SITI.YANG.MENAIP

LIMOUSINE BUS NOMBOR 600, JEONGBANG WATERFALL 정방폭포 DAN JEJU WORLD CUP STADIUM 제주월드컵경기장

Entri sebelumnya diSINI.
20 January 2018 (Sabtu)

TRIP JEJU SOUTH KOREA : LIMOUSINE BUS NOMBOR 600, JEONGBANG WATERFALL DAN JEJU WORLD CUP STADIUM. Hari keenam di Jeju kami bergerak sendiri tanpa tour guide. Free and easy dan itinerary dirancang dan disusun pada malam sebelumnya sebelum tidur. Jangan ikut perangai macam ni.. Aku aware ada banyak tempat-tempat menarik di Jeju yang boleh dilawati tapi kena susun elok-elok. Plus ada elderly ikut jadi kena make sure perjalanan smooth. Kami sepakat untuk cover tempat-tempat menarik yang boleh kami terjah di sepanjang laluan Bus Airport Limousine Nombor 600. Untuk memudahkan perjalanan menggunakan public transport di Korea, T-Money card diperlukan. Fungsi T-Money sama saja dengan Touch&Go kita. Top up dan scan itu saja. Boleh juga kalau tak mahu guna T-Money tapi kena bayarlah setiap kali naik bus renyah pula rasanya. A day before aku dah pergi kedai beli T-Money dan top up siap-siap untuk lima orang. Jalan sendiri kenalah ada transportation card. Berdekatan dengan Hyundai Tourist Hotel ada lebih kurang lima atau enam bus stops yang berdekatan jadi kena make sure betul-betul Airport Limousine 600 berhenti di bus stop yang mana.

LALUAN BUS AIRPORT LIMOUSINE 600 JEJU KE JUNGMUN DAN SEOGWIPO


Ini adalah laluan Airport Limousine Bus 600. Nama pun Airport Limousine jadi first pit stop haruslah dari Jeju International Airport. Tambang bus sedikit mahal berbanding service bus lain di Jeju. Kami naik dari The Sun Hotel since itulah bus stop yang paling dekat dengan Hyundai Tourist Hotel Jeju. Bus ini menuju ke arah Jungmun dan Seogwipo. Memang laluan hot yang digunakan oleh pelancong-pelancong. Kawasan Jungmun ada banyak hotel-hotel mewah (warna hijau) jadi it is normal kalau nampak orang usung luggage besar naik Limousine 600. Bus ini akan berhenti di beberapa spots utama di Jungmun untuk turunkan penumpang. Dapatlah cuci mata tengok bangunan-bangunan mewah hotel-hotel mahal. Menarik sangat laluan Airport Limousine 600 tapi sayang aku kesana tanpa sempat study habis-habis jadi tak dapat nak fully utilized laluan Airport Limousine 600. Insyallah kalau rajin aku buat satu entry khas untuk kongsikan tempat-tempat menarik yang boleh diterjah hanya dengan menaiki Airport Limousine 600.

Bus stop Yoendong betul-betul depan casino (The Sun Hotel).

Yeay.. Dah naik bus.

Bus cantik. Limousine 600.

Memasuki kawasan Jungmun yang penuh hotel-hotel mewah.




Destinasi pertama adalah ke Jeongbang Waterfall. Tempat ni tak termasuk dalam senarai lawatan bersama Jeju Muslim Travel. Aku dah nekad macam mana sekali pun aku nak pergi juga. Memang jatuh cinta pandang pertama sejak tengok gambar yang aku jumpa. Jauh sedikit tapi tak apa perjalanan tak membosankan pun.

