SITI.YANG.MENAIP

 Travelogue Videos | Road Trip Western Australia 2016

Seminggu ni ada itu rajin sikit nak re-edit videos lama tahun 2016 dulu. All footages dirakam menggunakan camera Iphone 6S Plus dan Gopro Hero 3. Saja rasa nak kemaskan Youtube Channel walaupun tak seberapa. Susun balik kasi sentuhan baruuu gitu kononnya.. Lepas laptop jatuh terhempas, aku noticed memang semua benda jadi slow. Aku tak boleh guna Adobe Premiere Pro untuk edit videos memang berjanggut tunggu dan asyik error. Stress !! Aku cari alternative dan belajar sikit through Youtube macam mana nak edit videos guna iPhone dan aku hanya guna applications iMovie dan Splice. Meningkat dewasa ni otak tepu sikit nak hadam benda-benda IT jadi slow benar aku belajar. Semua videos dihasilkan dan dikongsikan sekadar suka-suka sebagai kenangan hari mendatang jadi bukanlah produced by professional yang videos jauh lagi gempak dan gadgets lagi canggih. Asal tibai saja. Bila rindu senang nak recall balik memories.

Hidup tak selalunya indah dan manis..
Bila datang rasa pahit kelat tu at least ada benda nak ditengok sebagai hiburan.



Road Trip Western Australia
Vlog 01 | To The North We Go - Sandboarding In Lancelin


Road Trip Western Australia
Vlog 02 | Cuddled A Koala At Cohunu Koala Park


Road Trip Western Australia :
Vlog 03 | Apples Picking At Spring Valley Orchard Donnybrook


Western Australia Road Trip
Vlog 04 | The Gap & Albany's Hidden Gem - The Little Beach


Road Trip Western Australia
Vlog 05 | Dolphins Watching In Mandurah


Please subscribe my channel kalau sudi.
Jom exchange link Youtube Channel kita nak ?
Tinggalkan link channel korang yaa..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Jalan-Jalan Ke Kuantan | Nasi Kerabu Mek La, Kula Cakes & Pantai Teluk Cempedak
























Vlog | Trip Geng Bulat 2020 Ke Aquaria KLCC


Last week dah kongsikan entry, ni video pula.
Banyak footages best especially bila lalu tunnel ikan pari dan ikan jerung.

Laptop dah tak boleh process video 4K jadi kena reduce ke 1080p itu pun slow. Laptop uzur bertahun dah berjasa.. Nak Macbook entah bila dapat beli. Ini video pertama aku edit menggunakan  application Splice. Menarik juga tapi sebab bukan seorang professional, banyak kena belajar sebab itu berterabur jadinya. Saja buat suka-suka sekadar kenangan.

Wow !!

Once Upon A Time Naik Cruise Tasik Putrajaya

Lama gila entry terperam aku pun tak perasan ada buat draft. Entah zaman bila pergi naik Putrajaya Cruise pun dah tak ingat. Rasanya back in 2016 atau 2017 kot. Beli tickets masa Matta Fair, dapat half price. Harga asal pun tak mahal sangat just nice untuk pemegang MyKad. Hahaha.. Serious lama sangat dah. Aku dah tak ingat apa.. Semua info memang dah lost disebalik kotak memory. Aku nak kongsi gambar buat kenangan pernah juga merasa naik Cruise Tasik Putrajaya. Okaylah not bad dan boleh masuk list tempat menarik di Selangor dan Putrajaya yang boleh dilawati. Cantik juga sekitar Putrajaya sepanjang laluan cruise. Berbaloi dapat discount dan meronda santai hilangkan stress. Park kereta sekitar Dataran Putra atau cari Anjung Perdana. Turun bawa terus nampak signage.

Tak nak sembang banyak..
Adalah sikit gambar nak kongsi..


Laluan Putrajaya Cruise.

Masuk gallery kejap tengok sejarah pembinaan.

Kapal comel nama Belimbing.

Skyrides Festivals Park

Masjid Putra dikejauhan.

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin / Masjid Besi Putrajaya.



Seingat aku mengimbau perasaan ketika cruise, aku dan MamiZ both seronok dan enjoyed our ride. Boleh keluar ke deck untuk ambil gambar atau nak duduk dalam pun tak apa. Spacious juga jadi ramai boleh berdiri di luar. Ikut sukalah mana korang nak. Duduk dalam pun selesa dan sejuk. Lebih kurang satu jam jugalah masa diambil dan kelajuan just nice nak ambil gambar dan cuci mata tak adalah laju memecut. Cruising boat bukan speed boat. Hihihi.. Recommended sangat kalau nak bawa anak-anak beriadah santai tengok alam. Sesekali apa salahnya kan.. Yang dewasa pun rasa teruja apa lagi kanak-kanak.

Semoga cepat ujian Covid19 berakhir.
Dapat kita bebas berjalan-jalan semula atas bumiNya.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Levain Boulangerie & Patisserie Macaron Di Beryl's Chocolate Cafe

Benda comel macam ni selalu catch my eyes hihihi.. Kalau ke Mitsui Outlet Park memang wajib aku beli Macarons dari Levain Boulangerie & Patisserie di Beryl's Chocolate Cafe. Cafe Levain Boulangerie & Patisserie terletak di Imbi, Kuala Lumpur - aku tak pernah pergi sana pun. Aku beli their macarons di Mitsui saja. I personally like their macarons dan harga pun affordable in between RM20.00 - RM50.00 ikut berapa biji kita nak standard harga macaron yang berkualiti. Kena highlight berkualiti sebab aku selalu terkena beli macarons mahal mencekik tapi rasa gula flavors semua sama. These ones are good !! Kalau nak lagi mewah boleh beli Laduree di Pavilion, tak payah pergi Paris dah. I've tasted Laduree di Sydney and those were good as well memang sedap tak boleh nak deny. Tapi Levain pun okay dan cukup nak satisfy craving benda-benda manis. Macarons bukan makanan yang kita nak makan sekali banyak jadi tak perlu beli banyak ketul. Selalunya aku ambil 6 biji saja. Kalau rasa baik hati nak kongsi dengan ramai orang, baru beli extra.

Ada banyak assorted flavors but my favourite ones are - Caramel, Triple Chocolate, Hazelnut Praline, Green Tea dan Earl Grey. Sedap !! Fillings yang pelbagai flavors yang buat sedap tak muak dan just nice melt dalam mulut. Isi padat and berbaloi bayar untuk menikmati kenikmatan dunia. Manis dah semestinya nama pun macarons kan.. Dessert jadi tak kan nak rasa tawar pula..


They are shoo cute !!


Mitsui Outlet Park dekat saja dengan rumah.. tapi PKP ni menghalang segalanya.
Apakan daya..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.