bolehlah ke Jisan Forest Ski Resort. 

CARA UNTUK KE JISAN FOREST SKI RESORT

Dari Dong Seoul Bus Terminal, beli tiket ke Icheon Coach Bus Terminal. Harga tiket sehala adalah 4700WON (RM18.04 approx) saja. Dari Icheon Coach Bus Terminal naik pula bus bernombor 12 dan turun di persimpangan Jisan Forest Ski Resort. Kalau ada internet connection boleh standby tengok GPS untuk tekan loceng dan alert dengan hentian bas. Bas memang tak lalu depan Jisan Forest Ski Resort secara langsung. Hanya di persimpangan saja dan kita perlu menapak ke sana. Boleh tahan juga jauhnya. Kalau tak ada internet connection jangan risau. Cakap saja pada Ahjusshi driver kita nak turun di Jisan Forest Ski Resort. Dia akan berhenti berdekatan dengan one convenience store. Dari situ kita haruslah gigih menapak.

Bas bernombor 12 di Incheon Coach Bus Terminal. Agak kerap berada di terminal jangan risau kalau terlepas sebab ada banyak lagi bas bernombor 12 akan datang.

Signage di simpang jalan untuk je Jisan Forest Ski Resort. Bas hanya akan turunkan penumpang di hentian bas bertentang dengan signage ini dan tak lalu depan resort.

Semakin menghampiri entrance ke Jisan Forest Resort.

Parking area kenderaan dan bas-bas.

Selain dari menaiki bas biasa untuk ke Jisan Forest Ski Resort, perkhidmatan shuttle bas juga disediakan dari kawasan-kawasan tertentu dari bandar. Boleh semak di website. Lebih mudah rasanya kalau naik shuttle sebab tak perlu fikir nak beli tiket bas dan menapak jauh. Tapi yang tak seronoknya adalah waktu. Sebab sekali pergi tengah hari balik atau petang. Jadi kalau terlepas satu waktu kenalah hadap menunggu trip seterusnya. Niat utama kami memang hanya untuk cari snow saja. Aku jujurnya tak minat nak main ski. Memang nak golek atas snow sebab tak puas rasanya. Terus kami cari port yang baik punya nak main snow. Orang tak ramai sangat dan ada beberapa spots yang sesuai untuk bersendirian. 


Walaupun sekadar snow buatan.. jadilah nak puaskan hati.

Hut dan tempat-tempat berehat disediakan dan turut ada heater setiap sebiji. Boleh panaskan badan yang dah kejung sejuk.

Rate bermain ski di Jisan Forest Ski Resort.


Sambung golek. Jangan tanya sejuk atau tak. Obviously sejuk. Tapi bergambar punya pasal..



Basically memang ni saja aktiviti kami di Jisan Forest Ski Resort. Sempat beli sotong butter dan churros buat alas perut before masuk makanan berat. Kalau suruh aku pilih ski resort mana yang lagi seronok aku personally pilih Yongpyong Ski Resort walaupun jauh. Lagi cantik kemas dan meriah. Bonus sebab ada cable car dan boleh naik ke atas bukit. Tapi taklah bermakna Jisan Forest Ski Resort bosan. Kurang sikit saja. Depending on apa niat untuk pergi. Kalau nak main ski tu mana-mana pun okay. Untuk yang nak golek-golek dan main snow rasanya Yongpyong Ski Resort lebih berbaloi. Sebelum hari mula gelap memang kami dah decide untuk gerak balik. Menapak semula ke bas stand dan tunggu bas bernombor 12 untuk balik ke Icheon Coach Bus Terminal. Tiket balik ke Seoul pun berharga 4700WON (RM18.04 approx). Kami terus balik ke hotel untuk solat dan rehat. Memang tak ada aktiviti lain. Tapi sebelah malamnya ada dinner date dengan seseorang. First time juga aku nak berjumpa dengan seseorang ini.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

12 comments:

  1. Bestnyaaa p koreaa main saljii 😁😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee.. rasa nak pergi lagi je..

      Delete
  2. salji buatan ke? janji merasa jugaklah main salji kan hehe
    kalaulah 1 day dpt merasa musim winter, benda paling teringin sekali ialah nak main ski! and guling2 atas salji tu jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya memang salji buatan.. tapi tak tahulah kat tempat lain macam mana. usually snow kat ski resort akan masin. hehehe.. lepas ni amek
      sket dan rasa =P

      Delete
  3. syoknya menikmati keindahan alam cipataan tuhan. Seronok akak tengok ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok.. ya betul. niatkan dalam hati nak tengok ciptaan-Nya.. sambil jalan sambil kutip pahala..

      Delete
  4. Replies
    1. heee tak tahulaa Uncle.. CT x cuba pun.. insyallah next time maybe..

      Delete
  5. bestnya dapat main ski, impian saya jugak tu

    ReplyDelete
  6. best..dapat golek2, lambung2 salji pun ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee betul tu kak.. nak main snow je sbenarnya =D

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.