CARA UNTUK KE JEONGBANG WATERFALL MENAIKI LIMOUSINE 600

Sangat mudah. Menaiki Airport Limousine 600 terus saja ke Paradise Hotel dah terus nampak signage ke Jeongbang Waterfall. Lebih kurang satu jam setengah perjalanan. Boleh tidur dulu rehatkan badan sepanjang perjalanan. Kami turun di satu stop lebih awal - Seobok Exhibition Hall pun sama saja lebih kurang jaraknya kena menapak. Kalau turun di Seobok Exhibition Hall akan lalu pintu gerbang dan tempat pameran. Seobok Exhibition Hall pun termasuk dalam list tourist attraction di Jeju. Dibina sempena mengingati siapa tah aku tak ingat.. Bab sejarah memang masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tapi bangunan memang klasik macam hall yang kita selalu tengok dalam drama lama Korea. Teruskan menapak kedepan sampai nampak booth jual tiket. Pelancong-pelancong lain pun ramai jadi meriah. Tak akan sesat jangan risau. Parking area sangatlah luas jadi tak perlu risau tak ada tempat nak parking. Untuk orang yang berusia dan handicap.. Tempat ni tak sesuai untuk dilawati. Tak ada access untuk wheelchair sebab jalan menurun guna tangga.

Pintu gerbang Seobok Exhibition Hall.


Jalan terus ke depan sampai nampak tempat jual tiket ini.

Beli tiket.

Orang Korea memang minum air kelapa tua ke ? Sana sini kelapa tua yang dijual.

Deretan kedai-kedai menjual snacks dan souvenirs.


Ituuu dia Jeongbang Waterfall yang cantik !! Kena menapak turun ke bawah.

Dah sampai bawah nak pergi dekat kena panjat batu-batu pula.

MamiZ dan MNgah bergambar dari jauh saja.


Air mengalir terus ke laut.


Jernih !!

Berjaya sampai setelah gigih memanjat batu.



Bayaran tiket sebanyak 2000WON (RM7.35 approx) dikenakan untuk seorang dewasa. Jeongbang Waterfall adalah antara tiga air terjun yang ada di Jeju dan satu-satunya air terjun di Asia yang mengalir terus ke laut. Tinggi !! Tak dibenarkan mandi tapi nak celup kaki boleh kot. Yang dah mengalir tu bolehlah kalau nak main. Worth it atau tak bersusah payah nak sampai ke Jeongbang Waterfall ? Gila tak worth it !! Lawa sangat dan alhamdulillah cuaca sangat baik hati tak dengki dengan kami. Kalau hari sebelumnya hujan memang tak nampak view macam ni. Jumpa ramai juga kawan-kawan dari Malaysia dan semua mesra murah senyuman. Bertukar-tukar cerita sambil tunggu turn nak ambil gambar. Lama jugalah kami melepak di kawasan Jeongbang Waterfall sebab aku rasa setiap sudut lawa. Cabaran yang paling susah adalah nak memanjat tangga naik ke atas semula. Lemah lutut panjat Seongsan Ilchulbong tak habis lagi dah kena memanjat tangga pula. Rujuk SINI untuk extra info mengenai Jeongbang Waterfall. Kami patah balik ke bus stop yang sama dan tunggu Airport Limousine 600. Tak lama pun tunggu bus dah sampai. Frequency bus sangat cepat. Next destination adalah ke Jeju World Cup Stadium. Ada fan football ikut sama jadi haruslah kita layan Kak Sal cuci mata tengok stadium bola sepak.

JEJU WORLD CUP 2002 STADIUM

Korea Selatan pernah menjadi host perlawanan bola World Cup pada tahun 2002 dan salah satu stadium yang digunakan untuk perlawanan bola sepak adalah di Jeju. Dibina khas dengan structure kawah gunung berapi dan bumbung pula berbentuk jaring tradisional yang digunakan oleh nelayan-nelayan di Jeju menjadikan Jeju World Cup Stadium antara stadium bola sepak yang unik. Dari jauh baru boleh nampak bayangan macam mana bentuk stadium ni.. Bila dekat nampak biasa saja. Untuk ke Jeju World Cup Stadium, dengan menaiki Airport Limousine 600 boleh turun di bus stop World Cup Stadium. Lintas jalan terus sampai entrance stadium.


Tak ada orang pun. Hihihi..

Peta macam ni ada di semua tourist spots famous di Jeju.

Pasukan-pasukan negara yang terlibat dalam World Cup 2002.




Permandangan dalam stadium. Jenuh hulur tangan nak ambil gambar.

Sebabnya tak boleh masuk pun terkurung diluar.

Bawah stadium ada underground cinema. Dengar jugala bunyi riuh rendah.






Aku tak ingatlah aku pernah pergi stadium bola sepak ke atau tak pernah langsung. Yang pastinya walaupun tak minat bola sangat aku pun rasa teruja bila singgah ke Jeju World Cup Stadium. Rujuk SINI untuk maklumat lanjut mengenai Jeju World Cup Stadium. Bayangkan kalau ada match mesti lagi meriah. Next time kita pergi stadium football yang lain pula yeee Kak Sal. Kita cari Hazard dan Courtois jom. Hihihi.. Mengikut hasil pembacaan katanya boleh kalau nak masuk kedalam stadium tapi seorang pekerja pun tak nampak. Selesai private tour sekitar stadium yang kami buat sendiri, kami terus gerak patah balik ke kawasan Jungmun. Disebabkan Jungmun adalah area tumpuan pelancong-pelancong yang banyak duit ataupun lebih sesuai untuk yang bawa ramai family members, ada banyak tarikan menarik yang boleh diterjah. Yang sesuai untuk aktiviti bersama keluarga dan kawan-kawan. Menarik jugalah dan kalau ada budget boleh masuk ke semua tarikan yang ada. Haaa.. Jomlah kita terus ke Jungmun pula.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
BATU BERKEPALA NAGA YONGDUAM ROCK 용두암, YONGYEON POND 용연, SHOPPING DI THE SHILLA DUTY FREE JEJU DAN JEJU HYUNDAI HOTEL

Entri sebelumnya diSINI.
19 January 2018 (Jumaat)

TRIP JEJU SOUTH KOREA : BATU BERKEPALA NAGA YONGDUAM ROCK (DRAGON HEAD ROCK) 용두암, YONGYEON POND 용연, SHOPPING DI THE SHILLA DUTY FREE JEJU 신라면세점 - 제주점DAN JEJU HYUNDAI HOTEL. Hari kelima di Jeju adalah hari paling bosan. Trip bersama Jeju Muslim Travel dah sampai ke hujungnya. Sumpah bosan tapi semua salah diri sendiri sebab tak sempat nak habis study tempat-tempat menarik di Jeju yang boleh dilawati selain daripada yang dibawa oleh Jeju Muslim Travel. Sepatutnya kami dah boleh terus balik ke Malaysia tapi harga tiket sangatlah mahal. Lebih mahal daripada perbelanjaan extend tiga hari lagi di Jeju. Sabtu Ahad tak ada penerbangan ke Kuala Lumpur jadi kena tunggu Isnin. It was great actually tapi sebab aku tak habis research kelam kabut sikit. Awal pagi breakfast di Champion Hotel dan terus check out. Ada dua lagi destinasi di Jeju City yang kami nak pergi dengan Jeju Muslim Travel - Yongduam Rock dan Yongyeon Pond sebelum dihantar ke Jeju Hyundai Hotel yang aku dah tempah melalui Booking.com. Kedua-dua lokasi terletak di Jeju City jadi tak perlu travel jauh.

BATU BERKEPALA NAGA YONGDUAM ROCK 용두암

Batu berbentuk kepala naga yang terbentuk daripada hakisan laut dan angin yang kuat. Kena faham sikitlah masyarakat dedulu yang percaya kewujudan pelik-pelik jadi batu ini pun dianggap sacred. Banyaklah kisah dongeng terhasil kononnya ada seekor naga mencuba nak curi batu jade dari Gunung Halla tapi dipanah orang warriors. Naga jatuh di Yongduam dan kepala terdampar tepi laut terus jadi batu. Gituuu.. Ala-ala kisah Tanggang durhaka. Kawasan ini sangatlah dekat dengan Jeju International Airport. Memang jelas nampak setiap kapal terbang yang mendarat. Nice view kalau korang jenis macam aku yang suka tengok kapal terbang. Kat sini pun boleh tengok Ahjumma Ahjumma Haeneo menyelam tapi cuaca sejuk tak adalah diorang menyelam. Dari Jeju International Airport, naik bus ke Jeju-Si Jungang-Ro dan turun di Yongdam Rotary. Kemudian jalan sikit dah sampai. Jujurnya bagi aku biasa saja tempatnya typical kawasan tepi pantai nothing much yang special. If korang naik kenderaan sendiri okay kot tapi kalau naik bus tak payahlah bersusah payah. Nak skip pun tak apa..


Cari cepat kepala naga tersembunyi hihihi..




Ahjumma Ahjumma jual fresh seafood bawah sana.


Nampak seketul kapal terbang nak landing.

Oranges dimana-mana saja.



Disekitar kawasan Yongduam Rock ada jugalah beberapa kedai-kedai souvenirs. Disebabkan aku tak sempat nak rembat sehelai tshirt di Seongsan Ilchulbong, aku tak fikir dua kali terus beli sehelai disini berharga 10000WON (RM36.66 approx). Mahal sikitlah tapi lantaklah !! Hahaha.. Meronda di Jeju Dongmun Market pun tak jumpa kedai yang jual tshirt. Mungkin ada aku yang tak nampak. Maka teruslah beli jangan fikir banyak. Seterusnya kami gerak ke Yongyeon Pond. Dekat sangat dengan Yongduam Rock pakai seat belt sekejap dah buka balik.

YONGYEON POND 용연

Yongyeon Pond lebih cantik pada waktu malam penuh lampu. Nothing much juga hanyalah sungai eerm sungai ke eh.. Lagoon maybe bila sungai dan laut bakal bertemu. Air sangat jernih cantik rasa geram sekali lagi menjelma nak terjun berenang. Disini juga ada Yongyeon Cloud Bridge dan Yongyeon Pavilion. Kawasan parking sangat limited kena pandai-pandai cari. Yongyeon Pond ada kaitan juga dengan Yongduam Rock mengikut kepercayaan mitos dulu kala. Naga yang sama dipercayai suka bermain-main di kawasan Yongyeon Pond. Kalau korang terkejar-kejar tak payah singgah tak apa. Pergi tempat lain saja yang jauh lebih menarik. Masa buat research sikit-sikit excited benar nak singgah maklumlah kalau boleh setiap ceruk nak pergi tapi dah sampai rasa hambar.

Yongyeon Cloud Bridge.


Yongyeon Pavilion.

Selesai trip bersama Jeju Muslim Travel tapi kami tak terus balik Malaysia. Extend lagi beberapa hari di Jeju dan kena jalan sendirilah naik public transport dan explore. Tapi aku tak cukup masa nak prepare nak study semua benda. Ada lebih kurang plus minus tiga minggu saja untuk prepare ke Jeju lepas balik dari Jepun. Penat Jepun tak hilang lagi itulah sebab kenapa celaru sikit. Tapi gatal nak jalan lagi beginilah jadinya. Alhamdulillah ada package ground dari Jeju Muslim Travel. Tak adalah serabut sangat kepala nak fikir last minute. Hampir semua tempat-tempat menarik di Jeju kami cover. Untuk hari-hari seterusnya saja kena perah otak sikit mana nak pergi. Pihak Jeju Muslim Travel hantar kami ke hotel yang dah ditempah - Jeju Hyundai Hotel.

JEJU HYUNDAI HOTEL

Seksa juga nak cari location sebenar sebab tak sama langsung dengan location yang tertulis di Booking.com. Kami called hotel sebab pusing dan pusing tak jumpa juga. Double seksa sebab receptionist tak reti langsung speak English. Sesat entah kemana kesian pula tour guide kami akhirnya jumpa lepas tanya Ahjusshi polis. Dengan limited vocabulary bahasa Korea yang aku tahu, dapat jugalah kami communicate dengan receptionist. Bunyi ayam itik tak peduli janji dia faham message yang aku nak sampaikan. Miracles are everywhere magic kami faham each other. Tunjuk nombor booking dan selesaikan urusan nak check in. Dia tolong bawa luggage ke bilik. Banding dengan Champion Hotel memang jauh lebih selesa Champion Hotel tapi Jeju Hyundai Hotel adalah antara yang termurah dan dekat dengan station bus yang aku jumpa. Not bad jugalah Jeju Hyundai Hotel dengan harga yang ditawarkan. Tiga malam hanyalah 213000WON (RM780.20 approx) untuk lima orang. Plus minum RM150.00 saja seorang untuk tiga malam. Pening lalat nak cari location saja other than that aku rasa berbaloi. Toilet besar boleh muat lima enam orang agaknya sekali masuk. Ada meja makan fridge dressing table dan basic amenities. The best part adalah depan hotel dah ada bus stop jadi senang nak bergerak memandangkan hari-hari seterusnya kena berjalan sendiri. Kena fikir keselesaan MamiZ dan MNgah.

Katil memuatkan lima orang tidur. Ada extra tilam juga if nak tidur dibawah.

Petangnya kami pergi ke The Shilla Duty Free Jeju cuci mata tengok apa yang patut. Naik teksi pergi balik kena tambang dalam 6800WON (RM24.93 approx). Sampai Shilla Duty Free rasa macam krik.. krik.. semua boutique high end brands oookay !! Bukan biasa punya brands semua yang mencekik tercekik punya harga. Adalah few yang berani juga nak pegang tengok tapi majoriti memang yang super mahal. Kami meronda naik sampai tingkat atas adalah kedai jam Pandora dan Swarovski tapi tak minat nak beli. Dahlah tak dilayan langsung lagilah menyampah nak beli. Aku rasa Pandora sangat mahal di Korea convert ke RM lebih mahal dari yang terjual di negara kita. Satu lagi tak selesa sangat nak jalan sebab penuh tourists dari China yang memang sakan membeli-belah. Seriously kalau tengok cara diorang shopping macam berjuta-juta duit yang dibawa. Main pilih terus tak fikir dua tiga kali. Ambil terus campak dalam guni siap tagging berbungkus. Macam beli barang satu bangunan gayanya. Nanti di airport terus pick up masuk luggage. Pergh..

Disebabkan serabut dan tak selesa kami keluar dari The Shilla Duty Free dan jalan santai dari satu block ke satu block. Memang tak ada hala tuju dan masing-masing decided nak balik hotel semula. At night Jeju tak adalah meriah sangat. Tapi ada jugalah satu dua streets yang famous dengan pengunjung. Dah semangat nak keluar dengan Kak Sal tapi MamiZ tak kasi. Aiiiyark !! Aku mulalah nak muncung tak puas hati iyaaalah selalu kalau pergi jalan selagi tak malam tak balik. Kesian juga Kak Sal kena turut sama redha tak jadi keluar. Maaflah dan terima kasih kerana memahami. Dalam sendu tak dapat keluar golek-golek terus tertidur. Awal jugalah tumpas.. Bagus juga sebab esoknya nak guna tenaga banyak.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
PERKAMPUNGAN TRADISIONAL JEJU DI SEONGEUP FOLK VILLAGE 성읍민속마을 DAN RUMAH API CANTIK SEOPJIKOJI LIGHTHOUSE 섭지코지

Entri sebelumnya diSINI.
18 January 2018 (Khamis)

TRIP JEJU SOUTH KOREA : PERKAMPUNGAN TRADISIONAL JEJU DI SEONGEUP FOLK VILLAGE 성읍민속마을 DAN RUMAH API CANTIK SEOPJIKOJI LIGHTHOUSE 섭지코지. Dah kenyang dengan makanan sedap kami teruskan perjalanan ke kawasan perkampungan tradisional di Jeju - Seongeup Folk Village sebelum ke Seopjikoji Lighthouse. Jujurnya aku yang tak minat sejarah tak rasa teruja sangat nak pergi Seongeup Folk Village tapi dah orang bawa jadi ikutkan saja. Disini dapatlah kita boleh tengok dengan lebih dekat macam mana peradaban manusia dulu-dulu hidup di Jeju. Dalam cerita historical Korea selalu tunjuk rumah-rumah lama. Haaa.. Sebiji rumah-rumah dalam drama ada di Seongeup Folk Village. Keadaan setempat dan binaan rumah-rumah tradisional masih dikekalkan sehingga ke hari moden. Uniknya.. Masih ada banyak rumah-rumah tradisional di Seongeup Folk Village yang masih didiami oleh penduduk tempatan. Boleh nampak asap berkepul-kepul keluar dari serombong asap. Sama ada mereka masih menggunakan dapur kayu api atau tak aku tak pasti. Once upon a time, back in 2003 drama Korea 'Jewel In The Palace' (based on real story) sangat famous di Malaysia. Memaparkan kisah seorang perempuan bernama Jang Geum dari bekerja di dapur istana kena frame kena buang negeri terus berusaha jadi doctor pula. MamiZ adalah antara peminat setia Jang Geum jadi elok sangatlah kita pergi Songeup Folk Village yang juga menjadi tempat pengambaran utama drama 'Jewel In The Palace'. Kalau korang pun peminat Jang Geum wajiblah singgah.

CARA UNTUK KE SEONGEUP FOLK VILLAGE JEJU

Jujurnya aku rasa kalau nak skip Songeup Folk Village pun tak apa sebab nothing much to do there. Tapi aku mengerti ada orang yang suka sejarah dan dengan travel around dapat timba ilmu dan pengetahuan tentang satu-satu tempat. Nope tak salah langsung I totally respect that. Bagi yang berminat silalah singgah. Ada banyak juga options untuk ke Songeup Folk Village. Dari Jeju Intercity Bus Terminal gerak ke Boennyeong-Ro dan turun di Seongeup 1(il-ri) dan menapak sikit ke entrance. Dari Seogwipo Bus Terminal pula boleh naik bus ke Dongilju Bus dan turun di Pyoseon-Ri Samuso. It is not impossible to travel by bus di Jeju tapi renyah sikit. Rujuk SINI untuk maklumat lanjut.

Jang Geum yang famous.


Ini dah ada campuran unsur-unsur moden sikit.







Di Seongeup Folk Village juga kita boleh tahu tentang sejarah pentadbiran Jeju suatu ketika dahulu. Ada banyak lagi peninggalan zaman dulu yang masih dikekalkan. Semua dijaga rapi. Overall, our visit to Seongeup Folk Village tak adalah membosankan sangat tapi kalau korang nak cepat dan ada very limited time di Jeju bolehlah skip. Perkhidmatan tour guide juga disediakan untuk mengelilingi Seongeup Folk Village. Next, selesai solat kami teruskan perjalanan ke Seopjikoji Lighthouse. Bagi aku, it is a must untuk visit Seopjikoji Lighthouse. The view was great dan sangat menenangkan dan juga menjadi tempat pilihan pengambaran beberapa drama Korea. Waktu terbaik untuk ke kawasan Seopjikoji adalah in April. Canola flowers would be everywhere dan aku rasa permandangan akan jadi super duper lawa. Nak ke Seopjikogi Lighthouse kena guna tenaga sikit menapak untuk sampai ke hujung. Disebabkan kaki aku dah lembik mendaki Seongsan Ilchulbong jadi aku tak ada energy sangat nak menapak sampai ke hujung.





Menapak sampai ke hujung sana ada lighthouse.




Macam rumah chocolate dan gula-gula Hansel dan Gretel.


Zoom saja dari jauh. Tak sanggup menapak.


Kak Sal yang masih bertenaga menapak sampai ke hujung.




CARA UNTUK KE SEOPJIKOJI LIGHTHOUSE

Dari Jeju City kena naik bus ke Seogwipo Intercity Bus Terminal. Ambil bus 910 dan turun di Seopjikoji Bus Stop. Nak sampai ke Seopjikoji agak jauh jadi rancang perjalanan korang carefully. Rujuk SINI untuk maklumat lanjut. 

Aku memang berpuas hati dengan view di Seopjikoji Lighthouse. Kami sampai hari dah senja dan the sunset was so gorgeous. Just nice untuk cuci mata melihat keindahan alam. Kalau kaki tak meragam rasanya pelan-pelan menapak sampai juga ke hujung. Di kawasan Seopjikoji ada banyak parking lots jadi tak perlu risau kalau kena berebut-rebut. Bayaran parking sebanyak 1000Won (RM3.66 approx) dikenakan. Harga parking adalah bergantung pada jenis kenderaan yang digunakan. Ada juga Ahjumma-Ahjumma menjual raw seafood yang menjadi kegemaran rakyat Korea. Meriah jugalah kawasan di Seopjikoji tak adalah sendu sangat. Balik ke Jeju City dan had dinner. Trip dengan Jeju Muslim Travel bakal sampai ke hujungnya sekejap sangat rasa masa berlalu. Marilah kita kemas luggage..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.